Teruskan Berbisnes Shaklee 2024

By | 05/01/2024
Teruskan berada di dalam bisnes Shakles


Teruskan berbisnes Shaklee 2024. Assalamualaikum pembaca. Kita dah masuk ke tahun 2024. Bermula sejak 2022 lagi, iaitu fasa pasca pandemik, kita sedang alami inflasi dan kenaikan harga barang. Ekonomi yang makin merudum termasuklah nilai ringgit yang semakin jatuh. Kos hidup yang makin meningkat dan ia kian terasa apabila kita masuk ke tahun 2023 dan kini berlanjutan ke tahun 2024. OPR menaik, harga mentah menaik, harga minyak menaik dan turut terkesan pelbagai lagi sektor.

Bagi pengusaha bisnes dan perniagaan, pasti telah turut merasa tempias yang kuat. Banyak sangat bisnes yang terpaksa gulung tikar dan ada usahawan yang terpaksa menanggung bebanan hutang. Kesemua bisnes terkesan. Tak ada yang terkecuali.

Pesan mentor bisnes…. Apabila hyper inflation berlaku, mereka yang pernah hidup dengan cukup-cukup makan pada waktu belum inflasi dahulu, pasti akan rasa hidup lebih sukar sekarang ini. Pasti akan terasa.

Manakala yang ada extra income akan lebih mudah manage kenaikan harga barang yang berlaku.

Walaupun terkesan sedikit sebanyak, tapi mereka tak begitu teruk.

Ramai yang start risau. Kita tak boleh sekadar berharap dan berdoa. Kena ada planning apa nak buat untuk cover.

Please buat planning untuk kewangan diri sendiri & keluarga.

Cut cost mana yang boleh.

Kalau tak mampu nak cut cost, besarkan sumber kewangan. List down apa usaha yang boleh dibuat.

Saya sendiri berpesan kepada semua anak cucu team bisnes saya dalam Shaklee, bagus uall semua dah ada selangkah kaki dalam niche bisnes yang masih relevan walaupun pada waktu harga barang naik ini.

Pada saat buying power makin menurun, kualiti kesihatan masih menjadi keperluan.

Orang mungkin akan stop beli extra baju, beg, kasut, tudung, accessories, makanan sedap or kek.. Juga dah kurangkan shopping di mall dan lain-lain.

Tapi orang tak stop beli kualiti kesihatan. Sebab tubuh badan yang sihat akan bantu mereka lebih kuat untuk bekerja untuk usaha mencari rezeki.

Dan itulah manfaat yang niche bisnes kita sedang berikan.

Sebab tu bagus untuk terus bertahan.. Ke mana saja uall pergi, jangan tinggalkan label uall sebagai pengedar Shaklee.. Saya juga berpesan kepada diri saya sendiri. Sebab saya adalah pengemudi kepada team bisnes Shaklee saya. Jika saya mengalah, apa lagi anak-anak buah kan? Setakat ini, walaupun telah 7 tahun saya berada dalam bisnes Shaklee, Alhamdulillah saya terus lagi masih setia di dalam bisnes Shaklee ini.

Kenapa saya masih stay dan teruskan usaha dalam bisnes Shaklee ni?

Sebab orang yang mahukan kualiti kesihatan & kecergasan dalam hidup seharian tetap mahu mencari Shaklee. Permintaan itu sentiasa ada, percayalah !

So saya berpesan kepada team Shaklee saya dan juga sidelines Shaklee saya sekiranya anda turut membaca tulisan saya ini, jangan lepaskan hand break. Keep going.

Keep sharing.

Hari-hari ada orang dari pelbagai golongan yang memerlukan.

Percaya benda ni sebab jenama & produk ni sentiasa kukuh lagi-lagi terbukti dalam Trusted Brand Award 2021-2022. (Rujuk : Mengapa Saya Memilih Jenama Shaklee?)

Teruskan, jangan berhenti.. sentiasa ada orang yang memerlukan pengalaman & ilmu yang uall ada dalam kesihatan.

P/s : Kebanyakan customers saya suka konsisten Shaklee untuk penjagaan kolestrol, turunkan visceral fat, maintain berat badan, cergas tubuh badan utk pegang peranan supermom utk family, kurangkan derita sakit badan & ketidakselesaan perut, jaga kecantikan kulit, tingkatkan perlindungan & sistem imun, tingkatkan kesihatan anak-anak & bantu ibu bapa berusia untuk cergas pada usia emas.

Dijemput untuk turut membaca entry lain saya yang berkaitan :

  1. Peluang Dalam Bisnes Shaklee
  2. 4 Sebab Utama Bisnes Shaklee Berbeza
  3. Berniaga Adalah 9/10 Sumber Rezeki
  4. Cara Mudah Kerja Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge