Mengajar Anak Membaca Dengan Kaedah Fonetik

By | 10/01/2014
Bismillah.

Kanak-kanak yang sudah memasuki taska dan tadika dah boleh diajar membaca oleh ibu bapa di rumah. Pada masa kini, terdapat kanak-kanak yang sudah pun boleh membaca seawal usia 3 tahun. Semuanya atas inisiatif ibu bapa yang prihatin dan bersemangat ingin mengajar anak-anak mereka membaca. Tambahan lagi dengan alat pendidikan masa kini yang semakin mudah dan mesra pengguna untuk memudahkan usaha ibu bapa dan guru mengajar anak-anak kecil membaca seawal usia mereka 3 tahun.

Di antara kaedah yang digunakan untuk mengajar anak-anak kecil membaca adalah dengan menggunakan kaedah fonetik. Kaedah fonetik (atau kaedah fonik) merupakan kaedah sebutan huruf dan bukannya ejaan huruf untuk membentuk sesuatu perkataan. Di dalam kaedah ini, anak-anak awal-awalnya diajar dengan cara membunyikan huruf menjadi sebutan. Contohnya membunyikan huruf ‘b’ dengan bunyi /beh/ dan huruf ‘c’ dengan bunyi /ce/ dan mereka tidak diajar menyebut /ei/, /bi/, /si/ untuk ‘a’, ‘b’, dan ‘c’. Faham di situ? Inilah maknanya kaedah fonetik. Mereka terus diajar untuk membunyikan huruf.

Paling praktikal, anak-anak ini diajar dengan sebutan huruf-huruf yang paling mudah dahulu untuk disebut bayi seperti bunyi /meh/ untuk ‘m’ dan /beh/ untuk ‘b’. Contohnya perkataan ‘baba’ dan ‘mama’. Ia lebih logik dan lebih mudah untuk bayi dan ibu bapa bukan?

Dengan kaedah ini, telah ramai ibu bapa dan guru yang telah berjaya mengajar anak-anak mereka membaca sebelum memasuki sekolah rendah. Kaedah ini digunakan dalam buku siri Bacalah Anakku, Readeasy dan Al-Furqan terbitan ReadNetwork. Penulis yang berjaya membuahkan fikirannya untuk membantu anak-anak kecil cepat membaca dalam buku siri Bacalah Anakku dan Readeasy ini adalah Puan Nik Eliani Nik Nawi. 

Di Islamic Kids Shop, kami juga menjual alat bantuan mengajar anak membaca Readeasy, Bacalah Anakku dan Al-Furqan.

Readeasy untuk mengajar anak membaca Bahasa Inggeris.

Bacalah Anakku untuk mengajar anak membaca Bahasa Melayu.
Al-Furqan untuk mengajar anak membaca Al-Quran.
Readeasy : RM 40
Bacalah Anakku : RM 40
Al-Furqan : RM 30

Jumlah harga untuk ketiga-tiga set termasuk kos pos :
 

RM131 termasuk Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM130 termasuk pos Nationwide ke Sarawak/Sabah

Readeasy mengandungi 8 buku dan set flashcards,

Bacalah Anakku mengandungi 8 buku dan set flashcards,
Al-Furqan mengandungi 4 buku dan set flashcards.
Ketiga-tiga set ini terdapat VCD Panduan Mengajar Untuk Ibu Bapa menggunakan set siri buku membaca ini untuk mengajar anak-anak mereka.

:::: TESTIMONI BACALAH ANAKKU & READEASY ::::

“Anak saya usia 3 tahun boleh baca buku-buku ini dalam masa 3 bulan, setelah diajar menggunakan sistem fonetik set membaca ini” – Pn Rohayati Fahmi.

“saya mmg guna buku ni utk 3 ank sgt bagus..mmg cepat blh baca..confirm blh baca habis set 6..saya cuma ambik masa seminggu utk ajar anak terus blh baca..tp bkn di usia 3 thn la..4 thn dan 5 thn..lagi cpt mula lagi bagus..” -Puan siti rohani harun.

:::: TESTIMONI SET AL-FURQAN ::::

“Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran…” -Puan Ummu Fatim Khadijah.


Dapatkan SET SIRI CEPAT MEMBACA yang membantu Si Manja MEMBACA AL-QURAN, BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Ia telah terbukti oleh ramai kanak-kanak yang pernah menggunakannya!! Anda wajib melihat video testimoni ibu bapa dan guru di sini : http://bit.ly/15HPGTh

Bagaimana Ia Boleh Membantu Anda :

  • Sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik – bermula dengan huruf dan sebutan yang mudah disebut dahulu
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap 
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik
  • Buku bersaiz kecil yang mudah dibawa ke mana-mana
  • Disertakan VCD Panduan Mengajar untuk ibu bapa
  • Ia sememangnya telah terbukti berkesan !
Tips dan Panduan Buat Ibu Bapa :
  • Kunci kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan melalui bermain. Bagi kanak-kanak, mereka belajar dengan bermain.
  • Singkatkan masa belajar supaya anak-anak tidak bosan. Bagi kanak-kanak perempuan, 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki berusia 4 – 5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah di antara 2 – 5 minit sahaja.
  • Berhenti sebelum mereka berasa jemu.
  • Belajar secara kerap.
  • Beri galakan dan pujian seperti “Wah, pandainya anak mama!” walaupun hanya baru menyebut bunyi /a/.
  • Keep cool! Jangan marah-marah dan sentiasalah bertenang kerana mengajar anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
  • Jangan lupa untuk melihat VCD Panduan Mengajar yang disertakan. 

Untuk sebarang order, pertanyaan stok dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 .

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge