Jika Kita Ingin Capai Sesuatu Kelainan, Kita Perlu Berubah

By | 17/10/2016
 

Sejak saya sertai bisnes Shaklee, saya mula lakukan perkara-perkara yang saya tak pernah lakukan. 

Saya telah berubah daripada menjadi orang biasa, kepada orang yang berimpian besar. 

Daripada kepompong seorang makan gaji yang habis bulan bayar hutang, minyak, tol, kemudian kepada surirumah yang tiada pendapatan, kini kepada work at home mom yang dah berpendapatan 4 angka sebulan. 

Kalau dulu makan gaji, nak ada simpanan pun susah. Semuanya belanja hangus. Saya berhenti kerja bila harga tol makin naik dengan belanja tol satu hari RM8. Belum lagi belanja lain.

Kalau company saya ada masa depan yang cerah, saya tak kisah. Tapi sebab saya rasa takde harapan kat situ, maka saya decide untuk berhenti. Saya pernah banyak kali cari pekerjaan lain tapi takde peluang. Nak cari tempat kerja yang takde banyak tol, tempat kerja yang dekat-dekat, macam-macam dah saya usahakan. Untuk cuba atasi masalah semua benda naik ni. For many years saya cuba. Air mata pun dah habis tumpah. Tak larat lagi nak mencari. Saya pun takde cable. My only cable is Allah. Saban tahun saya berdoa supaya Allah kurniakan saya kerjaya yang paling baik untuk saya, untuk kebaikan dunia & akhirat saya & keluarga saya. Allah jawab dengan tidak memberikan sebarang tawaran pekerjaan di mana-mana syarikat pun. (Pada tahap itu saya dah turun naik interview kat company lain dah 10 kali lebih kurang)

Rupa-rupanya, Allah takdirkan kerjaya yang terbaik untuk saya adalah kerjaya surirumah je.

In the end… saya resign setelah banyak kali beristikharah dengan diiringi restu suami. Biarlah saya duduk rumah dan berniaga supaya saya dapat ‘develop’ diri saya kepada yang lebih baik memandangkan syarikat dan kerja makan gaji tak memberikan apa2 development yang saya inginkan. Tiada kenaikan gaji yang saya harapkan. Apply kerja lain pun tak de rezeki masa tu. (Although I still love engineering, I still love medical, I still like that field, I still want to have a career in biomedical engineering)

But then…. Kata orang bijak pandai, jika kita mengharapkan berlakunya perubahan dalam hidup kita sedangkan hari-hari kita masih lakukan perkara yang sama, itu adalah pekerjaan yang paling tak masuk akal.

Sebab tu saya paksakan diri untuk berubah. It is now or never. Baik berubah awal daripada berubah lambat.

Saya fikir saya masih muda. Masa tu 30 tahun. Kalau saya tak ubah sekarang, tak buat keputusan hidup sekarang, sampai bila hidup saya nak jadi camni je kan? Makan gaji dengan tak berkesudahan. Anak-anak biar orang lain jagakan.

Then once saya dah terjun ke dunia bisnes, minda saya jadi lebih terbuka.. saya nampak lebih banyak peluang. Income tanpa had. Circle of friends pun dah berubah. Saya berubah kepada business-minded person. Dare to change. Dare to make action. Find the courage to change.

Awalnya bukan senang. Banyak rejection, orang tak endah, ada kawan yang dah tak nak kawan, no one support, rasa stressed dengan home and management yang lintang pukang, tapi kena sabar & keep going. Husband sendiri perli, it’s ok.. masa tu memang masih awal.

People go away, friends go away, people don’t care, it’s ok sebab bukan mereka yang kisah nak tolong bayar apa yang saya perlu bayar. 

Saya tak popular, orang tak like, orang tak reply dan orang tak nak support, it’s ok because I’m not living to impress others. 

Kebahagiaan saya bukannya terletak kepada kata-kata atau persepsi orang lain.

Berkat kesabaran dan keberanian, hasilnya sekarang dah nampak. Income dah 4 figures. Every month saya akan selalu report kat husband saya how much do I get. 

Alhamdulillah syukur. Saya dapat jaga anak-anak sendiri & now saya dah ada income sendiri. Tak banyak mana tapi syukur apa yang ada..

Income ni bertambah. Tapi perlu diiringi dengan usaha yang tak pernah kenal erti putus asa. 

I believe, if I hadn’t make that decision, 30 years from now I might look back & regret that I didn’t. 

Memandangkan dah ramai orang yang dah terbukti berjaya, saya percaya yang saya pun boleh turut sama berjaya… Surirumah berpendapatn tinggi adalah impian saya. 

Jalan ni masih jauh. Kerja pun masih banyak lagi. Tapi takkan ada kejayaan yang tak diiringi dengan pengorbanan, keletihan dan kesusahan… 

InsyaAllah..??

Wan Syahida Kahar

Founder of Young Successful Team

#ShyeShaklee

www.syahidashukri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge