Cara Mudah Kerja Dari Rumah

By | 11/07/2023
cara mudah kerja dari rumah dengan Shaklee

Sekarang ni ramai yang mungkin tercari-cari peluang kerja dari rumah. Mungkin kerana sedang menganggur, surirumah yang mahu mencari sumber pendapatan ataupun mereka yang makan gaji tapi mahu tambah pendapatan sampingan yang mudah dilakukan dari rumah walaupun siangnya bekerja. Mungkin nak cari sesuatu kerja pada hujung minggu atau waktu masa lapang. Ada juga student yang perlu cari duit poket untuk menampung perbelanjaan di kolej atau IPTA. Anda berada dalam mana-mana kategori ni?

Saya pernah melalui pengalaman menganggur. Saya juga merupakan seorang surirumah yang pernah mencari idea, nak cari duit dengan cara apa dari rumah ye? Tapi masa zaman student, saya tak pernah ada sebarang cubaan untuk menambah wang saku sebab saya selesa dengan tajaan biasiswa yang saya peroleh masa tu, Alhamdulillah.

Tapi walau dalam kategori mana sekalipun, zaman sekarang ni memang tahap wajiblah untuk sesiapa sahaja mencari kerja lebih sebab nak tampung kewangan yang semakin sesak sekarang.

Ia bergantunglah kepada minat, kelebihan dan kemampuan masing-masing. Saya pernah kongsikan idea bisnes part-time di Malaysia yang mungkin bermanfaat untuk anda. Ada macam-macam idea yang ada untuk tambah pendapatan. Tapi hari ni saya kongsikan cara saya cari extra income dari rumah.

Saya Yang Sekarang Sedang Kerja Dari Rumah

Alhamdulillah, pada tahun 2023 ini, merupakan tahun yang ke-9 saya bekerja dari rumah setelah saya meletak jawatan sebagai seorang Engineer di sebuah syarikat swasta. Saya tak terus bermula dengan bisnes Shaklee sebagaimana sekarang. Tapi saya pernah bermula dengan bisnes dropship kepada bahan pendidikan awal kanak-kanak. Namun kemudian saya beralih kepada bisnes Shaklee setelah saya menjadi pengguna dan selepas saya dah pelajari ilmu nutrisi dengan lebih mendalam bersama ahli-ahli nutrisi Shaklee.

Setelah saya merasai keberkesanan pada produk, saya sendiri dah ada testimoni sebenar, saya rasa lebih mudah untuk saya berkongsi dengan orang lain dan mendapatkan jualan. Saya juga tertarik dengan tawaran reward yang company Shaklee berikan kepada business leaders. Saya fikir, best sangat ni kalau dapat Umrah percuma. Best sangat ni kalau dapat free incentive trip ke luar negara. Tu semua merupakan hot button saya masa tu untuk rasa berminat memulakan kerja dari rumah bersama Shaklee.

Siapa sangka, sehingga ke hari ini, saya telah pun menikmati pendapatan bekerja dari rumah dengan Shaklee sebanyak 4 angka, konsisten semenjak tahun 2016. Bayangkan, seorang surirumah sepenuh masa seperti saya, berjaya menggenggam income 4 angka dari rumah setiap bulan, sambil berada di rumah sepenuh masa.

Income dengan Shaklee bila kerja dari rumah
Income dengan Shaklee bila kerja dari rumah

Saya boleh uruskan rumahtangga, saya masak untuk suami dan anak-anak, saya jadi driver untuk anak-anak bersekolah dan pulang daripada sekolah, saya jaga dan asuh sendiri anak-anak yang masih kecil dan belum bersekolah, dan sambil tu saya menguruskan bisnes saya sendiri dari rumah.

Memang huru-hara lah jugak. Tapi alah bisa tegal biasa. Banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan. Tanpa ada banyak free time, sebab asal ada masa dan kelapangan je, mesti saya buat kerja-kerja marketing untuk bisnes saya. Walaupun ketika berhenti di traffic light semasa drive, saya akan up iklan di mana-mana social media. Selepas anak-anak dah tidur pula, saya akan on laptop dan mula menulis blog macam sekarang ini.

Siang hari, saya akan berikan sharing ilmu nutrisi kepada ahli-ahli Shaklee yang makan sendiri, kepada prospects dan kepada orang awam agar membina kesedaran tentang keperluan mengamalkan supplement setiap hari. Malam hari, saya akan fokus kepada rumahtangga dan anak-anak. Dan asalkan ada masa, saya akan uruskan kerja-kerja bisnes Shaklee saya, straight daripada rumah sahaja.

Cara kerja dari rumah dengan Shaklee
Kerja dari rumah dengan Shaklee, sangat mudah kerana kita hanya fokus marketing dan perkongsian saja berdasarkan pengalaman kita sebagai pengguna Shaklee. Hal bisnes lain tak perlu fikir. Syarikat Shaklee akan fikirkan untuk kita.

Fleksibelnya Bisnes Shaklee – Hanya Kerja Dari Rumah dan di Mana-mana

Paling best tentang bisnes Shaklee ni, ia sangat-sangat fleksibel sebenarnya dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Surirumah pun boleh, orang bekerja pun boleh. Sebab kita hanya perlu berkongsi manfaat Shaklee, dan kalau kita dapat order, kita hanya perlu submit ke dalam website Shaklee dan serahkan kepada Shaklee untuk menguruskan pengeposan. Ibarat kita buat bisnes dropship je. Tak kisah kita berada di rumah ataupun on-the-go sebab semuanya hanya memerlukan smartphone anda dan talian internet sahaja.

Ia sangat-sangat mudah untuk seorang surirumah seperti saya sebab rutin saya setiap hari dah sedia sangat sibuk menguruskan anak-anak bersekolah dan pulang daripada sekolah. Jadi saya tak banyak masa kalau nak fokus bisnes terlalu lama. Shaklee ni mudah sebab saya hanya perlu berkongsi info kesihatan dan up iklan je. Kemudian bila ada orang order, saya key-in saja maklumat di dalam website.

Tapi kuncinya kena sangat-sangat rajinlah. Sebab surirumah pun banyak kerja sebenarnya. Tak sempat kalau nak buat kerja lain sangat. Tapi, kita sendiri yang kena cari masa dan berusaha kalau betul kita perlu sangat-sangat extra income tu. Jadi, dah ada platform social media, dah ada pengalaman dan kemahiran dalam pemakanan Shaklee, maka saya pun fokuslah bisnes Shaklee yang mudah untuk seorang ibu yang sibuk seperti saya.

Ia tak susah dibuat. Tapi perlukan kerajinan dan strategi. Ilmu tentang nutrisi dan produk pun WAJIB ada kalau nak start kerja dari rumah dengan Shaklee ni. At least adakan usaha untuk sentiasa menambah ilmu mengenai produk dan ilmu kesihatan. Tak susah pun sebab dalam team kami, kerap mengadakan kelas-kelas ilmu nutrisi untuk kesedaran dan pengetahuan kita semua. Jadi kalau ada customer yang bertanya, kita ada ilmu nak menjawab. Tu semua aset penting even dalam mana-mana bisnes pun. Kita nak promote produk kita, mestilah kena ada ilmu sedikit sebanyak.

Tentang ilmu produk tu jangan risau sebab ada banyak sangat sumber yang disediakan. Baik daripada team Shaklee mahupun daripada syarikat sendiri. Kalau Google pun, banyak sangat info disediakan. Nak atau tak nak usaha je.

Sistem Bisnes dengan Shaklee

Anda consume untuk keyakinan diri dan customer yang bakal membeli dengan anda, anda kongsikan manfaat ataupun testimoni yang telah anda rasai, atau anda kongsikan manfaat produk Shaklee kepada orang lain walaupun anda belum cuba consume, orang lain dapatkan produk Shaklee daripada anda, anda submit order dekat website Shaklee, dan kemudian anda bantu customer consume dengan baik bersama consultation yang membantu beliau mendapat hasil yang terbaik daripada Shaklee.

Cara kerja dari rumah dengan Shaklee
Sistem bisnes Shaklee

Sebenarnya ia sangat mudah. Ibarat macam bisnes dropship jer. Dan kalau ada benda yang anda tak faham, tak pasti, tak tahu nak suggest apa dekat customer, anda sentiasa boleh merujuk upline yang mendaftarkan anda dalam Shaklee ni. Jadi, pentingnya anda berdaftar dengan Ahli Shaklee (upline) yang berilmu pengetahuan mendalam dalam Shaklee dan dah menjadi pengguna tegar Shaklee dengan lama. Senang kita nak tanya apa-apa kan.

Jom Bertindak Dan Mulakan Bisnes dari Rumah dengan Shaklee

Bagi anda yang tak nak fikir hal bisnes yang berat-berat seperti seorang founder, maka bolehlah fikirkan untuk menceburi bisnes Shaklee ni. Sebenarnya untung tau, sebab kita menyertai bisnes yang memang berada dalam niche kesihatan. Jadi, secara automatik kita pun sentiasa terdorong untuk menjaga kesihatan kita. Kita sentiasa menambah ilmu untuk kesihatan yang baik untuk diri kita sendiri dan keluarga kita juga. Kesihatan ni pula dah consist of kesihatan dalaman dan kecantikan diri. Termasuklah penjagaan berat badan dan kesihatan kulit.

Bila kita sihat, bila kita kurus, bila kita cantik, kita akan untung pada jangka masa panjang sebab kesihatan itu adalah pelaburan yang paling untung. Kita akan sedar perkara ni bila kita semakin meningkat usia. Pada masa itu, kita akan melihat rakan-rakan sebaya kita mula mendapat simptom penyakit satu persatu. Untung buat kita, kita dah ceburi ilmu kesihatan dan preventive medicine ni semenjak awal-awal kita consume Shaklee dan aktif dalam bisnes Shaklee. Kita sentiasa menambah ilmu untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit dan dihidapi penyakit kronik.

Jadi, ibarat kita sedang menyelam sambil meminum air. Baiklah bila kita ceburi bisnes yang membawa keuntungan kesihatan pada jangka masa panjang. Kita takkan rugi masa dan pengorbanan yang kita berikan kepada bisnes Shaklee. Sebab kita menimba ilmu bukan saja dalam bisnes, tapi dalam bidang kesihatan yang sangat-sangat baik untuk kita sendiri.

Jom! Mulakan bisnes dari rumah dengan Shaklee. Ia sangat mudah dilakukan. Yang penting, anda kena ada smartphone dan talian internet. InsyaAllah, saya akan guide anda dalam memulakan bisnes Shaklee. Kita sama-sama kerja dari rumah dengan Shaklee. Sambil consume Shaklee, sambil berkongsi. Mana tahu, anda pun boleh menikmati produk Shaklee secara percuma je? Macamana? Dengan mendapat income bonus bulanan daripada Shaklee lah 🙂

Setiap perkara bermula dengan zero. Tidak ada yang kita buat, kita akan terus pandai. Semuanya perlu ada proses untuk belajar dan cuba. Yang pasti, seseorang itu takkan mengubah hidup dia sekiranya dia tak nak keluar daripada comfort zone dia dan tak mahu mencuba sesuatu yang baru.

Untuk meraih sebuah kejayaan, perlulah bermula dengan tindakan. Biarpun susah, kita cuba usahakan. Dalam Shaklee, kita ada mentor yang sudi membantu kita 24 jam. Jom! Saya bantu anda yang mahu mulakan kerja dari rumah dengan Shaklee.

Hubungi saya di WHATSAPP 012-6753078 (boleh klik).

Baca Juga :
Peluang Dalam Bisnes Online Shaklee

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

3 thoughts on “Cara Mudah Kerja Dari Rumah

  1. Pingback: Tips Bisnes Online Bagi Orang Sibuk • SyahidaShukri

  2. Pingback: Hadiahkan Ayah Kereta Dengan Car Bonus Shaklee • SyahidaShukri

  3. Pingback: Teruskan Berbisnes Shaklee 2024 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge