Tips Bisnes Online Bagi Orang Sibuk

By | 16/07/2023
Tips bisnes online bagi orang yang sibuk

Anda sedang melakukan bisnes online? Hari ni memang ramai yang menceburinya. Jadi dalam entry ni saya akan kongsikan Tips Bisnes Online, khusus buat mereka yang sibuk dengan tugasan dan peranan hakiki setiap hari. Tak kisah anda seorang yang berkerjaya professional ataupun seorang surirumah, semuanya pun pasti sibuk dengan pelbagai tugasan dan rutin harian. Jadi macam mana nak handle semua benda dalam satu masa? Nanti kerja hakiki pun terabai, bisnes online pun tak gerak-gerak.

Tips Bisnes Online

  1. Susun Prioriti
    • Nak tambahkan tugasan bisnes online dalam rutin harian yang dah sedia sibuk adalah amat mencabar. Jika kita tak manage masa betul-betul, tak letak to-do-list dan tidak menulis prioriti kepada task bisnes online yang kita perlu buat pada hari tu, kemungkinan besar kita takkan buat satu apa pun kerja bisnes online.
    • Penting untuk kita sendiri disiplinkan diri dan letak target, nak buat apa dulu, nak capai apa hari ni, nak kena siapkan tugasan apa hari ni dan nak kena promote apa hari ni dekat siapa?
    • Susunlah baik-baik waktu untuk kita lakukan tugasan hakiki (pekerjaan ataupun tugasan di rumah), dan susunlah baik-baik bila waktu yang kita nak fokus kerja bisnes online ini.
    • Kita tak mahu dua-dua terabai. Kita mahu dua-dua pun excellent. Kerja hakiki pun tiptop, bisnes online pun berjalan dan berjaya.
    • Perkara ini sangat-sangat mementingkan pengurusan masa, disiplin dan keinginan yang kuat di dalam diri anda sendiri.
  2. Mesti Ada Mentor
    • Supaya bisnes online anda terpandu dan anda tidak melanggar dinding untuk mendapatkan hasil, adalah lebih baik jika anda mempunyai mentor berpengalaman yang mampu membimbing anda. Juga menjadi tempat rujukan untuk anda bertanya.
    • Kenapa kena ada tempat untuk bertanya? Supaya ia menjimatkan masa anda dalam menjayakan bisnes online. Tak perlu membazir banyak masa untuk mencari jawapan penyelesaian. Untuk cepat dan senang, rujuklah mentor ataupun upline.
    • Ingat, anda mesti work smart bukannya work hard semata-mata. Terus tanya upline mentor jika ada masalah supaya anda dapat kurangkan pening kepala, stress dan huru-hara. Yang penting, masa pun jimat. Kerja banyak kan? Jadi kalau ada mentor, proses menjadi short cut. Lagi-lagi kalau mentor anda tu orang yang dah pun berjaya, lagilah proses anda untuk berjaya juga menjadi short-cut. Best kan?
  3. Hidupkan Dunia Social Media
    • Bisnes online adalah bisnes on-the-go, di mana anda perlu meletakkan komitmen anda kepadanya walau di mana-mana dan bila-bila masa saja. Jika sebelum ni, social media anda hanyalah sepi dengan anda hanyalah reader kepada updates orang lain, kini anda menjalankan bisnes online, anda perlulah menghidupkan diri anda di dalam dunia social media.
    • Penting untuk anda mengaktifkan diri dan mengumumkan kepada semua, apa bisnes yang anda sedang usahakan agar orang lain tahu apa yang mereka boleh manfaatkan daripada anda. Caranya adalah dengan kerap berkongsi aktiviti anda dalam online business. Berkongsi mengenai aktiviti bisnes anda adalah satu cara indirect untuk memberitahu bahawa anda sedang melakukan bisnes itu. Ia juga salah satu cara untuk softsell kepada customers anda.
    • Hidupkan semua social media yang ada seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Tiktok, Blog dan lain-lain jika ada. Paparkan mengenai bisnes anda di profile dan cara-cara untuk menghubungi anda directly. Ingat, social media adalah medium penting untuk orang lain notice tentang anda dan kemudian menghubungi anda untuk sebarang pertanyaan atau pembelian jika mereka berminat.
    • Social media juga penting untuk anda kerap berkongsi tentang produk yang anda jual. Anda promote, anda buka kedai. Anda tak promote, anda tutup kedai. Ingat tu yer!!
  4. Tambah Ilmu Selalu
    • Ilmu Bisnes dan Ilmu Marketing adalah penting untuk peniaga bisnes online selalu cari dan pelajari. Tambahan lagi, bisnes online ini seringkali berubah mengikut peredaran semasa. Kalau kita tak catch up, kita akan ketinggalan dan jauh daripada dikenali prospects yang berpotensi.
    • Ada banyak kemahiran yang perlu dipelajari seperti teknik penulisan, teknik poster, video, mengedit iklan, teknik bercakap dengan customers, teknik close sales, teknik menguruskan order, pengurusan masa, pengurusan bisnes dan banyak sangat lagi yang perlu dikuasai.
    • Ilmu Produk juga tak kurang pentingnya kerana dengan penguasaan ilmu produklah kita akan menjadi lebih yakin untuk berkongsi tentang produk, dan menjawab soalan customers berkenaan produk yang mereka carikan.
  5. Sentiasa Mendapat Restu Suami ataupun Ibu Bapa
    • Ramai orang yang mungkin merasakan, untuk memulakan sebuah bisnes online ni hal yang remeh dan santai-santai je. Sebenarnya ada banyak pengurusan yang perlu dikuasai terutamanya para wanita bekerjaya ataupun surirumah. Masanya akan perlu dibahagi antara bisnes dan keluarga. Maka sudah tentulah komitmen juga perlu dibahagi. Dan kalau pasangan atau suami tidak memahami perkara ni, sudah tentu menyukarkan para isteri yang mahu membahagikan masa kepada bisnes online.
    • Untuk fokus kepada bisnes online, perlu ada masa yang si isteri kena ketepikan sekejap urusan suami dan anak-anak. Jadi, perlunya ada pemahaman dan sokongan daripada suami untuk membantu urusan isteri sekejap. Jadi para isteri, please dapatkan restu dan sokongan daripada suami ye. Barulah anda boleh fokus dengan bisnes online ini. Dan bila anda boleh fokus, InsyaAllah, lebih mudah lah nak berjaya :-).
    • Restu suami juga sangat penting kerana dengan restu dan doa mereka, isteri akan lebih dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, InsyaAllah.
    • Jika belum berkahwin, dapatkan restu daripada ibu bapa :-).

Penutup

Semoga tips bisnes online ini bermanfaat kepada anda yang mahu memulakan bisnes online. Mungkin masa awal-awal bermula, anda kelam kabut sikit dan huru-hara antara bisnes dengan keluarga. Takpe ia sesuatu yang normal. Kita kena belajar adapt slowly dan perbaiki hari demi hari. Jangan putus asa sekiranya belum berjaya. Semuanya proses untuk kita belajar. Nak kuasai pun kena ambil masa. Saya doakan urusan anda semua dipermudahkan, dan anda berjaya memperoleh kejayaan yang diingini melalui bisnes online yang anda ceburi.

Saya menjalankan bisnes online Shaklee. Sambil menguruskan rumahtangga dan urusan anak-anak, saya uruskan bisnes Shaklee. Saya ada kongsikan mengenainya, jemput baca di sini : Cara Mudah Kerja Dari Rumah.

Boleh hubungi saya di sini : WHATSAPP LINK.

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Tips Bisnes Online Bagi Orang Sibuk

  1. Pingback: 5 Kelebihan Percutian Shaklee Yang Tiada Dalam Pakej Percutian Biasa • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge