Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

By | 06/06/2023
hidup sihat dengan shaklee

Selamat datang pembaca budiman. Semua orang biasanya akan ada satu pengalaman kali pertama yang membuatkan persepsi mereka terhadap sesuatu tu berubah. Samalah juga dengan saya. Ketika saya pernah hadapi masalah kesihatan dan kelesuan yang melampau, saya tercari-cari solusi untuk hidup sihat. Disebabkan kesukaran saya untuk mencari sesuatu di farmasi ketika itu, maka saya terus teringatkan rakan saya yang pernah berkongsi tentang Shaklee.

Dari situlah pengalaman pertama saya mengenali Shaklee dan mencuba Shaklee. Produk pertama yang saya cuba masa tu ialah Vita-Lea with Iron; iaitu multivitamin dan multimineral Shaklee. Dan tanpa saya sangka rupanya ia merupakan produk Shaklee yang pertama pernah Dr. Forrest C. Shaklee ciptakan pada tahun 1915. Betapa bagusnya ia sampai masih wujud walaupun sehingga ke hari ini (2023). Cuma ia dah melalui pelbagai inovasi sehingga terhasil multivitamin Shaklee yang terbaru iaitu Vita-Lize Shaklee yang akan mula terjual pada bulan Jun 2023.

Masalah Saya Pernah Lalui

Pada masa tu, saya sedang hamil anak yang kedua dan saya telah pun resigned sebagai engineer. Maka jadilah saya seorang surirumah sepenuh masa. Sambil saya mengandung anak ke-2, saya juga sedang perlu menjaga sepenuhnya anak sulung saya yang baru berusia 2 tahun ketika itu. Sungguh letih saya rasakan masa tu. Terutama sekali sewaktu anak ke-2 saya tu sedang potty training. Potty training sangat menguji kesabaran dan sangat memerlukan banyak tenaga untuk membersih dan membasuh.

Kalau tak hamil mungkin saya ok lagi. Tapi sebab saya sarat mengandung, saya jadi tak tahan sangat. Saya jadi sangat-sangat lesu, rasa semakin moody dan cepat stress. Bukan mudah bagi saya masa tu kerana suami sibuk bekerja dan saya perlu menghadapi kesemuanya sendirian. Family pula jauh dan saya perlu kuat untuk diri sendiri.

Dari situ, saya tercari-cari supplement untuk bantu saya lebih bertenaga. Saya teringat Shaklee sahaja sebab saya tak terdaya untuk pergi ke mana-mana farmasi. Saya decide untuk beli Shaklee masa tu sebab kawan saya seller Shaklee dan dia boleh uruskan postage.

hidup sihat dengan Vitalea
Produk Shaklee petama yang saya cuba adalah Vitalea with Iron

Pertama Kali Mencuba Vita-Lea Shaklee

Saya amalkan seperti yang dicadangkan. Pada masa ni, saya sedang alami masalah HB low semasa check-up antenatal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Selalulah HB saya kurang daripada 11. Tapi tak saya sangka, semenjak saya amalkan Vita-Lea daripada Shaklee, tidak semena-mena HB saya semakin meningkat. Wah!!! Jarang-jarang saya dapat naikkan HB saya.. Tapi dengan asbab Vita-Lea, HB saya meningkat dengan jayanya. Lega sangat masa tu. Nurse tak lagi marah-marah atau tegur sebab HB low.

Berita baik sangat buat saya masa tu. Membuatkan saya semakin percaya dan puas hati dengan apa yang saya ambil. Sejak daripada tu, saya mula mengenali produk-produk Shaklee dan cuba untuk memahami apa kelebihan lain yang turut ada.

Saya terus mendaftar sebagai ahli Shaklee sebab saya mahukan penjimatan untuk setiap pembelian saya yang seterusnya. Dah alang-alang suka dengan produknya, lagi untunglah kalau kita terus mendaftar ahli supaya kita juga dapat menikmati produknya pada harga paling murah selalu.

hidup sihat dengan shaklee
Testimoni saya dengan Vitalea Shaklee
Testimoni saya dengan Vitalea

Mula Mengenali Kesemua Produk Shaklee

Saya seorang yang suka mencari bahan bacaan. Saya suka mengorek info dan mencari ilmu. Ada sekali di mana upline Shaklee berkongsi tentang Nutrition Workshop yang dianjurkan oleh company Shaklee di sebuah hotel. Tanpa berfikir panjang, saya terus mendaftar untuk workshop tersebut walaupun ia adalah program berbayar. Dan masa tu saya sedang sarat mengandung anak kedua saya. Saya fikir, inilah masanya untuk saya menghadiri majlis ilmu sebab selepas saya melahirkan, pasti sukar untuk saya hadiri lagi.

Lagipun, saya perlu mencari sebanyak mungkin ilmu kesihatan sebagai pengetahuan saya yang sedang hamil masa tu. Dan Alhamdulillah, ilmu yang saya perolehi masa tu adalah yang paling berharga sebab saya manfaatkan kesemuanya sehingga ke hari ini; iaitu ketika anak-anak saya dah 4 orang. Alhamdulillah.

Hidup Sihat dengan Ilmu Nutrisi Shaklee

Tak saya sangka, dengan pengenalan saya melalui Vitalea, menjadi pintu kepada pengenalan saya kepada kesemua produk Shaklee dan juga bisnes Shaklee sendiri. Sehingga ke hari ini saya jadikan Shaklee sebagai gaya hidup saya setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Bukan saja saya seorang tapi juga turut diamalkan oleh suami saya, anak-anak saya, ibu bapa saya, ibu bapa mertua saya, adik-beradik saya, jiran-jiran saya dan seluruh ahli keluarga saya di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa saudara saya. Alhamdulillah.

Bukan saja saya berjaya meningkatkan kualiti hidup sihat diri saya, tapi juga ahli keluarga saya. Saya bersyukur kerana saya juga turut berkecimpung dalam bisnes yang sentiasa menggalakkan gaya hidup sihat. Setiap hari saya ambil tahu tentang ilmu nutrisi melalui vitamin organik Shaklee dan saya sentiasa belajar untuk membantu orang lain yang turut mahu memperbaiki tahap kesihatan mereka.

Dari tahun 2014 hingga sekarang 2023, dah 9 tahun saya menjadi pengguna Shaklee. Lama betul rasanya. Tapi saya bersyukur kerana memang banyak kualiti kesihatan yang saya dapat semakin rasai dengan asbab Shaklee. Paling penting ialah ibu bapa saya. Saya sentiasa supply mereka vitamin-vitamin yang penting untuk warga emas seperti mereka. Syukur saya mengenali Shaklee yang menjadi pintu kepada saya mempelajari pelbagai ilmu nutrisi untuk hidup sihat.

Jom Hidup Sihat dan Amalkan Shaklee!

Jadi kalaulah anda belum pernah mencuba produk Shaklee, cubalah. Mungkin anda pun akan turut mengalami perubahan kesihatan yang lebih baik dengan asbab Shaklee. Jangan dengarkan kata-kata orang dan kecaman mereka tentang Shaklee. Mereka kecam kerana mereka sendiri tak pernah cuba Shaklee.

Kami sendiri terasa lali bila ada doktor pakar yang memperlekehkan kepentingan makanan tambahan seperti Shaklee. Mereka berkata begitu kerana mereka belum menghargai manfaat nutrisi.

Boleh bacakan mengenai 7 Sebab Mengapa Perlu Ambil Supplement.

Jadi sekiranya anda berminat nak hidup sihat pada usia ini dan pada usia mendatang, anda membuat keputusan yang tepat apabila anda memilih Shaklee. Berminat nak dapatkan set cadangan atau konsultasi mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya ye.

Jom amalkan Shaklee sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#bisnesonlineshaklee #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

  1. Pingback: Testimoni Shaklee Saya • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge