Pengedar Shaklee Petaling Jaya

By | 13/06/2023
Pengedar Shaklee Petaling Jaya
Pengedar Shaklee Petaling Jaya

Selamat datang pembaca budiman. Saya nak memperkenalkan diri, saya merupakan Ahli Shaklee dan Pengedar Shaklee Petaling Jaya. Saya berasal dari Petaling Jaya, lahir di Hospital Assunta PJ dan membesar di Seksyen 6, Petaling Jaya. Bersekolah rendah pun di Petaling Jaya, bersekolah menengah pun di Petaling Jaya dan sekarang dah berkahwin dan berumahtangga pun di Petaling Jaya.

Saya sambung belajar degree pun di Universiti Malaya (dekat je ngan rumah parents masa tu) dan anak saya pun bersekolah di SK Sri Petaling PJ. Saya memang dekat la dengan Petaling Jaya. Petaling Jaya memang kampung saya ;-). Ibaratnya kalau nak jadi wakil rakyat untuk Petaling Jaya atau Ahli Majlis pun boleh. Hahaha ok lawak jer. Jangan serious sangat.

Jadi kalau nak saya cover customer-customer Shaklee di area Petaling Jaya, boleh InsyaAllah. Petaling Jaya ni pun sangat besar sebenarnya. Kalau zaman dolu-dolu, Petaling Jaya dibahagikan kepada Parlimen Petaling Utara dan Petaling Selatan. Area Petaling Jaya saya adalah area Selatan. Untuk lebih spesifik, saya kini tinggal di Taman Sri Manja, Jalan PJS 1. Tak jauh dengan Taman Medan atau Taman Dato’ Harun.

Kawasan yang saya duduk ni juga sebenarnya sangat hampir dengan sempadan Kuala Lumpur. Sebab Taman Sri Manja tu memang di Petaling Jaya, tapi bersebelahan je dengan Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur. Jarak antara Taman Sri Manja dengan Taman Sri Sentosa tu memang sebelah-sebelah je. Kiranya saya juga kerap ke area tu.

Jadi walaupun saya ni Pengedar Shaklee Petaling Jaya, sebenarnya saya boleh juga COD Shaklee kepada customer di kawasan Kuala Lumpur yang berdekatan iaitu Jalan Klang Lama, Taman OUG, Bandar Baru Sri Petaling, Kampung Pasir dan Pantai Dalam. Saya juga hampir dengan Bandar Kinrara, Puchong. Berjiran juga dengan Kelana Jaya dan Subang Jaya. Namun saya paling dekat dengan Lebuhraya NPE dan kawasan-kawasan yang terhubung dengannya.

Saya juga kerap ke Setapak, Kuala Lumpur dan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kerana di sana adalah rumah kediaman ibu bapa dan ibu bapa mertua saya.

Ready Stock Pengedar Shaklee Petaling Jaya

Saya bermula sebagai Pengedar Shaklee Petaling Jaya semenjak tahun 2015. Saya konsisten menjalankan bisnes Shaklee dari rumah dan ada ready stock untuk customers yang nakkan item Shaklee dengan segera. Kalau customer nak cepat, biasanya mereka terus datang ke rumah dan saya terus pass item yang mereka perlukan. Kalau customer agak jauh dan nak cepat juga, saya juga boleh COD melalui Lalamove dengan kos penghantaran antara RM8 hingga RM10 je biasanya sebab dekat-dekat aje.

Harga, pastinya dengan harga bukan ahli ataupun harga runcit. Saya akan selalu offer kepada customer untuk terus daftar sebagai ahli Shaklee supaya dapat menikmati harga ahli terus. Saya boleh tolong uruskan pendaftaran dengan Shaklee. Hanya berikan kepada saya maklumat untuk pendaftaran dan saya akan uruskan. Selepas pre-register, customer dah boleh activate keahlian (juga saya boleh bantu) dan terus customer dah boleh nikmati kesemua produk Shaklee dengan harga ahli. Pastinya lebih menjimatkan dan menguntungkan.

Nak consume Shaklee ni memang lebih baik jika kita daftar terus sebagai ahli Shaklee. Sebab kita makan Shaklee bukannya sekali saja. Selalu sangat orang ambil Shaklee hanya ketika mereka sakit dan mahu sihat daripada sakit. Sedangkan Shaklee ni adalah gaya hidup yang disarankan untuk kita amalkan setiap hari dan setiap masa. Tidak kira sewaktu sakit sahaja. Tapi sepanjang masa ketika kita sihat supaya kita dapat maintain kualiti kesihatan, dan sekaligus elakkan daripada kita mudah jatuh sakit.

Peranan Shaklee

Shaklee adalah makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi harian kita yang pastinya tidak akan pernah dapat dicukupkan melalui diet seharian sahaja semata-mata. Kita tak mampu nak cukupkan kesemuanya dengan gaya hidup masa kini. Kita juga dikelilingi dengan banyak cabaran dan penyakit masa kini yang semakin mudah dihidapi oleh golongan muda.

Saya ada kongsikan dalam entry saya yang dahulu mengenai 7 Sebab Mengapa Perlu Ambil Supplement? Ada detail sebab-sebab kenapa kita semua WAJIB ambil supplement pada masa kini.

Berminat Nak Mendapatkan Produk Shaklee?

Saya boleh bantu InsyaALlah. Untungnya kita yang berada di kawasan Petaling Jaya, lokasi kita sangat hampir dengan Shaklee HQ yang terletak di Sunway Geo, Bandar Sunway. Kalau anda nak dapatkan produk Shaklee dengan cepat, anda juga boleh ke sana. Tapi kena pm saya dulu untuk saya ajarkan caranya. Sebab mereka yang belum mendaftar sebagai ahli, tak boleh terus membeli di Shaklee HQ. Rujuk pengedar Shaklee Petaling Jaya iaitu saya dulu ye untuk saya berikan panduan.

Jangan risau sebab nak dapatkan produk Shaklee sebenarnya sangat mudah. Tak nak bayar yuran keahlian (RM35) pun boleh. Saya tunjukkan cara-cara untuk terus dapatkan produk Shaklee pada harga ahli dengan pendaftaran secara PERCUMA.

Sudi-sudilah pm saya untuk dapatkan apa-apa produk Shaklee yang diperlukan. Saya akan turut berikan panduan mengenai cara pemakanan yang terbaik untuk keberkesanan. Kalau perlukan konsultasi ataupun cadangan set Shaklee mengenai isu kesihatan yang dihadapi, boleh juga terus tanya saya untuk saya bantu. Saya akan berikan panduan sepertimana yang ditunjuk ajarkan oleh ahli Nutrisi Shaklee sendiri. Manakala ahli-ahli Nutrisi Shaklee pula kerap merujuk kepada ahli-ahli Saintis daripada US untuk sebarang info mengenai supplement Shaklee.

Terima kasih kerana membaca entry saya.

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge