Petua Hilangkan Jeragat

By | 29/06/2023
petua hilangkan jeragat
Petua hilangkan jeragat

Selamat datang pembaca budiman. Ada yang tengah frust dengan masalah jeragat ke? Tak kira anda berada pada usia berapa, boleh je kalau nak bersedia dengan info tentang jeragat. Walaupun jeragat ni biasa timbul pada usia 30an ke atas, lagi bagus kalau anda muda-muda lagi dah ambil tahu tentang masalah jeragat ni. Jadi dalam entry ni , saya nak kongsikan tentang info dan petua hilangkan jeragat.

Punca Jeragat

Tapi sebelum tu, kita kenali dulu apa dia punca jeragat ni terjadi?

Jeragat akan terjadi apabila kulit wajah kita terdedah kepada sinaran UV daripada cahaya matahari tanpa perlindungan sepenuhnya secara kerap, yang menyebabkan kerosakan pada sel bawah kulit kita.

Selain tu, jeragat juga adalah masalah kulit yang disebabkan oleh faktor keturunan. Mak anda ada masalah jeragat tak? Jika ya, lagilah anda kena berhati-hati dan awal-awal lagi elakkan punca-punca terjadinya jeragat.

Seiring dengan usia, jeragat juga akan mudah terbentuk. Biasanya jeragat akan mula kelihatan pada awal 30an. Ada juga yang dah nampak pada usia akhir 20an.

Perubahan hormon juga menyumbang kepada pembentukan jeragat ni. Fasa mengandung, melahirkan, menyusukan, pengambilan pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan pun adalah punca terjadinya perubahan hormon dalam tubuh badan.

Petua Hilangkan Jeragat

  1. Gunakan sunscreen dan sunblock
    • Tahukah anda? Cahaya matahari adalah musuh nombor 1 untuk kulit wajah kita? Sebabnya cahaya matahari mengandungi sinaran UVA dan UVB yang merosakkan sel-sel kulit dan menyebabkan jeragat terbentuk.
    • Lagi berisiko jadinya kalau anda kerap berada di kawasan outdoor dan terdedah kepada cahaya matahari. Lagi pula dengan kepanasan cuaca di Malaysia, anda memerlukan perlindungan yang 2 kali ganda lagi.
    • Jadi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya ni, kenalah rajin-rajin sapu sunscreen dan sunblock pada kulit.
    • Anda memerlukan sunscreen dengan faktor perlindungan matahari (SPF) yang tinggi bila keluar rumah. Pakai juga mesti kerap. Pakai waktu pagi, dan tengah hari selepas solat zuhur pun kena pakai lagi untuk perlindungan yang berterusan.
    • Boleh add on krim BB (BB cream) yang merupakan gabungan make up dan SPF dalam satu.
  2. Kurangkan pendedahan kepada sinar matahari secara berlebihan
    • Bila berada di luar dan terdedah kepada cahaya matahari, sedaya upaya lah untuk bersedia dengan perlindungan. Gunakan topi dan payung.
    • Elakkan cahaya matahari yang terik di antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang.
  3. Amalkan rutin penjagaan kulit wajah secara konsisten
    • Nak pelihara kulit daripada rosak dan melindunginya daripada penuaan, kita kenalah amalkan rutin penjagaan kulit wajah yang konsisten.
    • Mesti ikut rutin penjagaan kulit iaitu
      • Exfoliating (membuang sel-sel kulit mati)
      • Cleansing (mencuci muka)
      • Penyegar / Toner (melembapkan dan menutup liang pori)
      • Serum (merawat kulit)
      • Pelembap / Moisturizer (melembapkan kulit)
      • Day Cream SPF 50 (sunscreen dan sunblock)
      • Night Cream (memperbaharui sel-sel kulit sewaktu tidur)
    • Gunakanlah set rangkaian penjagaan kulit wajah yang sesuai dengan kulit. Sebolehnya carilah skincare yang organik dan semulajadi sahaja supaya dapat elakkan bahan-bahan kimia yang diragui.
    • Cari skincare yang berkualiti tinggi dan selamat juga sangat-sangat penting untuk kesihatan kulit pada jangka masa pendek dan panjang. Janganlah sampai memberikan side effect pula. Daripada nak cantikkan kulit, masalah kulit lain pula yang timbul.
  4. Amalkan gaya pemakanan yang sihat
    • Kena amalkan Vitamin C setiap hari untuk perlindungan kulit dari dalam sebab Vitamin C ni ibarat kawan baik kepada kulit. Vitamin C penting untuk:
      • Mensintesis kolagen
      • Mencerahkan kulit secara semulajadi
      • Melindungi kulit daripada sinaran uv dan radikal bebas
      • Anti-penuaan
    • Boleh juga amalkan diet protein daripada soya untuk mengurangkan pembentukan jeragat, memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan dan membantu kulit lembap dari dalam.
    • Add on supplement kolagen. Kolagen paling sinonim untuk masalah jeragat. Sebab cahaya matahari UV yang menembusi kulit ni akan merosakkan kolagen pada kulit yang menjadi punca jeragat mudah terbentuk.
    • Dengan peningkatan usia, kolagen dalam tubuh kita akan semakin merosot. Bila kolagen semakin rendah dalam tubuh, jeragat juga semakin banyak.
    • Kolagen akan membantu memperbaiki kulit secara semulajadi, dengan cara menegangkan tisu kulit, memudarkan bintik gelap akibat jeragat dan menghilangkan kesan jeragat degil bila diamalkan secara berterusan.
    • Pilih Collagen Powder Shaklee yang mempunyai saiz molekul Collagen yang paling kecil iaitu hanyalah 1000 Dalton, yang memberikan penyerapan yang paling efektif dan memberikan hasil yang paling cepat dan berkesan di antara kesemua jenama kolagen lain.
    • Kolagen bila diambil sekali dengan Vitamin C, memang lebih baik sebab kolagen perlukan Vitamin C untuk keberkesanan kolagen.
    • Antara kebaikan kolagen pada kulit adalah :
      • mengurangkan bintik hitam, bekas parut dan jeragat
      • mengekalkan keanjalan kulit
      • membaiki kedutan pada kulit
      • menambah kolagen dalam badan (sebab makin berusia makin kurang paras kolagen dalam tubuh)
    • Ellagic Acid untuk jeragat. Ellagic acid adalah salah satu polifenol yang terdapat dalam buah-buahan seperti buah-buah berries, cherry, walnut, anggur dan buah delima. Ellagic acid ni bersifat tinggi anti-oksidan dan membantu melindungi sel-sel kulit daripada rosak akibat radikal bebas.
    • Kebaikan ellagic acid kepada kulit dan masalah jeragat :
      • meningkatkan keanjalan kulit
      • mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
      • mencerahkan tona kulit
    • Boleh dapatkan ellagic acid ni secara mudah daripada Vivix yang tinggi kandugan polifenol. Polifenol dalam Vivix sangat bagus dalam melambatkan penuaan kulit dan meremajakan sel-sel dan DNA kulit agar tampil lebih awet muda dan lagi berseri-seri.
    • Amalkan Vitamin E yang juga berperanan sebagai anti-oksidan sebagaimana Vitamin C, cuma bezanya ialah Vitamin E ialah vitamin jenis larut lemak, manakala Vitamin C ialah vitamin jenis larut air. Jadi ambil dua-dua untuk perlindungan daripada radikal bebas yang menjadi punca terjadinya jeragat.
  5. Usaha untuk stabilkan hormon
    • Mungkin berpunca daripada kecelaruan hormon dan perubahan hormon seiring dengan usia, maka jeragat mudah terhasil.
    • Boleh dapatkan GLA Complex keluaran Shaklee yang khusus untuk menstabilkan hormon wanita. Ia sesuai untuk semua masalah hormon terutamanya PMS, menopause, cyst dan lain-lain. Pengambilan pada usia 30an juga akan mampu mengurangkan simptom menopause yang selalu bermula pada usia 40an.

Petua Hilangkan Jeragat : Set Jeragat Shaklee yang Paling Lengkap dan Berkesan

  • Vivix atau ResV
  • Vitamin C
  • Collagen Powder
  • ESP
  • Vitamin E
  • Youth Age Defense Moisturizer SPF 50
  • GLA Complex

1. Vivix atau ResV

Baca juga : Kenapa Vivix dan ResV menjadi pilihan saya?

2. Vitamin C

3. Collagen Powder

Baca juga : Collagen Powder Shaklee yang lain daripada yang lain

4. ESP

Baca juga : Vitamin Kulit Cantik

5. Vitamin E

6. Youth Age Defense Moisturizer SPF 50

Baca juga berkenaan Youth Skincare: Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Youth Shaklee.

6. GLA Complex

Terima kasih kerana membaca entry saya mengenai petua hilangkan jeragat.

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Petua Hilangkan Jeragat

  1. Pingback: Testimoni ResV Shaklee Untuk Kulit Cantik • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge