Kesihatan Mental Dan Omega-3

By | 17/01/2024

Kesihatan mental kini sedang semakin diberi tumpuan kerana ia semakin bertambah dan berlaku peningkatan kes dari tahun ke tahun, seiring dengan kemajuan gaya hidup, perkembangan teknologi dan pengurusan masalah yang lemah sehingga menjejaskan mental seseorang sehingga ke tahap yang lebih serius.

Perkara ni dilihat semakin ketara sejak berlaku pandemik Covid-19. Masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga dan masalah peribadi, adalah di antara faktor yang mendorong kepada berlakunya kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak beberapa tahun ni. Kita yang tak pernah kenal tentang penyakit tekanan mental ni pun dah jadi kenal kerana ia semakin sering diperkatakan.

Semasa PKP yang awal-awal pada tahun 2020 dahulu, blok apartment sebelah apartmen saya duduk ni pun, berlaku kes bunuh diri. Masa tu kes Covid-19 memang tinggi. Kes pula, bunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Semua terkejut dengan kejadian tu sampai tertanya-tanya apa puncanya. Takde siapa yang boleh turun dan kerumun ke tempat kejadian sebab PKP. Takde siapa tahu sehingga sekarang, apa yang terjadi kepada keluarga mangsa.

Kita tak tahu sama ada ia berpunca daripada masalah kesihatan mental. Tetapi, kita boleh faham yang ia berpunca daripada masalah dan tekanan perasaan tanpa menjumpai penyelesaian, sehingga memikirkan bunuh diri adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah.

Itu sahaja dah cukup menggemparkan dan menyedarkan kita bahawa penyakit mental, tekanan perasaan dan depression ini bukannya main-main. Kalau dah sampai boleh bunuh diri, bukankah ia sangat-sangat bahaya dan perlu dicegah sungguh-sungguh?

Rujukan sumber : Memahami Masalah Kesihatan Mental (Portal Rasmi MyHealth KKM)

Adakah Omega-3 Membantu Dalam Kesihatan Mental?

Saya ada cuba artikel-artikel yang bercakap mengenai keberkesanan Omega-3 terhadap kesihatan mental. Perkara ini sememangnya pernah dikaji dan ia sedang tetap terus dikaji untuk menguji keberkesanannya dalam mempengaruhi kesihatan mental. Para penyelidik pernah cuba mengkaji kesan Omega-3 kepada pelbagai jenis isu masalah kesihatan otak dan masalah kesihatan mental seperti :

  1. Masalah kesihatan berkaitan otak :
  2. Masalah berkaitan mental dan psikiatri :

Tapi masih banyak yang belum ditemukan. Tak banyak keputusan positif yang dijumpai kecuali Omega-3 membantu dalam menangani masalah keradangan (inflammation) terhadap pesakit mental yang tinggi radang (biasanya kerana berat badan dan masalah kesihatan tubuh badan).

Walaupun kajian belum banyak menemui perhubungan antara Omega-3 dengan keberkesanannya dalam menangani masalah kesihatan mental, namun harus difahami bahawa Omega-3 adalah sangat umum dikenali sebagai nutrisi terpenting bagi otak.

Ini kerana otak manusia adalah 60% terdiri daripada lemak, dan lemak yang terdapat pada otak adalah terdiri daripada lemak jenis DHA; asid lemak yang paling banyak dijumpai di bahagian otak. FDA juga menyarankan bahawa DHA sebagai tambahan kepada EPA memainkan peranan dalam menyokong perkembangan otak, Kedua-dua DHA dan EPA adalah asid lemak Omega-3.

