Peluang Dalam Bisnes Online Shaklee

By | 02/07/2023
Bisnes online dengan bisnes shaklee

Selamat datang pembaca budiman ke entry Peluang Bisnes Online Shaklee. Alhamdulillah, hari ni kita dah masuk 1 Julai 2023. Dah separuh tahun berlalu untuk tahun 2023. Apa khabar kesihatan dan kewangan masing-masing? Melihat keadaan ekonomi sekarang, saya sangat pasti ramai yang sedang merasai kesan inflasi dan kesan penurunan matawang ringgit Malaysia. Banyak harga barang naik dan gaji kita pula tetap statik, tak naik-naik. Bulan demi bulan, kita habiskan duit untuk bayar komitmen bulanan sahaja. Sampai tak sempat pun nak buat simpanan untuk hobi, reward diri, percutian ataupun nak makan di kedai makan pun sangat terhad sekarang.

Saya tak terkecuali. Memang kewangan sangat limited. Banyak benda nak kena tahan daripada membeli. Cukup sekadar untuk membayar komitmen bulanan sahaja seperti rumah, kereta dan pendidikan anak-anak. Tapi syukur ada juga simpanan untuk Tabung Haji. Itu saja prioriti saya.

Peluang Bisnes Online Shaklee

Disebabkan terhadnya pendapatan, sebab itulah saya jalankan bisnes Shaklee dari rumah. Bisnes Shaklee juga memang bisnes online yang mudah dibuat di mana-mana walaupun anda bekerja. Sekurang-kurangnya saya dapat tambah income. Lagi pula saya memang consume Shaklee setiap hari. Bukan saja saya, tapi juga suami, ibu bapa dan anak-anak. Jadi dah alang-alang saya consume sekeluarga, ada baiknya jika saya turut berkongsi tentang apa yang saya makan. Saya dapat orders, saya dapat cecah tangga kelayakan bonus, maka bonus saya juga akan turut bertambah.

Namun ia bergantung juga kepada usaha dan komitmen kita. Jika kita rajin berkongsi dan membantu mencadangkan set yang sesuai untuk keperluan orang lain, maka kita akan memperoleh sales yang lebih besar. Kuncinya kena minat dengan apa yang kita kongsikan dan tak putus asa untuk kongsikan perkara yang bermanfaat.

Saya seorang resigned engineer dan sejak daripada resignation, saya habiskan masa dengan menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Sebab itu, saya lebih selesa melakukan bisnes online dan antara yang sesuai dengannya ialah bisnes Shaklee. Saya ibarat melakukan bisnes dropship apabila saya mengumpul orders di kalangan customers, kemudian saya submit orders di website Shaklee dan pihak Shaklee yang akan menguruskan semua urusan postage. Mudah untuk seorang yang suka bekerja dari rumah seperti saya.

Tawaran Dalam Bisnes Shaklee

Shaklee menawarkan peluang 3 C dalam bisnesnya. 3 C itu ialah :

  1. Cash
  2. Car
  3. Convention
peluang bisnes online shaklee

CASH

Cash ialah wang tunai yang Shaklee berikan sebagai reward kepada usaha kita berkongsi tentang Shaklee kepada orang lain dan mengumpulkan jualan. Ia bergantung kepada jualan kita dalam setiap bulan. Ada tangga kelayakan bonus yang ditetapkan. Lagi tinggi kelayakan bonus kita, maka lagi besarlah cash reward yang kita akan dapat.

Dan jika kita membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah kita untuk turut sama berkongsi kepada orang lain, maka Shaklee juga akan menganugerahkan cash sebagai reward kita membantu orang lain untuk mahir membantu orang lain. Konsep bantu-membantu ini adalah network marketing. Kita berhubung dalam satu network supaya ahli-ahli baru akan sentiasa dibantu oleh ahli sedia ada. Dan ahli sedia ada sentiasa mencari orang untuk dibantu dari segi cara pemakanan Shaklee dan cara untuk membesarkan team.

peluang bisnes online shaklee

CAR

Car adalah bonus kereta. Bonus kereta ini adalah berdasarkan kelayakan selama 3 hingga 4 bulan mengikut syarat-syarat tertentu. Apabil organisasi anda semakin membesar, jangan berhenti untuk mengejar car bonus ni sebab sekali anda melayakkan diri, anda bakal menerima car bonus ni sampai bila-bila. Selagi mana anda aktif menjalankan dan membina bisnes Shaklee anda.

Shaklee tidak seperti company lain yang menghadiahkan kereta. Kereta pula mesti ada warna tertentu ataupun ada sticker jenama company. Kalau hilang kelayakan pula, kereta akan ditarik. Tetapi tidak dengan Shaklee. Shaklee memberikan car bonus berbentuk wang tunai, supaya anda bebas memilih kereta apa yang anda suka, tanpa sebarang warna tertentu ataupun sebarang sticker yang terpampang besar-besar di sisi kereta bahawa itu kereta hadiah daripada company. Dalam Shaklee, anda tak perlu letak pun kat kereta bahawa ia adalah kereta daripada bisnes Shaklee.

Malahan, anda tak nak gunakan car bonus itu untuk membeli kereta pun boleh!!! Ini yang paling saya suka tentang Shaklee. Tak perlukan kereta, tak perlu beli!! Ye lah, zaman sekarang ni semua orang dah ada kereta betul tak? Jadi kalau nak dapat kereta lagi buat apa kan? Baik dapat cash, boleh kita guna buat bayar installment kereta sedia ada. Ataupun, kita buat simpanan sahaja. Nak menyimpan untuk beli hartanah ke, nak bercuti ke mana-mana ke, nak hulur kepada ibu bapa ke, nak guna sebagai wang waktu kecemasan ke, nak menyimpan dalam Tabung Haji ke, apa-apa pun boleh. Sebab ia bentuk cash. Best kan?

CONVENTION

Convention ialah convention trip yang Shaklee akan tawarkan kepada business leaders yang layak dan ia ditawarkan setiap tahun. Ada 2 jenis convention trip iaitu Regional dan International. International pula terbahagi kepada negara pilihan ataupun Umrah. Regional dahulunya buat trip secara domestik sahaja. Tapi beberapa tahun ni, Shaklee dah luaskan trip regional kepada negara-negara dalam Asia seperti Indonesia, Thailand dan South Korea. Yang terkini (tahun 2024) adalah Cruise Trip ; pelayaran dari Singapore, ke Pulau Pinang dan ke Phuket. Manakala untuk International adalah trip ke Jepun.

Trip dengan Shaklee ni adalah 100% fully sponsored by Shaklee. Anda tak perlu spend duit apa-apa pun. Segalanya dibiayai oleh Shaklee. Daripada tiket penerbangan, ground package, meals, lawatan pelancongan dan tour guide, semuanya diuruskan dan dibayar oleh Shaklee. Kita hanya jadi pelancong macam VIP. Hehe. Duit saku pun dalam matawang negara tu pun dapat tau. Best kan? Kalau pun anda tak nak pergi, nak hadiahkan tiket percutian ni kepada ibu bapa atau pasangan pun boleh. Sebab tu, kalau daftar ahli Shaklee, jangan daftar seorang-seorang. Daftarlah dengan nama pasangan atau suami / isteri sekali ye!! Nombor keahlian akan dikongsi bersama, dan yuran keahlian tetap bayar macam seorang.

Jom Mulakan Bisnes Online dengan Shaklee

Kita ada panduan perniagaan dan support team yang kuat. Especially saya yang dah pun terlibat dalam bisnes Shaklee ni sejak 2015, tahun 2023 ni pun saya masih kukuh berada dalam bisnes ni. Sekiranya anda nak join team Shaklee, daftar dengan orang yang aktif dalam bisnes Shaklee, bukannya orang yang dah stop buat Shaklee. Daftar juga dengan orang yang betul-betul serius untuk berjaya dalam Shaklee dan yang bertahan dalam Shaklee, supaya anda tetap boleh mendapat bantuan cara pemakanan dan bimbingan bisnes yang berterusan.

Saya sedia membantu sekiranya anda berminat nak daftar Shaklee, nak start consume Set Shaklee dan nak mulakan membina bisnes online dengan bisnes Shaklee ini. Saya akan guide caranya. InsyaAllah.

Baca juga entries berkaitan ini :

  1. Bisnes Online Terbaik Malaysia
  2. Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee
  3. Kenapa Surirumah Wajib Buat Bisnes?
  4. Kenangkan Apa ‘Big Why’ Kita Dalam Bisnes Yang Kita Lakukan
  5. 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

Jom amalkan Shaklee sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Hubungi saya dengan KLIK DI SINI.

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

peluang bisnes online shaklee

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

4 thoughts on “Peluang Dalam Bisnes Online Shaklee

  1. Pingback: Cara Mudah Kerja Dari Rumah • SyahidaShukri

  2. Pingback: 5 Kelebihan Percutian Shaklee Yang Tiada Dalam Pakej Percutian Biasa • SyahidaShukri

  3. Pingback: Buat Shaklee Sampai Surirumah Layak Memiliki Hartanah • SyahidaShukri

  4. Pingback: Teruskan Berbisnes Shaklee 2024 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge