Percutian Keluarga Ke Halong Bay, Hanoi 2018

By | 01/07/2019

Hai Assalamualaikum Guys. Alhamdulillah hari ni tergerak hati saya untuk update percutian keluarga saya ke Halong Bay, Hanoi pada tahun lepas sekitar bulan Julai 2018.

Saya, suami, anak-anak serta mak ayah mertua saya menyertai trip percutian ke Halong Bay ni dengan tourism agency Pelayaran Islamik. Saya kongsikan poster Pelayaran Islamik yang saya sertai di bawah.

Pelayaran Islamik 28.0 (25-29 Julai 2018)

Harga Pakej:

  • Dewasa : RM3,447 per person
  • Kanak-kanak 7 tahun : RM2,682.75
  • Kanak-kanak 4 tahun : RM1,788.50
  • Bayi 6 bulan : RM1,073.10

Harga ni adalah termasuk kos pelayaran cruise dan juga tiket flight Malindo pergi balik tau. Sebab tu nampak cam mahal sikit.

Dan harga ni juga termasuk:

  • 5 hari 4 malam
    • 2 malam penginapan hotel (4 bintang) di Hanoi
    • 2 malam penginapan Golden Cruise (5 bintang) di Halong Bay
  • Makan dan minum seperti jadual perjalanan
  • Ziarah serta semua tiket masuk ke tempat-tempat percutian
  • Sumbangan ke masjid
  • Aktiviti-aktiviti
  • Kuliah-kuliah
  • Cenderahati
  • Tipping

Memandangkan kami pergi seramai 5 orang anak-beranak iaitu saya, suami dengan 3 orang anak, maka banyak jugaklah nak kena spend. Haha. Tapi suami saya la yang teringin sangat nak naik Islamic Cruise ni. Maka, saya pun kena la join walaupun tak la nak sangat.

Saya ingat, nak save duit saving saya ke percutian di negara lain. Namun, apakan daya… Dah kena pakai kat sini pulak. Hahaha. Hadoiiii. Selepas selesai percutian ni, nak tahu apa komen saya??

Sejujurnya memang agak pricey bila tengok harganya. Tapi pengalaman dan percutian ni seronok. Serius. Saya paling suka dengan tempat-tempat yang kami pergi semasa di Halong Bay. Ada naik boat, ada panjat gua, ada tengok kilang mutiara, ada naik kayak, ada pergi ke pulau dan panjat bukit, dan semestinya menu makanan semua terbaik dan sedap. Yang penting halalan toiyiban. Hehehe. Kiranya memang complete la percutian ni. Pakej lengkap. Naik boat, naik hutan, tengok pemandangan, masuk gua, tengok bandar, shopping. All in one.

Pengisian agama, saya tak mampu nak komen banyak sebab saya tak banyak join. Saya banyak spend masa menjaga bayi saya sementara suami saya menyertai kuliah-kuliah Subuh, kuliah Dhuha, dan solat berjemaah pada setiap waktu.

Okeyh. Banyak sangat saya intro dah kan? So saya nak go into itinerary la sikit dan gambo-gambo ketika percutian kami ke Hanoi dan Halong Bay ni. Enjoy the pics!

Day 1 – Hanoi (25 Julai 2018)

Kami berkumpul di KLIA untuk check-in ke flight Malindo Airlines. Masa ni waktu Subuh. Sampai-sampai je kat KLIA, belum masuk waktu Subuh lagi. Bila azan je, terus pergi ke surau untuk solat sebelum kami start beratur untuk check-in sebab flight pukul 9.15am. Maka haruslah check-in 3 jam sebelum. Masa ni kami akan terima barang-barang seperti sejadah dan rantai tasbih daripada pihak penganjur. Dapat name tag, dapat itinerary program dan lain-lain.

Kemudian kami sampai ke Airport Hanoi dan disambut oleh tour guide, orang Vietnam yang fasih berbahasa Melayu. Masa tu dah nak masuk waktu Zuhur. Kami dibawa menaiki bas dan terus ke kawasan bandar Hanoi.

Lepas tu kami naik bas menuju ke kawasan-kawasan famous di Hanoi especially di kawasan bandar dia. Kat situlah kami dapat lihat bangunan pentadbiran, padang merdeka dia, dan sambil lalu jalan-jalan yang sesak la di sana. Petang tu kami berjalan ke West Lake, Hoan Kiem Lake & Ho Chi Minh Complex.

Habis semua, baru kami dibawa menginap ke Hotel Kuretakeso di bandar Hanoi tu. Sini, kami akan duduk 1 malam je. Nama macam nama Jepun sebab memang ni hotel Jepun. Jom layannn gambar-gambar bilik:

Balik hotel untuk mandi dan rehat. Kemudian selepas Maghrib, keluar semula naik bas untuk pergi makan malam di Restoran Batavia, sebuah restoran halal Indonesia di sana.

Memandangkan kami dah pernah menjejak kaki ke negara Jepun, maka kami pun excited la dengan facilities yang ada kat hotel ni. Memang semua gaya Jepun especially the toilet lah. Haha.

Gambar makan-makan pula:

Day 2 – Hanoi to Halong Bay (26 Julai 2018)

Memula kami bersarapan di hotel. Kemudian dah siap, naik bas pula untuk terus menuju ke Halong Bay. Jauh gak perjalanan ni. Saya tak ingat lah berapa jam tapi dalam 3 jam gitu kot. Boleh la nak tidur-tidur dulu. Sepanjang perjalanan ni, Ustaz Pahrol memberikan pengisian agama berkaitan dengan Institusi Kekeluargaan. Saya ada buat LIVE di Facebook saya semasa pengisian Ustaz Pahrol ni. Semoga bermanfaat.

On the way ke sana, kami ada berhenti sekejap di kawasan R&R yang ada tempat jualan gambar-gambar yang diperbuat daripada benang.

Akhirnya kami dah tiba di kawasan menunggu bot di pengkalan. Di situ, kami kena tunggu bot yang akan membawa kami ke Golden Cruise. Sementara menunggu tu, ada puppet show di dalam air. Sorry saya takde gambar dalam simpanan. Tapi tu salah satu attraction la yang ada di jeti tu.

OK destinasi pertama kami pada petang itu adalah menuju ke Gua. Gua ni terletak di salah satu pulau yang ada dekat Halong Bay ni lah. So nak pergi ke sana, kami kena naik bot. Cruise tak pergi sana. Cruise yang kami naik ni macam hotel la yang berawang-awangan di atas lautan. Haha. So kami naik bot macam naik kereta.

Alhamdulillah selesai. Kami pulang semula ke cruise untuk rehat, mandi dan bersedia untuk solat Maghrib, Isyak dan makan malam pula. Jommm layan gambar cabin pulak!!

Aktiviti malam selepas dinner. Bergambar. Malam tu kami ada sesi “ice breaking” dan demo pembuatan Vietanese roll di deck atas sekali. So selesai demo, kami makan-makan. Then balik tidur. Bersedia untuk bangun Qiamullail pada pukul 3 pagi nanti pula 🙂

Gambar Qiamullail tak ada. Haha. Tapi selepas Qiamullail, disambung pula ke Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh. Yang ni saya tak sempat nak dengar pun sebab sibuk menyusukan anak di cabin. Selepas Aafeeyah bangun, baru saya dapat naik ke dek atas sekali dan menyertai kuliah Subuh.

Day 3 – Halong Bay (27 Julai 2018)

Kami berkesempatan menikmati “sunrise”. First time saya melihat matahari terbit.

Ustaz Pahrol pesan, bila lihat keindahan alam & alam kosmik yang amat tersusun rapi mengikut edaran waktunya, lihat dengan kesedaran bahawa Allah itu ada, Allah itu berkuasa & tambahkan keyakinan tentang kekuasaan Allah itu dalam hati kita.

Kena yakin selalu dalam hati kita, Allah itu Ada, Berkuasa dan Bijaksana.. Really really yakin & percaya!

Thank you Allah , for giving me the chance to experience all this.

Kemudian selesai Kuliah Subuh tu, ada Tai Chi di deck belakang sekali. Ada sifu yang memimpin senaman Tai Chi pagi tu. First time la jugak kami berTai Chi. Huhu.

Photographer yang kreatif mengambil gambar dari sudut Aafeeyah.

Pagi tu selepas breakfast, ada pula Kuliah Dhuha. Not exactly Kuliah tapi forum. So sambil mendengar pengisian, sambil menikmati pemandangan indah Halong Bay. Cruise bergerak perlahan je. Ombak takde. Tempat ni memang sangat aman damai.

Kemudian selesai aktiviti Dhuha, ada aktiviti melawat Pearl Farm pula. So kami bersiap-siap menukar pakaian riadah, bersedia untuk menaiki bot menuju ke Pearl Farm yang tak jauh dari lokasi cruise “parking”.

Gambar-gambar di sekitar Pearl Farm:

Selesai tengok pameran pearls, ada aktiviti canoeing pulak. Aktiviti ni optional je. Saper nak join, dipersilakan. Kena bayar extra lah. Tak ingat la berapa tapi in US Dollars lah. Encik Husband dan Abah berminat untuk join berkayak. Layannnn gambor-gambor ni.

Tak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya. Diorang pun berkayak la dalam kebasahan. Huahua. Lepas tu kami balik semula ke cruise. Untuk lunch dan aktiviti petang pulak.

Selesai Lunch, solat dan tukar baju untuk riadah, kami bersiap-siap untuk naik bot sekali lagi. Destinasi kali ni adalah aktiviti menaiki sampan besar ke sebuah pulau yang mempunyai bentuk menyerupai sebuah tasik. Pulau-pulau yang banyak kat Halong Bay tu kan, salah satunya ada macam tasik di dalamnya. So kami ke sana.

Pernah dengar movie King Kong bertajuk Skull Island? Penggambaran movie tu dilakukan di pulau ni lah. Saya sendiri belum pernah tonton lagi cerita tu. Datang Halong Bay ni baru la tahu pasal movie ni.

Next destination kami selepas tu adalah ke Ti Top Island. Salah sebuah Pulau yang popular di Halong Bay. Kat sini ada sebuah patung besor lelaki Rusia yang pulau ni dapat nama daripadanya. Ceritanya, Presiden Vietnam yang disukai rakyatnya iaitu Presiden Ho Chi Minh, berkawan baik dengan lelaki daripada Rusia ni, namanya Ghermann Titop, seorang angkasawan. Diorang sama-sama datang ke pulau ni masa tu. So dia namakan pulau ni dengan nama Ti Top tu sebagai tanda persahabatan. Cenggitulah pulau ni mendapat namanya.

Ti Top Island ni terkenal kerana pantainya yang putih dan selesa untuk kita beraktiviti. Tak macam kebanyakan pulau yang penuh batu-batu dan tak berpasir. Tapi kat sini, pasirnya luas dan halus-halus. Sampai je kami kat sini, memang penuh sangat orang!! Penuh dengan orang yang main sukan pantai..

Anak-anak dah memang excited dengan pantai. Awal-awal lagi dah nak main pasir dan nak terjun masuk dalam laut. Manakala saya dan suami, mengikuti peserta dewasa yang lain untuk memanjat tangga untuk menuju ke puncak Ti Top Island.

Yang mencabarnya aktiviti memanjat tangga ke puncak tu, tangganya sangat curam dan banyak sebanyak 400 anak tangga. Boleh tahan penat lahhh kan! Tapi memikirkan aku dah sampai sini jauh-jauh dari Malaysia dan bayar memahal, might as well aku panjat juga sampai ke atas. Maybe sekali seumur hidup je nak sampai sini. Hehe. Hasilnya… layannn je la gambar-gambar ni.

Alhamdulillah.. Memang berbaloi sangat untuk sampai ke puncaknya. Pemandangan di sini memang sangat-sangat cantik dan memuaskan hati. Dari sini, kita boleh lihat pemandangan Halong Bay yang indah. Begitu banyak pulau yang boleh dilihat dalam satu tempat. Dengan bot-bot yang melalui perairan Halong Bay. Pelancong yang ada kat puncak ni masa ni pun sebenarnya sangat ramai. Nak kena take turn untuk selfie selfie macam tu tau sebenarnya. Kalau angle tak kena, nanti termasuk pulak muka Mat Salleh lain kan.

Puncak ni tak semua peserta yang naik. Yang muda belia je yang naik dan kaum bapa yang masih cergas. Orang tua-tua hanya bersantai di tepi pantai Ti Top tu je.

Selesai beraktiviti pantai di Ti Top, kami pulang ke Golden Cruise kami dan bersihkan diri untuk Solat Maghrib berjemaah dan makan malam. Ini malam yang terakhir kami di atas Golden Cruise.

Malam tu takde apa sangat. Selepas makan-makan, ada Birthday Celebration, games buat seronok-seronok, ada tangkap-tangkap gambar dan ada selawat. Lepas tu berehat-rehat saja.

Day 4 – Halong Bay to Hanoi (28 Julai 2019)

Esoknya, selepas breakfast, masa untuk check-out dan pulang semula ke Hanoi.

Sekembalinya kami di Hanoi, kami lunch di Restoran Batavia, restoran yang sama kami pernah dibawa datang lunch sebelum ni. Solat di Masjid yang ada berdekatan dengan tempat shopping. Petang tu kami dibawa ke tempat shopping di Dong Xuan Market. Shopping la kami barang-barang mainan anak-anak dan kain-kain sutera Vietnam.

Habis semua, kami check-in semula di Hotel Kuratekeso. Then makan malam di sebuah hotel lain yang saya tak snap pula namanya. Tapi nampak macam Singaporean hotel la so ada makanan halal. Then malam tu, ada pilihan bagi sesiapa yang nak continue shopping atau nak terus balik ke hotel untuk berehat. Kami pilih untuk continue shopping & jalan-jalan berdua. Anak-anak kami, kami tinggalkan dekat Mak Abah. Hanya baby je yang ikut. Heheh.

Lebih kurang macam area pasar malam la. Tempat orang Vietnam berhibur dan berkonsert pun ye juga. Ada persembahan, ada activity outdoor macam naik skateboard, ada tarian, ada kedai-kedai makan, dan banyak kedai jual-jual. Memang meriah area ni.

Kaum warga emas mostly memang berehat je kat hotel. Yang muda-muda je nak berjalan. Jadi, kami ada ramai company untuk berjalan-jalan.

Day 5 – Back to KL (29 Julai 2019)

Pagi tu, as usual, breakfast di hotel. Sebelum tu siap-siapkan luggage untuk dibawa masuk ke dalam bas. Siap semua, kami pergi breakfast. Kami check-out dan bas membawa kami menuju ke airport Hanoi. Check-in agak lama.. Bosan kami menunggu. Haha. Kat situ juga la tempatnya kami bertangkap-tangkap gambar sesama peserta dan ucapkan terima kasih dan selamat tinggal kat semua. Termasuklah ustaz-ustaz jemputan, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan juga Imam Muda Hafiz berserta isteri mereka. Tak lupa juga CEO company Pelayaran Islamik ini. Encik Suhaimi yang loyar buruk sangat orangnya. Asyik buat lawak je 😀 hehe. Dan isterinya yang sentiasa membantu, Puan Aida. Then seorang lagi staff Pelayaran Islamik, Wan Mahussin yang kelakar sangat orangnya dan gemar berpuisi. 🙂

Korang kalau nak tau apa yang company Pelayaran Islamik ni offer untuk the next trips, layari laman web mereka di Pelayaran Islamik ini. Setiap trip akan ada artis dan ustaz jemputan yang mereka bawakan. Jadi, setiap trip akan ada pengisian agama dan sedikit hiburan. Harga-harga dia memang nampak pricey sebab banyak benda diorang dah all-in. Tapi, dah namanya pun pelayaran dan percutian. Memang masa untuk reward dan de-stress diri lah. Tak tau nak spend duit kat mana untuk percutian atau nak belanja parents? Boleh la usha-usha pelayaran islamik ni. Check it out ok!!

Untuk Halong Bay ni, saya memang rasa best. It was fun, rewarding and worth the money. I especially loved the destinations kat Halong Bay tu. Very very nature. Iolls memang nature lover!! So memang minat dengan trip yang camni. Hopefully one day, korang pun berpeluang untuk bercuti di Halong Bay, Hanoi, Vietnam.

Thank you for reading! Semoga boleh menjadi inspirasi dan panduan buat mereka yang nak ke Halong Bay.

Saya juga dah pernah pergi ke Ho Chi Minh, Vietnam pada tahun 2017. Boleh baca-baca di sini:

Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 1

Bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam – Day 2

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee Petaling Jaya & Seluruh Malaysia.

Sejak 2014.

4 thoughts on “Percutian Keluarga Ke Halong Bay, Hanoi 2018

  1. Opit

    First time saya dengar percutian islamik & ianya sgt bagus. Ditambah lagi dgn penceritaan yg menarik membuatkan saya ingin mencuba percutian islamik some day, insha’Allah.
    Opit recently posted…Percutian Ke Pulau PinangMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Betul.. cantik tempatnya.. kena try pergi k..!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.