Amalan Gaya Hidup Sihat

By | 23/06/2023
Amalan gaya hidup sihat.

Selamat datang pembaca budiman. Amalan gaya hidup sihat adalah sangat dituntut ke atas semua orang. Termasuklah dari segi pemakanan, pergerakan seharian dan persekitaran kita setiap hari. Soalnya adalah, cukup sihat tak amalan gaya hidup kita hari ini?

Nak capai amalan gaya hidup sihat pada zaman makin serba sibuk dan serba moden ni, sehingga makanan dan minuman pun dah banyak fast food dan processed, membuatkan gaya hidup kita semakin teruk sebenarnya. Sumber makanan kita pun banyak yang semakin jauh daripada organiknya. Makin lama makin maju pun teknologi makanan. Makin advanced, makin cepat masak, cepat proses dan makin mudah hidup. Tapi manfaat kepada kesihatan tak tahu sejauh mana.

Macamana nak pastikan yang gaya hidup kita cukup sihat pada zaman ni?

Saya akan kongsikan amalan gaya hidup sihat hari ni yang disesuaikan dengan zaman sekarang.

  1. EAT HEALTHILY (Pemakanan Seimbang)
    • Pada masa sekarang ni, bukan senang nak cukupkan diet yang sempurna. Kita terlalu sibuk even nak sediakan makanan yang paling sihat. Bagi yang bekerja, kita masak sekadar mampu. Ikut dan je kata orang. Makan luar tu sudah pastilah. Dan makan di restoran atau fastfood ni memang tak boleh lari daripada additives, MSG ataupun bahan-bahan pengawet yang digunakan. Jangan kata kat kedai je, kat rumah pun kita guna time masak.
    • Kedai makan pula, adakah mereka akan gunakan bahan mentah yang organik ataupun yang bagus-bagus? Mesti diorang pun nak jimat.. Digunakan bahan mentah yang sekadar ada. Yang lagi murah, lagi guna. Minyak masak, yang daripada plastik. Digunapakai berkali-kali, mana kita tahu kan?
    • Lifestyle kita nakkan benda yang sedap, cepat dan in-trend. Yang manis dan viral itulah yang dicari. Dan kita tak kisah pun kalori intake daripada makanan ataupun minuman. Sihat ke tidak, apatah lagi kan. Yang penting kita dapat merasa dan enjoy 🙂
    • Susah kan sebenarnya nak betul-betul disiplin dengan pemakanan yang sihat? Iaitu yang kurang manis, kurang masin, organik, takde bahan tambahan yang diragui, kurang kesan minyak, kurang pencemaran dan lain-lain lah kan..
    • Jadi , atas usaha dan inisiatif kita sendiri lah kalau nak jaga diri kita dengan amalan gaya hidup sihat iaitu pemakanan yang seimbang.
    • Kita kena sedar sendiri untuk lebihkan sayur-sayuran dalam pinggan kita, kena sedar untuk stop air manis, kurangkan desert, tapi lebihkan menu sihat dalam pinggan suku-suku-separuh kita.
    • Perlu ada kesedaran untuk cukupkan nutrisi harian yang perlu setiap hari iaitu : karbohidrat , protein , vitamins , minerals, minyak sihat dan air untuk cukup sumber elektrolit tubuh.
  2. EXERCISE REGULARLY (kerapkan bersenam)
    • Ini pun sangatlah mencabar. Biasanya mendapat rungutan daripada orang yang bekerja dan sibuk. Pergi kerja pagi dan balik pun dah malam. Nak senam bila je kan? Melainkan weekend saja.
    • Jangan kata orang yang bekerja. Orang yang duduk di rumah seperti surirumah macam saya pun, selalu takde kesempatan untuk bersenam. Saya ada anak kecil yang sangat sukar nak berenggang. Banyak masa saya dihabiskan untuk menidurkan anak, menyusukan dan menguruskan keperluan anak-anak yang pulang sekolah dan nak sekolah petang. Dah sampai rumah, kena uruskan banyak perkara pula seperti mengemas, masak dan urusan kerja dari rumah iaitu bisnes. Mencabar kan?
    • Tapi syukurlah ada juga kelapangan pada hujung minggu. Saya tengok trend orang lain pun, suka bersenam pada hujung minggu. Saya tahu yang kesedaran untuk amalkan senaman ni sebenarnya tinggi. Tengok je lah acara-acara virtual run ataupun larian yang ada sekarang. Sangat-sangat banyak!! Tinggal kita nak join atau tidak je.
    • Bagi yang tak sempat untuk ke taman untuk beriadah ataupun berlari pula, mereka boleh je nak bersenam setempat di rumah atau depan TV masing-masing. Ni pun ramaaiii sangat orang buat. Buktinya? Tengoklah views kat Youtube untuk program senaman. Berjuta-juta views!! Tandanya ramai orang yang ada tindakan untuk bersenam walaupun dari rumah je.
    • Walau apa cara sekalipun, usaha lah untuk cari masa untuk bersenam. Kalau susah nak cari masa, saya boleh suggest untuk anda parking kereta jauh-jauh daripada escalator atau tangga office, dan lebihkan penggunaan tangga daripada lif. Rutin yang simple dan mengambil lebih masa, tapi ia akan memberi manfaat kepada tubuh kita dalam jangka masa yang panjang.
  3. SUPPLEMENT WISELY (ambil makanan tambahan dengan bijak)
    • Satu cara untuk bantu melengkapkan diet harian yang sukar, kita boleh tambahkan pemakanan makanan tambahan (supplements). Perkara ni bukan lagi asing. Dah semakin ramai orang yang sedar akan keperluan ni. Sebab sedar bahawa nutrisi harian sangat sukar nak dicukupkan.
    • Saya ada kongsikan keperluan supplements sebelum ni : 7 Sebab Mengapa Perlu Mengambil Supplements?
    • Lebih-lebih lagi jika kita merupakan golongan yang lebih memerlukan. Ibu hamil, ibu menyusu, lelaki dan wanita yang bekerja, sangat sibuk dan sangat penat, warga emas yang lemah tubuh badan, dan juga kanak-kanak yang memerlukan cukup nutrien untuk tumbesarannya dan otak yang bijak untuk pembelajarannya. Semua golongan pun perlu add on dengan nutrition yang membantu dia lebih sihat.
    • Begitu juga dengan mereka yang lebih terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat, radiasi, UV light (yang bekerja outdoor), yang mudah terdehidrasi akibat cuaca panas, banyak bekerja yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, banyak memakai otak dan minda untuk berfikir atas tuntutan kerja, perlu bergerak pantas ke tempat kerja, menghadap kesesakan jalan raya, tak sempat makan tengah hari, tak sempat breakfast dan banyaakkkkk lagi cabaran hidup masa kini.
    • Semua masalah di atas akan sangat menuntut kita mengambil makanan tambahan untuk cukupkan nutrisi kulit kita, tulang kita, otot kita, minda kita, perut kita, jantung kita dan even penglihatan kita, Banyak sangat keperluan kita. Jadi kita kena ambil berat akan kesihatan dalaman dan sistem tubuh badan kita. Bantu setiap sistem tubuh kita berfungsi dengan paling optimum dengan bantuan supplemen yang bagus untuk organ-organ dalam tubuh badan.
    • Saya boleh bagi contohlah kalau anda tak berapa nampak kat mana keperluan organ-organ dalam tubuh kita ni:
      • Otak dan minda : sangat perlukan khasiat Omega-3, Lecithin, B-Complex untuk saraf, Coenzyme Q10 dan Polifenol untuk elakkan pembentukan plak dalam saluran darah, punca masalah strok.
      • Perut dan usus : sangat perlukan bahan pendetoks seperti Alfalfa, Herblax yang ada daun senna, dan Ostenutrix untuk pembuangan yang lancar.
      • Kulit : sangat perlukan Vitamin C untuk perlindungan, Collagen untuk keanjalan, Omega-3, Omega-6 dan Vitamin E untuk kelembapan kulit, serta ESP untuk kulit yang sihat.
      • Mata : sangat perlukan Carotomix (sumber vitamin A) dan Omega-3 untuk mata yang sihat.
    • Banyak lagi nutrisi yang penting untuk organ dan tubuh badan, yang mana semuanya sangat perlu dicukupkan melalui makanan tambahan ataupun supplement. Di sinilah peranan supplement dalam memelihara keperluan nutrisi tubuh yang sangat sukar kita cukupkan daripada pemakanan semata-mata.
    • Jangan salah faham bahawa kita tak makan real food. Kita masih makan macam biasa. Cuma lompong-lompong nutrisi daripada real food tu kita kena cukupkan dengan supplement supaya kita dapat follow recommended daily intake untuk setiap nutrisi itu, mengikut jantina, umur dan fasa kehidupan kita.

Jom Mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat !

Biarpun ia sangat mencabar pada masa kini, kita usahalah bersama-sama untuk mencapainya. Ambil langkah sedikit demi sedikit tapi biar ada progress. Mula-mula mungkin susah, tapi dengan keinginan yang kuat dan dengan support circle yang baik, kita boleh! Jom kita mulakan amalan gaya hidup sihat 🙂

Kalau nak dapatkan makanan tambahan daripada Shaklee, saya sudi bantu dari segi cadangan dalam setiap keperluan fasa hidup masing-masing. Setiap orang ada keperluan yang berbeza dan memerlukan consultation daripada pengedar Shaklee yang berpengalaman. Saya sudi membantu. Hubungi je saya ok!

Hubungi Saya

Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge