Tips Tidak Terlalu Kalut Pada Waktu Pagi

By | 21/01/2014
Bismillah.
Selalu tak anda sebagai ibu melalui fasa kelam-kabut setiap pagi sebelum pergi ke kerja? Jangan kalut-kalut. Kalau kita cuba baiki diri kita dari sudut pengurusan masa, tak la kalut sangat :). Ada beberapa tips yang boleh kita sama-sama ikuti :
  1. Pakaian kerja harus dah siap digosok malam sebelumnya. Kalau malam-malam pun rasa macam susah nak cari kesempatan, gosok la siap-siap pada hari hujung minggu.
  2. Rancang sejak malam sebelumnya nak sediakan sarapan pagi apa pagi nanti. Kalau nak goreng burger contohnya, turunkannya dari freezer supaya tak la beku sangat pada paginya. 
  3. Siapkan beg kerja pada malam sebelumnya juga. Elakkan bertukar-tukar beg supaya anda tidak tertinggal apa-apa barang penting.
  4. Tidur awal! Supaya dapat bangun awal. Bila kita bangun awal, tak la kelam kabut sangat kan. 
  5. Mengantuk sekiranya bangun awal sebab tak dapat elak tidur lambat? Biasalah ibu bapa bila ada anak kecil, tidur memang susah nak cukup. Dapatkan sokongan pasangan untuk sama-sama semangat setiap pagi. Bantu-membantu dalam mengejut setiap pagi, menyiapkan sarapan, menyiapkan anak, mengemas apa yang patut setiap pagi dan lain-lain. Bila kita dapat sokongan, kita akan lebih cepat bersiap. Seterusnya lebih berpuas hati dan tidak kalut.
  6. Elakkan selalu nak belek handphone atau smartphone pagi-pagi sebelum nak pergi kerja. Nanti membazir masa. Nak tengok Whatsapp, Facebook, nanti-nanti pun boleh. Lagipun ia tidak penting sangat.
  7. Siap-siap dah charge telefon supaya tak la mati batteri atau battery weak dalam perjalanan anda nak ke tempat kerja. Anda pun tak stress atau menunggu untuk telefon dah habis charge baru nak bertolak keluar dari rumah. Kalau memang ada Power Bank, lagi baik. Tapi pastikan Power Bank pun dah siap dicaj ;-).
  8. Jika anda selalu membasuh baju dan menyidai pada paginya sebelum keluar rumah, siap-siap machine wash baju-baju kotor pada waktu malam sebelum tidur. Esok pagi boleh terus sidai di ampaian.
  9. Nak kena siapkan anak ke taska atau tadika? Ajari anak supaya menyiapkan beg sekolahnya sebelum tidur lagi.
  10. Selalu bawa bekal makanan dan minuman ke tempat kerja sebagai bekal perjalanan atau kudapan sewaktu kerja? Amalkan selalu dah siap-siap masak air pada malam sebelumnya dan siapkan air masak untuk diri anda, pasangan dan anak-anak. Siapkan botol air masing-masing pada malam sebelumnya lagi. Anda akan sibuk menyiapkan makanan pada paginya. Jadi untuk minuman, siapkan seawalnya. 
  11. Kunci kereta, kunci motor, kunci rumah semua pastikan dah siap simpan setempat. Tak la nanti anda kalut mencari kunci anda sebelum nak keluar rumah. Lagi haru kalau tiba-tiba kunci rumah hilang sebab tak ingat letak di mana.
  12. Rain coat, helmet atau apa-apa keperluan sebelum nak ke kerja jika menaiki motor juga pastikan dah siap sedia berdekatan pintu rumah. Rain coat siap lipat awal-awal lagi. Ini jika anda menaiki motorsikal :-).
  13. Sampah yang dah penuh dah boleh siap diikat pada malamnya lagi dan siap untuk dibuang pada esoknya sebelum anda bertolak ke tempat kerja. Lagi baik jika anda siap-siap dah buang pada malamnya sebelum tidur.
Cukupla setakat 13 tips. Anda boleh menyenaraikan tips anda sendiri mengikut kesesuaian diri anda dan keluarga. Yang penting, rancang awal, bangun awal, bersiap awal dan mendapat kerjasama daripada pasangan. Semoga ia dapat menjadi rutin dan amalan kita setiap hari. Tak la terlalu kalut setiap pagi. Kalut-kalut ni boleh mempengaruhi mood kita sepanjang hari. Nanti jadi stress pula. Jadi sama-sama kita usah. Insya Allah dengan rutin ini, anak-anak pun dapat ikut sama meniru dan sekaligus mengajarnya untuk ikut sama sentiasa amalkan pengurusan masa yang baik dan merancang awal dalam apa-apa pekerjaan :-).

Mencari beg serbaguna untuk kegunaan anda dan bayi?

DB10-Baby Boom Diaper Bag (Giraffe)

Materials :Polyester    

Description :

– Duffle-style diaper bag
– Adjustable shoulder strap for easy and comfortable carrying options
– Spacious main compartment features separate storage areas
– 100 percent polyester exterior
– Zippered opening Exterior flap pocket Side bottle pockets
– Includes changing pad
– Brown with tan trim
– Wipes clean easily with a damp cloth

Dimensions: 40x32x18cm

Harga : RM44 (belum termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk order, boleh PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge