10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama

By | 20/08/2017

10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama

10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama

10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama

Jantung kita bekerja keras untuk ketika tanpa henti untuk sepanjang usianya, bermula dari dalam kandungan ibu sampai la ke hujung nyawa kita. Jantung kita tak pernah pun rehat dan tak pernah pun dapat berhenti daripada melakukan kerjanya. Kalau dia rehat, bermakna kita pun akan mati. Jadi di sini saya ingin kongsikan tips penjagaan jantung agar lebih sihat dan lebih tahan lama.

Untuk menjaga jantung kita, perubahan habit yang kecil boleh menjadi perubahan besar untuk jangka hayat jantung kita yang lebih panjang.

Orang yang mengikuti langkah-langkah ini bukan sahaja hidup lebih lama, tetapi mereka juga dapat meluangkan masa yang lebih banyak untuk berasa lebih sihat tanpa penyakit kardiovaskular.

Apa yang lebih baik adalah anda tak perlu pun lakukan kesemua sepuluh langkah ini sekaligus. Walaupun anda hanya memperbaiki hanya salah satu daripadanya, anda akan dapat menjadikan diri anda lagi kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Walau bagaimana pun, tentunya jika lebih banyak tips anda dapat ikuti, lebih baik. Jadi, jom kita mulakan!!

Tips Penjagaan Jantung #1 : Cukupkan waktu tidur kita

Setiap kali anda terdorong untuk tidur lewat malam, cuba bayangkan betapa selesanya bantal anda kalau anda dapat baring dan lelapkan mata. Dan bagaimana tidur yang cukup sepanjang malam adalah bagus untuk kesihatan jantung anda.

Dalam satu kajian, warga belia yang tidur 7 jam terus menerus dalam satu malam mempunyai lagi kurang kalsium dalam saluran arteri mereka (tanda awal penyakit jantung) daripada mereka yang tidur kurang daripada 5 jam dan mereka yang tidur 9 jam dan lebih.

Jenis tidur yang mereka dapat juga sangat penting. Mereka yang mendapat tidur yang berkualiti juga memiliki arteri yang lebih sihat daripada mereka yang tidurnya tak berkualiti atau pun berdengkur.

Jadi jika anda mengalami masalah untuk tidur malam atau selalu tidur lewat, atau jika anda selalu rasa tak segar pada waktu pagi walaupun telah tidur, anda seharusnya berbincang dengan doktor anda tentang bagaimana tidur yang bagus mampu mempengaruhi hidup anda.

Tips Penjagaan Jantung #2 : Kurangkan tekanan hidup

Setiap kali anda memeriksa tekanan darah dengan doktor anda itu adalah penting tau sebenarnya. Ia mengukur tekanan yang melalui saluran darah anda dalam setiap denyutan jantung anda.

Sekiranya tekanan darah anda telah naik terlalu tinggi, tekanan yang tinggi ini boleh merosakkan dinding arteri anda dan menyebabkan kecederaan kepada tisu. Keadaan ini akan menyebabkan darah dan oksigen lagi sukar untuk pergi dan balik daripada jantung. Jantung perlu mengepam lebih kuat dan lama-kelamaan akan menjadi lebih penat. Jika jantung juga tak cukup oksigen, bahagian tubuh badan kita akan mula terjejas.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan tekanan darah anda setiap 2 hingga 5 tahun sekiranya anda berusia 18-39 tahun. Jika anda berumur 40 tahun atau lebih, atau jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda perlu memeriksanya setiap tahun.

Kurangkan atau hadkan garam dalam makanan, berhenti meminum alkohol, lebihkan makanan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, gandum dan protein, kawal tekanan perasaan dan lakukan senaman. Perubahan ini akan mampu mengurangkan tekanan darah anda kembali kepada paras yang normal. Jika tidak, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda mengambil ubat-ubatan.

Tips Penjagaan Jantung #3 : Hentikan pengambilan lemak tepu

Bagi membantu saluran darah anda, hentikan pengambilan lemak tepu yang banyak dijumpai di dalam daging dan produk tenusu lemak penuh. Pilihlah protein yang lebih rendah lemak.

Selain itu, hentikan lemak trans yang banyak dijumpai dalam makanan terproses. Ia akan hanya menaikkan paras kolestrol jahat anda. Periksa setiap bahan yang menulis “hydrogenated” atau “partially hydrogenated” kerana ia adalah trans fat.

Jika telah 5 tahun atau lebih anda memeriksa paras kolestrol anda, anda sepatutnya memeriksanya.

Tips Penjagaan Jantung #4 : Periksa jika anda mempunyai Diabetes

Berjuta orang yang tahu dan tak tahu mengenainya. Ia adalah berisiko kerana lama kelamaan, kandungan gula yang tinggi dalam darah akan merosakkan arteri dan meninggikan risiko anda mendapat penyakit jantung.

Doktor anda sepatutnya memeriksa gula dalam darah anda jika anda berusia 45 tahun atau lebih, atau jika anda hamil, atau jika anda berlebiihan berat badan atau jika anda mempunyai risiko lain untuk mendapat diabetes.

Jika anda mendapati anda memiliki diabetes, berbincanglah dengan doktor anda tentang gaya hidup pemakanan dan senaman serta apa saja ubat yang anda mungkin perlukan.

Jika anda ada gula dalam darah yang menghampiri diabetes, atau pun pra-diabetes, ambil langkah segera untuk elakkan ia daripada menjadi lebih teruk dan menjadi diabetes.

Salah satu cara yang mudah adalah menukarkan karbohidrat seperti beras putih kepada serat tinggi seperti beras perang. Setiap perubahan positif yang anda lakukan dalam pemakanan anda dan kehidupan yang aktif akan sangat membantu.

Tips Penjagaan Jantung #5 : Banyakkan melakukan senaman.

Untuk menjadikan ia mudah, anda boleh melakukan senaman sebanyak 30 minit sehari, 5 kali seminggu dengan senaman yang sederhana. Ia merangkumi apa saja aktiviti yang melibatkan pergerakan dan mengeluarkan peluh.

Jika anda tidak melakukan apa-apa aktiviti, lakukan sesuatu aktiviti. Dan jika anda melakukan sesuatu aktiviti, cuba lakukannya lebih banyak.

Selain itu, ambil perhatian berapa banyak masa anda luangkan masa untuk duduk, sama ada di tempat kerja, di dalam kereta atau atas sofa di rumah. Anda seharusnya mengurangkannya.

Walaupun anda melakukan senaman selama 30 minit sehari, berada dalam keadaan statik selama 23 jam 30 minit adalah tidak bagus untuk jantung.

Cuba hadkan duduk yang lama, banyakkan berdiri dan berjalan ketika melakukan aktiviti seperti bercakap di telefon atau menonton TV.

Tips Penjagaan Jantung #6 : Bersihkan dan detokskan diri

Jantung anda bekerja dalam keadaan terbaik apabila ia berjalan dalam keadaan bersih. Itu bermakna dengan memberikannya banyak makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang serta kurangkan makanan terproses seperti roti putih, pasta, biskut kraker dan biskut coklat.

Salah satu cara paling cepat untuk makan lebih sihat adalah dengan memotong makanan dan minuman bergula seperti air berkarbonat dan jus buah yang kekurangan serat yang sepatutnya terkandung dalam buah sebenar.

Tips Penjagaan Jantung #7 : Penjagaan berat badan

Bertanyalah kepada doktor anda sama ada berat badan anda adalah ok atau tidak. Jika anda ada berat badan yang patut anda kurangkan, anda perlulah ubah gaya hidup pemakanan yang lebih sihat dan lakukan lebih banyak senaman.

Selain itu, pelihara juga pemakanan berdasarkan tekanan yang menyebabkan anda banyak makan lebih banyak kerana emosi.

Tips Penjagaan Jantung #8 : Hentikan merokok, sama ada rokok sebenar atau rokok elektronik

Merokok dan menghidu asap rokok adalah bahaya untuk jantung anda. Jika anda merokok, hentikanlah dan jangan luangkan masa anda bersama mereka yang merokok.

Rokok elektronik adalah popular, tetapi ia bukan bermakna ia tidak bermasalah. Ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti dalam rokok biasa, tetapi ia tetap mengandungi nikotin, jadi anda sepatutnya berhenti merokok sepenuhnya, bukan hanya menukar jenis rokok sahaja.

Tips Penjagaan Jantung #9 : Lakukan lebih banyak perkara yang anda suka

Perkara yang terbaik adalah dengan menguruskan tekanan hidup anda dengan cara yang sihat. Mungkin dengan beribadah, senaman, yoga atau apa-apa saja aktiviti yang menenangkan fikiran.

Jadikan perkara yang penting juga untuk meluangkan masa bersama orang yang rapat dengan anda dan orang yang anda sayangi. Bercakap, ketawa dan bergembira bersama satu sama lain. Ia adalah baik untuk kesihatan emosi dan hati anda.

Tips Penjagaan Jantung #10 : Raikan setiap langkah dan usaha anda

Segala usaha untuk lakukan perubahan ini tentunya mengambil banyak masa dan tenaga anda. Berikan penghargaan dan raikan setiap langkah positif yang anda berjaya lakukan. Mintalah bantuan rakan-rakan dan keluarga anda untuk menyertai anda juga. Masa depan jantung anda bakal menjadi lebih baik!

Penutup

Penting sangat kan? Untuk kita betul-betul pelihara kesihatan jantung kita? Semoga segala tips penjagaan jantung ini berguna untuk semua dan semoga kita dapat sama-sama mengamalkannya demi kesihatan jantung kita.

Kalau kita sendiri tak sama-sama mengubahnya, kita akan meningkatkan lagi statistik masalah penyakit jantung di negara kita. Buat masa ni, ia dah pun menjadi penyumbang kematian yang paling utama di negara kita.

Berminat untuk dapatkan Set Kesihatan Jantung Shaklee? Saya adalah pengedar Shaklee yang sudi membantu anda dan berikan anda konsultasi yang terbaik. Boleh hubungi saya untuk bantuan ye.

Baca juga : Khasiat Omega-3 yang Menyokong Kesihatan Jantung

Omega-3 sangat baik untuk kesihatan jantung

Omega-3 sangat baik untuk kesihatan jantung

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

 

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

16 thoughts on “10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama

    1. syahida Post author

      ya betul tu ๐Ÿ™‚ jadi be happy always, ada hobi dan spend time for yourself ๐Ÿ™‚

      Reply
  1. Ira

    Jantung kita ni berharga nak pakai lama. Jadi mesti kita nak yang terbaik. Selagi mampu jaga kita jaga. Semoga kita sentiasa dalam keadaan yang sihat.
    Ira recently posted…omegaMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul sangat sangat… Semoga sentiasa terjaga la jantung kita.

      Reply
    1. syahida Post author

      Sama-sama. Lelaki lagi kena jaga ๐Ÿ˜€

      Reply
  2. Azhani Azhar

    Aljamdulillah jantung masih beroperasi 24 jam sehari..
    kebanyakannya berpunca dari gaya pemakanan yg x bagus..
    peringatan utk diri sendiri kena mkn yg berkhasiat je..

    Reply
    1. syahida Post author

      betul tu.. tapi kita pun gaya hidup tak banyak exercise dan berjalan kaki mahupun berbasikal….

      Reply
  3. Pingback: 9 Senaman untuk Jantung yang Sihat dan Amat Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge