Selamat datang pembaca budiman. Zaman now ni ramainya orang yang sedang mencari peluang dan idea nak buat duit dengan cara apa. Memang takde jalan singkat. Tapi kita sendiri yang kena keluar daripada zon selesa ataupun zon susah untuk bekerja dan mungkin terpaksa buat part time bisnes dan extra work untuk ubah hidup kita. Syabas kepada anda yang membaca entry ni. Menunjukkan yang anda seorang wanita yang nak cari cara untuk wanita buat duit.
Kalau orang lelaki kebanyakannya buat Grab, Food Panda, deilver parcel ataupun senang cerita jadi rider la. Tapi bagaimana dengan wanita? Mungkin tak selesa nak selalu jadi rider. Bebaru ni saya ada baca news tentang seorang rider lelaki yang menderita sakit slip disc akibat terlalu lama menunggang motosikal. Walaupun kerja tu sangat-sangat masyuk dengan income RM2000 seminggu, tapi side effect nya adalah dia sakit belakang pula sebab lama sangat atas motor. Sangat menyedihkan bila mana kita mengejar duit dan berjaya dengannya tapi in return kita dapat duit dan penyakit pula. Bagi anda macamana? Berbaloi ke kalau dapat duit banyak tapi in the end dapat penyakit? Bagi saya tak berbaloi. Ada banyak cara untuk buat duit. Kita kena rajin explore, cari idea dan cari yang lebih mudah especially untuk kita wanita.
Ada pelbagai part time business yang boleh kita usahakan. Saya pernah kongsikan apa yang orang lain buat dalam entry Part-Time Job di Malaysia.
Bagi kaum wanita, ada banyak idea kerja part-time yang mereka boleh lakukan. Tapi nak pilih macam mana?
Mula-mula kena lihat kepada kelebihan dan kelemahan yang kita ada. Katakanlah anda orang yang tak pernah berniaga, malu nak berniaga, rasa susah nak berniaga, dan lain-lain. Tapi anda nak jugak cari duit dengan cara yang tak perlu menjual tapi tetap boleh menjana wang. Anda tak suka nak buat kerja menjual-jual. Jadi bagi orang seperti anda, sesuai untuk menceburi bisnes jenis servis atau perkhidmatan.
Kemudian, lihat pula kepada kecenderungan minat anda. Mungkin anda meminati bidang kecantikan? Meminati bidang make-up? Mungkin anda boleh mempelajari teknik make-up dengan make-up artis, kemudian menawarkan servis make-up.
Ataupun anda meminati bidang kecantikan dan bidang spa. Suka sangat pergi spa. Suka nak spa ke atas diri sendiri di rumah. Jadi apa kata anda pelajari teknik spa dan bagaimana menjalankan bisnes spa. Dengan ilmu itu, anda boleh praktikkan ke atas diri sendiri untuk kecantikan diri, dan dapat pula melakukan servis spa ke atas orang lain pula dan dapat la jadi kerja part-time. Kan best??
Sekarang ni Home Spa atau Mobile Spa pun dah mula menjadi trending tau. Bayangkan, permintaan Mobile Spa sebenarnya sangat banyak tetapi orang yang menawarkan servis ini masih kekurangan. Dengan sebab inilah, semakin ramai wanita yang membuka mata dengan bisnes spa bergerak atau bisnes spa tanpa kedai ini. Lantas ingin menceburinya untuk dijadikan sebagai kerja part-time dan side income.
Jadi dalam entry ni, saya ingin kongsikan peluang untuk wanita buat duit dengan kerjaya Mobile Spa.
Wanita Buat Duit dengan Mobile Spa
Haa.. suka tak kalau nak cari income segera melalui servis Mobile Spa? Bayangkan… Buat kerja facial sejam hingga dua jam sahaja sehari, boleh peroleh income sampai RM60 sekali facial satu orang (ini harga contoh je ok?). Tu baru sehari tau. Kalau darab 30 hari? Terus dapat extra income RM1300 sebulan!!
Apa yang seronoknya tentang part time job mobile spa ni ialah, masa untuk melakukannya adalah fleksibel. Kita boleh tentukan waktunya sendiri. Kalau hujung minggu, nak buat facial tu hari Sabtu atau Ahad? Kita boleh tentukan appointment dengan customer kita. Atau kalau hari bekerja, nak buat siang atau malam? Maybe ada antara kita yang kerja malam kan. Contohnya kerja nurse, kerja mall, kerja kedai makan dan lain-lain. Siang boleh isi masa dengan mobile spa.
Atau cikgu yang kerja pagi. Petang, boleh on mobile spa lepas sekolah. Ramai je tau beautician kami yang buat camtu. Untung-untung, balik sekolah, dapat cash RMXX kan?
Mobile Spa ni buat part time je tapi sangat menyeronokkan!
Dapat instant cash, mudah, fleksibel, tak perlu buka kedai, pendapatan sepenuhnya milik sendiri, tidak perlu pekerja, keuntungan yang tinggi, dan sangat menjimatkan masa. Hanya nak atau tak nak buat saja.
Susah nak bergerak dan buat mobile spa? Anda boleh buat Home Spa. Setup satu bilik khas untuk customer anda baring, dan anda dah boleh jalankan servis facial anda, hanya dari rumah!
Keistimewaan Wanita Buat Duit dengan Mobile Spa BOTG
BOTG adalah kumpulan Mobile Spa ‘Beauty On The Go’ yang menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Haa jangan tak tahu pula yang Shaklee ada skincare dia yang sendiri. 100% semulajadi dan selamat lagi tu. BOTG telah bermula semenjak tahun 2015 lagi dengan nama TWB.
BOTG menawarkan khidmat mobile spa kepada para wanita yang tak sempat nak ke kedai spa dan juga Kursus Mobile Spa kepada mereka yang berminat untuk memulakan kerjaya dan bisnes dalam bidang kecantikan spa ini.
Kelebihan spa BOTG yang menggunakan produk Shaklee adalah, setiap ahli terapis BOTG bukan saja berpeluang menjalankan servis spa dan menerima instant cash hari-hari, malah mereka juga boleh menjana pendapatan pasif melalui bisnes Shaklee. Sambil buat servis spa, sambil boleh jalankan produk-produk spa dan Shaklee.
Sambil dapat untung retail, sambil dapat bonus bulanan – rewards yang Shaklee berikan kepada semua pengedar-pengedarnya yang mempromosikan produk-produknya. Ada saya kongsikan tentang ni dalam entry Bina Impian Melalui Bisnes Mobile Spa.
Lagi? Apa yang best?
Yang bestnya kalau kita betul-betul serius menjalankan bisnes Shaklee bersama spa ni, kita boleh dapat award tiket perjalanan antarabangsa secara PERCUMA daripada Shaklee tau!
Daripada asalnya nak besarkan tabung simpanan untuk travel, tetiba boleh dapat FREE Trip pulak daripada Shaklee. Tak mustahil sebab memang ada ahli team BOTG kami yang dapat trip daripada Shaklee.
Syaratnya? Sambil usahakan Mobile Spa, sambil diri sendiri mengamalkan produk Shaklee dan menjadi pengguna setia Shaklee. Apa pun, ini hanyalah pilihan dan tidak wajib pun untuk anda yang mendaftar dan kursus facial bersama BOTG untuk jalankan bisnes Shaklee. Ia cuma pilihan buat mereka yang mahu mengejar impian yang lebih besar dan ada kerjaya yang memberi payslip serta income 4 angka lagi dengan Shaklee.
Kerja part-time : Kenapa dalam banyak-banyak produk atau servis, mereka memilih untuk membuat spa?
Ini kerana Home Spa atau Mobile Spa memiliki ciri-ciri produk perniagaan yang :
- Sesuai untuk orang yang tak pernah berniaga
- Malu nak berniaga
- Sangat mudah
- Tak perlukan pengalaman dalam spa
- Dan beberapa ciri-ciri lain
Kenapa permintaan di pasaran untuk servis spa bergerak tanpa kedai atau Mobile Spa ini adalah sangat-sangat tinggi dan menjadi trend masyarakat kini?
- Ramai yang nak ke spa tapi tiada masa nak ke premis spa. Jadi mereka lebih suka agar spa dilakukan di rumah. Masa pun boleh set sendiri bila mereka mahukan.
- Mereka ingin nak ke spa tapi tak mahu meninggalkan anak-anak.
- Ramai juga wanita yang cenderung memilih spa di rumah kerana takut dengan harga servis spa di kedai spa yang terlalu mahal. Bagi mereka, hanya orang kaya je yang layak memanjakan diri di spa.
- Dan ada juga wanita yang rasa selesa melakukan spa di rumah berbanding di kedai kerana merasa lebih selamat dan cepat.
- Home Spa adalah satu alternatif buat semua wanita yang ingin menjaga kecantikan tetapi TIDAK TAHU atau TIDAK MAMPU disebabkan kekangan ekonomi.
Sebab itulah, permintaan spa tanpa kedai dah jadi macam pisang goreng panas!! Permintaan semakin meningkat hari demi hari.
Wanita Buat Duit dengan Kerja part-time : Kenapa Bisnes Spa Tanpa Kedai Sangat Menguntungkan?
- Permintaan untuk HOME SPA sedang meningkat pada masa kini.
- Boleh dijalankan di mana-mana walaupun kita sedang bercuti.
- Tiada risiko muflis kerana modalnya sangat kecil
- Tak perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan spa.
- Boleh dimulakan secara sambilan pada hujung minggu.
- Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal rendah (amat sesuai buat wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga).
- Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dan upah pekerja.
Bagaimana wanita buat duit melalui perniagaan ‘Spa tanpa kedai’?
Melalui Projek “Beauty On The Go” ini, peserta akan diajar sehingga MAMPU untuk menjana 2 PENDAPATAN :
- PENDAPATAN AKTIF (short-term income)
- PENDAPATAN PASIF (long-term income)
PENDAPATAN AKTIF
- Dengan memperuntukkan hanya 1-3 jam sehari, peserta mampu untuk memperoleh sehingga RM 150 sehari atau RM 3,000 sebulan melalui teknik-teknik yang akan diajar.
PENDAPATAN PASIF
- Dengan kemahiran yang diajar, setiap peserta mampu untuk melahirkan agen-agen di bawah SPA mereka, dan proses ‘recurring income’ akan mula berlaku.
- ‘Recurring income’ adalah unlimited (boleh mencecah sehingga RM 10,000 sebulan atau lebih); selagi mereka terus komited dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.
Siapa yang patut sertai projek spa “Beauty On The Go”?
Ada 8 golongan sasaran yang PATUT menyertai projek ini :
- Wanita yang berhasrat memiliki Spa sendiri
- Mereka yang berminat dengan perniagaan Spa tetapi tiada modal yang besar.
- Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah tetapi tidak tahu perniagaan apa yang hendak dijalankan.
- Mereka yang bekerja full-time dan ingin memulakan perniagaan dari rumah secara part-time.
- Para surirumah yang sedang mencari perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah secara sampingan.
- Para graduan yang masih menganggur dan ingin mencari duit untuk meneruskan kehidupan.
- Pelajar IPT yang ingin menjalankan perniagaan sampingan untuk menampung duit poket di kolej.
- Atau pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan hutang dek kerana tiada / kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi.
Apa yang anda akan dapat jika menyertai Projek Spa “Beauty On The Go”?
Boleh dapatkan maklumat lengkap dalam entry berikut :
Terima kasih kerana membaca entry saya. Semoga bermanfaat.
Anda wanita nak buat duit dan berminat nak menyertai Kelas Bisnes Facial dengan BOTG ?
Atau nak tanya dengan lebih lanjut? Hubungi saya di LINK WHATSAPP INI. Saya akan bantu.
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Trainer Mobile Spa BOTG
Shaklee Business Leader
Shaklee Petaling Jaya