Top 10 Penyakit Kronik Di Malaysia

By | 30/05/2023
penyakit kronik

Selamat datang pembaca budiman. Penyakit kronik bermaksud seseorang yang menghidapi beberapa jenis penyakit dalam suatu tempoh yang lama dan amat sukar diubati sebenarnya. Apabila seseorang disahkan menghidap sesuatu penyakit kronik, maka beliau perlu berhadapan dengan penyakit tersebut besar kemungkinan sehingga sepanjang hidupnya. Seram bunyinya kan? Tapi itulah realiti sebenar yang terlalu biasa berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang kian berusia.

Kesemua 10 penyakit kronik dalam senarai ini adalah yang sememangnya paling popular di Malaysia. Jom kita lihat satu-satu, penyakit kronik di Malaysia.

1) Sakit Jantung

Tak dapat dinafikan, sakit jantung adalah penyakit kronik yang paling popular di Malaysia. Penyakit jantung seperti arteri koronari adalah di antara pembunuh utama di Malaysia. Biasa terjadi di mana seseorang tu tak sedar pun yang jantungnya sedang mula bermasalah. Tu yang terjadi serangan jantung. Dan kejadian serangan jantung ni bukannya common di kalangan warga berusia lagi dah. Sebab ia dah semakin kerap berlaku di kalangan belia berusia 40an dan juga 30an. Ada kes saya dengar, usia 20an pun ada tapi tidak sebanyak 30an atau 40an. Tapi ada. Menunjukkan betapa serius sebenarnya penyakit ni. No wonder la paling popular.

Kaum lelaki lebih berisiko tinggi berbanding wanita. Maka pemeriksaan jantung mesti dibuat secara berkala seawal usia 30an. Nak buat pemeriksaan bermula usia 20an pun digalakkan sebab dah ada banyak kes di kalangan usia 20an. Jadi, kena sedar-sedarlah untuk check yer. Kaum isteri, suruh-suruhlah suami buat pemeriksaan jantung.

Baca juga : 15 Jenis Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung

2) Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Ataupun nama lainnya penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Ia adalah penyakit peparu di mana peparu gagal berfungsi dengan baik. Punca utamanya adalah merokok. Pengidap COPD menghadapi masalah untuk bernafas. Penyakit ini juga mendedahkan pesakit kepada kanser paru-paru.

Antara simptom COPD ini ialah nafas yang tercungap-cungap, pengeluaran kahak yang keterlaluan dan batuk yang kronik lebih daripada sebulan.

3) Kencing Manis

Ataupun diabetes. Penyakit kronik paling umum diketahui orang dan yang paling juara statistiknya di Malaysia. 1 daripada 5 rakyat Malaysia yang menghidap diabetes. Akibat faktor gaya hidup yang tak jaga pemakanan, kurang bersenam dan berlebihan berat badan telah menyumbang kepada angka tinggi ini. Walaupun diabetes ni tidak memberi kesan kematian drastik macam penyakit jantung tadi, tapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik yang perlahan-lahan membawa kematian sebenarnya. Ia bermula dengan glukosa atau gula yang berlebihan dalam darah akibat kekurangan rembesan insulin. Kemudian berisiko untuk mengalami kerosakan organ seperti mata, buah pinggang dan jantung.

Baca juga : Kebaikan Vivix Untuk Kencing Manis

4) Strok

Ataupun angin ahmar. Berlaku apabila saluran darah di dalam otak tersumbat menyebabkan oksigen tak dapat mengalir ke otak. Bila sel-sel otak tak dapat bekalan oksigen, maka fungsinya akan terus terganggu. Penyakit ini mencatatkan angka kematian yang inggi iaitu sehingga 35 peratus daripada 1000 kes, menurut data daripada HKL.

Sumber : Hello Doktor

Serangan strok ni berlaku secara tiba-tiba dan pesakit akan pengsan. Kemungkinan besar pesakit menjadi lumpuh pada bahagian tertentu tubuh badan. Penyakit kronik yang memang common di Malaysia.

5) Tekanan Darah Tinggi

Ataupun hypertension. Penyakit darah tinggi ni menjadi faktor terbesar kepada banyak penyakit kronik termasuklah sakit jantung dan strok. Puncanya adalah kerana stress, genetik, gaya hidup suka merokok, pemakanan tinggi lemak dan kolestrol tinggi. Juga penyakit kronik yang sangat common.

6) Batu Karang

Ataupun renal stone. Batu karang terjadi apabila terdapat batu di buah pinggang ataupun salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendapan mineral dalam air kencing. Biasanya lelaki yang lebih common menghidap penyakit ini.

7) Obesiti

Ataupun berlebihan berat badan. Malaysia paling juara dalam kategori ni. Memang tak disangkal lagi. Akibat daripada gaya hidup dan pemakanan yang tak sihat. Ditambah dengan sedentary lifestyle (tak aktif) menyebabkan keadaan obesiti menjadi bertambah teruk. Makin berusia, makin berisiko tinggi jika tak ubah gaya hidup dan tak mahu bersenam.

8) Gout

Penyakit yang berlaku apabila terdapat asid urik berlebihan dalam tubuh badan. Asid urik ni apabila berlebihan dan tak dibuang, ia berkumpul di dalam sendi menyebabkan kesakitan sendi ataupun athritis. Seringkali berlaku akibat pemakanan makanan laut dan kekacang serta organ dalaman.

Baca juga : Gout hanya meminati kaum lelaki ke?

9) Kanser Prostat

Iaitu apabila berlaku ketumbuhan tumor di dalam kelenjar prostat. Penyakit ini biasa menyerang lelaki yang berusia 70 tahun ke atas.

10) Kanser Pankreas

Apabila sel bersifat kanser terbentuk di dalam pankreas. Pankreas adalah organ yang menghasilkan enzim pencernaan makanan. Manakala sel endokrin pankreas menghasilkan hormon insulin dan glukagon yang mengatur tingkat gula darah dalam tubuh. Tak tahu puncanya tapi kanser ni biasanya berpunca daripada faktor genetik, merokok, diabetes dan keradangan pada pankreas serta obesiti.

Kesemua 10 penyakit kronik ni adalah yang paling popular setakat ni. Kalau perasan, semuanya sangat rapat dengan gaya hidup. Jadi, kalau sayangkan kesihatan dan nyawa, berjaga-jagalah dan mulakan amalan gaya hidup yang sihat mulai hari ni.

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge