Bina Impian Melalui Bisnes Mobile Spa

By | 06/06/2023
bina impian dengan bisnes mobile spa BOTG

Selamat datang pembaca budiman. Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang part-time bisnes di Malaysia yang boleh dibuat sebagai idea kepada anda. Dan saya pernah kongsikan tentang testimoni buat duit dengan bisnes mobile spa. Jadi kali ni, saya ingin kongsikan tentang membina impian melalui bisnes mobile spa.

Bina Impian

Pasti semua di antara kita memiliki impian. Tidak kira lah kita berlatarbelakang bagaimana sekalipun. Mesti ada sesuatu yang kita ingin capai. Tapi kerana kekangan dan kekurangan pada diri, maka kita terhadkan impian kita itu. Kita jadi tak berani nak membayangkan sebarang impian pun. Mungkin kita dah terbiasa yang kita ni memang macam tu saja dan takkan ke mana-mana.

Jangan ada mindset macam tu lagi. Sebab, asalkan kita menjadi manusia yang berusaha dan berikhtiar, pasti akan ada caranya untuk kita juga dapat menikmati impian yang besar seperti orang lain. Keyword dia kena berusaha dan jangan berputus asa je. OK?

Bina Impian Dengan Bisnes Mobile Spa

Jadi dengan bisnes mobile spa, boleh ke nak bina impian? Bisnes Mobile Spa sememangnya bisnes yang mendatangkan keuntungan dan income yang besar bagi mereka yang sangat berusaha dan meminati bidang ni. Memang boleh buat duit. Tapi, sejauh mana ia boleh membawa kita kepada mencapai impian?

Bisnes Mobile Spa telah menunjukkan banyak bukti bahawa ia proven untuk menambahkan income buat kita. Baca saja di sini : Testimoni Buit Duit Dengan Mobile Spa.

Tapi, uniknya dalam Kursus Facial bawah team kami, Beauty On The Go (BOTG), kami ada lebih daripada satu penjuru income dalam bisnes mobile spa kami.

Amat berbeza bila anda melakukan bisnes mobile spa dengan mana-mana skincare sahaja, dengan anda melakukan bisnes mobile spa menggunakan produk jenama tertentu. BOTG menggunakan produk Shaklee dalam spa facialnya, dan spa BOTG juga menekankan tentang kecantikan ahli-ahli team BOTG dari segi luaran dan juga dalaman sekali. Disebabkan Shaklee ada banyak solusi dan penjagaan diri yang melibatkan luaran dan juga dalaman, maka untunglah setiap ahli kursus Spa BOTG kami, sebab mereka bukan saja dapat ilmu bisnes facial mobile spa, tapi mereka juga turut mendapat ilmu penjagaan kecantikan diri dari dalam. Sebab itu keistimewaan yang ada pada Shaklee.

Jadi kelebihan yang ada pada peserta kursus facial Spa BOTG kami, secara automatiknya mereka juga akan turut mendapat PERCUMA keahlian Shaklee. Dan mereka ada peluang untuk turut mendapat cash bonus yang disediakan Shaklee. Cash Bonus Shaklee ni bukannya ada satu dua jenis je tau. Tapi ada banyakkkk jenis.

Ada 3 C yang disediakan oleh Shaklee kepada ahli-ahlinya :

  • Cash Bonus
  • Car Bonus
  • Convention Trip

Cash Bonus atau apa saja pendapatan secara cash, siapa yang tak nak kan? Tentulah kita nakkan keuntungan dan sebarang kelebihan yang ada pada company yang kita berdaftar dengannya. Untungnya, bila kita jadi pengguna sahaja pun, dah layak mendapat cash bonus ni. Walaupun kita tak menjual.

Tapi tentulah kalau nakkan cash bonus yang lagi besar, kita lakukan belian yang lebih banyak pada keahlian Shaklee kita dengan cara berkongsi dan mengajak lebih ramai orang lain untuk membeli Shaklee dengan kita atau mendaftar dengan kita. Bila customer kita yang dapatkan Shaklee semakin ramai dan organisasi kita semakin membesar, maka kita akan juga turut mendapat cash bonus yang besar.

Bayangkan jika anda buat servis facial dekat client anda, kemudian mereka dah merasai sentuhan jari-jemari anda menggunakan produk-produk dan skincare Shaklee, tetiba mereka berminat nak dapatkan produk Shaklee daripada anda. Anda bukan je boleh dapat untung runcit. Tapi anda boleh turut besarkan lagi cash bonus anda dengan Shaklee. Dah jadi banyak penjuru income dah kat situ. Sambil menyelam minum air, kata orang.

Ataupun mereka lihat kulit muka anda sangat cantik (sebab dah consume Shaklee), terus diorang berminat nak makan apa yang anda makan. Automatic lah anda dapat jual Shaklee kat diorang kan? Terus akan besarkan cash bonus anda dengan Shaklee juga.

Dannn.. dengan cash bonus inilah anda dapat membina impian anda melalui bisnes mobile spa. Income servis spa ditambah dengan income cash bonus Shaklee. Best kan dapat banyak penjuru income ni?

Pelbagai Penjuru Income Dalam Spa BOTG

Dalam Spa BOTG, kami mempunyai bukan saja satu income jual runcit atau cash bonus tadi je. Tapi kami turut ada Car Bonus di mana Shaklee akan membayarkan kepada kita Car Bonus secara bulanan. Once group anda sudah semakin besar dan kukuh, maka anda boleh layak mendapat Car Bonus ini yang akan valid sampai bila-bila.

Jadi jika anda ada impian untuk membeli kereta baru, ataupun nak upgrade kereta kepada kereta yang lebih besar, mewah dan selesa, maka Car Bonus dan Cash Bonus Shaklee ini akan sangat membantu anda mencapai impian itu.

Jadi saya senaraikan apa penjuru income yang ada dalam Kursus Facial BOTG:

  • Income servis facial
  • Income untung runcit produk-produk dan skincare Shaklee
  • Income cash bonus
  • RAHSIA
  • RAHSIA
  • RAHSIA

Haaa banyaknyaaa income yang boleh anda dapat melalui bisnes mobile spa dengan BOTG kami. Namun terpaksa dirahsiakan. Kalau nak tahu, kenalah daftar dan sertai kursus mobile spa dengan kami dahulu :-).

Keistimewaan Pada Bisnes Shaklee

Kelebihan yang ada sekiranya anda membina bisnes Shaklee sambil-sambil anda mengusahakan bisnes mobile spa anda adalah, bisnes Shaklee boleh memberikan penyata pendapatan dan borang cukai yang mana semua ini sangat diperlukan untuk proses anda membeli hartanah dan kereta. Berbanding dengan membuat servis facial semata-mata dan menerima cash, anda akan tetap hanya mendapat pendapatan secara tunai melalui kesemua customer anda.

Memang benar yang anda akan perolehi banyakkkk sangat cash melalui bisnes Mobile Spa. Cash ni semua memang masyuk dan memang sangat-sangat membantu mengukuhkan ekonomi keluarga. Sangat membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan.

Namun begitu, seandainya anda ada keinginan atau impian untuk mencapai sesuatu impian yang besar seperti membeli rumah sendiri ataupun nak upgrade kereta, paling cun adalah apabila anda ada kelebihan pada penyata kewangan dan profil kewangan yang baik.

Macamana tu? Pastinya adalah dengan income payment yang konsisten kita receive setiap bulan macam masa kita makan gaji.

Kalau kita professional worker yang resigned, dah takde penyata kewangan, so bisnes Shaklee la yang boleh kita jadikan source of income secara bulanan untuk kita miliki profil kewangan yang cantik ni. Bank memang suka profil kewangan yang cantik ni. Loan untuk kereta dan rumah pun lebih cerah nak lulus.

So, bisnes mobile spa sahaja tanpa ada jenama khusus sebagai tiket untuk kita ada profil kewangan yang best?

Ataupun bisnes mobile spa yang ada jenama khusus seperti Shaklee sebagai tiket untuk kita bina profil kewangan yang best?

Mestilah lagi berbaloi dan beruntung bila kita ada jenama khusus macam Shaklee kan dalam mobile spa kita?

Sebab dah alang-alang kita nak start bisnes mobile spa, lebih baik kita terus start dengan yang ada lebih banyak peluang untuk kita dapatkan penjuru-penjuru income yang lain juga. Lagi-lagi penjuru income yang ada payslip macam Shaklee.

Bisnes Mobile Spa Sambil Jadi Ahli Shaklee

Jadi dengan memulakan kerjaya bisnes mobile spa dengan BOTG ini, anda sedang memegang keahlian Shaklee dah.

Dan kalau lah ada customer facial anda yang nak dapatkan produk Shaklee, anda dah boleh selalu offer dan membantu. Anda boleh cadangkan set-set seperti set kecantikan, set mengandung, set berpantang atau sebagainya. Dari situ anda sebenarnya boleh membesarkan bonus anda dalam Shaklee.

Dari sinilah anda sedang mencipta payment slip bersama Shaklee. Dan payment slip ini laku di mata bank. Disebabkan itu, amat mudah bagi anda untuk memohon pinjaman perumahan, pinjaman kereta ataupun kad kredit.

Testimoni Saya Bina Impian Dengan Bisnes Mobile Spa

Saya merupakan salah seorang ahli Beauty On The Go (BOTG) yang berjaya membina impian melalui bisnes Mobile Spa Shaklee ini. Mobile Spa business ni saya telah mulakan pada tahun 2015. Dan saya mula membina organisasi Shaklee saya dengan Mobile Spa ini sehinggalah sekarang.

Dengan rezeki dan pemberian Allah, organisasi saya mulai berkembang dan saya berjaya menjana pendapatan sebanyak 4 angka secara konsisten setiap bulan.

Alhamdulillah selepas pendapatan saya semakin stabil dan saya dapat bina simpanan yang mencukupi, maka saya dapat membeli sebuah kereta Proton X50 di atas nama saya sepenuhnya dan menghadiahkan kereta tersebut kepada Ayah saya. Pada masa tu, Ayah saya tidak memiliki kereta yang bagus. Kesemua kereta miliknya adalah 2nd atau 3rd hand dan semuanya tua-tua. Ayah suka collect kereta lama. Dan Ayah duk guna lah kereta lama tu semua untuk kegunaan harian. Kadang-kadang untuk balik ke kampung di Kelantan. Pernah juga kereta tu rosak di pertengahan jalan, cermin depan pula pernah pecah, hujan turun pula masa tu dan kejadian berlaku semasa dalam perjalanan ke kampung dari Bangi ke Kelantan.

Disebabkan banyak sangat masalah yang berlaku, ditambah pula dengan keretanya selalu sangat rosak, tak selesa pula tu, maka suami saya mencadangkan supaya saya membelikan Ayah sebuah kereta baru. Suami tak cadangkan orang lain, tapi saya sendiri. Suami sikit pun tak perlu hulurkan apa-apa wang untuk membeli kereta ni. Sebab dia tahu yang saya mampu dah sebenarnya untuk beli sebuah kereta menggunakan payslip Shaklee saya sendiri.

Alhamdulillah dengan sokongan daripada adik-beradik dan ipar saya serta ibu saya, maka saya pun proceed membeli sebuah kereta Proton X50 atas nama saya. Downpayment kongsi bersama adik-beradik supaya bayaran bulanan menjadi lebih murah. Dan kini, installment bulanan terletak pada nama saya dan sayalah yang duk bayar setiap bulan melalui pendapatan bisnes Mobile Spa dan Shaklee saya.

Bina Impian dengan Bisnes Mobile Spa BOTG

Ya, ini adalah kisah saya sendiri. Seorang surirumah sepenuh masa dan mengusahakan Bisnes Mobile Spa gaya BOTG dan Shaklee dari rumah, dan Allah rezekikan untuk saya mampu membeli sebuah kereta untuk Ayah.

Alhamdulillah untuk segala izinNya.

Dalam team BOTG dan Shaklee kami, sebenarnya ada lagi ramai orang yang dah berjaya membina impian mereka melalui bisnes Mobile Spa. Dapat beli motosikal, dapat menyimpan untuk membayar hutang PTPTN, dapat hadiahkan ibu bapa hadiah yang menggembirakan mereka, dapat membiayai keperluan anak-anak, dapat membeli apa saja yang diingini dan ada yang turut berjaya menyimpan untuk menunaikan umrah.

Walau apa saja impian anda, InsyaAllah, ia boleh diusahakan. Moga anda dapat mengambil inspirasi daripada contoh-contoh kisah team kami yang berjaya membina impian melalui bisnes Mobile Spa ini.

Semoga anda juga terbuka hati untuk menyertai kursus Mobile Spa BOTG dan mula membina kerjaya anda dengan 6 penjuru income yang terdapat dalam bisnes Mobile Spa BOTG.

Nak sertai Kursus Mobile Spa BOTG dan jalankan bisnes Mobile Spa ?

Terus PM saya directly di WHATSAPP LINK ni (klik je).

Baca juga : Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG.

Terima kasih kerana membaca entry saya. Semoga bermanfaat.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Pengedar Shaklee Petaling Jaya

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Trainer Mobile Spa BOTG
Shaklee Business Leader

Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Bina Impian Melalui Bisnes Mobile Spa

  1. Pingback: Mobile Spa BOTG Bantu Wanita Buat Duit • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge