Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

By | 26/04/2017

N‍ak tahu tak apa nutrien yang penting sebelum hamil dan semasa hamil? Sebelum tu penting tau. Bukan dah hamil baru nak start amalkan nutrien-nutrien penting ni. Tapi sebenarnya sejak SEBELUM hamil lagi dah penting untuk mengamalkannya.

Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil

Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

Kenapa penting? Ini sebab kebanyakan wanita tak sedar pun yang dia dah hamil sampai lah dia dah perasan dia lewat datang bulan. Masa tu paling awal pun dah 4 minggu hingga 5 minggu kehamilan. Sedangkan, ada nutrien tertentu yang perlu diamalkan sejak seawal usia kehamilan.

Pastu bila dah lakukan ujian UPT dan sah hamil, barulah nak makan Asid Folik dan Multi-vitamin.

Tahukah anda? Kalau terlambat makan Asid Folik tu dan badan kita tak dapatkan nutrien tu dengan cukup, janin yang dikandung dah pun membentuk organ-organ pentingnya seperti otak dan saraf. Masa tu dah terlambat kalau kejadian janin menjadi tak sempurna dan berisiko untuk mendapat Neural Tube Defect atau sejenis masalah saraf yang akan kekal selama-lamanya. Organ otak dan saraf ni pula mula terbentuk pada bulan pertamanya. Jadi, penting untuk kita bantu ia terbentuk dengan sempurna. Caranya? Seperti yang telah dikaji para ahli perubatan, caranya adalah dengan mengambil asid folik yang mencukupi.

Syukur la ada pakar dan ahli perubatan yang kajikan benda-benda ni kan? Kita boleh elakkan sebelum ia terjadi lagi dengan nutrien yang terbukti penting dan berkesan membantu mengelakkannya.

 

Kenapa Perlu Makanan Tambahan?

Ada banyak sangat nutrien yang sangat penting untuk kehamilan yang sihat dan juga untuk bayi yang sihat dan sempurna. Jadi, adalah sangat penting untuk ibu-ibu hamil mengamalkan diet yang sihat yang penuh dengan khasiat buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein rendah lemak dan lemak sihat.

Tapi sebab tempoh penting ni sangat susah untuk para ibu hamil dapatkan kesemua nutrien penting ni daripada pemakanan semata-mata, para saintis dan ahli pemakanan sangat-sangat menggalakkan ibu-ibu yang nak hamil ni supaya mengamalkan makanan tambahan yang tinggi kualiti dalam rutin seharian mereka. Begitu juga dengan ibu-ibu yang dah pun hamil.

Bila seorang wanita mengamalkannya walaupun semenjak sebelum hamil, ia akan sangat memberi impak kepada kesihatan bayi jugak tau. So, jangan ingat ia untuk baby membesar je. Sebenarnya nutrien ni juga untuk membantu baby membesar dengan sihat bila dah lahir ke dunia nanti.

 

Okay so di sini saya nak share tentang Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil lagi.

1. Antioksidan (Vitamin A iaitu Beta-Carotene, Vitamin C, dan Selenium)

– Penting untuk melindungi sel-sel dalam Sistem Reproduktif daripada pengoksidaan dan kerosakan. Sel-sel yang terlindung dan terjaga daripada mudah rosak ni penting supaya ia berjaya disenyawakan dengan sempurna.

2. Folates atau Asid Folik

– Sekurang-kurangnya 400mg asid folik diperlukan setiap hari terutamanya masa persenyawaan akan sangat mengurangkan risiko bayi mendapat masalah Neural Tube Defects.

– Sekiranya selepas tempoh trimester pertama lagi baru nak ambil asid folik ni, dah terlambat untuk mengurangkan risiko masalah saraf ini. Sebab tu, tak ada istilah terlalu awal untuk mengamalkan asid folik. Amalkan lah sejak 3 bulan sebelum hamil.

 

Ini pula Senarai Nutrien Semasa Hamil atau Pre-Natal Care

Sewaktu hamil, wanita memerlukan nutrien yang lebih spesifik.

1. Protein

– Penting untuk ibu hamil cukupkan Protein sihat ketika ini kerana keperluannya untuk protein semakin bertambah pada waktu hamil. Ibu hamil mesti dapatkan protein berkualiti daripada daging, soya, telur dan tenusu.

2. Lemak sihat

– Lemak-lemak sihat ni penting terutamanya Omega-3 iaitu DHA dan EPA. EPA penting untuk kesihatan jantung dan sistem imun. Manakala DHA adalah penting untuk otak, mata dan sistem saraf pusat bayi.

– Pakar kesihatan menyarankan sekurang-kurangnya 500mg DHA dan EPA setiap hari semasa hamil, dan sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari semasa menyusukan bayi.

3. Asid Folik dan Zat Besi

– Kedua-dua ni bukan saja penting sebelum hamil, malah ia juga penting semasa hamil. Zat besi adalah komponen yang sangat-sangat penting dalam pembentukan Hemoglobin dan Myoglobin. Kedua-dua jenis protein ini sangat penting untuk mengangkut Oksigen kepada bayi di dalam kandungan.

– Ada kajian menunjukkan bahawa kedua-dua khasiat Asid Folik dan Zat Besi ni memberikan perlindungan yang lebih tinggi kepada bayi dalam mengelakkan kematian antenatal.

– Sebab tu, kedua-dua nutrisi ni sangat-sangat penting untuk kesihatan kehamilan dan kesihatan bayi yang dikandung.

4. Iodin

– Keperluan Iodin ni pun meningkat semasa seseorang ibu itu hamil dan juga ketika menyusukan bayi.

– Iodin ni adalah mineral yang sangat penting yang kita perlukan untuk membina hormon tiroid sepanjang hidup kita.

Kekurangan iodin pada ibu akan meningkatkan risiko kecacatan mental dan fizikal bayi yang juga akan kekal sepanjang hidup bayi.

5. Vitamin A

– Vitamin A juga penting untuk fungsi sistem imun dan sistem reproduktif.

– Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan 2500 iu Vitamin A.

6. Vitamin B

– Ibu-ibu hamil juga memerlukan lebih khasiat Vitamin-vitamin B iaitu: Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niasin (Vitamin B3), Pantothenic Acid (Vitamin B5), Pyridoxine (Vitamin B6), Asid Folik (Vitamin B9) dan pelbagai Cobalamin (Vitamin B12).

Asid Folik dan Vitamin B12 adalah penting untuk penghasilan sel dan mengelakkan masalah neural tube defects.

7. Alfalfa

– Alfalfa telah dikenali sebagai tumbuhan yang membantu penghasilan susu ibu dan ia adalah selamat dan berkhasiat dalam kuantiti yang sederhana. Ia juga boleh diambil dalam bentuk tablet. Hanya pastikan untuk mengambilnya secara sedikit pada permulaan dan kemudian naikkan sedikit demi sedikit dan kemudian teruskan secara konsisten.

8. Mineral

– Mineral yang penting ketika hamil termasuklah Kalsium, Magnesium, dan Zink. Mineral-mineral ini apabila diambil ketika hamil, bukan sahaja akan membantu dalam pembinaan tulang dan gigi bayi dalam kandungan, malah akan turut memelihara kepadatan tulang ibu hamil.

 

Selepas Trimester Kedua

Selepas ibu-ibu hamil melepasi Trimester Kedua kehamilan, mereka hanya memerlukan:

1. Tambahan 300 kalori sahaja setiap hari.

Jadi adalah penting untuk ibu-ibu hamil menambahkan pengambilan nutrisi sahaja, daripada memakan terlalu banyak kalori makanan daripada diet.

Caranya adalah dengan memilih makanan yang berkhasiat sahaja. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan tinggi kalori seperti makanan segera. Amalkan diet yang seimbang yang terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak.

Mengambil smoothie protein ESP adalah baik dan begitu juga dengan pengambilan makanan tambahan yang berkualiti.

 

Kesimpulan

Jadi sebenarnya, Nutrisi yang berkualiti tinggi dan gaya pemakanan yang sihat adalah penting untuk kelangsungan hidup sepanjang hayat kita. 

Dan tidak ada masa yang lebih baik untuk seorang wanita itu memulakan habit yang sihat ini melainkan sewaktu usianya ingin mendapatkan cahaya mata. Sebab itu kita perkenalkan Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil ini.

Selalu terjadi di mana ibu-ibu yang hanya fokus kepada kesihatan bayi di dalam kandungan. Tapi tak berapa hiraukan kesihatan mereka sendiri ketika sebelum hamil, semasa hamil dan selepas bersalin.

Tapi bila kita belajar untuk menjaga diri kita DAN juga bayi kita, hasilnya kita akan mendapat kesihatan ibu yang lebih baik dan juga kesihatan bayi yang lebih baik.

 

Di sini anda boleh tonton dan dengar perkongsian daripada Dr. Jamie dari Shaklee tentang Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil atau Pre-Natal Care.

 

 

Set Lengkap Sebelum Hamil Shaklee

Daripada senarai nutrien penting yang Dr. Jamie sebutkan, kesemuanya lengkap ada dalam Set Sebelum Hamil Shaklee ni.

Set Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil ini terdiri daripada:

1) Vitalea with Iron

2) B-Complex with Acid Folic

3) Vitamin C Sustained Released

Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil

Set Persediaan Sebelum Hamil Shaklee – Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil

1) Vitalea with Iron

– Mengandungi kesemua Vitamin A (Beta-carotene), Vitamin C, Selenium dan Asid Folik. Vitalea ini diperkaya dengan Zat Besi yang akan membantu menaikkan paras HB ibu.

2) B-Complex with Acid Folik

– Mengandungi kesemua kumpulan Vitamin B termasuklah Asid Folik. Baik untuk dimakan bersama Vitalea supaya dapat membantu penyerapan Zat Besi.

3) Vitamin C Sustained Released

– Mengandungi Vitamin C bersama Bioflavonoids untuk membantu penyerapan Vitamin C. Mempunyai kandungan sebanyak 500mg Vitamin C bagi setiap tablet dan mampu untuk melepaskan sebanyak 100mg setiap jam selama 5 jam. Baik untuk dimakan bersama Vitalea supaya dapat membantu penyerapan Zat Besi.

 

OK yang kat atas ni Set Lengkap SEBELUM Hamil lagi. Maknanya masa kita plan nak pregnant lagi kita dah kena start makan nutrien yang penting sebelum hamil ni. Tak kisah la orang yang baru kahwin ke, orang yang nak plan dapatkan anak kedua ke, ketiga ke… Jadi anda dah boleh terus start amalkan makanan tambahan yang berkualiti ni okay!

Kemudian bila dah confirm pregnant, cepat-cepat beralih pula kepada Set Lengkap SEMASA Hamil ni pulak tau!! Sebab once kita dah pregnant, keperluan nutrisi itu akan bertambah-tambah. Nak cukupkan daripada pemakanan je bukan senang. Kalau terkurang pulak, boleh membahayakan kesihatan diri sendiri dan juga bayi. So, jom kita check apa dia yang penting semasa hamil ni ye.

 

Set Lengkap Ketika Hamil Shaklee

Antara supplement Set Nutrien Yang Penting Semasa Hamil pula adalah:

1. ESP

2. Vitamin C Sustained Released

3. Vitalea with Iron

4. B-Complex

5. Ostematrix

6. OmegaGuard

Set Hamil Shaklee

Set Hamil Shaklee

ESP Shaklee

ESP Shaklee baik untuk kehamilan

 

✅ESP
❁ Memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam.
❁ Membantu untuk memperoleh kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Turut mengandungi keperluan Asid Amino Protein Penting untuk tumbesaran bayi yang sihat dan sempurna.
❁ Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal & inshaaAllah kulit baby pun cantik nanti.

✅Sustained Release Vita-C
❁ Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik. Ibu-ibu hamil juga kalau jatuh sakit, boleh la tingkatkan pengambilan Vitamin C ni yang bersifat selamat dan semulajadi daripada kerap mengambil Panadol atau ubat selsema dan ubat batuk. Ia tak berapa elok untuk kandungan.
❁ Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, iron takkan diserap oleh badan.

✅Vita-Lea® Iron Formula
❁ Menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Zat Besi ni penting sangat tau. Sebab Zat Besi penting untuk membina darah. Darah ni pula penting untuk mengangkut Oksigen kepada bayi kita.
❁ Mengelakkan anemia, masalah LOW HB. Kalau HB kita rendah, bayi kita juga akan kekurangan bekalan Oksigen. Ini sangat bahaya.

✅B-Complex with Folic Acid
❁ Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
❁ Folic Acid untuk perkembangan fizikal dan saraf baby. Penting untuk diamalkan semenjak sebelum kehamilan dan diteruskan sepanjang proses kehamilan.

✅Ostematrix
❁ Baby serap almost 90% kalsium ibu.
❁ Jika kita tidak menggantikan semula kalsium ini, kita boleh terdedah kepada risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Gigi pun boleh cepat rosak.

✅OMEGA GUARD
❁ Omega boleh diambil selepas masuk Trimester KEDUA.
❁ InshaaAllah pengambilan Omega dapat membantu dalam perkembangan minda bayi supaya lebih active dan cepat belajar.
❁ Omega juga bantu atasi masalah tekanan darah tinggi, kencing manis & kawal berat badan daripada naik secara mendadak.

Cukup tu saja untuk Set Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Set Hamil Shaklee yang lengkap untuk setiap keperluan Ibu-ibu Hamil. Kalau berminat nak order, boleh hubungi saya ya. InsyaAllah, saya akan berikan konsultasi yang terbaik bersama setiap pembelian ibu-ibu atau bapa-bapa sekalian 🙂

Salam Sayang,

Wan Syahida

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

17 thoughts on “Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

      1. syahida Post author

        Mudah-mudahan ramai la yang baca 🙂

        Reply
    1. syahida Post author

      Wah! Bila sorang anak kita belum cuba, anak yang lain kita cuba, boleh la compare kan.

      Reply
  1. azian elias

    teringat zaman mengandung dulu. tak banyak products macam ni. now anak2 dah bapak orang semuanya.

    Reply
  2. Pingback: Kenali Punca dan Kesan Diabetes Semasa Hamil

    1. syahida Post author

      Bukan saja bakal ibu tapi juga bakal bapa 😀

      Reply
  3. Pingback: 12 Cara Mengawal Diabetes Semasa Hamil

  4. Pingback: Tanda-tanda Kehamilan dan Kaedah Menentukannya

  5. Pingback: Kepentingan DHA Omega-3 untuk Ibu Hamil dan Menyusu

  6. Pingback: Tips Atasi Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

  7. Pingback: Set Berpantang Shaklee : Kebaikan yang Sangat Hebat! • SyahidaShukri

  8. Pingback: Pengedar Shaklee di Petaling Jaya, Setapak dan Bangi COD 012-6753078 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge