Tips Atasi Masalah Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

By | 18/05/2017

Tips Atasi Masalah Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

Tak larat la rasanya. Masa awal-awal mengandung ni ada masalah alahan mengandung dengan rasa loya, nak termuntah, tekak tak sedap, perut tak selesa, makan tak selera, pastu asyik rasa macam nak terbaring je. Kadang-kadang pagi je yang paling teruk. Pernah jugak melarat sampai sepanjang hari. Normal ke sebenarnya? Boleh tak kalau saya nak atasi masalah alahan ni? Ya la saya nak pergi kerja tapi rasa lesu la. Camne nak keja camni? 🙁

Sebenarnya bukan saja wanita yang bekerja. Tak kira la siapa-siapa pun. Memang susah nak buat kerja-kerja harian kalau asyik rasa loya je memanjang. Perut pun berterusan lapar dan makan pun tak kenyang bila makan. Semuanya tak menyelerakan. Betul kan? So macam mana?

Jangan risau ok mommies sebab alahan mengandung pada awal-awal usia kehamilan ni sebenarnya memang sangat normal. Malah sebenarnya ia petanda yang bagus bahawa anda sedang mengalami perubahan hormon yang memang bagus untuk pembesaran janin dalam perut tu. Jangan rasa alahan ni tak bagus tau. Sebenarnya dia bagus.

Tips atasi alahan mengandung

Tips atasi alahan mengandung

Alahan Mengandung : Perlu Ke Berjumpa Doktor?

Sebenarnya saya sendiri pernah mengalami alahan awal kehamilan ni masa anak pertama dan kedua. Masa tu saya masih bekerja. Tak larat sungguh nak bekerja sebab loya yang berpanjangan. Maklumlah anak pertama. Orang kata anak pertama selalunya alahan yang paling teruk.

Pernah saya pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Doktor ada bekalkan ubat untuk menahan alahan. Memang ok jugak ubat tu tapi lama-lama saya fikir ada baiknya saya muntahkan saja kalau rasa loya sebab lepas muntah saja badan akan terasa lebih lega. Yang bestnya dapat MC la daripada doktor. Tapi tak semua doktor yang berlembut hati tau nak bagi MC. Sebab ada jugak doktor yang tak nak kesiankan kita sangat. Katanya morning sickness ni memang biasa. So dia tak bagi pun kita MC. Sedih saya. Sebenarnya larat ke wanita yang kerap loya nak bekerja di office? Anda rasa macamana? Sejujurnya tak bersemangat tau nak buat kerja. Bukan senang nak kerja dalam keadaan badan tak sihat macam tu. Ish emo pulak saya kalau terkenangkan kisah lalu. Hehehe.

Saya kira beruntung la sebab bekerja dalam office dan boleh duduk mengadap komputer saja sepanjang kerja. Bukannya kerja saya banyak berjalan atau banyak berdiri macam cikgu ataupun kena banyak drive ke sana ke sini. Kesian mak-mak yang kena kerja walaupun alahan. Saya fahami mereka.

Bertabah la ye Mommies. Ada banyak faedahnya alahan mengandung ni kalau anda nak tahu. Jom saya senaraikan supaya anda tak rasa teruk sangat.

Alahan Mengandung : Apa Faedahnya Kepada Saya dan Bayi dalam Kandungan?

Apa yang Allah dah ciptakan tu mesti ada guna dan manfaatnya kan? Kalau pun tiada, tentu ada hikmahnya. Manakala kalau dari sudut saintifiknya pula, ada banyak kelebihan bagi ibu-ibu yang alami alahan ini.

Berikut saya senaraikan kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami loya, mual atau muntah terutamanya semasa awal kehamilan.

  1. Risiko keguguran lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengalaminya.
  2. Mual adalah mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makanan dapat menjauhkannya daripada makanan yang berpotensi membahayakan bayi yang belum lahir.
  3. Kematian bayi selepas dilahirkan adalah lebih rendah daripada wanita yang mengalami alahan.
  4. Alahan berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.
  5. Bayi mempunyai berat lahir yang lebih tinggi.
  6. Kecacatan selepas melahirkan yang lebih rendah.
  7. Ukuran plasenta bertambah. Kurang makan disebabkan alahan menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan semasa awal kehamilan. Kurangnya berat badan ini menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar akan menjamin tersedianya makanan dan oksigen yang lebih sihat.

Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.

Selain tu, saya juga pernah membaca fakta bahawa bayi yang dilahirkan mempunyai IQ yang lebih tinggi tau bila ibunya alami alahan mengandung ni.

Kebaikan alahan

Kebaikan alahan

Jadi, untung ke tak untung ibu yang alami alahan mengandung ni? Mesti la untung kan? Ini hanya penemuan saintifik. Selebihnya Allah saja yang lebih tahu.

Baca juga lebih lanjut tentang masalah alahan semasa hamil ini di Baby Center : Mabuk Hamil Pagi (loya dan muntah semasa mengandung).

OK saya nak share pula tips cara mengatasi alahan muntah dan loya ni semasa hamil.

Alahan Mengandung : Tips Cara Mengatasi Alahan Semasa Hamil

  1. Anda boleh makan biskut cracker ataupun makanan ringat kesukaan anda sejurus selepas bangun dari tidur. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda darpada menjadi terlalu rendah.
  2. Cuba makan makanan ringan dalam setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut anda tidak kosong yang akhirnya mencetuskan pembebasan asid yang akan menyebabkan loya.
  3. Jangan lupa mengambil snek sebelum tidur anda. Ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi rasa nak muntah je especially bangun-bangun pagi esok.
  4. Makan makanan yang boleh mencegah alahan ini seperti buah avovado, protein, keju, susu, yogurt, mentega, kacang disapu pada biskut kraker dan roti, pasta dan lain-lain,
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya. Ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dalam perut. Kesukaan saya adalah air madu diperahkan lemon. (madu dicampur air suam dan diperahkan lemon).
  6. Makan asam-asam pun boleh mengurangkan rasa loya. Tapi tak elok sangat asam ni okay. Jangan ambil banyak sangat. Saya tak minat asam hehe.
  7. Minum air sebanyak 10 gelas sehari untuk menggantukan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan masalah sembelit.
  8. Elakkan meminum air banyak sekaligus semasa makan.
  9. Ambil vitamin pra-natal anda selepas makan atau sebelum tidur.
  10. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetuskan rasa mual pada perut. Dalam masa yang sama, elakkan pergi ke tempat yang hangat dan penuh sesak. Ibu-ibu perlukan fresh air, bukan tempat sesak ya.
  11. Jauhkan daripada bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda nak termuntah. Ini memang mencabar jugak kan? Kadang-kadang jiran sebelah tengah menumis rempah pun dah buat kita rasa nak termuntah. Haha. Itu la peliknya hormon wanita hamil ni.
  12. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
  13. Tidurlah untuk mengelakkan loya.
  14. Jumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan pil pencegah muntah sekiranya keloyaan anda terlampau teruk. Tapi kalau saya, saya tak ambil la pil ni. Saya ok untuk prefer muntah daripada bertahan. Lepas muntah rasa lebih lega. Tapi mungkin ada kes yang jauh lebih teruk yang perlukan nasihat doktor. Doktor lebih pandai dan pakar dalam situasi anda.

Sumber : Tips Atasi Muntah dan Loya Semasa Hamil

Tips Atasi Alahan Mengandung Dengan Shaklee

Shaklee mempunyai gabungan produk yang hebat dan berkesan untuk membantu para ibu yang nak atasi masalah alahan semasa hamil ini. Selain daripada mengatasi masalah kekurangan nutrien ketika alahan, supplemen ini boleh membantu mengurangkan rasa alahan dan loya ibu-ibu hamil.

Nak elak alahan mengandung? Set Shaklee ni boleh membantu.

Nak elak alahan mengandung? Set Shaklee ni boleh membantu.

B-Complex with Folic Acid

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah alahan yang dihadapi. Ia adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu Vitamin B6. Kebaikan Pyridoxine ini akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12).

Kepentingan Asid Folik untuk Alahan

Kepentingan Asid Folik untuk Alahan

B-Complex Shaklee mengandungi kesemua Vitamin B ini. Di antara kelebihan Vitamin B-Complex:

  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Mencegah stress
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan dalam pembentukan asid amino
  • Diperlukan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah sekaligus membina darah
  • Mencegah anemia

Ostematrix

Ostematrix adalah vitamin Kalsium Shaklee. Ia adalah gabungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D serta mineral lain yang baik untuk pembentukan tulang. Kekurangan Kalsium ini akan menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima otot dan saraf. Jadi badan tak dapat bergerak kerana tidak menerima sebarang arahan daripada otak. Gejala yang paling ringan adalah rasa kekejangan otot atau cramp yang biasa berlaku semasa hamil.

Kebaikan Ostematrix ini adalah:

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Membantu badan rasa bertenaga dan mudah untuk bangun pagi keesokan harinya, terutamanya apaila digabung dengan pengambilan B-Complex with Folic Acid Shaklee
  • Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutamanya buat ibu mengandung
  • Melawaskan sistem penghadaman agar mudah membuang pada keesokan hari

Tambahan lagi, memang Ostematrix adalah penting untuk cukupkan keperluan kalsium dan Vitamin D ibu-ibu hamil kerana sewaktu pembesaran janin, janin akan banyak mengambil kalsium daripada badan ibu menyebabkan ibu akan kekurangan kalsium. Sebab tu la ibu mudah dapat cramp, sakit pinggang dan juga kebas-kebas kaki.

Peppermint-Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Ia juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Disebabkan ia nyaman dan melegakan, ia memang sesuai untuk ibu-ibu yang ada masalah alahan semasa hamil. Jangan risau sebab ia tidak akan mengganggu bayi dan selamat untuk ibu hamil.

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Antara kebaikan Peppermint-Ginger Plus:

  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc)

Kalau ibu-ibu alami alahan yang sangat teruk sampai menyebabkan dehidrasi, ibu-ibu boleh ambil Performance Drink. Bagi menambahkan tenaga, ibu-ibu boleh juga amalkan ESP atau Meal Shakes untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang hari. Ramai juga yang dah pernah cuba Set Hamil Shaklee ni dan berpuas hati.

Baca juga:

Tanda-tanda Kehamilan dan Kaedah Menentukannya

Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

Cara Atasi Masalah Sakit Belakang Ketika Hamil

Penutup

Saya amat memahami derita yang dialami ibu-ibu hamil yang ada masalah alahan ini. Ada yang teruk, ada yang biasa, tapi ada jugak yang tak rasa apa-apa alahan. Saya sendiri amalkan ketiga-tiga ni terutamanya Peppermint-Ginger semasa loya. Baunya yang fresh memang sangat membantu melegakan tekak dan perut daripada loya. Apa pun ia sekadar supplemen yang membantu ibu-ibu. Yang paling penting adalah mesti kerap makan dalam kuantiti yang sedikit supaya perut tak kosong. Ingat tu tau ibu-ibu. Supplemen ini hanya alat je untuk membantu, k. Namun puncanya kita la yang kena jaga, iaitu jaga makan, jangan biarkan perut kosong dan lain-lain.

Kalau seandainya ibu-ibu berminat nak try mana-mana set ni, boleh hubungi saya untuk tip top consultation dan order, okay. Saya akan share berdasarkan pengalaman saya sendiri. Al-maklumlah kita ni sama-sama perempuan, sama-sama rasa, sama-sama memahami. Kalau berkesan untuk saya, mesti la saya nak ia pun berkesan untuk orang lain sama 🙂

Hubungi saya untuk sebarang order, pertanyaan dan consultation ye.

Salam Sayang,

Wan Syahida

012-6753078

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

 

4 thoughts on “Tips Atasi Masalah Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge