Bagaimana Nak Tingkatkan Imuniti Ketika Hamil?

By | 04/11/2016
Assalamualaikum semua.
Anda hamil? Jika ya, tahniah! Semoga kehamilan anda sentiasa sihat dan smooth ya..
Nak tanya la… Anda pernah demam semasa hamil tak? Pernah tak anda terfikir, selamat atau tidak mengambil ubat Panadol kerana demam ketika hamil? Atau mungkin ubat selsema atau ubat batuk ketika dijangkiti selsema/batuk?
Pengalaman Saya Selsema Ketika Hamil
Sebenarnya dulu masa saya mengandungkan anak kedua saya, saya pernah kena selsema yang teruk. Maklumlah saya ni pantang terhidu habuk, sejuk terlebih bila kena air-cond ataupun terkena air hujan. Saya mudah sakit. Pulak tu ada resdung. Kalau dah selsema, saya akan bersin tak henti-henti sampai saya jadi sangat tak bermaya dan letih! Ini la saya yang dulu masa belum kenal Vitamin C yang betul-betul berkualiti. 
Kalau tak hamil saya tak risau. Tapi sebab saya hamil. Kebiasaannya saya akan telan ubat selsema Clarinase kalau tak hamil. Disebabkan saya ragu-ragu, segera saya whatsapp seorang kawan ahli farmasi tentang kesesuaian Clarinase untuk saya yang hamil dan selsema. Saya dah telan pun sebijik! Baru nak whatsapp tanya.
Nasihat Rakan Ahli Farmasi dan Rakan Doktor
Kawan ahli farmasi saya nasihatkan Clarinase tak elok untuk ibu hamil. Dia nasihatkan saya untuk dapatkan ubat selsema dan batuk yang sesuai daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ataupun klinik. Kemudian saya whatsapp seorang doktor dan dia pula nasihatkan jangan makan ubat-ubatan ni. Kawan doktor ni lagi best.. Dia pesan, minum aje la banyak air dan ambil Vitamin C sehingga sembuh. Sebab apa-apa ubat yang chemical memang sebaiknya dijauhkan ketika hamil.
Oh macam tu rupanya.. Sejak peristiwa tu saya baru tersedar.. Sewaktu hamil memang perlu berjaga-jaga dan tak makan sebarangan. Dan sekiranya sakit, kita boleh usahakan sembuh dengan cara yang semulajadi terlebih dahulu kerana ia lebih selamat. Lebih bagus jika anda amalkan supplemen yang selamat dan semulajadi untuk ibu hamil. Hanya apabila terlalu teruk, baru lah terpaksa ambil ubat berasaskan kimia.
 
Usaha Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Hamil
Jadi, selain daripada meminum banyak air ketika selsema atau demam, antara usaha yang baik dilakukan oleh ibu-ibu yang hamil untuk kuatkan sistem imun dan lekas sembuh dengan cara selamat serta semulajadi, adalah dengan mengambil Vitamin C.
Ini kerana Vitamin C sememangnya selamat untuk ibu hamil berbanding ubat-ubatan. Terdapat juga supplemen lain yang baik untuk sistem imun iaitu Garlic Complex dan Nutriferon. Tapi bagi ibu hamil, Vitamin C lebih mudah dan lebih baik kerana ada banyak manfaat lain untuk ibu hamil.
 
Ibu-ibu juga boleh mengamalkan meminum air lemon, makan buah oren atau buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.
Cadangan Pemakanan Vitamin C
Bagi orang sihat, sehari cukup sebiji jika ambil jenama Vitamin C Shaklee Sustained Release 500mg. Tapi apabila sedang sakit, keperluan pun bertambah bila kerja-kerja untuk melawan virus menjadi lebih berat dan banyak. Jadi, tingkatkan dos Vitamin C kepada 2 biji setiap 5 jam. 
Jangan risau kerana itu adalah dos yang paling optimum kerana sistem badan kita hanya menyerap 200mg Vitamin C dalam masa sejam. 2 biji Vitamin C itu akan melepaskan 200mg selama sejam.
Ini kerana sebiji Vitamin C mempunyai 500mg yang mana ia akan melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam. Jadi bila kita makan 2 biji, 200mg la yang kita akan dapat. 
 
Alhamdulillah.. sejak peristiwa ini saya sentiasa pilih untuk amalkan Vitamin C saja setiap hari sebagai usaha saya untuk mengelak selsema dan demam. Sekiranya saya dapat selsema dan demam, saya akan tambahkan dos Vitamin C. Sebab ubat apa yang saya makan pasti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan atau anak yang disusukan. 
Pengalaman saya, hasil saya konsisten mengamalkan supplemen Vitamin C ini, saya dah jarang sangat selsema dan saya dah susah nak selsema bila pasang air-cond sejuk-sejuk. Tak macam dulu-dulu ketika saya mudah jatuh sakit. Perbezaan tu amat ketara. Sebab tu la sekarang saya nak miss sehari pun tak nak. Vitamin C memang rutin wajib saya setiap hari. 🙂
Berminat untuk mencuba Vitamin C? Boleh hubungi saya untuk konsultasi dan bantuan ya. 
Jaminan kami
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam:
Selamat
Semulajadi
Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda agar lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Petaling Jaya, Kg. Pasir, Taman Dato Harun, Taman Sri Manja, Jalan Klang Lama, Setapak dan Bandar Baru Bangi. Pos juga boleh diatur ke seluruh negara menggunakan khidmat Poslaju, GDex ataupun Citylink.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank atau CIMB.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Saya Nak Beli Vitamin C !!
Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda.
Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?
Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?
Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,
Wan Syahida
Rakan Konsultasi Shaklee Anda
www.syahidashukri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge