Alhamdulillah, syukur saya diberi peluang untuk pernah menyertai Kursus Mobile Spa BOTG di bawah Team Beauty-On-The-Go (dahulunya dinamakan sebagai The Walking Beauty). Masa tu tahun 2015. Saya sudah bergelar surirumah sepenuh masa dan ada 2 orang anak. Anak ke-2 masih menyusu dan saya tak boleh nak tinggalkan dia lama-lama.

Mujurlah Kursus Mobile Spa BOTG masa tu sangat-sangat mother-friendly. Kita sebagai peserta, boleh tetap membawa anak kecil kita untuk hadir bersama. Kebanyakan peserta pun adalah golongan ibu-ibu yang bersemangat nak mengubah nasib. Jadi semua memahami akan komitmen masing-masing sebagai ibu yang ada anak-anak kecil. Tapi kita pula rasa ralat sebab time kita nak belajar, kadang-kadang bayi kita menangis.
Jadi masa tu saya minta tolong Mak saya untuk tengok-tengokkan baby masa tu. Syukurlah Mak memahami dan membantu. Besar sangat-sangat jasa Mak masa tu. Saya takde siapa nak minta tolong selain Mak. Maklumlah, saya masa tu tengah struggle dengan bisnes, struggle mencari income tambahan. Kan surirumah dengan tak ada sebarang pendapatan. Jadi saya gigih untuk melakukan perkara yang saya tak biasa lakukan.
Sebak pula mengingatkan life saya masa tu. Kita kalau hidup tengah susah, kita akan usaha macamana pun untuk mengubah nasib kita. Apa saja peluang yang datang, tak boleh nak disia-siakan. Jadi saya sahut cabaran untuk menyertai Kursus Mobile Spa ketika itu. Dan Alhamdulillah, berjaya!
Keistimewaan Kursus Mobile Spa BOTG
Kenapa agaknya saya memilih Mobile Spa BOTG ni? Ada 5 sebab yang utama! Dan yang ke-5 tu yang paling saya SUKA SANGAT-SANGAT tau. Ha, nak tahu.. kena lah baca sampai habis. hehehe
1) Mobile Spa BOTG ada SUPPORT GROUP
Yes! Ini sebab yang paling PENTING kenapa saya memilih Kursus Mobile Spa BOTG. Bayangkan, selepas saja kita dah selesai praktikal training, of course lah kita dah kena start mengiklankan servis Spa kita kan? Ini lah yang kita KURANG ARIF. Rupanya ada TAKTIK yang sangat mudah dan PERCUMA bila kita gunakan Marketing Strategy yang BOTG ajarkan.
Dah la ada strategi marketing yang diberikan, ada pula support group yang menjadi tempat dan rujukan untuk kita bertanya-tanya jika ada masalah apa-apa dalam menjalankan bisnes Mobile Spa kita. Support group ni sangat penting tau untuk elakkan kita daripada menjunam ke laut. hehehe. Kalau sorang-sorang takde support, boleh terkubur bisnes kita tu. Mestilah kita tak nak kan? Modal dah keluar. Dah tentu lah kita nak dapat balik modal kita segera. Dan taktik itu DIAJAR sebaik sahaja selepas Kursus Mobile Spa dengan BOTG ni. Best kan?
Haaa kalau ualls nak tahu, beautician Mobile Spa kami ni ada yang dapat balik modal dalam masa seminggu saja tau! Hebat tak hebatlahhh strategi yang BOTG ajar!! BOTG akan pastikan kita betul-betul apply ilmu yang diajar dan kita akan dapat balik modal yang dah kita laburkan.
Lepas dapat balik modal, skincare pun tak habis lagi! Dan kita pun boleh pakai 🙂
2) Kursus Mobile Spa BOTG adalah Mother-Friendly
Okay yang ni saya dah mention awal-awal tadi yang saya datang training bersama anak yang masih menyusu masa tu. Jadi, takde masalah bagi anda yang ada anak kecil dan tak boleh nak ditinggalkan ke siapa-siapa. Betapa mudahnya untuk para ibu untuk menyertai Kursus Spa BOTG ni.
3) Mobile Spa BOTG ada BANYAK PENJURU INCOME
Wahh ni saya suka! Macam serampang dua mata gitu kan! Ke jadi serampang 6 mata? Kikiki. Tapi saya suka lah dengan kepelbagaian INCOME yang Mobile Spa BOTG ni offer. Disebabkan ia BERSISTEM, jadi ada banyak cara kita boleh buat duit. Katakanlah ada hari-hari yang kita tak sihat, kita sibuk, kita tak boleh nak buat servis spa kita, jadi macamana kita nak buat duit? Haaa, dalam Mobile Spa BOTG, ada caranya untuk kita tetap boleh jana income, walaupun kita tak dapat nak buat servis spa kita. Best tak ni?!!!
4) Mobile Spa BOTG Menggunakan Skincare yang ORGANIK, SEMULAJADI dan MESRA ALAM.
Ohhh pencinta alam macam saya memang amat sukakan bab-bab organik ni! Bayangkan ualls, produk untuk scrub muka yang BOTG gunakan pun, adalah selamat untuk dimakan tau. Even masker protein yang kita pakai pun, boleh dimakan. Kalau ia selamat untuk perut, apatah lagi lah untuk kulit muka kan?
Kita memfacial kulit muka customer pun tanpa sebarang keraguan. Kita tak risau membahayakan kulit customer kita sebab produk kita diperbuat daripada bahan-bahan organik, bebas daripada 1500 jenis bahan kimia berbahaya dan diragui. Produk skincare kita juga ada 8 tahun kajian R&D, diuji secara klinikal ke atas 100 orang wanita, yang terdiri daripada golongan berusia 20-an, 30-an, 40-an, 50-an dan 60-an. Semua diuji untuk memastikan keberkesanannya. Dan ternyata berkesan!!
Rata-rata customer spa BOTG menyatakan kepuasan hati dengan facial yang spa BOTG berikan tau!! Nanti hari lain saya share Before and After results beautician kami.
5) Mobile Spa BOTG Memberi Peluang Untuk Kita Membina Kerjaya bersama PAYSLIP yang LAKU DI BANK
Haaa ini yang PALING PENTING dan PALING SAYA SUKA. Bayangkan, dengan menyertai Mobile Spa BOTG, para surirumah seperti saya kembali mampu untuk mempunyai PAYSLIP PENDAPATAN sebagaimana waktu zaman saya kerja sebagai Engineer dahulu.
Payslip ni bukan cikai-cikai tau. Payslip ni adalah laku di bank tempatan dan dengannya, surirumah boleh membesarkan pendapatannya agar dia juga mampu memiliki hartanah dan kereta atas nama sendiri. Selain tu, CREDIT CARD pun atas nama sendiri. Wahhh.. Kan macam orang kerja makan gaji tu?
InsyaAllah, ia boleh diusahakan. Sebab saya sendiri dah berjaya membuktikan yang ia adalah POSSIBLE. Kerana selepas lebih 5 tahun saya menyertai Kursus Mobile Spa BOTG, saya dah pun berjaya menggunakan PAYSLIP ini untuk pemnbelian hartanah dan kereta. Yess!!!!
Amacam.. Best tak Kursus Mobile Spa BOTG ni?
Tak ada kat mana-mana Kursus Mobile Spa lain kan? Memang tak ada…
Banyak lagi yang bakal anda pelajari jika anda menyertai kami di Kursus Mobile Spa BOTG ni. Kena join nanti baru tahu lah.. Hehe.
Ok lah, meh saya share gambar saya Training tahun 2015 dulu. Macam budak-budak aje hihi. Padahal mak anak 2 dah masa ni.

Saya dulu fokus kepada Home Spa kerana saya tidak meninggalkan anak-anak. Semasa saya memberikan servis spa, suami saya ada di rumah menjaga anak-anak yang lain. Nak tengok rupa Home Spa saya? Hehehe.

OK ni pula feedback customers spa saya selepas mendapat sentuhan rawatan facial daripada saya. Alhamdulillah pelanggan-pelanggan saya berpuas hati 🙂

Saya juga UPGRADE diri saya menjadi TRAINER dalam Mobile Spa BOTG. Ni antara beautician yang saya pernah train 🙂

Apa feedback yang pernah beautician saya terima? Customers diorang pun berikan feedback yang sangat best selepas mendapat rawatan facial BOTG.

Penutup
InsyaAllah confirm takkan menyesal kalau join Mobile Spa BOTG ni. Jangan fikir lama-lama tau. Kalau berminat, meh kita sembang-sembang. Nak mengopi ke apa ke, boleh boleh…
Contact je saya sini…. WHATSAPP SHYE.
Wan Syahida Kahar
Trainer Kursus Mobile Spa BOTG
Shaklee Business Leader
Wahhh bestnya baca pasal mobile spa ni!
Tq so much!! Alhamdulillah rezeki melalui projek ni lah dapat belajar kemahiran mobile spa ni 🙂
Pingback: Part Time Job di Malaysia • SyahidaShukri
Pingback: Bina Impian Melalui Bisnes Mobile Spa • SyahidaShukri