Kebaikan dan Kepentingan DHA (Omega-3) Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

By | 17/05/2017

Kebaikan dan Kepentingan DHA Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

DHA (sejenis Omega-3) adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. Kepentingan DHA ini adalah ia sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain dalam perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Boleh juga rujuk journal antarabangsa tentang kepentingan DHA (Omega-3) ini ketika hamil : Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy

Sebab tu ia penting sangat untuk janin yang sedang membesar dalam rahim ibu. Waktu pembentukan otak dan mata dia la, dia akan sangat menggunakan DHA ini.

Kepentingan DHA (Omega-3) : DHA Kaya Dalam Susu Ibu

Ajaibnya ciptaan Allah, Allah menyalurkan khasiat DHA ni kepada bayi melalui ibunya.

Ini disebabkan bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Jadi bagi bayi yang sedang menyusu, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu mereka. Ni original punya DHA tau. Tak sama macam DHA dalam susu formula tu.

Manakala ketika sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Tahu tak anda? Bahawa DHA yang disalurkan melalui plasenta ibu adalah asid lemak yang paling laju berpindah kalau dibandingkan dengan asid lemak lain. Maklumlah, masa tumbesaran janin dalam rahim la waktu yang paling kritikal bayi memerlukan DHA ni. Bayi perlukannya untuk pembentukan otak dan mata.

Kepentingan DHA (Omega-3) untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

Kepentingan DHA (Omega-3) untuk ibu hamil

Kepentingan DHA (Omega-3) untuk ibu hamil

Sepanjang pembesaran janin itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Sebab bayi akan tarik DHA ini daripada badan ibu. Bayangkan kalau ibu sendiri kekurangan intake DHA ini, apa yang akan terjadi kepadanya. Sudah tentu badan ibu akan kekurangan DHA dan bila ibu kekurangan DHA, ia akan mempengaruhi kesihatan ibu pula.

Kita sedia maklum tentang kebaikan dan kepentingan DHA (atau Omega-3) ni kepada golongan dewasa. Termasuklah untuk kesihatan jantung, otak, sendi dan juga penglihatan. Sehinggakan Omega-3 adalah sejenis suplimen yang termasuk dalam set essential dalam set kesihatan optimum Shaklee.

Atas sebab inilah, pakar mencadangkan supliment Omega-3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Tujuannya adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Selain itu, suplimen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu juga adalah seperti asid folik. Tetapi Omega-3 adalah asid lemak yang tidak terkecuali untuk pembangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

 

Kepentingan DHA : KAJIAN 1

The Lancet, 2007. Seramai 11,000 orang wanita diuji.

Kajian ini mengkaji tentang kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (iaitu kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.

Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan.

Daripada kajian ini, didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung akan melahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung.

Bukan itu sahaja tau. Malah, ia juga menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan laut yang lebih rendah ini mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.

 

Kepentingan DHA : KAJIAN 2

American Journal of Clinical Nutrition, 2007 : Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil.

Dalam kajian ini, wanita hamil yang diuji diberikan suplemen dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula daripada 24 minggu kehamilan sehinggalah ke waktu kelahiran.

Daripada kajian yang dilakukan ini, didapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil berjaya menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding bayi wanita daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan yang diperkaya dengan DHA.

Banyak lagi kajian demi kajian yang dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, khususnya DHA semasa mengandung boleh memberi bayi mereka suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.

 

Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA

Pakar mencadangkan sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang mencukupi di dalam makanan kita.

DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid lemak Omega-3 yang lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplimen Omega-3. Ini kerana harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus.

Di sini saya kongsikan journal antarabangsa tentang keperluan suplimen untuk menampung keperluan Omega-3 bagi ibu-ibu hamil atau menyusu ini : Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy.

Tahu tak anda? Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan kepekatan toksin jahatnya lebih tinggi dan mesti kita jauhi.

Atas sebab ini, suplimen Omega-3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang sangat ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan pencemaran dan bahan berbahaya.

Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega-3 ini. Suplimen Omega-3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih dalam lautan dunia. Kemudian mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama skali dihapuskan. Ha, hebat kan?

Jadi kenapa saya kena pilih Omega Guard berbanding jenama lain? Jenama minyak ikan ni kan banyakkk sangat-sangat, kan. Ok, baca fakta seterusnya ni dulu yer.

Kenapa Omega Guard?

Kenapa Omega Guard?

Perbezaan Minyak Ikan OmegaGuard daripada Shaklee

  • Minyak ikan yang terbaik di dunia.
  • Omega Guard Shaklee diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan diambil daripada hati ikan tau seperti minyak ikan kod.
  • Berbanding dengan produk minyak ikan di pasaran yang lain, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuklah DHA, EPA, ALA dan lain-lain.
  • Satu sajian Omega Guard Shaklee ni saja dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 DHA dan EPA. Ha banyak tu. Hampir 1g dah tu.
  • Kena faham tau beza ketumpatan Omega-3 yang tinggi berbanding minyak ikan je semata-mata. Omega Guard Shaklee memiliki ketumpatan Omega-3 yang jauh lebih tinggi, bermakna anda akan mendapat manfaat Omega-3 itu lebih banyak daripada minyak ikan tu semata-mata.
  • Selain tu, kalau anda nak tahu, apa yang beza sangat dengan Omega Guard Shaklee ni berbanding jenama lain juga adalah, pengusaha kilang lain atau jenama lain akan menggunakan kaedah penyulingan bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan tu. Tapi malangnya kaedah ini akan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
  • Sedangkan Shaklee menggunakan kaedah ultratulen yang bergred farmaseutikal yang mempunyai teknologoi terkini untuk menghasilkan Omega Guard Shaklee.
  • Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi.
  • Di samping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya daripadanya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, diosin dan PCB (polychlorinated biphenyl – yang merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).
Perbezaan Omega Guard

Perbezaan Omega Guard

Penutup

Haa… Ibu-ibu dah faham kan kenapa pentingnya pengambilan suplemen Omega-3 semasa mengandung dan menyusu sekarang? Percayalah, banyakkk sangat bukti telah ditemui tentang khasiat dan kepentingan DHA (Omega-3) ini kepada ibu-ibu dan bayi. Sewaktu janin dan bayi sedang membesarlah, ia amat memerlukan DHA ini.

Katakan kalau ibu nak cover balik kekurangan Omega-3 ni masa hamil dengan mengamalkan supplemen Omega-3 selepas dah melahirkan atau ketika menyusukan bayi, ia takkan sama macam kesan yang bayi tu dapat sejak dalam kandungan ibunya lagi tau. Ini disebabkan bayi amat memerlukan Omega-3 ini sewaktu otak dan matanya sedang terbentuk dalam rahim lagi. Jadi kalau dah lahir ke dunia, memang tak sama la kesan dia di luar dan di dalam perut ibu.

Lagi awal bayi kita dapat Omega-3, lagi bagus. Dan tempoh yang paling penting itu adalah ketika 3 bulan pertama ibu hamilkan anaknya. Tapi malangnya selalunya kita ni, bila dah sebulan mengandung baru tahu kita dah sah mengandung, kan? Rugi sebulan. 😀

Nak selamat, sentiasa amalkan supplemen Omega-3 ni walaupun sejak sebelum hamil dan jadikan ia habit yang dibiasakan. 🙂

Baca juga 11 Kebaikan Omega Guard Untuk Ibu Hamil dan Bayi yang Anda Mesti Tahu.

Serta Nutrien yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil.

 

Berminat untuk mendapatkan rangkaian produk Shaklee terutamanya Set Hamil atau Set Menyusu?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah dan pakar dalam set ini. Saya sudi membantu berikan konsultasi yang terbaik buat anda dengan mengajarkan cara pemakanan dan aturan pemakanan yang betul untuk setiap jenis supplemen. Boleh hubungi saya okay.

Salam sayang,

Wan Syahida

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

012-6753078

 

2 thoughts on “Kebaikan dan Kepentingan DHA (Omega-3) Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

  1. Pingback: Keperluan Wanita Mengandung • SyahidaShukri

  2. Pingback: Set Mengandung Shaklee Pilihan Ramai • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge