Kata-kata Motivasi Untuk Berjaya

By | 29/05/2023

Selamat datang pembaca budiman. Saya bukannya pakar motivasi ataupun orang yang hebat untuk memberi motivasi. Tapi suka saya kongsikan benda yang baik; terutamanya kata-kata motivasi yang boleh membantu memberikan kesedaran dan menaikkan semangat para pembaca sekalian.

Nak berjaya memang bukan sesuatu yang kita boleh dapat secara percuma. Pasti memerlukan usaha dan pengorbanan yang tak bertepi dan tak mengenal erti putus asa. Sebelum meraih sebuah kejayaan, kita kena lalui dulu cabaran, kesusahan dan penat-lelah sehingga kita berhabis masa, tenaga, wang ringgit dan banyak melawan emosi. Pastinya ia bukannya sesuatu yang mudah. Tapi percayalah dengan hasil seorang yang berusaha bersungguh-sungguh itu, pastinya akan membuahkan kejayaan yang diimpikan sekian lama. Hanya trust the process sahaja.

Banyak-banyakkan bersabar bila kita terpaksa lalui semua kesusahan tu. Hari ni kita terpaksa buat benda yang kita tak suka buat, suatu hari nanti bila kita dah berjaya, fikirkan yang kita dah tak perlu lagi melalui benda yang susah macam dulu tu lagi. Dan yang lebih manis lagi, kita akan dapat lakukan perkara yang kita dah lama teringin nak lakukan.

Sebab tu, disiplinkanlah diri untuk tetap terus melakukan benda yang kita tahu kita mesti melakukannya. Walaupun kita tak suka nak lakukannya.

Antara orang yang suka bagi kata-kata motivasi yang agak brutal dan tak kesian-kesian punya, adalah Mike Tyson. Biasalah orang ahli sukan kan. Mestilah psycho mental sendiri kaw-kaw punya supaya kuat dan supaya tak cepat mengalah. Sebab tu lah dia menjadi ahli tinju yang digeruni. Dia punya will power tu memang kuat. No wonder lah dia turn out jadi ahli tinju yang power dan selalu menang.

Dia pun pernah cakap mengenai disiplin melakukan perkara yang kita tak gemari ni. Dia kata,

“Discipline is doing what you hate to do, but nonetheless doing it like you love it.”

Mike Tyson
kata-kata motivasi mike tyson

Bayangkanlah kalau kita nak kena bangun pukul 4am hari-hari untuk terus training. Suka ke? Lagi syok tidur dan layan bantal dan selimut betul tak? Tapi sebab disiplin punya pasal, Mike Tyson kata disiplin ialah bila kita buat apa yang kita tak suka buat, tapi buat juga macam kita suka buat. Haaaa.. Sanggup tak kita?

Orang yang betul-betul disiplin ni, confirm dia akan jadi lagi yakin pada diri, confirm dia akan lebih progress, akan lebih kuat dan akan lebih bersedia bila tiba masanya dia berlawan di medan gelanggang. Sebab dia dah cukup training dah dah cukup bersedia. Cukup rajin membuat latihan pada saat orang lain memberikan alasan dan cukup berusaha pada saat orang lain tak menunjukkan usaha yang setimpalnya untuk berjaya.

Jadi kalaulah kita sedang bakal menempuhi sesuatu yang berat dan sangat penting untuk kita, contohnya ujian peperiksaan SPM, letakkan diri kita sebagai orang yang betul-betul berdisiplin. Walaupun kita rasa kita tak suka nak bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran, tapi demi disiplin dan persediaan kita pada waktu peperiksaan, kita kena juga sanggupkan diri untuk tetap korbankan waktu tidur dan banyakkan masa untuk belajar itu.

Orang yang dah all out dan berusaha sehabis baik ni, sekurang-kurangnya dia takkan menyesal selepas mendapat result yang tak diharapkan. Sebab dia akan tahu yang dia dah buat yang terbaik dan orang macam ni akan lebih mudah redha, InsyaAllah. Yang menyesal tu adalah orang yang langsung tak nak bersedia dan tak ambil serius pun dengan peperiksaan yang dia nak lalui.

Jadi, lebih baik kita berusaha sehabis baik dan banyakkan berkorban perkara-perkara yang orang malas tak sanggup nak korbankan hari ini. Sebab orang yang berjaya adalah orang yang lebih berusaha. Esok nanti nikmatilah kejayaan dan buatlah perkara-perkara yang paling anda inginkan selepas dah berjaya.

Kata-kata Motivasi kepada Shaklee Business Leaders Seperti Saya

Kesenangan pada hari esok, adalah bermula daripada pengorbanan pada hari ini..

Kalau diingatkan struggle pada masa dulu, memang mencabar. Tapi tu lah harga untuk capai kejayaan yang kita mahukan kemudian. Hari ni, hidup lebih gembira bila kita dah lebih stable dari sudut income berbanding dulu-dulu & masa pun lebih lapang untuk saya banyakkan masa untuk diri dan family pula.

Berada dalam circle bisnes Shaklee yang positif juga suatu rezeki. Bisnes yang dibina selama ni juga, tak sia-sia.. Semoga saya kuat untuk terus bergelar surirumah sepenuh masa, di samping mempunyai kerjaya yang baik.

Saya nak panggil para surirumah semua untuk bangkit & kuat semangat. InshaAllah masamu akan tiba. Hanya jangan mudah putus asa.. atau terhilang fokus untuk mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. Kutiplah kata-kata motivasi daripada orang lain terutamanya daripada mereka yang dah berjaya, untuk bantu anda terus kuat dan bertahan.

Keep going on. Hari-hari mesti usaha & kejar.. don’t waste time… kalau nak waste time, tengok muka mak & muka ayah kita, ada ke extra time agak-agak.. So, keep fighting 💪🏼

Boleh usaha ikut gaya sendiri tapi janganlah berhenti. Sayang dah separuh jalan tu. Atau mungkin dah semangat ketika permulaan. Kalau rasa down, ingatkan balik kenapa kita bermula dulu?

Saya sendiri pun keep struggling sekarang, sebab tak boleh duduk dalam comfort zone. K, gambatte! Didoakan agar kalian semua dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.. Aamiin

Baca juga :

  1. Kuatkan Semangat Jika Mahu Berjaya
  2. Impian Yang Kita Sendiri Rasakan

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge