Success Story Jom Detox Jutawan

By | 19/09/2019

Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bab Success Story Jom Detox mesti best untuk kita lihat. Sebab ia memaparkan kisah-kisah sebenar daripada orang-orang yang sebenar. Sebelum ni saya ada kongsikan mengenai apa itu Program Jom Detox yang dikendalikan oleh group Jutawan Shaklee. Kali ni, saya ingin kongsikan mengenai Success Story para peserta yang pernah menjalani program Jom Detox bawah group Jutawan ini.

Asyik cerita je tentang kelebihan detoks, perjalanan program dan Set Detoks Shaklee kan? Jadi kali ni, biar saya kongsikan real success story daripada peserta-peserta ini. Get ready untuk terpukau dan terkejut dengan results mereka yang hebat-hebat ni okay!! Jom ikuti kisah-kisah Success Story Jom Detox Jutawan.

Sebelum tu, bagi yang belum kenali program ni, boleh klik dan baca entry mengenai Kelebihan Program Jom Detox Jutawan.

Success Story 1 : Puan Elly Matin

Puan Elly Matin atau EM sekarang berumur 29 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Beliau kini juga merupakan salah seorang Coach dalam Program Jom Detox Jutawan setelah memperoleh effect yang sangat berkesan.

Jom bacakan kisah beliau di bawah:

2016 saya pernah Join Detox under Shaklee. Tapi masa tu tiada support group macam sekarang dan tiada coach yang akan guide. Berat paling tinggi boleh kurang masa tu cuma 3 kg. Tidak macam sekarang. Record terbaru 10kg dalam masa 13 hari.

Alhamdullilah. Nov 2018, Founder Jom Detox Jutawan telah jemput untuk saya buat detox sama-sama.

– Puan Elly Matin
Ini adalah gambar sebelum saya Detox November 2018 dengan berat 84.5kg.

Mungkin kalau sampai sekarang saya ada alasan tidak mau join detox sebab tidak mampu makan sayur, tidak mampu makan macam orang detox, tidak tahan tidak makan manis, tiada duit beli pakej, tiada masa detox!

Saya tetap dan 100% akan lebih gemuk dari gambar ini.

Syukurlah saya mampu melawan semua alasan di atas! Sebab saya tau, kesihatan kita 80% tergugat dengan kegemukan.

Gemuk atau kurus 1 pilihan. Tiada alasan, saya gemuk sebab bahagia. Sebab perit tau tanggung kesakitan waktu gemuk!

Especially yang mau pregnant! Saya pernah rasa berat 104kg. Seksanya tu hanya saya saja yang tau. Tapi masa tu still cakap “gemuk sebab bahagia”. Walhal ku terseksa.

  • Baju susah cari
  • kasut dan selipar susah cari
  • duduk di kedai makan takut sebab takut kerusi patah
  • naik kereta kecil takut sebab takut kereta tu sampai di jalan raya
  • badan berbau
  • lipatan badan jadi hitam

Kegemukkan adalah 1 mimpi ngeri bagi saya. Saya tidak mahu merasa kegemukan itu untuk kali kedua walaupun saya mengandung.

– Puan Elly Matin
Ini adalah saya. Saya lost 16.5 kg dengan 3 kali detox. Inch lost sampai tak terkira.

Haa, hebat kan? Bayangkan bila Puan Elly cuba untuk buat detoks sendirian, dia hanya mampu turun 3kg je. Tapi bila beliau ikuti program Jom Detox Jutawan, beliau mampu menurunkan berat badan sejumlah 16.5 kg dengan 3 kali penyertaan!!

Tengok lah gambar beliau sekarang. Dah selim melim kan? Hati mesti dah berbunga-bunga happy bila dah dapat berat badan dan saiz yang memuaskan hati.

Ok jom kita ikuti success story yang seterusnya pula ye.

Success Story 2 : Puan Norfarah Aini

Success Story Jom Detox Jutawan yang kedua. Beliau juga merupakan Certified Coach dalam Program Jom Detox Jutawan yang pernah mendapat effect daripada penyertaan program. Beliau berumur 30 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Saya cerita sedikit kisah saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya bermula dengan set menyusu Shaklee masa anak saya berumur 3 bulan.

Alhamdulillah terus jatuh hati dengan Shaklee dan saya dapat menyusu anak saya sampai umur 2 tahun 7 bulan.

Macam mana saya boleh join #jomdetox?

Lepas saya berpindah ke Semenanjung berat saya makin naik mendadak sehingga mencapai 63kg.

Kehidupan seorang guru bila mana pagi-pagi dah pergi kantin dan makan nasi dengan pelbagai jenis lauk pauk. Air manis setiap hari.

Then nak diet tak jadi. On off diet tapi berat tak turun. Baju kurung semua dah tak muat.

Satu hari terbaca FB Master Laila nak buat detox. Terus nak join tanpa fikir banyak kali. Dan ia sangat berbaloi. Saya turun 5kg sekali detox iaitu pada bulan 12 tahun 2018.

Program ni memang sangat-sangat berbaloi kerana banyak proven result dari program ni.

Tak rugi join dan korang yang join preview ni mesti ada kesedaran untuk kurus dan sihat.

– Puan Norfarah Aini

Gambar Coach Farah sebelum dan selepas detox:

Coach Farah ketika sebelum detoks dan selepas detoks. Beza 5 kg sekali join saja. Banyak tu!!
Ni pula gambar terbaru Coach Farah. Beza sangat, kan?
Ini suami Coach Farah. Turut join detox selepas beberapa kali pujukan.

Menarik kan? 5 kg turun pun dah menampakkan perbezaan yang begitu ketara. Apa yang pasti, Program Jom Detox Jutawan ni, peserta bukan saja bakal mengalami penurunan berat badan, tapi juga pengecilan saiz badan!! Dua-dua dapat: Weight Loss dan Inch Loss sekali. Bonusnya adalah kulit yang nampak lebih sihat, lebih cantik dan lebih awet muda. Haaa kalau tak caya, kena lah try join sama!!!

Ok next, kita bacakan success story yang ketiga pulak. Jom! Layannnn.

Success Story 3 : Nurul Ashikin

Success Story Jom Detox Jutawan yang seterusnya. Saya perkenalkan diri dulu ya. Nama saya Nurul Ashikin. Berumur 29 tahun. Saya suri rumah sepenuh masa. Dahulunya saya bekerja. Saya resign kerana dah jatuh cinta dengan bisnes shaklee. Saya dah berkahwin dan belum ada anak lagi. Saya merupakan salah seorang Certified Coach dalam Program Jom Detox.

Saya cerita sedikit kisah saya sebelum join #JomDetox

Dulu saya sangat sibuk dengan kerja. Adakalanya makan entah ke mana, rehat entah ke mana dan pernah sekali tu, stress kerana terlampau banyak kerja, pergi dok menangis bawah meja, kunci pintu bilik office dan tutup lampu.

Saya bekerja sebagai Human Resources Foreign Worker di Jakel Cawangan Shah Alam.

Banyak berurusan dengan Imigresen je kerjanya. Handle beratus visa pekerja warga asing hanya saya seorang je tanpa pembantu.

Azab sungguh. Minta pembantu tak dapat. Menyebabkan saya adakalanya terpaksa balik lewat. Adakalanya pukul 1 pagi pun saya ada lagi kat office.

8 bulan berlalu, saya mula perasan yang diri saya dah tak terurus. Eye bag makin teruk, wajah tak bermaya, kulit makin kusam dan kalau tak makeup nampak macam orang sakit.

Paling tragis, sampai staff tegur. “Kenapa nampak Ekin mcm orang sakit sgt ni?”. Soalan ni, memang buat saya rasa bertambah tertekan.

Ekin tak pernah makan apa² supplement sebelum ni. Bagi Ekin, rasa tak memerlukan supplement pun dalam life Ekin. Sungguh kedekut duit nak beli supplement. Kalau benda lain ye boleh.

Time makan paling tak terjaga. Siang tak makan sangat, tengah malamlah baru terasa nak makan.

Berat badan makin naik. Mendadak pulak. Berdiri lama rasa cepat penat padahal bukan tahap obesiti. Tapak kaki dan tumit ni memang sakit kalau berdiri lama.

Kena pulak badan ni naik time sebulan lagi nak khawin. Fuhhh redha jelah time tu.

Lepas khawin, Ekin rasa dah mula nak turunkan berat badan. Tapi nafsu makan tu sungguh tak boleh control.

Pengakuan berani mati ni heheheh. Ekin memang penggemar nasi. Kalau nasi tu tak membukit satu pinggan, memang tak sah. Kena pulak lauk sedap, ermmm memang bantai 3 pinggan oi.

Bulan 2, 2019 saat ni berat dah capai 66kg. Bukan setakat berat je bertambah, dia bagi spare tayar 3 kau. Tak cukup dengan tu, selulit nampak ketara giler tang peha, celah peha dengan belakang peha. Stress bertambah lagilah gamaknya.

Ni part Ekin paling tak boleh terima. Peha makin jadi peha ayam turki. Peha asyik bergaduh je hari² menyebabkan seluar cepat rosak. Bila suami perasan tang ni, aduhailah.. nak malu ke, nak nangis ke, nak gelak ke, nak emo ke or cmne?

Ekin ni jenis cepat sentap. Dah kena tegur tang tu, rasa dah nekad ni nak cari jalan penyelesaian. Tapi masih tak tahu lagi nak buat cmne time tu.

Bulan 3 2019, Ekin tercari cari seorang Master yang terdekat dengan Ekin kat Terengganu. Akhirnya Ekin dapat tahu Master ira yang paling dekat dengan Ekin.

Nak berjumpa bukan pasal Detox time tu, tapi pasal bisnes Shaklee. Drivelah Ekin sorang² selama 2 jam lebih semata mata nak jumpa Master Ira. Punya tak sabar nak jumpa orang hebat heheh.

Time coaching, Master Ira banyak story pasal Detox. Masa tu Ekin baru tahu pasal Detox. Rasa macam seronok je Detox ni. Dengan tak fikir banyak, Ekin terus nak join Jom Detox.

Ekin start Detox time Jom Detox 6.0 dan 7.0 Ekin lost 5.5kg dan loss inch 30″. Giler oi banyak tu. Bukan senang² nak turun. Paling giler result Ekin tang loss inch.

Tak ada lagi program lain yang boleh loss inch sebanyak ni dalam masa sebulan je. Hanya dengan Program Jom Detox sahaja yang boleh.

Korang semua sangat bertuah kerana adanya Program seperti ini, kerana Program ni memiliki sangat banyak Proven Result.

Ekin percaya, korang tak akan jumpa Program macam ni kat luar. Sangat rugi bagi korang yang dok tangguh² nak join, berkira kira nak join.

Kalau korang boleh slim dan sihat dengan cepat, kenapa nak pilih lambat²? Kenapa nak tangguh² kan?

Ni Ekin share kat korang gambar sebelum dan selepas Ekin Detox ye.

Success story Jom Detox Jutawan
Ni kali pertama join Jom Detox.
Ni kali kedua join Jom Detox.
Ekin share lagi kat korang kasi terbakar ckit kesan dari Detox Effect Ekin. Ni giler punya teruk. Macam orang sakit kan? Lepas Detox barulah ada rupa ckit ahahaha…

Ni lah Ekin sebelum dan selepas Detox dan tadaaa… Ni lah Detox Effect Ekin. Rugi sangat kalau korang tak manfaatkan Program Derox ni dalam life korang. Serius!

Terima kasih Jom Detox, terima kasih coaches yang sentiasa bagi ilmu dah sokongan. Sebab diorang ni berkhidmat seikhlas hati untuk bantu kita tau korang.

Success Story 4 : Dekya

Success Story Jom Detox Jutawan yang seterusnya. Saya, Norazila Mohd Yusoff @ Coach Dekya- salah seorang Certified Detox Coach. Berusia 40 tahun, mempunyai 4 orang anak dan kini menetap di Johor Bahru.

Cholesterol tinggi mmg inherited dr parents. Jadi walaupun saya jaga pemakanan “eat clean” sebelum ni, saya tak berjaya turunkan bacaan cholesterol saya.

Ditambah pulak masa tu saya kerap kena vertigo dan migraine.

Saya mula detect cholesterol tinggi pada tahun 2014 masa buat check up di hospital. Dr Tay (Cardiologist) naik angin sebab bacaan Cholesterol LDL saya 14. Dia pelik sebab umur muda lagi tapi Cholesterol tinggi.

Bila check history, YES arwah ayah meninggal sebab jantung, ada low blood pressure history. Genetically saya ikut arwah ayah. Jadi, Dr Tay terus minta makan ubat cholesterol for 3 months.

After 3 months, another check up, LDL turun kepada 9+. Saya stop makan ubat.

Tahun 2015, saya bersalin anak ke-4. After another round of check up, cholesterol saya naik semula kepada 11. Saya argue dengan Dr taknak bergantung pada ubat. Dr. cabar saya kawal pemakanan, exercise regularly, avoid seafood.

Fuh! Sangat susah nak ikut.

Saya spent thousands utk beli buah, sayuran. Supplement? Sorry ye takmau makan. Tak suka makan supplement!

Exercise! Langsung tak buat. Alasan = tak ada masa.

Dalam seminggu saya makan ponstan 2-3x sebab migraine.

Selalu sangat penat dan letih. Once ada symptom ni, saya akan kena Vertigo. End up makan Betaserc atas arahan Dr.

Success story Jom Detox Jutawan:
Ini saya sebelum Detox. Lengan & paha ayam. Dec 2018. Berat lebih drpd 67kg

Setiap kali ambik gambar akan crop mana2 bahagian yang tak perlu.

Salah satu mengapa saya teruskan Detox dan berjaya menurunkan bacaan kolesterol sebab dalam Program Detox itu sendiri diberi penekanan mengenai :-

  • kurangkan pengambilan gula dalam diet harian
  • amalkan gaya hidup sihat untuk pastikan
  • Coach memberi tips dan panduan kenapa meal plan dipilih
  • Pemakanan (high fat) yang sesuai untuk peserta yang mempunyai kolesterol yang tinggi.

Penekanan harus diberikan kepada bagaimana untuk merendahkan LDL (bad) dan dalam masa yang sama meninggikan HDL (good).

Success story Jom Detox Jutawan:
Dan ini result blood test selepas JomDetox.

Ini selepas 2x Detox. Blh zoom tgk LDL saya.

Walaupun masih BOLD, saya yakin dia akan turun lagi sebab masih ikut Detox sekali sebulan. Tunggu saya akan buat satu lagi check up bulan September nanti.

Alhamdulillah selepas saya join JOMDETOX pada January 2019, Saya dah tak migraine & vertigo.

Saya stop makan ponstant. Saya stop makan Betaserc.

Menurut GHHS Healthcare, penyakit jantung dan stroke adalah antara 2 yang menyumbang kepada data kematian tertinggi di Malaysia.

Dan factor yang menyumbang ialah:- cara pemakanan (diet) yang tidak betul dan persekitaran yang tidak sihat.

Lifestyle ibu bapa, Adik beradik dan anak2 sekarang yang sentiasa nak cepat dan tertekan dengan kehendak semasa, mendorong kepada pemilihan makanan fast food yang tinggi kalori dan tidak sihat.

Kelam kabut nak sediakan anak2 ke sekolah, tergesa2 kejar masa untuk masuk semula ke tempat kerja, antara faktor yang mendorong kita untuk memilih short cut!

Ini adalah contoh senarai checklist yang saya buat untuk diri sendiri.

Cuba baca dan jawab dengan jujur. We know our body well. Sebaiknya, kita kena buang denial mode yang taknak mengaku sebenarnya kesihatan kita terganggu daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran.

Success story Jom Detox Jutawan:
Gambar terbaru selepas JOMDETOX 11.0. Tarikh 19/7/2019

Success Story 5 : Nor Faizah Sulong

Success Story Jom Detox Jutawan yang seterusnya. Saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu yea. Nama penuh Nor Faizah bt Sulong lebih mesra dengan panggilan K Nor. Berumur inshaallah tak lama lagi mengjangkau 41 tahun di dunia ni. Alhamdulillah.

Berasal dari Ktrg tapi menetap di Kmn, Trg. Ibu kepada 3 orang anak (16thn, 12thn, 3thn). Berjawatan surirumahtangga sepenuh masa dan sekarang naik pangkat lah skit sebagai Coach Jomdetox.

Sedikit cerita sebelum join #jomdetox.

Berat badan naik selepas habis pantang puteri ke 3 saya. Alasan ibu menyusu (100% bf sampai sekarang masih lagi menyusukan) selalu lapar dan kena makan banyak tu antara faktor menyumbang kpd kegemukan.

Selain tu juga takde langsung exercise alasan krn bersalin czer. Takut nak lasak2 (sbb ni 1st experience beranak czer). Jadinya secara tak langsung kerjanya adalah menternak “lemak”.

Sampailah satu tahap dah takleh nak hadap teguran orang sekeliling. “gemuknya” “gemuknya sekarang” “kenapa gemuk sgt skrg”

Nak bagi alasan bahagia. Tu cuma cliches punya alasan untuk soalan yang tiada jawapan kan.

Bernanah lah telinga. Suami tak berani nak tegur gemuk dah sebab awal-awal dah kena sembur di bini.

“kurus susah, gemuk pun susah. Serba tak kena!”

Mahu tak diam suami kat sebelah kan.

Kita pun bukan nak marah sangat tapi tahu tak perasaan orang gemuk ni. Risau, sensitif semua ada.

So dia diamkan ajelah kot. Secara halusnya suami sampai tahap ajak berpuasa dari isnin – khamis. Berbuka tak mkn nasi. Makan nasi sekali sehari hanya pada Jumaat Sabtu & Ahad. Simbolik nak bantu isterinya kembali kurus.

Time ni berat turun naik. Macam jarum penimbang tu tak betul.

Bila orang tanya dah turun berapa kg… “krik krik” nak bagitau pun malu. Sebab takde bagi kesan sangat. Takut kena ejek lagi dek kawan-kawan. Even nak bagitau orang kita tengah diet pun malu. Sebab takde effect pun.

Last-last give up! Melantak je lah. Dah alang-alang nak gemuk. (dendam dengan perasaan sendiri).

Teruk kan!

Bila join #jomdetox. Semangat nak gebang tu selalu ada. Skit-skit nak gebang kat wall. Bukan gebang menda tak betul. Menda betul kot. Hari-hari kg turun.

Apalagi kita tepukkkkk lah kan.

Saya pun tertarik untuk join #jomdetox5.0 sebab kerana gebang geng2 detox lah.

Tiap-tiap hari cerita pasal penurunan kg diorang. Yang kita duk diet berbulan-bulan nak turun 1 kg pun payah.

Dashattt tau aura geng #jomdetox ni.

Tahun lepas 2 kali kenduri kawin anak saudara kat kampung. Semua tetamu datang yang dah lama tak jumpa terkejut tengok saya. Maklumlah dulu cutting aida jebat.

Tangisan dalam ketawa je lah hadap teguran tetamu. Sakit hati pun ada.

Bila badan dah terlalu berat, segala benda rasa tak kena. Semua baju,seluar sendat terutama bahagian perut, peha dan lengan. Selekeh gila time tu sebab malas nak bersiap sebab serba tak kena.

Moody, cepat marah, rendah diri, cepat penat, mengah, nak solat pun tak selesa dan macam-macam lagi.

Sampai satu tahap saya sakit tumit/tapak kaki. Berusaha pergi mengurut sana sini tapi tak boleh nak cerita sakit kat mana dan macam mana.

Saya mula fikir ni mesti berkait dengan berat badan berlebihan.

Alhamdulillah selepas #jomdetox 5.0 rasa sakit tu dah makin hilang tapi masih ada. Lepas #jomdetox 6.0 sakit kaki tu dah lesap gitu je. Alhamdulillah lepas #jomdetox7.0 badan ternyata dah ringan, berat badan berjaya diturunkan dari 69kg – 58.8kg.

Orang yang paling bahagia selain diri sendiri mestilah suami dan anak-anak.

“slime kat perut ibu dah takde” jerit anak-anak bila tengok ibu kurus. maklumlah alasan bersalin czer perut macam ngandung 7bln.

Korang yang pernah ada rasa “suamiku tak suka isterinya kurus” “suamiku suka bini dia gemuk mcm skrg” baik korang berhati2.

Mungkin dia takut nak ckp korang gemuk, takut korang ngamuk.

Anak sulung saya dah pecahkan rahsia kerisauan ayhnya tentang saya.

“ayah sbnrnya dah lose hope tgk ibu gemuk. tiap kali dia tgk org gemuk dia imaginekan ibu kalau jadi gemuk mcm tu. Seram ayah cakap”

Hakikat sebenarnya. Rasa nak menjerit dengar anakanda cerita macam tu. Dalam hati syukur sangat-sangat sebab dah slim & sihat dengan jomdetox.

Syukur join #jomdetox walaupun batch 5 baru join.

Masa jomdetox 1.0 dilancarkan, tak rasa nak join. Konon nak buat2 sendiri. Bukan takde yang berjaya kalau buat sendiri tapi chances gugur syahid di tengah jalan tu sangat besar. Berbanding dengan join #jomdetox ni.

Buat sorang-sorang kalau tak kuat memang mudah-mudah je tersungkur sebelum hari seterusnya. Sebab terlalu banyak “syaitan bertanduk” di sekeliling kita termasuk yg ada dalam bdn sdiri tu.

Tambah plak takde sokongan dari org terdekat. Kena ejek skit kita dah goyah.

Bila berjemaah ni semangat lain macam. Bila masing-masing update progress kita lagi semangat. Dan yang paling best bila tiap2 pagi naik penimbang mesti angka berkurang. Unik sungguh #jomdetox ni. Pelik tapi benar!!!

Lagi satu. Paling BEST! Takde sorang pun sekarang yang jumpa saya tegur “ ehh kurusnya, kencing manis ker?”

Ramai yang kurus tapi pucat dan menggelebir dan macam tak bertenaga.

Dengan program kita ni, kita kurus tapi tak kecut dan menggelebir malah lebih bertenaga.

Pernah kan kita jumpa orang gemuk dah kurus tapi kurus tak cantik, tak sihat nampak lebih tua..

Nak tau kenapa tak?

Nanti korang tahu sebab apa peserta #jomdetox kurus/slim tak kecut atau menggelebir malah lebih sihat & cantik.

So korang kena baca ni sampai habis tau. Sebab jawapannya ada di hujung kelas ni nanti.

Its reality!!!

Rekod telah membuktikan 0 kegagalan pada yg follow 100% apa yg coach suruh buat. Dan saya salah seorang peserta yang telah membuktikan kejayaan program jom detox ni.

Gembira, bangga, syukur, semua ada. Dan memang dah jadi tanggungjawab lah ni untuk ajak ramai lagi join #jomdetox sebab nak ramai lagi yg kita boleh bantu dari segi kesihatan dan juga berat badan.

Ayuhhh!! kita sama-sama bantu diri kita dan orang yang kita sayang!

Ni saya share gambar sebelum dan selepas saya sendiri.

Success story Jom Detox Jutawan:
Tahun ni raya yang paling seronok. Baju raya hanya sepasang je recycle baju lama2 .
Success story Jom Detox Jutawan:
Gambar sebelum ni masa kenduri anak saudara tahun lps yg org duk tegur gemuk tu. mmg gemuklah kan.
Success story Jom Detox Jutawan: Kak Nor
ni gambar dengan anak sulung saya. hati berbunga2 raya ni bila orang cakap macam adik beradik. wahhh muda always lah ibu. i like!!

Penutup

Alhamdulillah… Sebanyak 5 cerita Success Story Jom Detox Jutawan yang telah saya kongsikan. Semuanya sangat mengagumkan, kan? Dan semuanya berjaya menurunkan berat badan dan saiz badan dengan jayanya setelah menjalani Program Jom Detox bersama group Jutawan.

Teruja tak dengan results diorang? Berminat nak join sebagai peserta dan nak tahu lebih lanjut? Manalah tahu, lepas ni anda pula yang menjadi Success Story Jom Detox Jutawan? Kalau berminat, boleh terus hubungi saya dan bertanya, ok!! 012-6753078.

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

39 thoughts on “Success Story Jom Detox Jutawan

    1. syahida Post author

      Ya betul. Banyak kelebihannya.. Memang tak rugi join.

      Reply
  1. Julia Mahir

    Wow memang berkesan juga ya nak turunkan berat dgn program Detox ni. Good. Semoga dpt bantu ramai orang.

    Reply
    1. syahida Post author

      Memang sangat sangat berkesan. Yang penting, segalanya selamat dan tidak memudaratkan kesihatan pun..

      Reply
    1. syahida Post author

      Yup. Thanks!! We want to help more people to lose weight and lose inches 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Kalau nak badan selim melim dan sihat, kena la ada disiplin 🙂

      Reply
  2. ajumohit

    saya kalau ikutkan kene turunkan lagi 5kg untuk berat badan ideal. yang pasti untuk kurus memang perlukan ilmu selain kita disiplin dan jaga makan. teruja tengok semua testimoni tu, cantik selepas dapat berat idaman
    ajumohit recently posted…UPSR dah selesai sambung dengan PSRAMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Boleh diusahakan tu.. Bagus dah ada target & tahu berapa nak turun. Semoga berjaya!

      Reply
    1. syahida Post author

      Alamak saya tak berapa faham ayat Mohd Yodin ni..

      Reply
  3. syuhaidah

    lepas pantang ni saya pun kena join. best betul tgk

    Reply
    1. syahida Post author

      Jom join. Lepas baby 6 bulan, baru boleh join 🙂

      Reply
  4. mekyunie

    bestnya. mek sekarang tengah kurangkan minuman bergula. jadi la jugak turun 3 kg tapi tak sure boleh pergi takat mana. hahaha.

    Reply
    1. syahida Post author

      Bagus dah tu kurangkan minuman bergula. Dalam sepanjang program detoks, diharamkan sekejap minum minuman bergula. Air kosong je semata-mata. Sebab nak bantu proses detoks dengan lebih berkesan 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Jangan putus asa Zumal! Dalam perniagaan, tiada istilah gagal. Yang ada hanyalah PENGALAMAN. Semua pun ada kebaikannya… Good Luck Zumal!!

      Reply
    1. syahida Post author

      Hebat dia ye. Semoga segala kejayaan dan kekayaan dia sentiasa diberkati dan berkembang maju 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hahaha. Nanti saya share hat lelaki punya. Perubahan diorang dahsyat2222 sebab diorang pun tak kurang yang obesnya!

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu. Memang semua tu kena kurangkan. Kalau dalam program detoks kami ni, semua tu diharamkan buat seketika di sepanjang detoks supaya detoks berjalan dengan lebih berkesan 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Memang terbaik dan semua pun dapat effect yang sangat bagus. Kita combine semua : diet eat clean. healthy lifestyle, exercise, set detoks shaklee, dan banyak do’s and don’ts…

      Reply
  5. Hanny Abdullah
    Twitter:

    Kadang2 jeles tgok org yg dah berjaya turunkan berat badan. Sis ni berusahalah cam mana pun..turunnya idok..naik je lebih..hehehe. Now berdiet gak ni..berdetox pun dah..tgok le nanti turun ke idok

    Reply
    1. syahida Post author

      Itu la kena gunakan teknik yang betul.. Jemput join Program Detox kami ni. Heheheh

      Reply
  6. Wawa Ashihara
    Twitter:

    Entri pembangkit semangat ni..wawa pon berat makin bertambah je ni. Hahaha.. Bolehlah sama2 kita amk pengajaran & pengalaman ni utk kurus dengan sihat..

    Reply
    1. syahida Post author

      Tu yang problem tu. Berat naik je, tak pernahnya nak turun. Haha. Yes, jom kita berusaha untuk kurus dengan sihat.

      Reply
    2. syahida Post author

      Jom la join program jom detox ni. Nak join boleh hubungi saya ye…

      Reply
  7. bonda chanteq

    tahniah kepada semua yang berjaya menurunkan berat badan dengan program detox ni…boleh juga bonda cadangan kepada kawan2 dan ahli keluarga untuk ikut program ni dalam misi mengurangkan berat badan…thanks for infor

    Reply
  8. AlongMurni

    Wah.. Bagus nie. AM pun nak cuba juga.. Skrg pun tgh disiplin diri supaya x minum minum beras atau gula. Banyak minum air suam.. Alhamdulillah dah nmpk kesan dlm sebulan. Kalu amik detoks nie confirm lagi cepat turun kan?

    Reply
    1. syahida Post author

      Yup of course. Sebab kita buat detox menyeluruh. Bukan saja perut dan usus, tapi juga detoks organ hati, peparu, buah pinggang dan kulit. Program kita juga ada endorsement by nutritionists dan pakar pemakanan. Jadi semuanya terbukti selamat dan berkesan malah lebih cepat kesannya 🙂 Jom join! Hubungi saya k.

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul tu. Siapa yang buat betul-betul, dia lah yang dapat dan hasilnya tentu sangat manis 🙂

      Reply
  9. Syamimi

    Seronok tengok orang yang berjaya macam ni.
    Lagi lagi bila penurunan berat badan tu tersangatlah kerata.
    Kita pernah juga badan berisi. Dalam berat 55kg. Lepas sebulan 45kg.
    Tapi rasa tak selesa pulak. Hehe
    Tapi masa tu kurus sebab baru okay dari operation.
    Tapi kalau badan berisi pun tak sanggup tengok.

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehhee… Oo kurus kerana baru baik daripada operation ye. Yang penting biar moderate.. Tak lebih, tak kurang. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge