Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

By | 16/03/2023

Assalamualaikum para pembaca. Ada yang berazam nak tampil lebih kurus ke Raya 2023 ni? InsyaAllah boleh kurus bila kita manfaatkan bulan berpuasa Ramadhan ni dengan mengawal pemakanan kita, menahan diri daripada makan berlebihan dan konsisten amalkan Set Kurus Shaklee di sepanjang tempoh berpuasa.

Azam Ramadhan 2023

Mesti ramai yang dah naik berat badan dengan diet yang ke laut. Lepas tu berhasrat nak insaf. Bulan puasa terus berazam nak kawal dan cuba turunkan berat. Tapi takut tak tahan dengan dugaan makanan dari bazar Ramadhan. Nanti bukan berat menurun, tapi tak turun-turun.

Sebenarnya ia boleh diusahakan. Jangan risau sebab kita ada Set Kurus Shaklee yang memang sesuai diamalkan di sepanjang bulan berpuasa ni. Jadikan ia lifestyle dan menu sahur dan iftar, amalkan sebulan.

Pada masa yang sama, kawal pemakanan, jangan makan berlebihan dan pastikan minum air yang cukup di sebelah malamnya.

Dalam gaya hidup Intermittent Fasting yang team Shaklee kami amalkan, moreh diharamkan. Kita dah kena stop makan pada jam 8pm. Kemudian mulakan puasa sehingga sahur. Tapi masih boleh minum air kosong di sepanjang malam. Time sahur, kita sahur lah macam biasa. Masa ni kita ambil Cinch Shake. Untuk lebih pemahaman, baca entry mengenai Intermittent Fasting di sini.

Set Kurus Shaklee

Yang bestnya dalam Shaklee ni, Set Kurus Shaklee kita sesuai diamalkan di sepanjang tempoh berpuasa.

Secara asasnya, Set Kurus Shaklee ini adalah sebenarnya Set Puasa Shaklee yang ditambah dengan produk khusus untuk kurus seperti Lecithin, Herblax dan Omega Guard.

Boleh juga bacakan mengenai set ini di Set Hello New You Shaklee (Intermittent Fasting).
Bacakan juga mengenai Set Puasa Shaklee yang merupakan set WAJIB untuk dapatkan puasa yang lebih sihat, rasa lebih bertenaga dan turunkan berat badan.

Set Kurus Shaklee yang Khusus untuk Kurus Sebelum Raya :

  • Cinch Shake (pelbagai perisa)
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Herblax
Set Kurus Shaklee (Hello New You Set)
Set Kurus Shaklee (Hello New You Set) yang sesuai untuk berpuasa sambil turunkan berat badan.

Kebaikan Cinch Shake Shaklee

Cinch Shake ini wajib diambil sewaktu sahur. Kalau nak skip makan sahur berat-berat macam nasi berlauk pun boleh sangat-sangat. Malahan, jika nak ambil Cinch Shake ni sahaja sebagai menu utama sahur pun sudah memadai. Sebab Cinch Shake ni dah bertindak sebagai meal replacement. Untuk lebih kenyang, memberi tenaga dan memberi kesihatan yang menyeluruh, boleh shake sekali dengan ESP kalau ada. Kalau tak ada, Cinch Shake sahaja 2 scoop penuh pun dah ok.

Manfaat Cinch Shake ini :

Manfaat Cinch Shake dalam Set Kurus.
Manfaat Cinch Shake dalam Set Kurus Shaklee

Kepentingan Cinch Shake ini ialah paras Glisemik Indeksnya (GI) yang sangat rendah, membantu untuk kita berasa kenyang lebih lama dan tenaga daripadanya dapat dibebaskan secara perlahan-lahan pada tempoh yang lebih lama jika dibandingkan dengan nasi yang tinggi paras GI.

Sebab tu, Cinch Shake ni sesuai untuk berpuasa dan sangat membantu mereka yang mengalami gastrik.

Amalkan ketika sahur, kita akan rasa kenyang lebih lama dan rasa badan lebih bertenaga. InsyaAllah.

Kebaikan Lecithin

Lecithin penting untuk mengemulsikan lemak daripada makanan dan lemak sedia ada dalam tubuh kita. Kan best kan kalau sepanjang kita berpuasa, ada Lecithin yang akan bantu lemak kita dicairkan dan disingkirkan daripada organ kita, sesambil kita berpuasa tu. Jom lihat manfaatnya :

Kebaikan Lecithin dalam Set Kurus.
Kebaikan Lecithin dalam Set Kurus Shaklee

Kebaikan Omega Guard

Omega Guard ini merupakan asid lemak Omega-3 yang berperanan penting untuk membakar lemak yang lama tersimpan dalam badan. Ia bertindak sebagai anti-radang dan akan menyingkirkan lemak serta kolestrol jahat dalam tubuh kita. Bagi mereka yang berlebihan berat badan, nak kurangkan berat, wajib sertakan minyak ikan Omega-3 ini di dalam diet seharian mereka. Jom lihat manfaatnya:

Kebaikan Omega Guard dalam Set Kurus.
Kebaikan Omega Guard dalam Set Kurus Shaklee

Kebaikan Herblax

Herblax adalah agen detoks yang penting untuk menyingkirkan segala lemak yang telah dibakar oleh Omega Guard dan dicairkan oleh Lecithin sebelum ini. Barulah penurunan berat badan akan menjadi lebih berkesan. Herblax ni juga membantu kita membersihkan usus kita daripada sisa makanan dan kotoran yang menjadi punca usus kita sukar nak serap nutrien yang baik daripada makanan harian kita. Jadi, wajiblah sertakan Herblax ni kalau nak kurus!! Jom bacakan manfaatnya :

Manfaat Herblax dalam Set Kurus Shaklee
Manfaat Herblax dalam Set Kurus Shaklee

Jom Dapatkan Set Kurus Shaklee untuk Kurus Sebelum Raya!

Jadi ada total 4 item dalam Set Kurus Shaklee ini. Sesuai diamalkan sepanjang tempoh kita berpuasa supaya proses pembakaran lemak dan penurunan berat badan menjadi lebih berkesan.

Tapi syarat untuk mendapat effect yang terbaik adalah kita sendiri mesti kawal daripada pemakanan yang berlebihan lemak dan pastikan kuantiti makanan kita terkawal. Sebenarnya Cinch Shake sendiri dah membantu kita rasa lebih kenyang dan tak minat nak makan banyak-banyak sangat.

Kalau nak kesan lebih power dan lose weight yang lebih banyak, ambil Cinch Shake sebanyak 2 kali iaitu waktu sahur dan waktu berbuka. Nasi langsung tak sentuh. Haaa ada berani??? Kalau ikut macam ni, confirm lagi lajulah berat tu turun!!! Hehehe.

Ditambah lagi dengan produk bantuan yang lain seperti Lecithin, Omega Guard dan Herblax, pasti lebih cepat anda dapat capai berat badan yang diidamkan. InsyaAllah.

Tapi kena dapatkan set ni daripada saya lah. Barulah saya akan tunjur ajar cara makan set ni yang terbaik. Nanti main makan je, tak dapat kesan pula. Kan dah menyesal. Jadi untuk mendapatkan konsultasi yang terbaik set ni, jangan teragak-agak untuk dapatkannya daripada saya. Saya sudi membantu.

Jom!! Kita sama-sama berazam untuk mendapatkan saiz badan yang lebih slim dan fit pada Hari Raya tahun 2023 ni. Kita start sama-sama dan prepare dengan Set Kurus Shaklee ini. Dapatkannya daripada saya dengan menekan LINK ini terus.

Jom baca lebih lanjut di entry Jom Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee (Set Hello New You).


Lebih banyak info mengenai produk dan bisnes Shaklee di website : www.anakkuwiraku.com.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar
012-6753078
Shaklee ID : 1143254
Shaklee Business Leader
Your Trusted Shaklee Distributor
Pengedar Shaklee Petaling Jaya

6 thoughts on “Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

    1. syahida Post author

      best2!! boleh sarung baju raya cantik2!

      Reply
  1. Pingback: 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia • SyahidaShukri

  2. Ros Ahmad

    Bulan puasa bulan terbaik untuk turunkan berat. Tambah dengan Set Hello New You mesti lagi cepat berat turun kan.

    Reply
    1. syahida Post author

      Confirm lagi cepat turun berat.. combine puasa dengan Set Hello New YOU!

      Reply
  3. Pingback: Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge