Part Time Job di Malaysia

By | 06/05/2023
Part Time Job Di Malaysia

Part time job ataupun pekerjaan sampingan di Malaysia semakin menjadi carian orang; baik mereka dalam kalangan pelajar ataupun yang telah bekerjaya. Pelajar IPTA kebanyakannya mahu menyara yuran pengajian mereka di Universiti dan menampung kekurangan kewangan mereka. Manakala pekerja makan gaji pula mahu menambahkan pendapatan lagi sebagai tambahan kepada pendapatan daripada kerjaya hakiki. Terutamanya yang baru graduate, mahu melunaskan bayaran pinjaman dan menambahkan simpanan untuk majlis perkahwinan.

Tak kurang juga para surirumah yang mahu mencari part time job di Malaysia untuk mengurangkan bebanan rumahtangga. Golongan bekerjaya juga ada impian yang mahu dicapai : membeli kereta atau upgrade kereta, membeli rumah, mengubahsuai rumah, menunaikan Umrah dan Haji, berkhidmat kepada ibu bapa, dan pelbagai lagi tujuan.

Bagi mereka yang melakukan part time job di Malaysia ini, besar kemungkinan mereka memiliki kemahiran pengurusan masa yang lebih baik daripada mereka yang tidak melakukannya. Mereka menimba pengalaman untuk jadi lebih bertanggungjawab dan amanah, dan mereka gigih membuat duit untuk tujuan khusus mereka. Pastinya semua ini akan menambahkan pengalaman mereka di tempat kerja, dan mereka pun akan lebih dipandang oleh majikan apabila mencari pekerjaan nanti (bagi pelajar yang membuat part time job di Malaysia). Majikan mesti mencari ciri-ciri terbaik pada diri pemohon jawatan kosong. Jadi dengan adanya pengalaman part time job ini, pasti akan menarik minat majikan untuk menawarkannya jawatan.

Bagi para surirumah pula, membuat kerja part time ini akan turut meningkatkan keyakinan diri bila mula mencipta peluang pekerjaan buat diri sendiri dari rumah. Dapatlah pendapatan sendiri. Atau mungkin ada yang kebosanan di rumah, dan kerja part time dijadikan sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang dan membesarkan circle sedia ada, daripada duduk-duduk tak buat apa kan. Lebih baik buat sesuatu dan dapat duit. Dapat juga kawan baru kan?

Bina Kemahiran Melalui Part Time Job di Malaysia

Pada zaman yang semakin advanced ini pula, majikan pun dah kurang meneliti tahap kelulusan atau ijazah seseorang. Tapi apa yang lebih dilihatnya adalah kemahiran yang dimiliki pemohon. Kalau ada kemahiran atau pengalaman tambahan, ia pasti akan menjadi satu bonus kepada pemohon itu agar lebih terkedepan berbanding pemohon lain yang hanya memiliki sijil kelulusan di institusi pendidikan. Jadi, sangat beruntung kan kalau seseorang ada lebih banyak pengalaman dalam part time job di Malaysia?

Walau bagaimanapun, kita kena fahami juga realitinya. Apabila seseorang memiliki dua pekerjaan dalam suatu masa, pastinya ia akan menggunakan banyak tenaga seseorang dan meletihkan badan dan mindanya. Dalam hal ini, mereka yang melakukan part time job mesti pandai membahagi masa dan pandai menyeimbangkan kehidupannya dengan pekerjaan-pekerjaannya.

Tapi jangan risau. Sebab di Malaysia ni, ada pelbagai jenis part time job yang fleksibel dan sesuai dilakukan secara sampingan. Pilih je part time job di Malaysia ni yang sesuai dengan minat dan keupayaan masing-masing. Yang penting sekali, kerjaya hakiki tak terjejas, dan part time job pun memberikan pulangan yang memuaskan. Seronok pun seronok, masyuk pun masyuk!

Senarai Part Time Job di Malaysia

  1. Home Tutor
  2. Pekerja Kedai Fast Food dan F&B (McD, KFC, A&W, Burger King, Tealive, Chatime, Starbucks etc)
  3. Staf Servis Makanan di Restoran ( Waiter / waitress )
  4. Event Staff / Crew Program
  5. Freelancer
    • Pereka Grafik / Designer
    • Penulis Kreatif / Penulis Buku / penulis Artikel
    • Blogger
    • Translator
    • Ghostwriter
    • Penulis Review
    • Marketing
  6. Jualan Langsung (Direct Selling, MLM)
  7. Photographer & Videographer
  8. Pembantu Kedai Runcit / Supermarket
  9. Barista Cafe
  10. Promoter
    • Free tasting product
    • Pengedar risalah
  11. YouTuber
  12. TikToker / Reels / Influencer
  13. Rider (Grab, FoodPanda, MyCar etc)
  14. Baking cake, cup cakes, fondant cakes
  15. Ambil order memasak
  16. Mengambil upah menjahit
  17. Pengasuh bayi atau kanak-kanak / nanny
  18. Home and Mobile Spa
  19. Personal shopper
  20. Menyanyi
  21. Pengacara majlis

Jadi inilah di antara contoh-contoh part time job di Malaysia yang kebiasaannya dilakukan oleh pelajar dan individu bekerjaya. Sesuai dengan kebolehan, minat dan kelapangan masing-masing. Pilihlah kerja sampingan yang sesuai dengan personaliti dan bakat masing-masing. Yang paling penting, tidak menjejaskan kerjaya dan tuntutan pelajaran yang lebih hakiki, dan tidak memberi bebanan yang tak mampu ditanggung. Diri sendiri juga perlukan rehat dan masa lapang dengan keluarga dan kehidupan personal.

Part time job di Malaysia
Menjadi trend sekarang menjadikan aktiviti YouTuber atau TikToker sebagai hobi untuk menjana pendapatan secara part time di Malaysia.

Kebanyakannya pun sebenarnya mengikut minat masing-masing kan? Macam hobi pun ada juga. Jadi kita boleh tengok apa bidang yang paling kita minati, apa yang kita paling suka buat? Apa yang kita suka lakukan pada masa lapang. Jadi kita boleh twist aktiviti tu jadi peluang untuk membuat duit.

Contohnya kita ni suka mengembara. Suka melancong dan cuba-cuba travel ke tempat baru atau luar negara. Kita boleh cipta pengalaman kita sendiri. Dan bila dah ada keyakinan, kita boleh menjadi travel agent persendirian suatu hari nanti. Boleh lah untuk jadi travel agent untuk ahli keluarga ataupun small groups di kalangan kenalan sendiri kan. Inilah buat duit dengan minat.

Saya sendiri pernah melancong ke Jepun dengan kawan sendiri yang kerapkali travel ke Jepun. Disebabkan minat dan kekerapan dia ke Jepun, dia terus dah fokus Jepun dan menjadi travel agent di kalangan kenalan yang mahu ke Jepun bersama keluarga. Kan best?

Paling simple pun, kita boleh jadi agen pemasaran dengan mempromosikan pakej travel. Kita boleh buat sambil-sambil dan kita pun boleh jana pendapatan sampingan daripadanya. Banyak yang kita boleh buat sebenarnya. Nak tak nak aje.

Pada zaman ini, dah tak boleh bagi alasan dah sebenarnya yang kita tak ada peluang pekerjaan atau kita tak ada kerja dan tak ada duit. Kita yang tak nak cari kerja atau malas. Itu je yang sebenarnya. Hakikatnya, ada banyak sangat peluang pekerjaan dan part time job yang kita boleh buat. Pilih je part time job di Malaysia yang ada macam-macam ni. Depends kat kita je sejauh mana kita nak berusaha ke arah tu. Tapi kalau sendiri tak minat dan tak memerlukan part time job, maka tak perlulah complain tak ada duit.

Pengalaman Saya Dengan Part Time Job

Saya seorang surirumah dan berusia almost 40 tahun. Saya sendiri dah lalui zaman sekolah, IPTA dan kerjaya dan melihat kegigihan pelbagai golongan yang rajin membuat part time job di Malaysia. Semasa saya bekerja sebagai engineer, saya pernah belajar membuat kek dengan chef. Pernah mengambil order membuat kek. Semua tu pengalaman berharga bagi saya. Walaupun saya dah tak buat lagi, saya dapat belajar membina kemahiran dan kemahiran yang ada tu saya manfaatkan untuk membuat kek untuk suami, anak-anak dan majlis di rumah pula. Tak kira lah apa yang kita buat, banyak manfaatnya untuk diri kita. Semua tu kemahiran. Dan mempelajari kemahiran memang tidak merugikan. Kita dapat belajar dan ajarkan pula orang lain one day. Paling kurang pun, kita akan one day mengajar anak kita pula. Kan?! 🙂

Macam hari ni, saya merupakan seorang surirumah yang membantu orang yang mahu mempelajari bisnes dari rumah dengan Shaklee. Dan saya juga membantu para wanita yang mahu menjana pendapatan dengan home & mobile spa. Home & mobile spa yang saya ajarkan ini menggunakan rangkaian produk Shaklee dan skincare daripada Shaklee. Jadi jika ada yang mencari info tentang ini, boleh lah hubungi saya ok!! More info, boleh juga baca entries ni :

Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Kelas Facial Terkini di bawah Team Mobile Spa BOTG

Hebatnya Bila Facial dengan Youth Skincare Shaklee

Semoga anda mendapat info bermanfaat daripada perkongsian saya. Share la ngan saya part time job di Malaysia yang mana yang paling anda prefer. Atau mungkin pernah tengok pengalaman kawan ke?

Apa pun pilihan, sesuaikan ikut minat dan kemampuan ok!! Semoga anda sendiri mendapat pengalaman berharga walaupun mungkin terpaksa menanggung penat dan lelah di dalam proses. One day anda akan menghargai pengalaman yang anda timba ni dan akan bercerita dengan orang lain pula tentang peluang part time job di Malaysia ini.

Sekian.

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

22 thoughts on “Part Time Job di Malaysia

  1. sakinah mat said

    Banyak Part Time Job kat Malaysia ni sebenarnya kan. Antara nak dengan tak nak je. Dan Mobile Spa BOTG ni lebih fleksible dan demand sentiasa ada selagi ada wanita.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a depends kepada kesungguhan seseorang. Siapa berusaha, dia pasti akan dapat. InsyaALlah. Jalan dah tersedia.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ada je yang mencari tak kira musim 🙂

      Reply
  2. Nur Zahirah

    Part time job mobile spa ni memang mudah dan on the go saja. Semua orang boleh join. Sekali belajar, selamanya boleh guna insyaAllah.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a mudah dan praktikal. Boleh dibuat di mana saja…

      Reply
    1. syahida Post author

      Best ni.. Untuk wanita yang tak sempat nak gi spa.. Tinggal order je kat servis mobile spa 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Moga ramai wanita yg dapat ubah kewangan dengan bisnes part time nie

      Reply
  3. Pingback: Kelas Bisnes Facial Terkini Dengan Team B.O.T.G. • SyahidaShukri

  4. Pingback: Testimoni Buat Duit Dengan Mobile Spa • SyahidaShukri

  5. Pingback: Mobile Spa BOTG Bantu Wanita Buat Duit • SyahidaShukri

  6. Pingback: Cara Mudah Kerja Dari Rumah • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge