Masalah Keputihan Wanita Yang Kerap Dirahsiakan

By | 27/12/2018

Hai Assalamualaikum. Bagi kaum wanita, pernah alami masalah keputihan? Manakala jika anda seorang suami, pernah isteri anda meluahkan masalah ni tak? Mungkin ye, mungkin tak. Tapi keputihan adalah masalah yang memang seringkali sangat berlaku di kalangan wanita.


Keputihan ni boleh sebabkan banyak masalah ketidakselesaan. Ia perkara hygiene. Untuk elakkan masalah tak selesa, kena la selalu mencuci bersih kawasan vagina tu. Terutama sekali pada waktu nak solat. Ini kerana keputihan tidak suci dan mesti dibersihkan sebelum solat.


Sekarang ada pelbagai cara untuk hadapi masalah keputihan ni. Kita para wanita boleh selalu pakai panty liner agar tak perlu nak cuci seluruh seluar dalam setiap kali ada keputihan ini. Terutama sekali kalau kita kat luar, bukannya di rumah.


Wanita juga boleh menggunakan Feminine Wash yang mudah didapati di pasaran. Feminine Wash mudah digunakan sebab ia dapat mencuci masalah keputihan dengan berkesan. Kita pun akan rasa bersih dan rasa sangat selesa selepas tu. Dapat solat dengan penuh yakin.


Namun, semua solusi ini sebenarnya adalah bentuk luaran. Kita dapat atasi masalah keputihan tu dari luarannya saja. Lepas cuci, keputihan akan berlaku lagi dan kita perlu mengulangi mencuci dengan Feminine Wash dan menukar panty liner baru. Memang ia mudah tapi hakikatnya masalah keputihan tu masih belum diatasi puncanya.


Apa Itu Keputihan?

Masalah keputihan ialah lelehan lendir berwarna putih yang keluar daripada faraj wanita. Ia merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan ini. Ramai wanita tidak menyedari risiko dan bahaya penyakit keputihan ini malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan antara pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Jenis-jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.

Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.

Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. 

Faktor-faktor Yang Menyumbang Kepada Keputihan

  1. Faktor Kebersihan
    • Kebersihan di bahagian sulit wanita haruslah dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    • Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    • Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
      • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
      • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
      • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
      • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.
  3. Faktor Gaya Hidup
    • Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    • Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.
    • Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

Cara Mencegah Penyakit Keputihan

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Sumber : Portal MyHealth

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Atasi Masalah Keputihan?

Shaklee menekankan nutrisi dari dalam tubuh badan bagi mengatasi punca berlakunya masalah keputihan ini. Apabila keputihan ini berpunca daripada kulat dan bakteria, maka produk Shaklee yang boleh membantu adalah vitamin yang mempunyai sifat antibiotik semulajadi.

Atasi Masalah Keputihan dengan Alfalfa Complex

Masalah Keputihan - atasi dengan Alfalfa Complex Shaklee
Masalah Keputihan – atasi dengan Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa Complex adalah sejenis tumbuhan yang bergelar RAJA SEGALA TUMBUHAN yang kaya dengan serat dan klorofil. Ia antara suplemen yang bersifat anti-histamin, anti-bakteria dan anti-kulat. Sebab tu, tak hairanlah Alfalfa amat berkesan untuk atasi masalah keputihan pada wanita.

Alfalfa mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti kacip fatimah. Peranan seperti kacip fatimah ni sangat membantu para isteri yang ada masalah dalam hubungan bersama suami. Wow!

Alfalfa akan membantu membasmikan kulat dan bakteria yang menjadi punca masalah keputihan. Amalkan setiap hari, memang confirm masalah keputihan tu akan hilang!

Atasi Masalah Keputihan dengan Garlic Complex

Bawang putih amat terkenal sebagai makanan semulajadi dan alami yang bersifat anti-bakteria dan anti-kulat. Kalau kita amalkan bawang putih, secara tak langsung, masalah keputihan juga dapat diatasi.

Cuma yang menjadi masalahnya adalah bukan semua orang senang nak makan bawang putih banyak-banyak. Kita boleh cari penyelesaiannya dengan mencari tablet bawang putih.

Paling mudah, amalkan Garlic Complex daripada Shaklee ni. Ia ditanam secara organik, tidak disembur dengan bahan pestisid dan dipilih dari jenis yang berkualiti sahaja.

Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk mengekalkan satu bahan hebat di dalam Garlic iaitu Allicin aktif. Penghasilannya ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

Jadi, bau dan rasa Garlic Complex ni sangat menyenangkan. Tak bau kuat macam bawang putih pun. Setiap 2 tablet Garlic ini membekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.

Kaum wanita sangat elok tau amalkan makan Garlic ni sebab ia berkesan mengatasi masalah keputihan. Pengambilannya secara konsisten juga mengelakkan kaum wanita daripada terkena masalah keputihan yang berulang. Amalkan je hari-hari secara konsisten, pasti keputihan akan hilang.

Testimoni

Hilang masalah keputihan dengan Alfalfa Complex
Hilang masalah keputihan dengan Alfalfa Complex
Asalnya cuba Alfalfa untuk menambahkan susu badan, tetapi ia dapat atasi keputihan sekali.
Asalnya cuba Alfalfa untuk menambahkan susu badan, tetapi ia dapat atasi keputihan sekali.
Alfalfa ada sifat anti-bakteria dan anti-kulat. Bukan sahaja keputihan, kencing kotor pun hilang.
Alfalfa ada sifat anti-bakteria dan anti-kulat. Bukan sahaja keputihan, kencing kotor pun hilang.

Penutup

Kalau anda juga mengalami masalah keputihan, apa kata jika anda cuba Alfalfa dan Garlic ni? Saya dah cuba, saya dah rasa kesannya dan sekarang saya berani recommend kepada wanita lain untuk mencubanya sama. Saya sendiri perasan beza kalau makan Alfalfa dan Garlic dengan tak makan. Beza sangat rasanya.

Sekarang, dengan adanya Alfalfa dan Garlic, rasa lebih lega nak solat, nak travel dan lebih berkeyakinan dalam perhubungan suami isteri. Jika ia berkesan untuk saya, InsyaAllah ia juga pasti berkesan untuk wanita lain. 🙂

Baca juga : Alfalfa Complex – Supplemen Terbaik Untuk Dalaman Wanita dan Juga Lelaki

Berminat untuk dapatkan Set Atasi Masalah Keputihan ni? Boleh klik DI SINI untuk direct Whatsapp saya atau boleh hubungi saya di 012-6753078.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

8 thoughts on “Masalah Keputihan Wanita Yang Kerap Dirahsiakan

    1. syahida Post author

      Sama-sama.. Ilmu penting untuk semua 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      masalah kebanyakan wanita.. 😀 sebab tu kena cari penyelesaiannya.

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul.. Jangan pandang remeh… benda peribadi kan…

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya sebab tu kena tulis puna secara umum 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge