Assalamualaikum semua. Entry kali ni saya akan kongsikan secara detail Set Kurus Shaklee yang dicadangkan di sepanjang lifestyle Intermittent Fasting (IF) yang saya pernah ceritakan pada entry yang lalu : Intermittent Fasting untuk Turunkan Berat Badan.

Kenapa Intermittent Fasting Mesti Guna Set Kurus Shaklee?
Ada program IF di luar sana yang tak amal apa-apa makanan tambahan di sepanjang IF. Tapi dalam Shaklee, kita menambah Set Kurus Shaklee dalam lifestyle IF ini bagi membantu pengamal IF untuk merasai kecergasan dan tahan lapar lebih lama, jika dibandingkan dengan IF tanpa Set Kurus Shaklee.
Apa yang menarik tentang Set Kurus Shaklee ini, semuanya dah lengkap tersedia bagi membantu kita menurunkan berat badan dengan nutrisi harian yang secukupnya, tubuh badan yang lebih cergas, perut dapat menahan puasa dengan lebih lama, kurang rasa ‘craving’ terhadap makanan dan minuman manis, malah saiz inci badan juga dapat berkurang dengan lebih berkesan. Ini kerana pengamal IF berserta Set Kurus Shaklee akan mendapat extra nutrient yang berguna untuk pembinaan otot.
Kita memang nak turunkan berat badan. Tapi jangan dilupa bahawa kita juga perlu membina otot kerana pembinaan otot akan memberikan penurunan berat badan yang lebih berkesan. Kita juga tak mahu berpuasa IF dengan mengurangkan nutrisi harian yang penting untuk kekal sihat dan cergas. Kan kita dah kurangkan makan. Jadi macam mana nak cukupkan keperluan harian kita? Terutama sekali sekiranya kita ibu bekerjaya, orang yang sibuk dan selalu nak cepat.. Kita juga perlukan tenaga dan minda yang cerdas kan? Jadi, untuk melengkapkannya, kita sertakan dengan Set Kurus Shaklee.
Apa Yang Terkandung Dalam Set Kurus Shaklee?

1. Cinch Shake Shaklee
Cinch Shake adalah minuman protein yang membekalkan makanan lengkap (complete meal) jadi ia sangat sesuai dijadikan sebagai meal replacement dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Apa yang menarik, Cinch Shake ni bukan je kaya protein, tapi ia dah ada nutrisi lengkap macam sepinggan hidangan lengkap. Jadi andaikata anda tak sempat nak lunch or dinner, or maybe nak skip je makanan utama, boleh je ambil Cinch Shake ni untuk mudah dan cepat.
Satu lagi yang mesti anda tahu, kelainan Cinch Shake ni, ia ada Leucine yang SANGAT-SANGAT membantu untuk memelihara kehilangan otot semasa losing weight tu. Malah, ia membantu dalam pembinaan otot agar otot terbina dengan lebih ‘fit’ dan ‘firm’. Otot lebih pejal la kiranya. Otot kalau pejal dan firm, fuhhh lagi cantik jadinya body tau. Hikss.
Pembinaan otot ni penting semasa menghilangkan lemak sebab kita nak metabolisme tubuh kita sentiasa bekerja membakar lemak walaupun ketika kita sedang tidur (dalam tempoh berpuasa). Sebab tu orang yang buat IF, dia lagi cepat kurus. Sambil tidur pun burn fat… Best tak!!!
Semestinya sepanjang amalan Set Kurus Shaklee ni, seseorang tu tetap perlu bersenam. Bila anda bersenam dan ambil pula lagi Cinch Shake ni, lagi banyak senaman anda dapat buat sebenarnya sebab anda akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Kemudian ada pula Leucine kan, maka lagi lah mantap lemak dapat dibakar dan otot dapat dibina. Benda boleh buat ‘advanced’, buat apa buat dengan cara tak advanced, kan… Nak advance, mesti add on Cinch Shake ni sepanjang program IF.
Cara makan semua nanti kita share ok!! Tak boleh main hentam saja. Kena ada guideline yang betul.
2. Lecithin
Lecithin ni penting dalam Set Kurus Shaklee kerana ia membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak. Tingkatkan metabolisme pun dia bantu. Jadi lagi cepatlah dapat hilangkan lemak.
Keistimewaan Lecithin lagi, ia burn sekali fat yang berada dalam liver. Biasa dengar kan fatty liver? Lemak yang terkumpul di sekeliling organ. Fatty liver ni bukan semudah dapat dihilangkan dengan senaman. Tapi kena atasi dengan pemakanan dan nutrien yang betul.
Lecithin ni sebenarnya juga baik untuk kesihatan minda, untuk daya ingatan, selain daripada keberkesanannya untuk burn fat dan menggunakan lemak tu untuk tenaga.
3. Omega Guard
Omega Guard ataupun Omega-3 sememangnya ada manfaat yang terlalu banyak untuk kesihatan. So di sini saya kongsikan apa yang baik untuk turunkan berat badan yer. Sebab ada dalam Set Kurus Shaklee kan. So kenapa?
Omega-3 akan meningkatkadan kadar metabolik, meningkatkan lagi kadar pembakaran lemak, melancarkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam, dan yang ia mengawal paras yang lemak yang sihat dalam tubuh kita.
Percaya atau tidak, Omega-3 ni memang bagus sebab ia kurangkan keinginan untuk menambah makanan, dan kita akan rasa mampu untuk intermittent fasting lebih kama. Ada 2 hormon utama – ghrelin dan leptin – yang berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Hormon ni akan meningkatkan rasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama lepas makan. Tapi kena sertai dengan gabungan diet yang seimbang lah juga yer.
Bagi orang yang ada kencing manis, Omega-3 membantu meningkatkan paras insulin yang sihat. Insulin ni penting sebab ia tukarkan gula kepada tenaga. Jadi bolehlah berat badan dapat dikekalkan. Kita kan nak hapuskan gula ni. Barulah cepat lose weight.
Jadi pengamal IF, wajib amalkan Omega Guard ni ok!!
4. Herblax
Herblax ni pula adalah gabungan herba yang bagus untuk mendetoks. Ia terdiri daripada daun senna yang popular penting untuk membersihkan perut dan usus daripada toksin dan kekotoran. Jadi secara tidak langsung, kita sebenarnya memelihara kesihatan usus kita.
Bila usus kita dibersihkan daripada toksin, lemak juga terbuang sama, maka lebih mudah apa-apa nutrisi makanan mudah terserap dalam tubuh. Barulah lebih efektif.
Perut pun akan terasa lebih kempis. Sebab toksin dan lemak semua dah dibuang dengan jayanya. So Herblax ni pun super penting bagi mereka yang nak KURUS ok!! Sebab tu Herblax wajib ada dalam Set Kurus Shaklee.
5. Vivix
Vivix dah memang popular untuk anti-penuaan. Ramai orang suka Vivix untuk awet muda. Tak kurang juga yang amalkan Vivix untuk kurangkan risiko penyakit kronik. Tapi tahu tak yang Vivix sebenarnya boleh jadi booster untuk anda kuruskan badan?
Kalau mahukan result terbaik dalam penurunan berat badan, anda wajib add on Vivix ni. Kenapa? Baca di bawah.
Kebaikan Vivix untuk kuruskan badan :
- Mempunyai kesan anti-diabetic : pulihkan semula pankreas. Bila pankreas sihat, sensitiviti insulin akan bertambah baik dan metabolisme gula akan normal.
- Elakkan craving gula : ada khasiat Polifenol yang dapat memulihara otak kita jadi berfungsi dengan baik. Tak lah teringat-ingat makanan atau otak lambat nak faham yang perut sebenarnya dah kenyang. Kalau lambat rasa kenyang ni yang kadang-kadang buat kita makan berlebihan atau berkali-kali sebab craving. Senang ceritanya Polifenol ni bagi otak kita lagi pick-up la.
Set Kurus Shaklee dan Promosi Februari 2023

Penutup
Bila kita dah set nak buat IF, pastikan kita target untuk kurus secara long-term. Bukannya sekejap-sekejap. Kita kena ubah lifestyle daripada tak sihat kepada sihat. Dalam pada itu, kita mestilah nak tetap maintain sihat dan cergas walaupun dalam keadaan kita sedang “berpuasa”.
Tapi macam mana? Di sinilah Set Kurus Shaklee ataupun Set IF Shaklee ni sangat-sangat membantu pengamal IF mengamalkan gaya hidup berpuasa untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan dan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai Set Kurus Shaklee dan TESTIMONI PENGGUNA, jom layari blog sahabat Shaklee saya : Testimoni Set Kurus Shaklee.
Untuk sertai saya dalam program kursukan badan berasaskan Intermittent Fasting dan pengambilan Set Kurus Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah yer.
Semoga apa yang saya kongsikan di sini memberi manfaat bagi anda yang berazam nak kuruskan berat badan dan mengecilkan saiz badan juga 🙂
Nak lebih banyak info mengenai produk Shaklee dan melihat bestnya membina legasi bisnes Shaklee, layari website www.anakkuwiraku.com.
Wan Syahida Kahar
012-6752078
Senior Coordinator Shaklee
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan Seluruh Malaysia
Shaklee Consumer Since 2014.
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye.wsyahida
Pingback: Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee
harga pun rupanya murah je, kualiti tinggi
ya!! kualiti tak setanding harganya! 🙂
Pingback: Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee • SyahidaShukri