Pengambilan hari-hari Omega-3 juga, selain membantu dalam mengurangkan keradangan, ia turut menggalakkan penuaan otak yang sihat dan menyokong fungsi kognitif otak. Bagi anda yang ingin otak berfikiran tajam dan kuat ingatan, Omega-3 bertindak melicinkan pengaliran maklumat melalui neurotransmitter yang membawa maklumat dari satu hujung saraf ke hujung saraf yang lain. Sebab itu, Omega-3 sering terdapat di dalam makanan tambahan dan minuman susu untuk bayi serta kanak-kanak bagi membantu kanak-kanak membesar dengan otak yang lebih bijak, cepat menangkap maklumat dan berkembang dengan positif sepanjang tumbesaran.

Pasti anda tak lupa mengenai iklan Omega-3 (DHA) yang membantu sel-sel otak berhubung kan? Sememangnya benar apabila khasiat Omega-3 ini apabila diambil, ia akan mempercepatkan maklumat di dalam otak disalurkan jadi kita pun dapat berfikir dengan lebih cepat dan tajam.

Untuk otak bijak dan menjauhi penyakit lupa terutamanya dalam penuaan, itu kita boleh yakin bahawa Omega-3 ini membantu. Namun untuk kesihatan berkaitan mental dan psikiatri, perkara ini masih lagi di dalam kajian oleh para penyelidik dari seluruh dunia.

Namun, sekiranya anda mahu berikhtiar untuk menjaga kesihatan otak, memberikan ia nutrisi yang diperlukan sebagaimana pemahaman kita tentang apa kandungan utama yang terdapat di dalam otak, maka Omega-3 adalah salah satu jawapannya.

Keberkesanannya kita masih belum tahu, namun sesuatu yang pasti, Omega-3 adalah khasiat terpenting di dalam perkembangan otak manusia sejak pembentukannya di dalam rahim ibu lagi. Dan ia tetap diperlukan sehinggalah ke usia tua seorang manusia itu.

Omega Guard : Omega-3 Shaklee Yang Berkualiti Tinggi

kesihatan mental dan omega-3

Memperkenalkan Omega Guard, supplement Omega-3 daripada Shaklee yang diperbuat daripada ekstrak ikan jenis hering, mackerel, sardin dan anchovies sederhana besar dari spesies ikan laut dalam dan berair sejuk.

Setiap hidangan Omega Guard membekalkan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuklah EPA dan DHA. Dan setiap hidangan ini lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang sangat penting untuk tubuh badan iaitu DHA, EPA, ALA, HPA, ETA, DPA dan SDA.

Omega Guard Shaklee sangat berbeza dengan suplemen minyak ikan yang lain. Shaklee menghasilkan Omega Guard dengan menggunakan teknologi ultratulen bergred farmaseitikal iaitu dengan menggunakan proses penyulingan tiga peringkat atau proprietari tiga molekul bagi memekatkan lagi asid lemak Omega-3 yang paling baik, paling bersih dan paling tulen.

Teknologi ini dapat membuang dan menyingkirkan bahan berbahaya yang ada di dalam ikan seperti arsenik, merkuri, plumbum dan bahan logam lain.

Seperti jenama lain di pasaran, kebanyakan pengeluar hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini sebenarnya boleh memusnahkan sesetengah nutrien dan tidak mampu untuk menapis logam-logam yang berbahaya kepada kesihatan.

Nutritionist Shaklee pernah berkongsi bahawa tidak semua pengeluar supplement minyak ikan ini menggunakan kaedah penylingan propretari tiga molekul. Kebanyakannya hanya melalui penyulingan 1x atau 2x. Ini kerana proses ini menggunakan kos yang tinggi. Shaklee saja setakat ini yang menggunakan penyulingan 3x untuk menghasilkan minyak ikan yang terbaik kepada penggunanya.

Shaklee sememangnya sangat menjaga kebajikan pembeli dan harganya juga setara dengan kualiti dan masih mampu milik untuk semua.

Jom Dapatkan Omega Guard Shaklee!

Berminat nak dapatkan Omega Guard atau mana-mana produk Shaklee? Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran. Semua set di atas ini juga mesti daftar sebagai ahli Shaklee.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge