Omega Guard – Fish Oil berkualiti tinggi adalah salah satu suplemen penting yang saya ambil setiap hari. Saya ambil selepas saya ambil tahu tentang kepentingannya. Jadi sejak itu, saya juga berikannya kepada suami saya, ibu bapa saya serta ibu bapa mertua saya. Bahkan anak saya juga saya berikan.
Omega Guard ni sangat penting untuk semua peringkat umur. Dari umur setahun hingga lah ayah yang berusia 70 tahun, memang saya berikan Omega Guard.
Omega Guard adalah sejenis suplemen minyak ikan yang mengandungi khasiat Omega-3. Omega-3 ni pula mengandungi nutrien penting iaitu DHA dan EPA.
Memang betul ada banyak jenama Fish Oil di pasaran. Contohnya Scott’s Emulsion atau Neurogain yang ibu-ibu hamil disarankan makan.
Tapi tahukah anda, Omega Guard sebenarnya suplemen minyak ikan Omega-3 yang terbaik? Nak tahu kenapa? Di sini saya akan terangkan.
Apakah Asid Lemak Omega-3?
Asid lemak Omega-3 adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh badan. Sebab tu ia dinamakan “Essential Fatty Acid”. Ianya adalah sejenis lemak yang sihat. Omega-3 pula adalah poly unsaturated fatty acid (PUFA). PUFA adalah lemak yang paling sihat berbanding lemak lain.
Fungsi Omega-3 kepada sel adalah membantu dalam penghasilan sel membran. Apabila sel membran kita sihat, ia membantu pengambilan nutrisi ke dalam sel.
Asid lemak Omega-3 tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Jadi, kita perlu dapatkan daripada makanan sahaja ataupun suplemen.
Asid lemak Omega-3 adalah kaya dengan DHA dan EPA. Ia merupakan asid lemak Omega-3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.
Kebaikan Omega-3 Fish Oil

Banyak kebaikan Omega-3 ni kepada kesihatan. Antaranya:
- Kesihatan Jantung
DHA dan EPA adalah sangat bagus untuk mengurangkan keradangan. Keradangan pada tubuh boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.
Apabila salur darah sihat, jantung dapat mengepam darah dengan baik. Bila pengepaman jantung itu baik, ia dapat mengekalkan peredaran darah dan irama jantung yang sihat.
Selain itu, Omega-3 juga dapat membantu menurunkan tahap trigliserida dan tekanan darah.
Baca juga : Khasiat Omega-3 Yang Menyokong Kesihatan Jantung
2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
Otak kita mengandungi 60% lemak dan lemak ini adalah daripada jenis asid lemak Omega-3 terutamanya DHA untuk ia selalu sihat. Jadi Omega-3 adalah sangat penting untuk otak bekerja dengan baik.
Kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan otak mempunyai tahap Omega-3 yang agak rendah. Lebih menarik, kajian turut menunjukkan pengambilan asid lemak Omnega-3 dapat memperbaiki masalah mental.
Secara ringkas, pengambilan asid lemak Omega-3 dapat membantu kesihatan otak dari segi:
- Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan
- Meningkatkan ingatan, pembelajaran dan perhatian
- Melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan seperti Alzheimer, Parkinson, anxiety dan lain-lain.
3. Menyokong Fleksibiliti Sendi
Kesihatan sendi sangat penting untuk kita bergerak setiap hari. Semakin kita bertambah usia, tulang akan mula kehilangan mineral yang penting. Ini menyebabkan ia kurang padat, mudah retak, mudah patah dan berdepan dengan risiko osteoporosis dan osteoarthritis.
Ada kajian yang menunjukkan, pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan risiko patah tulang. Jadi ia sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan tulang.
Disebabkan Omega-3 bersifat anti-keradangan, asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi.
Antara kebaikan asid lemak Omega-3 kepada sendi:
- Sebagai pelincir semulajadi dan memudahkan pergerakan
- Mengurangkan keradangan sekaligus melegakan simptom sakit sendi
- Mengurangkan kekakuan sendi dan meningkatkan fleksibiliti sendi
4. Perkembangan Bayi
Untuk ibu-ibu hamil, penting untuk ibu hamil mengambil asid lemak Omega-3 di sepanjang kehamilan. Ini kerana minyak ikan Omega-3 menyokong perkembangan otak dan mata bayi.
Menurut kajian terbaru, pengambilan Omega-3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan dapat membantu meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.
Jadi kalau ibu-ibu mahukan anak yang lebih bijak, otaknya lebih sihat dan berkembang dengan sihat, IQ tinggi, ambillah minyak ikan Omega-3 sepanjang kehamilan.
5. Menyokong Kesihatan Kulit
Kulit adalah organ terbesar bagi manusia dan ia turut mengandungi banyak minyak ikan Omega-3. Ada beberapa masalah berkaitan kulit yang dapat dibantu menggunakan asid lemak Omega-3. Antaranya ekzema dan psoriasis. Asid lemak Omega-3 akan membantu dari segi:
- Mengurangkan kekeringan.
- Mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.
6. Meningkatkan Kesihatan Imun
Sistem imun adalah sistem organ yang sangat kompleks (nodus limfa) dan sel (limfosit) yang bekerja bersama-sama untuk mencari dan memusnahkan apa-apa serangan yang memasuki tubuh (seperti bakteria buruk atau virus).
Nodus limfa terdapat secara strategik di dalam badan dan berfungsi sebagai pusat pemeriksaan bagi cecair yang membawa limfosit. Limfosit adalah sel yang akan meronda badan untuk mencari sebarang ancaman yang berpotensi dalam bentuk bakteria, virus atau kulat.
Limfosit ini dikelaskan sebagai sel T atau B. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Dr Jenifer Fenton dari Michigan State University, mereka mendapati minyak ikan Omega-3 sangat berperanan dalam meningkatkan kesihatan sistem imun ini. Ini terutamanya dari segi meningkatkan fungsi sel B. Sel B adalah sejenis sel imun di mana ia diperlukan untuk penghasilan antibodi.
Omega Guard – Minyak Ikan Terbaik Berkualiti Tinggi
Kenapa Omega Guard adalah yang terbaik berbanding jenama lain?
- Omega Guard memiliki gred pharmaceutical, iaitu gred farmasi
Gred farmasi adalah bentuk minyak ikan yang paling tulen, di mana ia mengandungi asid lemak Omega-3 tertinggi serta turut mengandungi DHA dan EPA.
Berbanding minyak ikan gred lebih rendah, minyak ikan gred farmasi dapat menjamin ketulenan dan keaslian minyak ikan berbanding jenama lain.
Proses pengeluaran minyak ikan gred fafrmasi adalah lebih menyeluruh. Sebagai contoh, penghasilan 1 galon minyak ikan memerlukan 100 galon minyak ikan gred makanan kesihatan.
2. Omega Guard melalui penyulingan berperingkat
Penyulingan molekul berperingkat diperlukan untuk mendapatkan ketulenan yang tinggi supaya dapat menghilangkan hampir semua toksin dan logam berat seperti merkuri dan plumbum.
Penyulingan berperingkat ini membantu kita mendapat Omega-3 yang tulen dan pekat. Proses propietri ini memekatkan Omega-3 dan menyingkirkan komponen yang berbahaya seperti raksa, arsenik. plumbum, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan pencemar.
3. Omega Guard memiliki DHA dan EPA yang paling tinggi
EPA ialah asid eicosapentaenoic dan DHA adalah asid docosahexaenoic dan kedua-duanya adalah asid lemak Omega-3. Anda perlu pastikan nisbah EPA dan DHA adalah yang terbaik, atau anda berkemungkinan akan terbeli air sahaja.
Sesetengah syarikat cenderung menggunakan minyak filler untuk mengimbangi minyak ikan mereka. Namun harus kita teliti, kandungan EPA dan DHA adalah lebih penting.
Daripada gambarajah di bawah, kita boleh buat kiraan berapakah sebenarnya jumlah minyak ikan.

- Jumlah minyak ikan adalah 1000 mg
- EPA sebanyak 180mg, DHA sebanyak 120mg.
- Jumlah kedua-duanya adalah 300mg.
- Jumlah filler pula adalah 1000mg – 300mg = 700mg
- Minyak ikan di atas ini mengandungi hanya 30% omega 3, manakala 70% adalah filler.
Bagaimana pula dengan Omega Guard? Omega Guard mengandungi 90% khasiat Omega-3 iaitu 540mg kandungan EPA dan 360mg kandungan DHA daripada keseluruhan dos yang disyorkan. Jadi anda membeli minyak ikan, bukannya filler semata-mata.
4. Omega Guard memiliki 7 spektrum minyak ikan yang lengkap
Omega-3 mengandungi banyak lagi spektrum minyak ikan termasuk DHA dan EPA. 5 lagi spektrum minyak ikan yang terdapat pada Omega Guard adalah:
- Docosapentaenoic
- Stearidonic
- Eicosatetraenoic
- Heneicosapentaenoic
- Alpha-linolenic acids
5. Omega Guard kurang hanyir dan kurang bau ikan
6. Omega Guard diiktiraf oleh Friends of the Sea
Pensijilan Friends of the Sea penting untuk memastikan Shaklee mendapat bekalan ikan yang bertersuan tanpa menjejaskan alam sekitar.
Nak dapatkan Omega Guard?
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa saya memilih jenama Shaklee khususnya Omega Guard untuk saya amalkan sepanjang usia saya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
SID : 1143254
012-6753078
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Twitter: Fariza Saidin
Apabila fish oil ni di datangkan dlm bentuk kapaul memang baguslah sbb klu tak susah nak telannya.
Sis pun amalkan makan omega fish gini.. maklumlah umur dah banyak ni, kolestrol pun ada, so kenalah amik makanan tambahan..
Sis Lin recently posted…SELAMAT HARI LELAKI SEDUNIA 2020
Nina pun ada consume Fish Oil meningkatkan imun kesihatan. Maklum lah sekarang ni Pkpb dok rumah asyik makan jer. entah apa makan makan makan tak jaga. HAhaaa..
Wahhhh banyak betul kebaikan mengambil omega3 fish oil nie. Xsangka. Baru pertama kali diperkenalkan
Twitter: ummigoeswhere
Fish oil dan Omega 3 ni memang penting untuk kesihatan. Saya dah lama amalkan. Mungkin boleh cuba brand ni pulak lain kali.
Cuba lah.. Cuba kaji perbezaannya sebab banyak kualitinya berbanding jenama lain.
bagus ni. terkenal dgn khasiatnya.
shaklee pun brand yg marveles kat malaysia.
aida pernah consume vitamin c nyer dulu.
bila da sukar nak beli sendiri, sebab kawan da pindah, stop.
lepas ni inshaa Allah nak consume semula.
sekarang ni try another produk. kawan promote, alhamdulilah…
support kawan tu yg utama!
fish oil ni memang patut la dlm kapsul. kita boleh telan.
if cecair, hu hu hu sukarnya nak ia melintasi terus ke tekak.
sampai ke lidah, dah rasa mual 🙂 ha ha ha ha…
Yes jangan tinggalkan. Keep continue makan sebab ia pelaburan buat kita. Kita tak nak kita sakit pada usia tua…
Twitter: Marina Bashah
Musim pandemik ni elok tingkatkan imunisasi badan. Makanan yang biasa kita makan tak dapat nak bekalkan nutrisi seperti fish oil ni
Marina recently posted…Whitekish Magic Charcoal Membantu Mencantikkan Gigi dan Mengatasi Bau Mulut
Ha’a betul tu Marina 🙂
Twitter: Feyliez
Liez mmg amalkan omega guard since preggy 2nd baby 5 tahun lepas. Skrg dh jadi shaklee member dan amalkan vit C, zinc, lechitin dan banyak lg.. mmg bagus amalkan mkn supplemen ni
Bagus sangat Liez!! Baik untuk ibu dan baik juga untuk baby kan 🙂
baru tahu kena cari nisbah EPA dan DHA yang tepat, selama ni tak pernah belek pulak pasal benda ni. Thanks sharing this info tau
farhana jafri recently posted…Movie Review : Chhalaang
Welcome 🙂
Twitter: strongveron7
Thanks for sharing! I heard that Shaklee is a good product! Hope for your business success & good luck!
Jen recently posted…Zao Soya, Bandar Bukit Raja Klang
Yes it is! It’s first product is already more than 100 years already…
Twitter: ienaeliena
Banyak kebaikan omega guard fish oil ni..Dalam musim pandemic macam ni memang sesuai amalkan
ienaeliena recently posted…Resepi Lou shu fun soup | Mee Tikus | Laksa Pendek
Ya betul tu.. dia bantu kuatkan sistem imun kita.
Twitter: kitkatnelfei
Wahh, Shaklee pun ada keluarkan Omega fish oil as supplement dia ye.. Boleh try ni la since memang amalkan ambik supplement fish oil..
Kitkat Nelfei recently posted…Woo-Dang Releases Three New Flavors – Salted Egg, Mala and Seaweed Prawn Crackers
ya betul… bagus amalkan sebab banyak sangat manfaatnya…
Yg ni lom cuba lagi. Memang bagus kalau consume ni. So far masih consume vit c tu. Produk shaklee semua best2 kan
Cik Puan Ena recently posted…Look Look Spectacle kedai viral di Muar menawarkan Cermin Mata Korean Style serendah RM58
Yay za mmg makan omega guard ni sejak ada anak 1st. Alhamdulillah susu badan banyak dn tak cepat lesu