Assalamualaikum semua. Raya Aidilfitri nak tiba ni. Mesti ada yang tercari-cari idea untuk tambahkan pendapatan kan? Kalau lah ada chance untuk dapat extra duit sebagai bantuan duit raya awal, mesti menambahkan rasa lega. Kita semua serupa lah dalam hal ni.
Sebab saya sendiri faham. Kita semua tahu. Time nak masuk bulan Ramadhan dan Syawal je, pasti banyak belanja yang kita nak kena keluarkan.
- duit untuk baju raya
- duit untuk juadah raya, biskut raya
- duit untuk perjalanan balik kampung, bayar minyak, bayar tol, servis kereta sebelum balik kampung
- duit untuk infaq berbuka puasa, sedekah Ramadhan, sedekah Jumaat, bagi yang nak rebut pahala Ramadhan
- duit raya kepada anak-anak dan anak-anak saudara
Serentaknya dengan Ramadhan tahun ni, sesi persekolahan pun nak dibuka. Banyaklah persiapan sekolah yang kita ibu bapa nak kena sediakan juga.
- baju uniform
- yuran persekolahan
- buku-buku
- alat tulis
- duit van / bas sekolah / transit
Bukan sikit jumlahnya. Kalau ramai anak, mau beribu perbelanjaan semua ni. Campur serentak dengan keperluan raya. Double triple lah perbelanjaannya.
Kalau tahun 2022 yang lepas, kita ada pengeluaran KWSP sebagai bantuan duit raya awal. Terus beraya sakan semua. Lagi pula dah lama sangat tak merasa Hari Raya macam dulu kan sebab Covid dan PKP sebelum ni. Jadi last year memang best lah beraya. Tapi tahun ni.. KWSP pun takde, harga barang pun makin naik, komitmen pun bertambah, harga OPR naik, bayar cukai, eh macam-macam lah laginya.. Gaji pula tak naik-naik.. Jadi macamana lah ni.. Kalau ada cara untuk dapat bantuan duit raya, alangkah bestnya!!
Kalau nak tahu kan, orang yang buat bisnes Shaklee macam saya, kami menerima bonus daripada Shaklee pada setiap 14 atau 15hb setiap bulan. Itu pun kadang-kadang lebih awal kalau tarikh tu jatuh pada hari minggu. Pernah Shaklee bagi lebih awal sebab nak raya.
Macam tahun 2022 lepas, Hari Raya terkejut jatuh pada 2 Mei 2022. Bonus Shaklee pula masuk pada 14 April 2022, iaitu 2 minggu sebelum. Wahhhh bagaikan terlepas daripada tenggelam kelemasan tau rasanya. Dapatlah menampung sedikit sebanyak keperluan raya masa tu. Yer lah kita pun nak juga beraya dengan gembira kan? Mestilah kena pakai duit.

Bonus Bantuan Duit Raya Awal Ni Datang Dari Mana?
Bonus Shaklee yang saya dapat ni adalah berdasarkan jualan saya sendiri dan juga daripada bonus kepimpinan saya membina Young Successful Team. Setiap masa dan tenaga yang saya berikan untuk mendidik anak didik saya berjaya dalam Shaklee, semua tu Shaklee bayar.
Saya bermula sebagai pengguna Shaklee. Kemudian saya kumpul order dengan orang sekeliling untuk ajak beli Shaklee, dan bila cukup point, saya menerima bonus. Disebabkan saya sendiri dah guna Shaklee dan dapat effect yang bagus, jadi mudahlah saya nak sharing kat orang lain.
Rupanya memang mudah sangat buat Shaklee ni. Kita hanya perlu share, then customer order, lepas tu Shaklee akan poskan direct kepada customer. Umpama kita buat dropship je. Kemudian Shaklee berikan bonus kat kita mengikut tangga kelayakan bonus.
Saya pula sejenis yang suka harga paling murah. Nak harga murah, caranya mestilah dengan mendaftar sebagai ahli terus. Jadi, untuk membantu orang lain pun merasa harga yang termurah, maka saya pun akan ajaklah orang lain mendaftar sebagai ahli sama. Daftar ahli dengan saya dan enjoy harga ahli untuk semua produk Shaklee.
Dan kalau customer bawah kita tu pun berminat nak jana income, kita bantu dia dan ajarkan pula dia. Kemudian Shaklee akan bayar kat kita di atas usaha kita membantu dia tu. Tak perlu pun nak tolak income kita untuk bayar agen bawah kita tu. Shaklee settlekan semuanya. Mudah kan?
Jadi dari situlah saya mula membina organisasi saya sendiri. Shaklee membayar saya dengan bonus Shaklee ini bila ramai orang dalam team saya yang turut dibantu untuk sihat dengan Shaklee dan berjaya menjana income dengan Shaklee.
Dan selama 7 tahun saya berbisnes Shaklee, tak pernah langsung Shaklee lambat memasukkan bonus ke dalam akaun bank saya. Sama ada 14hb atau lebih awal daripada tu saja kalau 14hb jatuh pada hari minggu atau cuti umum.
Syukurnya walaupun saya duduk di rumah sambil menjaga anak-anak 24 jam, saya memiliki kerjaya dari rumah yang boleh saya banggakan dan memberi kepuasan kejayaan kepada diri saya sendiri. Ia betul-betul meningkatkan keyakinan diri dan menggembirakan hati saya. Secara jujurnya, saya berasa sangat-sangat best.
Lagi best bila tiap-tiap kali hari raya, saya boleh hulurkan duit raya kat mak ayah saya dan anak-anak saya. Kat anak-anak saudara pun saya bagi duit raya tau.. Nikmat dapat memberi tu best sangat rasanya.
Kalau nak tahu kan, walaupun tak tunggu Hari Raya Aidilfitri, sekarang pun saya memberi kepada ibu bapa saya dengan membayarkan installment bulanan kereta Proton X50 yang Ayah dan Mama saya gunakan setiap hari. Kereta ni saya belikan menggunakan nama saya sendiri dan payslip bonus Shaklee saya. Dengan asbab Car Bonus Shaklee yang saya dapat, saya bayarkan kereta untuk ayah saya. Alhamdulillah..

Jadi, best tak buat Shaklee? Satu kepuasan sangat bila kita sebenarnya membantu orang lain untuk rasa lebih sihat. Set-set kesihatan Shaklee dah sangat lengkap dan membantu. Lepas tu boleh jana income pula dengannya. Sekaligus jadi bantuan duit raya kita untuk persediaan menyambut hari raya.
Kalau anda pun berhajat nak jana income dengan Shaklee, nak dapatkan bantuan duit raya awal dengan bonus Shaklee, jom sertai saya.
Lagi-lagi kalau anda mencari bisnes yang memerlukan modal yang rendah dan dapat dilakukan di mana-mana, bila-bila masa saja. Walaupun anda dah ada kerjaya hakiki, boleh sangat kalau nak buat secara part time. Actually lagi senang tau sebab anda bekerja dan berjumpa dengan orang. Mesti lagi senang nak dapatkan belian.
Sekarang tengah trending dengan Set Puasa Shaklee. Ramai orang tengah mencari sesuatu untuk masalah gastrik, masalah lesu dan nak tingkatkan tenaga sepanjang berpuasa bulan Ramadhan. Jadi kita boleh recommend Set Puasa Shaklee ni.
Boleh juga bacakan lebih lanjut di Duit Raya Awal Dengan Shaklee daripada Rozila Ramli.
Nak cuba dapatkan bonus bantuan duit raya awal dengan Shaklee? Atau berminat nak ketahui dengan lebih lanjut? Jom sembang-sembang dengan saya.
Anda introvert? Segan nak berniaga? Tak tahu nak buat apa? Tapi nak jana income? Pun boleh. Jom saya tunjukkan caranya.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Shaklee ID : 1143254
Shaklee Business Leader
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya
Tahniah..dapat duit Raya Awal.. best kn..boleh buat bayaran macam-macam..
Ya betul tu.. Banyak sangat membantu time ada banyak keperluan ni… Alhamdulillah…
Bisnes paling senang nak buat kan. Semua peringkat boleh buat
Betul sangat.. Sesiapa saja pun boleh mulakan bisnes Shaklee ni… kita ada bimbingan kepada mereka yang newbies.
How can we feel happy during Ramadhan and Syawal, when we know we have to spend a lot of money?
I understand. We all know. We’re going to have to spend money on clothes for Ramadan and back home, petrol, groceries, etc.
Spend wisely so we can still be happy at the same time. Important for us to prepare a saving for Ramadhan and Syawal.