Kenapa Vivix Shaklee Dan ResV Jadi Pilihan Saya?

By | 17/06/2023

Selamat datang pembaca budiman. Pernah ke dengar tentang Vivix? Vivix adalah produk premium dan eksklusif keluaran Shaklee kerana tiada produk jenama lain yang seumpama atau hampir seumpama dengannya. Vivix begitu istimewa kerana paten dia je ada 3 dan Vivix memiliki kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya dalam anti-penuaan pada tahap sel.

Rujuk entries ni :

  1. Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Kategori Perubatan
  2. Kajian Klinikal Ke Atas Resveratrol dan Polifenol dalam Vivix

ResV tu apa pula? ResV adalah revolusi kepada Vivix di mana ia berbentuk liquigel (liquid di dalam softgel); iaitu versi Vivix dalam kapsul. Selepas keberkesanan Vivix dalam meningkatkan kualiti kesihatan para penggunanya sehingga mencapai lebih 1 juta jualan semenjak 2010, maka Shaklee melakukan inovasi dan menghasilkan ResV yang ada lebih banyak ramuan yang bagus untuk kesihatan pengguna. ResV mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2020.

Saya ada kongsikan mengenai kedua-duanya di dalam entries yang lepas. Boleh rujuk :

  1. Vivix ResV – Anti-oksidan Terunggul
  2. 8 Kebaikan Polifenol Vivix
  3. Vivix Shaklee : Supplement Antioksidan dan Antipenuaan
  4. Manfaat Sel-sel Tubuh Badan Kita Perolehi Daripada Vivix

Kenapa Vivix Shaklee dan ResV Menjadi Pilihan Saya?

Sebagai pengguna Shaklee semenjak 2014, kemudian aktif pula dalam perniagaan Shaklee semenjak 2015, maka saya tidak dapat tidak untuk mencuba Vivix. Sebelum saya mencubanya, saya lakukan dahulu pembacaan dan mengenalinya terutamanya dari segi ramuan, nutrisi, kelebihan dan kebaikannya terhadap kesihatan. Setelah mengenalinya dengan lebih dekat, maka saya decide untuk cuba Vivix sebab niat saya adalah saya nak bantu tingkatkan kualiti kesihatan ibu dan bapa saya. Jadi biar saya cuba dulu :-).

Pertama kali saya cuba, saya mengalami krisis penyembuhan yang ketara juga. Sama seperti customers saya yang first time cuba Vivix dan alami healing crisis, saya juga tak terkecuali. Saya rasa lesu dan mengantukkk sangat selepas saya cuba Vivix pertama kali. Asyik nak tidur je!! Tapi tu la pengalaman penting saya untuk saya mudah menceritakan tentangnya kepada customers saya pula lepas tu.

Healing crisis ni memang common effect yang tak perlu dibimbangkan. Ia petanda bahawa Vivix sedang menjalankan fungsinya dan kita sedang diperbaiki. Syukurlah sekejap je effect tu. Selepas tu barulah saya rasa badan saya energetic dan tak ketara penatnya. Wahhh best betul rasa badan!! Saya dapat tahu bahawa Vivix ni membaikpulih yang rosak atau benda yang tak sihat dalam badan kita (istilah sebenarnya ialah repair & rejuvenate ataupun membaikpulih dan meremajakan). Jadi bila Vivix ni pandai membaikpulih, maka kat mana-mana bahagian yang bermasalah dalam tubuh badan kita, pandailah Vivix ni pergi ke situ dan baikpulih apa yang patut.

Kenapa Vivix Shaklee

Disebabkan dah rasa keberkesannya dan yakin dengan potensinya, maka saya pun belikanlah Vivix untuk ibu saya. Start dengan ibu dahulu sebab ibu saya sangat suka support apa yang saya recommend :-). Hasilnya ibu saya sukakan Vivix dan dia selalu repeat beli Vivix. Ibu saya rasa lebih bertenaga dan kuranglah sakit-sakit badan. Bila check-up dengan doktor mengenai masalah darah tinggi dan kencing manis, semua ok, takde masalah. Ibu saya juga mengikuti rawatan doktor dan continue makan ubat yang doktor prescribe. Tetap continue dan tak berhenti pun.

Vivix adalah sampingan untuk menambahkan tenaga dan membaikpulih tubuh badan. Tak jadi soal pun kalau seseorang sedang mengambil ubat doktor. Jadi ualls, takde masalah sekiranya ibu bapa kita sedang amalkan ubat doktor, tapi nak makan juga Vivix, boleh. Cuma kita akan ajar cara makannya yang terbaik.

Kenapa Vivix Shaklee

Fasa paling konsisten saya amalkan Vivix ni adalah pada waktu PKP tahun 2021. Kan duduk rumah je memanjang? Jadi saya ada banyak masa untuk konsisten consume Vivix. Alhamdulilllah rezeki pun mencukupi masa tu untuk saya beli Vivix. Niat saya ambil Vivix masa ni adalah sebagai perisai dan perlindungan diri daripada terjangkit virus Covid-19 masa tu. Kesannya, memang awesome sangat!! Paling ketara, wajah saya menjadi semakin flawless dan awet muda. Tak la ketara kusamnya berbanding dulu!!

Tambahan ResV Selepas Vivix Shaklee

Saya juga mengambil ResV dalam rutin seharian saya. Jadi saya ambil Vivix pada waktu pagi dan ResV pada waktu malam. Effect paling ketara dan paling best mengenai ResV adalah tubuh badan terasa lebih bertenaga ketika bangun pagi esoknya. Sepatutnya kita ni kalau tidur lewat, kita akan rasa lebih lesu dan mengantuk nak bangun pagi. Tapi bila ambil ResV sebelum tidur, lesu tu tak terasa pun walaupun malam sebelumnya saya tidur agak lewat. Terasa seperti tubuh badan kita bertenaga dan sihat bila kita senang bangun pagi. Nak continue rutin paginya pun sangat ok.

Kenapa Vivix Shaklee

Ini semua adalah short term effect yang mampu dirasakan sebaik sahaja selepas kita consume. Tapi yang sebenarnya manfaat di sebaliknya kenapa kita ambil Vivix Shaklee dan ResV adalah kerana kita mahu melindungi sel-sel tubuh badan kita daripada kerosakan dan penuaan sebelum usia. Ini kerana penuaan sebelum usia itulah yang diiringi pula dengan penyakit-penyakit kronik. Jadi saya bermula pada usia saya 30an lagi, supaya InsyaAllah saya dapat berikhtiar menjauhi penyakit kronik yang biasa terbentuk pada usia ni (tanpa kita sedari), dan mula terzahir pada usia 40an dan 50an nanti.

Saat itu nanti, kita akan mula mendapati simptom-simptom yang berkaitan dengan penyakit kronik tu seperti tekanan darah yang tinggi, bacaan gula yang tinggi, bacaan kolestrol yang tidak sihat, bacaan urine yang tidak sihat, dan lain-lain lagi blood test result. Antara yang dibimbangi wanita seperti saya juga termasuklah kelesuan, masalah sakit sendi, sakit-sakit badan dan pinggang, timbulnya garis-garis halus dan jeragat pada kulit wajah, kulit yang kusam, dan paling saya seram adalah sel-sel abnormal yang mengakibatkan pertumbuhan tumor tanpa kita sedari. Bukan nak paranoid tapi kena sedar yang penyakit number one yang menyebabkan kematian wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. Betapa ia memberi kesan kepada kehidupan kita. Naudzubillahiminzaalik. Dan biasanya kita akan detect tumor yang ada hanyalah bila dah ada ketulan yang jelas. Tak tahu masa tu dah kanser stage berapa.

Jadi bila saya jumpa Vivix dan ResV yang ada kekuatan polifenol yang sangat tinggi dan hebat, maka saya takkan nak lepaskan peluang mendapatkan khasiatnya. Saya pun dah kena ikhtiar lindungi diri saya. Maklumlah, pemakanan harian saya pun tidak pernah sempurna. Ada je makanan dan minuman yang saya ambil yang manis, yang masin, tinggi bahan pengawet, bahan pewarna, bahan MSG, terproses, tercemar dan lain-lain. Saya pernah kongsikan mengenai hal ini dalam entry 7 Sebab Mengapa Perlu Ambil Supplement.

Sayangi Diri, Ambil Vivix Shaklee dan ResV

Jadi bagi saya, Vivix Shaklee dan ResV adalah pelaburan untuk kesihatan yang sangat berbaloi. Jika dibandingkan dengan harga organ-organ tubuh badan kita yang tidak terperi nilainya. Bagi saya, lebih baik saya habis duit pelihara diri daripada mudah dihidapi penyakit, daripada saya menghabiskan duit untuk rawatan selepas dah menghidapi penyakit. Pada waktu tu, kita dah susah dah nak patah balik kepada kesihatan seperti kita masih muda dahulu.

Dah ada dah Vivix dan ResV yang dah terbukti dari kajian klinikal bahawa keupayaan Polifenolnya mampu melambatkan penuaan telomere dalam kromosom DNA dan menjadikan DNA orang yang berusia 80 tahun pun sama sihat dengan DNA orang yang berusia 41 tahun. Amazing kan? Bukan sekadar teori tapi benar-benar telah diuji secara DNA ke atas consumer Vivix.

Sebab tu, Vivix Shaklee dan ResV adalah pilihan muktamad saya. Sangat tinggi kualiti, sangat berkesan dan sangat dipercayai. Jom , cuba hari ni jugak !

Terima kasih kerana membaca entry saya.

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

2 thoughts on “Kenapa Vivix Shaklee Dan ResV Jadi Pilihan Saya?

  1. Pingback: Petua Hilangkan Jeragat • SyahidaShukri

  2. Pingback: Apa Beza Vivix Dan ResV Shaklee? • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge