Coretan Hari Raya Aidiladha 2017 Yang Lalu

By | 12/09/2017

Hai Assalamualaikum! Lama saya tak menjenguk blog saya ni kan? Korang apa khabar? Bulan lepas sepanjang Ogos saya telah terlebih fokus kepada medium Facebook dan Instagram. Jadi Blogging saya terpaksa ketepikan sekejap. Tapi saya tetap memang berniat nak tetap teruskan dunia Blogging saya. So, minta maaf kepada semua yang mungkin ada visit Blog saya ni tapi tak ada cerita ?. Camne Raya Aidiladha baru-baru ni? Ok takkkkk? Saya Alhamdulillah rasa best dan bermakna sangat. Sebab saya Alhamdulillah berkesempatan untuk menunaikan ibadah qurban satu bahagian lembu.

Jujur saya katakan, sebelum ni saya tak pernah hirau pun untuk wajibkan diri atau pun serius untuk buat qurban. Lebih-lebih lagi saya ni hanya surirumah. Telah ada dalam fikiran saya, Oh saya surirumah je. Bukan orang yang bekerja makan gaji. Kalau macam suami saya takpelah. Dah dia memang bekerja dan bergaji. Saya pula bisnes online sendiri. Income pun kejap banyak ni kejap banyak tu.

Tapi saya terfikir, Allah telah lorongkan banyak rezeki kepada saya melalui bisnes ni. Walaupun saya hanya surirumah, apa salahnya saya berqurban kan? Walaupun saya pun bukanlah orang kaya macam founder produk tu, tapi saya sekurang-kurangnya ada juga pendapatan.

Jadi saya berazam untuk nak jadikan ibadah qurban ni sebagai ibadah yang saya dapat usaha lakukan setiap tahun. Untuk tahun ni, walaupun banyak wang saya habiskan untuk travelling ke Jepun, saya dah awal-awal set minda yang saya juga perlu bersedia untuk qurban 1 bahagian.

Untuk Jepun, saya telah berbelanja sekurang-kurangnya RM4,500 pada bulan Ogos yang lalu. Kemudian untuk qurban, saya perlu peruntukkan RM550 untuk qurban 1 bahgian lembu.

Apa yang saya harapkan, dengan pengorbanan ini, Allah akan melihat usaha saya dan melipatgandakan rezeki dan ganjaranNya buat saya. Mungkin ganjaranNya tak nampak pun di dunia. Tapi akan dilihat di akhirat nanti InsyaAllah. Dan memang itu pun yang kita harapkan. Iaitu keampunan daripada Allah dan ibadah qurban itu sebagai saksi dan penyelamat kita di akhirat nanti, mudah-mudahan dengan izinNya.

Persiapan Hari Raya Aidiladha 2017

Sebelum raya haji kita kan ada upacara Sukan SEA dengan perayaan hari merdeka? Jadi meriah masa tu dengan suasana kemeriahan sukan SEA dan patriotism. Hehe. Eh sebenarnya apa kaitan dengan Raya haji ni? ?

Yang sebenarnya, kita dapat enjoy cuti Merdeka sehari sebelum raya haji kannnn? Tu je haha. So Khamis cuti Merdeka, Jumaat hari raya. Yang bagusnya masa kita cuti merdeka tu, kita memang disunatkan berpuasa sempena Hari Wukuf di Arafah. Jadi Alhamdulillah saya berpeluang untuk bangun sahur dan berpuasa bersama-sama suami.

Tambah pulak dia pun cuti, jadi kita pun dapat berpuasa, berehat dan beribadah dengan tenang dan fokus. Hari Merdeka tu la kali pertama saya tak tengok pun TV untuk upacara kemerdekaan!! Sebab malamnya pun saya dah tidur agak lewat menguruskan rumah, membersih dan mengemas (biasalah kerja mak-mak). Ada upacara Penutup Sukan SEA malam tu tapi saya takde masa nak layan. Sekadar dengar dari tepi TV je haha.

Kemudian bangun awal pula untuk qiamullail dan sahur. Selepas Subuh, patutnya kena banyakkan ibadah dan mengaji. Tapi aduhai mengantuknya mata! Jadi pagi tu qadha’ tidur je! Tu yang tak tengok upacara kemerdekaan kat TV tu.

Kemudian lewat pagi tu, atas permintaan suami saya, saya masakkan Bread and Butter Pudding with Vanilla Sauce untuk dibawa ke rumah mak mertua untuk raya haji ni. Katanya dah lama mengidam dan teringin nak rasa balik bread and butter pudding saya tu. Dia memang suka pudding tu. Saya pulak memang jarang buat haha. So untuk raya, saya tunaikan permintaanya.

Kemudian kami pun packing la untuk pulang berhari raya haji di kampung sebelah suami. Rumah mak dan abah mertua saya tu tak jauh mana pun! Kat Setapak, KL je. Jadi kami kena la travel balik kampung dari PJ ke KL ?

Sebelum tu, ada dua benda yang nak kena prepare dan bawa sekali balik ke kampung.

1st, Periuk Noxxa!

Periuk Noxxa untuk Hari Raya Aidiladha

Periuk Noxxa untuk Hari Raya Aidiladha

Zaman la ni kalau pi rumah orang je mesti akan nampak orang lain ada periuk ni jugak ?

Barulah daging mudah, cepat dimasak dan sangatttt-sangat empuk ??

Pastu 2nd, supplements untuk :

✔️ elak kolestrol menaik menggila, itulah kerja Cik Omega Guard.

Supplemen untuk Hari Raya Aidiladha

Supplemen untuk Hari Raya Aidiladha

Kemudian :

✔️ detoksss untuk kasi perut kempis terpelihara daripada lelemaksss, itulah kerja Herblax.

So bersedialah untuk makan banyak lemakkkk dengan Omega ni. Kalau siap-siap makan Omega ni, tak sempat lemak nak menternak tau.

Pastu kita kasi angkut buang semua lemak tu dengan Herblax pulak ?

Supplemen untuk Hari Raya Aidiladha

Supplemen untuk Hari Raya Aidiladha

Pagi Raya Aidiladha 2017

Khamis dah puasa dan cuti Hari Merdeka. Kemudian malam raya kita bertakbir raya. Jumaat pagi kita solat raya. Alhamdulillah lagi saya berpeluang untuk turut serta menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha di Surau tempat tinggal mak dan abah mertua.

Selepas solat hari raya, upacara penyembelihan tak terus dilakukan memandangkan hari itu adalah hari Jumaat. Bimbang nanti tergesa-gesa untuk solat Jumaat, maka upacara penyembelihan diadakan pada hari esoknya iaitu hari Sabtu.

So sepanjang hari Jumaat tu saya sekeluarga banyak berehat, berkumpul dan makan-makan je. Di samping banyakkan bertakbir hari raya.

Hari Kedua Aidiladha 2017

Pada hari Sabtu, seawal 8 pagi lagi suami saya dan ayah mertua dah bersiap untuk turun ke surau untuk dengar taklimat upacara qurban.

Kena start awal sebab ada 22 ekor lembu dan 3 ekor kambing yang bakal dikorbankan.

Saya tak turun awal sebab biasanya kaum lelaki dan sukalerawan je yang turun untuk tolong tumbangkan dan lapah daging ni.

Sekejap kemudian suami saya call supaya turun tengok upacara qurban. Sebab saya sendiri ambil satu bahagian untuk qurban tahun ni.

Berkenaan sunnah untuk menyaksikan penyembelihan qurban:

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang Maksudnya:

“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia,

sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”

(Hadis riwayat al-Hakim)

Meriahnya upacara korban kat sini sampai 22 ekor lembu dengan 3 ekor kambing yang dikorbankan ???

Alhamdulillah, moga lembu ni menjadi saksi buat saya di akhirat nanti.

Alhamdulillah, moga lembu ni menjadi saksi buat saya di akhirat nanti.

Penutup

Akhirnya tercapai hajat saya untuk menyertai ibadah qurban pada tahun ni.

Azam saya adalah, mampu untuk qurban setiap tahun pada Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah murahkan rezeki saya untuk mampu berqurban setiap tahun InsyaALlah.

Berminat untuk order Set Kolestrol atau Set istimewa sempena persediaan Hari Raya Aidiladha : Omega Guard dan Herblax, boleh hubungi saya ya!

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia.

4 thoughts on “Coretan Hari Raya Aidiladha 2017 Yang Lalu

    1. syahida Post author

      Ha’a salah satu sebab meriah ni sebab ada yang Ahli Parlimen sedekahkan… pastu combine semua blok PPR yang ada kat situ pulak… memang tersangat meriah la… 22 tu memang banyak kan huhuhu….

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul betul betul 🙂 kerja pun cepat dan mudah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge