
Selamat datang pembaca budiman. Selalu ada orang yang mempertikaikan tentang keperluan mengambil supplement ini. Maka hari ni saya akan kongsikan, 7 sebab mengapa perlu ambil supplement ? Untuk supplement ini, semestinya kita mesti memilih vitamin sihat sebagai pelengkap kepada gaya hidup kita.
Pertama : Nutrien Harian Yang Tidak Mencukupi
Mengapa perlu ambil supplement ? Tahu tak anda, bahawa 94% rakyat Malaysia didapati tidak mengambil buah dan sayur yang secukupnya setiap hari!
Sudahlah mereka tidak mengambil buah dan sayur yang mencukupi. Ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak seimbang, penuh dengan makanan terproses dan makanan hipster. Tinggi gula, tinggi garam dan tinggi pengawet. Jadi susah sangat nak dapatkan rakyat Malaysia yang sempurna corak pemakanannya dengan banyak buah dan sayur.
Disebabkan ini, nak tak nak, kita perlukan makanan tambahan dan vitamin sihat untuk melengkapkan jurang nutrisi yang ada pada tubuh badan kita ini.
Kedua : Beza Nutrisi Pada Tanah Dahalu Dengan Yang Sekarang
Sedar tak anda bahawa, penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran pada hari ni, mempunyai kurang bahan galian berbanding 20-30 tahun yang lalu. Banyak struktur tanah yang diubahsuai dan menjadi amat berbeza berbanding tanah yang semulajadi.

Walaupun tumbuhan kelihatan seakan sama, hakikatnya mineral telah jadi semakin jauh ke dalam tanah.
Lobak merah sekarang berbeza tau kandungan nutrisi dia dengan lobak merah yang ditanam pada 30 tahun dahulu.
Ditambah pula dengan penggunaan racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar yang lain secara meluas, merendahkan lagi kualiti buah dan sayuran tersebut.
Teknologi sekarang pun dah banyak mengubahsuai genetik makanan untuk mencukupkan keperluan permintaan yang semakin tinggi atau untuk memastikan sumber makanan tersebut tak mudah rosak dan lebih tahan lama.
Contoh nya, tembikai yang tiada biji, anggur yang tiada biji dan tomato yang cantik kulitnya. Sedar atau tak, makin berkuranglah vitamin sihat yang kita perolehi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan kita sebenarnya.


Ketiga : Zat Makanan Yang Banyak Hilang
Zat makanan menjadi hilang atau rosak semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan makanan. Makanan yang telah dimasak dan disimpan di dalam peti ais juga, akan kehilangan nutriennya.
Contohnya: Vitamin C, Vitamin B dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa proses memasak. Protein juga semakin berkurangan setelah kita menggoreng pada suhu yang tinggi. Makin kuranglah vitamin sihat yang kita perolehi daripada masakan yang kita masak sendiri ini.


Keempat : Pengambilan Pil Penahat Sakit, Ubat-ubatan dan Lain-lain
Pada hari ni orang suka mengambil pil penahan sakit (panadol, pain-killer etc) sebagai langkah mudah untuk mengurangkan simptom sakit. Begitu juga dengan bahan laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan ubat antibiotik yang kerap atau berterusan boleh menganggu penyerapan zat makanan.
Selain itu, amalan gaya hidup masa kini yang tinggi kafein, tinggi lemak, tinggi gula dan tinggi garam juga mengurangkan lagi simpanan zat makanan dalam tubuh.
Nutrien baru tak boleh nak diserap dengan optimum, nutrien sedia ada pula yang banyak terkeluar.

Kelima : Badan Memerlukan Dos Vitamin Yang Lebih Tinggi
Disebabkan kekurangan nutrisi yang kita dapat daripada makanan harian dan gaya hidup yang makin tak sihat hari ni, maka badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperoleh daripada makanan.
Begitu juga dengan golongan yang memerlukan nutrien yang lebih tinggi seperti :
- Ibu hamil, berpantang dan menyusukan bayi
- Yang sedang sakit dan melawan penyakit
- Yang semakin meningkat usia
Golongan ini berkeperluan tinggi, maka mereka perlu cukupkan keperluan nutrisi harian mereka dengan supplement. Orang tua contohnya, lagi banyak benda nak kena lindung dan tingkatkan kesihatan pada tubuh mereka. Maka lagi banyaklah nutrien yang mereka perlukan.

Keenam : Gaya Hidup Masa Kini Yang Semakin Tidak Sihat
Gaya hidup masa kini yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG kerana nak mudah, murah dan cepat.
Contoh : Mee Maggi, processed food : nugget, french fries, burger, etc
Juga gaya hidup yang selalu stress, tidur lambat, hidup di sekeliling pula penuh dengan pencemaran (hari-hari bau asap kereta, minum air yang tercemar/ tidak bersih, hari-hari hadap gadget dan sebagainya).
Semua ni menyebabkan nutrien banyak hilang dan kita pun memerlukan lebih banyak nutrien dan vitamin sihat bagi melindungi kerosakan yang telah berlaku pada tubuh kita akibat makanan yang tidak sihat.



Ketujuh : Banyak Penyakit Yang Memerlukan Kita Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Berlaku banyak jenis penyakit berjangkit (mahupun yang tak berjangkit) sekarang yang memerlukan vitamin tambahan untuk kita boost immune system kita. Faktor ini menjadi penyebab utama semakin ramai orang nampak mengapa perlu ambil supplement setiap hari; bagi melindungi diri dan meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.
Contohnya: Covid 19, Influenza, Demam Denggi, HFMD etc.

Cukuplah 7 sebab mengapa perlu ambil supplement dan vitamin sihat.
Jadi daripada 7 sebab di atas, adakah anda rasa kita perlu untuk konsisten mengamalkan supplement ini?
Mesti perlu kan? Jadi bertindaklah untuk melindungi diri dan melengkapkan keperluan harian anda mulai hari ini dengan menambah vitamin sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda setiap hari.
Dan bila anda nak ambil supplemen pula, pastikan supplemen yang anda ambil itu adalah:
- Selamat
- Berkesan
- Semulajadi
- Halal
Baca juga : 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia
Jom amalkan Shaklee sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya
Pingback: Top 10 Vitamin Shaklee Yang Hot • SyahidaShukri
Pingback: Pengedar Shaklee Petaling Jaya • SyahidaShukri
Pingback: Amalan Gaya Hidup Sihat • SyahidaShukri