Bercuti ke Vietnam – Day 1

By | 11/05/2017

Vietnam – Day 1

Ho Chi Minh City, Vietnam Day 1

Ho Chi Minh City, Vietnam Day 1

Februari yang lepas saya sempat holiday ke Vietnam dengan TDK Travel & Tours. Suami saya yang uruskan semuanya. Bermula dengan ternampak iklan percutian ke Vietnam, sampai la berhubung dengan agen dia semua kot Facebook je. Mulanya saya bimbang jugak takut kena tipu ke kan. Kami pulak first time join tourism camni. Jadi rasa takut tu ada. Saya ada minta suami saya periksa dulu reliability company ni dulu sebelum buat bayaran apa-apa. Mujur la memang company yang established siap pernah bukak booth kat Matta Fair. So lega la saya.

Kami berkumpul di KLIA 1 pada jam 11 pagi bersama-sama rakan tour group yang lain. Group kami tak ramai. Hanya 14 orang je. Family saya je dah 6: saya, suami saya, dua orang anak saya, ayah dan mak mertua. Selebihnya semua dewasa dan pasangan. Mostly suami isteri la. Atau ada tambahan anak yang dah dewasa. Ada jugak BFF dengan mak dan anak. Pun sama dah dewasa. Hanya saya je yang bawak anak-anak kecik.

Group yang sangat kecik ni membuatkan kami jadi rapat antara satu sama lain siap bleh ingat nama semua orang. Peserta pun semua muslim dan peramah. Kami rasa selesa ngan semua orang. Eh dah nama pun Muslim Tour kan.

Kami naik Malindo Air. Perjalanan tak lama. Sekitar 2 jam je perjalanan. Kejap je rasa sampai ke International Airport Ho Chi Minh.

Kat sana, lepas lalu Imigresen dengan collect luggage, kami terus pergi ke bas tour kitorang. Dijemput oleh tour guide kitorang nama Andy.

Ho Chi Minh City, Vietnam Day 1

Tourist guide kami

Tourist guide kita ni memang sempoi. He’s a Vietnamese. Tapi cakap melayu berhabukkkkk. Cakap sebijik cam orang melayu cakap. Cara hidup Malaysian pun dia tau.

Kalau dia bawak tour group Vietnamese ke overseas, dia cakap la bahasa Vietnam. Kalau dia bawak tour group mat salleh ke Vietnam ni, dia cakap la English. Kalau dia bawak tour group Chinese, dia cakap Chinese pulak. And kalau tour group Melayu, cakap Melayu.

Kami memang seronok la dapat tourist guide Vietnamese yang reti banyak benda pasal Malaysia. Lagi bagus dapat jadi translator sepanjang kami kat sini.

Dalam bas, kami dibawa melalui bandar Ho Chi Minh dalam perjalanan kami nak ke Masjid. Our first stop di sana sebab nak solat jamak qasar Zuhur dengan Asar.

Masa tu dah masuk waktu Asar. Dah nak malam. Jadi kami tak berjalan ke mana-mana sangat.

Tapi tour guide kami ada bawa kami singgah di kedai yang jual barangan kulit. Kat situ ada banyak barangan daripada kulit lembu. Suami saya ada beli wallet. Quite good quality. Harga pun ok. Oh ya, diorang terima RM tau.

Next kami sempat singgah Hard Rock Cafe. Ni la pertama kali saya datang ke sejenis Hard Rock Cafe. Hehe. Baru saya faham konsep dia macam mana. Tapi baju ori dia memang mahal la. Kami tengok-tengok aje dan tangkap gambar je kat sini.

Selepas Hard Rock Cafe, hari pun dah malam. So kami terus menuju ke kedai makan halal kat area bandar tu jugak. Tak jauh daripada hotel yang kami duduk.

Ho Chi Minh City, Vietnam Day 1

Bilik hotel kami

Makanan dia, memang meriahhh dan sedap. Makanan kami dah siap dipesan awal. Jadi sampai-sampai je, duduk aje, cepat je makanan dah sampai. Kami tinggal makan aje.

Lepas makan, check-in hotel dan berehat. Diberikan sedikit taklimat ketika dalam bas tentang perjalanan esok. Malam tu memang rest la. Nantikan sambungan saya untuk Day 2.

12 thoughts on “Bercuti ke Vietnam – Day 1

    1. syahida Post author

      Besarkan impian. One day mesti boleh capai 🙂

      Reply
  1. Haidar

    Best sangat kan? Teringin nak ke Vietnam sebab tak pernah sampai lagi ke sana..Tak sabar nak shopping….

    Reply
    1. syahida Post author

      Memang ok vietnam tu. Ramai rakyat Malaysia suka p sana 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Joommm beli baju raya, tudung raya 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe betul tu. Pemborong tudung Naelofar la sekarang ni yang tengah trending.

      Reply
    1. syahida Post author

      of course sebab banyak shopping 🙂

      Reply
  2. Nota Nutrisi

    Bestnya dapat melancong ke oversea. Setakat ni melancong dalam Malaysia je. InshaAllah, satu hari nanti akan sampai juga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge