Buat Shaklee Sampai Surirumah Layak Memiliki Hartanah

By | 01/01/2024
surirumah layak memiliki hartanah dengan Shaklee

Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum pembaca saya semua. Surirumah layak memiliki hartanah? Untuk anda yang pertama kali singgah ke blog saya, izinkan saya berkongsi bahawa saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa, merupakan seorang isteri kepada suami yang bekerja makan gaji, dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Saya melakukan bisnes Shaklee dari rumah semenjak tahun 2015 sehinggalah hari ini (1 Januari 2024) dan tetap terus continue bisnes ini. Sebelumnya, saya merupakan seorang Engineer di sebuah Belgium company di Petaling Jaya. Sehinggalah saya decide untuk akhirnya resign.

Semasa saya bekerja sebagai engineer, saya ada membeli rumah yang saya, suami dan anak-anak sedang duduki sekarang. Dan pada tahun 2019, saya dan suami telah membeli sebuah rumah teres di Cyberjaya dengan menggunakan gabungan payslip kami berdua. Pada asalnya, kami berhajat untuk membeli rumah tersebut cukup dengan payslip suami sahaja. Namun kerana komitmen yang telah sedia ada, gajinya tidak cukup. Maklum saja lah, harga rumah teres di Selangor ni bukannya murah-murah. Paling koman pun RM500k sebiji. Jadi untuk rumah tersebut, dia tak lepas.

Bila Surirumah Layak Memiliki Hartanah

Sehinggalah saya cuba berikan payslip saya sebagai tambahan kepada pendapatan suami. Bila dikira-kira, kelayakan melayakkan kami untuk membeli rumah tersebut apabila saya tambahkan pendapatan saya. Syukurlah layak. Saya gunakan payslip Shaklee saya yang saya dah pernah terima dengan kukuhnya setiap bulan sekian lama.

Alhamdulillah, pada tahun 2022 yang lepas, merupakan masa untuk key collection untuk unit rumah yang kami beli 3 tahun sebelumnya. Experience lain kali ni bila pertama kali saya berjaya manfaatkan payslip Shaklee saya untuk pembelian rumah.

Rumah atas tanah kalau kat bumi Selangor ni tak tau lah kat mana yang masih murah… Semua rate Rm500k ke atas. Jadi kalau nakkan rumah atas tanah, memang nak tak nak kena la work hard.

Syukur atas pemberianNya, dengan izin Allah jua, berjaya lah jadikan ni property pertama kami suami isteri dengan memanfaatkan payslip Shaklee. Dari income 2 angka, ke 3 angka, naik lagi ke 4 angka dan terus konsisten setiap bulan.. Dari situ kita besarkan lagi bonus supaya kelayakan tu lebih besar.

Planning nak buat investment.. Sebab sekarang pun we all selesa duduk di PJ lagi.. sebab kena ambil kira lokasi tempat kerja Encik Husband. Disebabkan rumah ini lah saya hold banyak perbelanjaan dan usaha buat savings untuk reno dan interior design 😀

Jadi wajib kena ada bisness sampingan tak kisah la kita ni ada profesion ke surirumah ke. Semua benda kena pakai banyak belanja. Lainlah uall anak Dato’ ke apa 😬

Kita orang biasa, kena kerja keras. Saya sedar diri mengenai perkara tu dan saya juga tak boleh lah berharap kepada gaji suami saja semata-mata. Sebab itu, walaupun saya bergelar surirumah sepenuh masa, saya cuba lakukan bisnes dari rumah dan usaha hadapi apa saja cabaran. Ibu-ibu pasti faham, bukan senang kan nak bahagikan masa antara kerja dari rumah dengan menjaga anak-anak dan rumahtangga pada masa yang sama?

Terasa lega berpenat lelah selama 7 tahun berShaklee 🥹 dari kita zero income (surirumah kan), sampailah kita layak gunakan income Shaklee ni untuk membeli hartanah. Jadi, surirumah layak memiliki hartanah juga sebenarnya jika dia ada income yang kukuh daripada organisasi bisnes yang kukuh, InsyaAllah.

Saya pernah berkongsi sebelum ni bahawa dengan payslip Shaklee juga, saya pernah membeli kereta Proton X50 atas nama saya untuk dihadiahkan kepada Mak dan Ayah saya untuk kegunaan harian mereka. Para pembaca boleh bacakannya di sini : Hadiahkan Ayah Kereta Dengan Car Bonus Shaklee.

Alhamdulillah dah setahun lebih komitmen saya terhadap kereta tersebut dan saya masih dapat membayarnya setiap bulan tanpa gagal melalui bonus Shaklee yang saya usahakan setiap bulan, dengan izin Allah, syukur sangat-sangat. Allah cukupkan rezeki buat insan yang mahu berbakti kepada ibu bapa. Semuanya bukan atas usaha saya langsung. Tapi 100% atas rahmat dan izin serta rezeki Allah sahaja. Saya tak hebat mana. Saya juga masih bertatih dalam bisnes Shaklee ni. Tapi agaknya sebab kita niat nak berbakti kepada ibu bapa, ditambah lagi dengan doa Mak dan Ayah setiap hari kepada saya, maka saya masih dicukupkan untuk mampu membayar kereta tersebut. Walaupun pada zaman ekonomi yang sangat-sangat keras sekarang.

Bila ekonomi makin keras, dah tentulah kita kena bekerja lebih keras kan? Saya juga begitu. Susah dan senang kita, biarlah kita hadapinya. Mohon doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Sebab kita hamba yang lemah, tak mampu nak besarkan rezeki kita melainkan dengan izin Allah jua. Usaha sehabis baik demi memperbaiki ekonomi diri dan keluarga.

Kadang-kadang, malu kena tolak tepi. Pengorbanan perlu dilakukan. Jika nak berjaya, tak boleh hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Kita lah yang kena ubah nasib diri kita dan berusaha bersungguh-sungguh.

Takper guys, kalau usaha kita takde orang pandang.

Takpe juga kalau takde kawan yang support kita atau nak beli apa yang kita share…

Yang penting kita tetap usaha dan jalan terus.

Saya selalu pandang orang yang dah berjaya.. especially orang yang berjaya capai apa yang diusahakan.

Jadi kalau kita diuji, anggap la ia ujian yang kecil saja jika nak dibandingkan dengan manisnya kejayaan tu nanti.

InshaAllah ni permulaan pengalaman saya memanfaatkan income Shaklee semasa berkerjaya surirumah sepenuh masa ini.

Lepas ni InshaAllah more to come 😀

Siapa kata surirumah tu kerjanya hanya rutin biasa di rumah dan takde kerjaya macam orang bekerjaya profesional kan?

Alhamdulillah walaupun saya sekarang 24 jam di rumah, saya happy ada kerjaya yang fleksibel & mampu pula miliki hartanah sama macam saya bekerjaya Engineer dahulu.

So gais kalau uall nak besarkan kemampuan dan kelayakan untuk home loan, usaha lah cari jalan yang proven boleh membantu.

Payslip Shaklee ni memang trusted sangat. Bank pun percaya dengan background company & senang sangat nak lulus home loan.

Profil kewangan wajib cantik 👍🏼

Ramai wanita yang bekerjaya dan buat Shaklee as part time, dapat tampung mana yang kurang & dapat pula beri lebih keselesaan kepada family.

Macam saya, saya tak nak main social media dengan kosong..

Daripada bersosial media saja-saja, baik kita buat income dengan sosial media. Kann??

So surirumah, bangkit la kalau nak ubah nasib diri.. alhamdulillah 7 years ber”sosial media”, inilah antara hasilnya 🥹

Berbaloi kan. Haaza min fadhli rabbi… 🤲🏻

Saya doakan agar mereka yang ada keinginan & hasrat untuk membeli hartanah juga akan turut sama dapat mencapainya.. Aamiin..

Moga lepas-lepas ni Allah izinkan ada rezeki untuk belanja ibu bapa Umrah pula.. InshaAllah.. ☺️

Baca juga :

  1. Peluang Dalam Bisnes Online Shaklee
  2. Bisnes Online Terbaik Malaysia
  3. Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?
  4. Bantuan Duit Raya Awal Dengan Shaklee

Anda surirumah juga? Nak juga capai status surirumah layak memiliki hartanah? Jom mulakan kerjaya anda dengan Shaklee. Kalau nak start biz Shaklee, mai sertai saya, saya guide! >> http://shye.wasap.my

Jadikan Shaklee bisnes anda hari ini! Sertai komuniti bisnes Shaklee bersama-sama saya.

Bisnes online yang menguntungkan dengan Shaklee

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Buat Shaklee Sampai Surirumah Layak Memiliki Hartanah

  1. Pingback: Gear Up Your Business! • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge