
Selamat datang pembaca budiman. Tengah cari idea nak buat duit dengan cara apa ke tu? Saya pernah kongsikan pelbagai idea orang buat duit secara part time bisnes (BACA : Part Time Job di Malaysia). Dan di antaranya ialah bisnes Mobile Spa. Betul ke Mobile Spa ni boleh buat duit? Banyak ke? Ok dalam entry kali ni, saya nak kongsikan proven result ataupun testimoni buat duit dengan mobile spa yang benar-benar boleh menambah income buat para wanita.
Mereka yang berjaya menjana income dan berkongsi testimoni buat duit dengan mobile spa ni terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kebanyakannya adalah pekerja profesional yang mahu menambah pendapatan sampingan. Tak kurang juga para surirumah ataupun golongan profesional yang telah resign dan mahu mencari extra income bagi menampung kekurangan yang ada. Mereka prefer buat Mobile Spa ni sebab mahukan flexibility tu. Sambil uruskan anak-anak, sambil boleh jana pendapatan dengan masa sendiri.
Saya ada kongsikan sedikit kisah mereka dalam entry ni : Kelas Bisnes Facial Terkini dengan Team BOTG.
Tapi betul ke tak betul diorang ni? Kena tunjuk buktilah, baru boleh percaya. Ok jom tengok di bawah.
Testimoni Buat Duit Dengan Mobile Spa






Wahh.. Banyak kan cash diorang dapat? Semua di atas adalah perkongsian mereka sendiri dalam group. Yang kat bawah ni pulak adalah gambar selfie masing-masing dengan kipas duit hasil membuat servis Mobile Spa.





Itulah hasil kegigihan mereka membuat servis Mobile Spa sehingga boleh menjana puluhan sehingga ratusan ringgit. Ada yang baru je belajar training beberapa hari sebelum tu. Sekejap je dah boleh buat duit. Percaya tak? Modul training Mobile Spa kami adalah sangat complete dan mudah sehingga setiap peserta yang training bersama Mobile Spa BOTG dah boleh terus buat servis sebaik sahaja selesai training. Inilah yang dipanggil “instant cash” yang terbukti.
Team BOTG kami sempat menemuramah salah seorang Beautician Mobile Spa BOTG yang dah berjaya menjana ribuan ringgit hasil membuat servis Mobile Spa ni. Jom kita dengarkan testimoni buat duit dengan mobile spa beliau.
Testimoni Buat Duit Dengan Mobile Spa : Pn. Noorain
Beliau ialah Pn. Noorain Bt. Ibrahim, seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata dan pernah memegang jawatan sebagai Operation Manager di sebuah syarikat swasta. Beliau berpendidikan dalam jurusan kewangan dan telah lebih 10 tahun bekerja dalam bidang professional. Akibat pandemik yang lalu, syarikat tempatnya bekerja telah terpaksa ditutup membuatkan Pn. Noorain terpaksa mencari pekerjaan yang baru. Tapi untuk menjumpai pekerjaan yang sesuai dengan backgroundnya, dia perlu ke luar kawasan yang lebih jauh dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya dengan lebih lama. Terasa berat untuk beliau menanggung masa tu. Pada masa itulah beliau menjumpai peluang membuat bisnes Mobile Spa ni. Lihat hasil beliau.. Beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1,080 dalam masa 8 hari sahaja! Sangat lumayan kan?
Situasi Ahli-ahli Beautician Mobile Spa BOTG
Pada masa kini, ramai orang tercari-cari peluang menjana income baik secara full time mahupun part time. Mobile Spa menjadi pilihan sesetengah wanita kerana mereka nampak, kerja memberi servis ni fleksibel buat mereka yang perlu terkejar-kejar menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Ataupun mereka prefer untuk melakukannya pada waktu hujung minggu sebagai hobi yang menjana wang. Masa lapang pun terisi, wang pun dapat.
Satu lagi, Mobile Spa ni sebenarnya senang nak dibuat di mana-mana pun. Kadang-kadang tu kat surau je pun dah boleh jalan. Ataupun time balik ke kampung. Orang lain balik kampung keluarkan duit. Dia balik kampung, buat banyak duit pulak! Ataupun ada juga kisah ahli beautician kami yang kerap mengikut suaminya ke outstation. So sambil-sambil suaminya bekerja, dia pula buat servis facial dekat kawan-kawan suaminya. Hehe. Bijak kan?
Ada juga yang mengikut suami berhijrah ke luar negara. Jadi dia bawa sekali kemahiran dan peralatan mobile spa nya, terus dia buat servis facial pula di negara orang. Memang ada tau dalam team kami. Amazing sangat!! Boleh lah dapat duit poket di negara orang. Nak cari pekerjaan di tempat orang pun bukannya mudah. Jadi dengan adanya kemahiran ini, kita sebagai wanita sangat mampu untuk membuat duit walau di mana sahaja kita berada.
Yang bestnya juga ialah dengan memberikan servis Mobile Spa macam ni, kita pun sebenarnya dapat meluaskan networking kita dan membina lebih ramai kawan. Kalau kita baru sampai ke tempat baru, Mobile Spa boleh menjadi tiket untuk kita berkenal-kenalan dengan orang di sana. Kalaulah anda seorang extrovert dan jenis yang suka berjumpa dengan orang pula, memang ngam sangat lah kalau nak buat servis Mobile Spa ni π
Tak best ke ualls kalau tetiba ualls dapat customer Datin-Datin ke. Tak pepasal dah dapat kawan baru Datin. Haa tiber!!
Jangan risau kalau dapat customer yang VVIP. Sebab produk skincare yang kami gunakan adalah skincare yang sangat berkualiti tinggi tau. Memang ala-ala SKII punya tapi lagi power daripada SKII. Kalau curious nak tahu skincare apa yang terpakai dalam Modul Training Mobile Spa BOTG kami, jemput baca di sini :
- Pengalaman Mobile Spa Dengan Youth Skincare
- Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Youth Skincare
- Rangkaian Set Penjagaan Youth Skincare
Teruja Dengan Testimoni Buat Duit Dengan Mobile Spa?
Apa lagi.. Jom lah sertai kami! Yang kami baru share ni adalah income daripada servis facial sahaja. Anda belum tahu lagi jenis income apa lagi yang anda boleh dapat sekiranya menyertai training dengan BOTG kami. Ini bermakna, kami bukan saja ada satu lubuk duit. Tapi ada banyak lagi lubuk duit untuk setiap peserta kami. Jumlah penjuru income yang anda boleh dapat dengan BOTG adalah 6 penjuru! Banyak kan tu? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kenalah join training dengan kami ok!!

Nak improve kewangan, buatlah suatu perubahan buat diri dan masa depan diri sendiri. Selami diri dan tanya hati betul-betul, apa yang anda nak buat.. Kerana setiap perubahan itu perlulah datang daripada dalam diri kita sendiri. Tidak mungkin boleh dipaksa oleh sesiapa.
Saya doakan anda mendapat jawapan kepada segala kebuntuan yang mungkin menyesakkan fikiran dan kewangan anda pada masa sekarang ni. Kalau berminat nak sertai kursus facial Mobile Spa bersama kami, seluas tapak gelanggang padang bola saya tadahkan. Jom jom pm saya dan saya boleh jawab segala persoalan anda mengenai kursus facial bersama BOTG kami ni.

Terus PM saya directly di WHATSAPP LINK ni (klik je).
Baca juga : Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG.
Terima kasih kerana membaca entry saya. Semoga bermanfaat.
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Trainer Mobile Spa BOTG
Shaklee Business Leader
Shaklee Petaling Jaya
Terbaik sharing Sis Syahida π
Tq Hadhirah π
Best nya dapat ilmu skill buat duit camni
Ha’a terbaik sangat.. Siapa yang ada ilmu, amalkan untuk dapat pulangan lumayan π
Pingback: Bina Impian Melalui Bisnes Mobile Spa • SyahidaShukri