9 Senaman untuk Jantung yang Sihat dan Amat Mudah !

By | 02/10/2017

9 Senaman untuk Jantung yang Sihat dan Amat Mudah !

Jenis-jenis senaman untuk jantung yang sihat.

Jenis-jenis senaman untuk jantung yang sihat.

Hai Assalamualaikum! Kali ni saya nak share tentang Senaman untuk Jantung yang sihat! Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Tahan Lama. Yang itu lebih fokus kepada gaya hidup dan pemakanan. Memandangkan saya ada sebut tentang pentingnya senaman dan gaya hidup yang sihat, jadi kali ini saya nak kongsikan tentang senaman untuk jantung yang sihat. Dan yang penting ia sangat hebat dan mudah untuk dipraktikkan!

Untuk kesihatan jantung yang optimum, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan senaman ringan selama 30 minit dengan melakukan senaman aerobik pada kebanyakan hari dalam tempoh seminggu.

Tapi sekiranya anda tidak boleh melakukan senaman selama 30 minit sekaligus, anda boleh membahagikan rutin senaman anda kepada 10 minit atau 15 minit pada setiap sesi senaman.

“Senaman aerobik meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru dan boleh memberikan kesan positif kepada banyak faktor risiko penyakit jantung,” kata Deb Sampson, seorang penyelaras klinikal untuk pemulihan jantung di Pusat Perubatan Nebraska di Omaha.

1. Banyakkan Berjalan untuk Kesihatan Jantung

Senaman yang menduduki tangga utama di antara 10 jenis senaman aerobik adalah dengan banyakkan berjalan. Berjalan-jalan adalah menyeronokkan, selamat, murah dan mudah diselitkan dalam rutin harian kita yang sentiasa sibuk. Anda boleh melakukan aktiviti berjalan dengan berjalan ke tempat kerja, berjalan ke kedai runcit, berjalan ketika ‘window shopping’, dan berjalan di sekitar kejiranan anda. Latihan aerobik adalah bagi mereka yang menggunakan otot-otot besar secara berterusan, berirama dari masa ke semasa. Dan berjalan adalah contoh senaman yang bagus untuk itu, kata Sampson.

2. Bersenam di Rumah dengan Menaiki Tangga

Untuk mendapatkan manfaat kesihatan jantung yang maksimum daripada mana-mana jenis senaman aerobik, tumpukan kepada usaha untuk mencapai di antara 50 hingga 85 peratus kadar denyutan jantung maksimum anda.

Aktiviti mendaki tangga adalah cara yang mudah untuk memasuki peratusan tersebut. Tak kiralah sama ada anda melakukannya di rumah atau di gym di atas alat senaman mendaki tangga. Untuk mendapatkan kadar denyut jantung maksimum anda, tolak umur anda daripada 220. Jika anda tidak mahu berhenti bersenam ketika melakukan senaman untuk mengira degupan jantung, anda boleh mengandaikan bahawa anda berada dalam kadar sasaran anda jika anda boleh melakukan perbualan semasa bersenam tanpa perlu terlalu keluar nafas.

Ternyata bersenam di rumah adalah yang paling sesuai terutamanya untuk para wanita yang takde masa nak ke luar rumah. Menaiki tangga adalah yang termudah sebagai senaman untuk jantung sihat.

3. Lakukan Aktiviti Berbasikal

Pergerakan otot besar di kaki anda adalah latihan aerobik yang hebat untuk jantung anda. Sama ada berbasikal di jalan raya atau berbasikal secara bersandar, kedua-duanya sesuai untuk melakukan senaman jenis berbasikal ini.

Dengan berbasikal secara kedudukan statik ini (stationary bike), ia boleh membantu anda menjaga kesihatan jantung ketika cuaca di luar hujan atau terlalu panas yang menyebabkan kesukaran untuk berbasikal.

Kedudukan tempat duduk dan pedal adalah penting untuk mengelakkan kecederaan ketika mengayuh. Oleh itu, pastikan basikal anda disesuaikan dengan betul mengikut keselesaan badan anda.

4. Lakukan Aktiviti Berenang

Berenang adalah salah satu latihan aerobik yang terbaik yang ada dan aktiviti sukan yang ketiga paling popular di Amerika Syarikat. Dua setengah jam berenang setiap minggu akan memberi anda semua manfaat kesihatan jantung melalui aerobik yang anda perlukan.

Satu lagi kelebihan rutin bersenam ini adalah berenang ini akan mengurangkan penekanan kepada tulang dan sendi anda.

Ini boleh memberi manfaat jika anda mula perasan berat badan anda semakin menaik atau mempunyai keadaan yang ada persamaan dengan potensi mendapat arthritis.

5. Lakukan ‘Spinning’ Pada Mesin Elliptikal

Mesin elliptikal sebagai senaman untuk jantung

Mesin elliptikal sebagai senaman untuk jantung

Mesin latihan elips ini adalah salah satu pilihan senaman aerobik yang paling cepat berkembang. Mesin-mesin ini terdapat di kebanyakan pusat kecergasan dan semakin dibeli untuk mampu bersenam di rumah.

Kelebihan mesin elips untuk kesihatan jantung adalah dengan memberi anda kedua-dua latihan di bahagian atas dan bawah badan sekaligus. Bermakna ia menggerakkan tubuh badan secara lebih menyeluruh.

Pergerakan leg eliptik ini meniru kaedah berbasikal yang perlahan. Pada masa yang sama, pergerakan lengan berirama meningkatkan peredaran darah yang mengalir ke belakang dan otot bahu anda. Seronok jugak, kan?

6. Menari Mengikut Kebolehan Jantung

Menari adalah baik untuk mencapai kesihatan jantung. Ia boleh dijadikan rutin senaman aerobik. Apa yang anda pelrukan hanyalah kasut yang baik, ruang yang selesa, dan muzik yang memotivasi anda. Rentak aerobik yang baik adalah sekitar 120 hingga 135 denyutan seminit.

Menari boleh berkisar dari tempo yang tinggi kepada impak yang rendah, bergantung kepada keupayaan dan keutamaan anda, dan anda juga boleh menari dengan orang lain dalam kelas seperti Zumba atau senaman di rumah sendiri.

7. Berehat dengan Tai Chi

Tai Chi sebagai senaman untuk jantung sihat.

Tai Chi sebagai senaman untuk jantung sihat.

Menurut kaji selidik baru-baru ini di Institut Keishatan Kebangsaan, 2.3 juta orang dewasa di Amerika menggunakan Tai Chi sebagai rutin senaman aerobik beritma rendah pada tahun sebelumnya.

Tai Chi adalah bentuk latihan kuno Cina berdasarkan seni mempertahankan diri. Ia menggunakan pergerakan badan berirama perlahan yang digabungkan dengan pernafasan mendalam. Itu lah juga sebabnya kenapa ia juga dikenali sebagai “meditasi bergerak”.

Rutin senaman ini hebat dan baik untuk kedua-dua minda dan tubuh badan, termasuklah kesihatan jantung.

Haaa, jadi jangan pandang Tai Chi sebelah mata. Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan dan jantung sekali tau!

8. Tinggal di Rumah dengan Permainan Video Interaktif

Bermain permainan video interaktif adalah pilihan yang bagus untuk bersenam di rumah. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa permainan video interaktif seperti tenis dan boling boleh meningkatkan kadar denyutan jantung anda untuk melayakkan diri sebagai latihan aerobik. Macam tak percaya, kan? Tapi mungkin kerana ‘intensity’ permainan itu yang menyebabkan kita rasa seronok, excited dan meningkatkan kelajuan jantung.

Walau bagaimanapun, “The American College of Sports Medicine menyatakan bahawa permainan ini tidak menyediakan bentuk latihan yang berkesan,” kata Sampson. Ingatlah bahawa untuk memenuhi garisan panduan aktiviti fizikal, anda perlu bermain selama kira-kira 30 minit lima hari seminggu.

9. Buat Aktiviti Menakjubkan dengan Aerobik Air

Seperti aktiviti senaman berenang, aerobik air menawarkan manfaat kesihatan jantung tanpa menyebabkan tekanan kepada sendi. Jika dibandingkan dengan jogging atau larian, ia berisiko untuk mencederakan lutut atau sendi. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah seperti arthritis, sakit lutut, atau berlebihan berat badan, aerobik air mungkin merupakan latihan yang sempurna untuk anda. Latihan air telah menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan penggunaan sendi pada pesakit arthritis tanpa gejala-gejala yang semakin memburukkan.

Penutup

Senaman memang kerap dikaitkan dengan kesihatan jantung. Tapi kita haruslah bersenam dengan cara yang betul. Janganlah over pulak! Sebab kalau kita terlalu memaksa jantung, bukannya makin sihat tapi makin memudaratkan pula.

Apa pun, pilihlah jenis senaman yang sesuai dengan tubuh badan kita atau masalah yang kita hadapi. Untuk memilih jenis senaman untuk jantung yang sihat, ambil kira masalah seperti stamina kita, tahap kesakitan lutut, berat badan ataupun rutin seharian kita. Begitu juga dengan faktor kewangan. Sebab kalau nak beli peralatan senaman pun memerlukan sejumlah wang, kan? Jadi kita pilihlah yang sesuai dan yang selesa dengan keadaan dan situasi kita.

Yang penting, bukan sahaja senaman. Tapi juga gaya hidup yang sihat termasuklah pemakanan yang seimbang dan hidup yang bebas daripada tekanan atau stress. Sebab hidup yang tertekan akan hanya menambahkan risiko penyakit jantung kita. Sekiranya anda merupakan pesakit jantung, ambillah berat tentang pengurusan stress anda ya. Belajar untuk ‘take it easy’ dan hidup dengan harmoni, gembira dan jauhilah diri daripada fikirkan terlalu banyak masalah.

Saya harap, Tips Senaman untuk Jantung Sihat ini memberikan banyak idea dan kesedaran kepada kita untuk menjaga kesihatan jantung. Tak boleh tunggu dah tua baru nak start! Sebab sekarang ni pesakit jantung pun dah banyak terkena kat orang muda.

Sekiranya anda nak cari supplemen kesihatan semulajadi yang selamat, berkesan dan dijamin terbaik, boleh lah hubungi saya. Antara Supplemen yang baik untuk kesihatan jantung termasuklah :

  1. VIVIX
    • Ia baik untuk memberikan tenaga terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah lemah jantung.
    • Baik juga untuk memperbaiki sel-sel jantung agar tidak cepat rosak kerana Vivix berupaya memperbaiki sel-sel tubuh badan sehingga ke peringkat DNA.
    • Vivix dapat mengelakkan pengumpulan AGE Protein yang seringkali menambahkan risiko penyakit kronik terutamanya masalah arteri tersumbat yang membawa kepada sesak nafas atau strok.
    • Mempunyai agen anti-penuaan yang terhebat kerana kuasa super anti-oksidannya. Pengamalan yang berterusan akan melambatkan penuaan dan menggalakkan penuaan yang lebih sihat.
  2. Omega Guard
    • Kaya dengan kandungan Omega-3 daripada minyak ikan yang baik untuk menurunkan dan memelihara paras kolestrol yang sihat.
    • Penjagaan kolestrol akan membawa kepada kesihatan jantung.
    • Amat baik untuk membakar lemak yang menjadi punca arteri atau saluran darah mudah tersumbat.
    • Sangat berkualiti, sangat tulen dan dijamin bersih daripada segala bahan berbahaya kerana telah melalui penyulingan sebanyak 3 peringkat.
    • Minyak ikan yang terbaik kerana kepadatan Omega-3 nya dalam setiap kapsul, bukannya minyak ikan semata-mata.
    • Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan nilai hebat dan mutunya jika dibandingkan dengan minyak ikan jenama lain yang tidak setulen Omega Guard.
  3. Phytocol-ST
    • Khusus untuk menghalang peningkatan kolestrol jahat daripada makanan yang kita makan sehari-harian.
    • Sebelum kita membiarkan tubuh badan kita menyerap kolestrol daripada makanan, lindungi badan kita daripada kolestrol dan lemak daripada makanan dengan pengambilan Phytocol ini.
    • Phytocol mempunyai struktur yang lebih kurang sama macam kolestrol. Jadi jika kita amalkan sebelum hidangan berat, Phytocol akan menghalang tempat kolestrol jahat ni menyerap ke dalam arteri. Jadi terselamatlah kita daripada kolestrol jahat.

Berminat untuk dapatkan Set Jantung ini? Boleh hubungi saya terus untuk konsultasi percuma mengenai cara pemakanan seperti yang dicadangkan ahli nutrisi. Penting tau untuk tahu cara makan yang betul.

Salam mesra dan semoga sihat!

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

12 thoughts on “9 Senaman untuk Jantung yang Sihat dan Amat Mudah !

    1. syahida Post author

      Betul tu. Kita kena pilih ikut kesesuaian. 🙂

      Reply
  1. Ramli Hashim

    Selain senaman yang berterusan, amalan pemakanan yang sihat juga sangat penting untuk kesihatan yang berkualiti. Dan yang paling utama, hidari stress yang berpanjangan.
    Ramli Hashim recently posted…Hello world!My Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Dua-dua pun sama penting. Senaman dan pemakanan. kalau kurang salah satu, tak berkesan juga.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge