Seminar Parenting Gaya Al-Fateh – Ustaz Syaari (Part 1)

By | 18/03/2015
Bismillah…
Assalamualaikum.. Entry ni adalah tulisan saya suatu masa dahulu pada tahun 2012. Jadi saya kongsikannya semula di sini untuk tatapan dan bacaan pembaca saya di sini :-). Semoga bermanfaat.
====
Saya pergi seminar ni pada tahun 2012. Tapi ni poster pada tahun 2013.
Sebelum saya terlupa segala intipati yang menarik semasa menghadiri Seminar Parenting Gaya Al-Fateh 21 Oktober 2012 yang lepas, saya akan cepat-cepat tulis entry ni. Harap bermanfaat kepada semua pengunjung dan dapat jadi rujukan saya semula juga pada masa hadapan, Insya Allah…
Senang cerita dan untuk senang baca, saya buat point form lah ya. Semua orang pun suka kan.
Okay, so secara ringkasnya, segala fakta, tips, pesanan, ingatan dan semua yang menarik untuk dikongsikan, bolehlah saya rumuskan seperti di bawah. Semua compile sekaligus lah yer… Saya tak rujuk pun notes atau playback mp3 yang saya rekod.. ni semua dalam kepala otak saya je. So, kalau compang camping tuh accept je lah. 🙂
1. Tentang pahlawan berpangkat Sultan, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, semua orang patut sedia maklum siapa dia dan apa sumbangan besar dia.. So kalau belum tahu, gi baca sendiri yer. Hohoho.
2. Senang cerita dia ni lah yang pernah disabda Rasulullah s.a.w. pada 800 tahun sebelum kejadian dia berjaya menakluk kota Constatinople bahawa akan ada seorang Sultan yg berjaya menakluki kota ini dan dia adalah sebaik2 Sultan dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera….. Selepas 16 percubaan pahlawan2 yg terdahulu yg semuanya gagal (bukan la gagal 100% tapi ada sumbangan2 mereka juga seperti melemahkan lagi pertahanan musuh etc walaupun tak berjaya takluk Constatinople), akhirnya dia berjaya…
3. Yang hebatnya, dia baru berumur 21 tahun sewaktu berjaya menakluk Constatinople dan mengambil masa selama 53 hari sahaja untuk mencapai misinya. (pahlawan2 yg terdahulu ada yg sampai bertahun2 berusaha tapi gagal juga).
4. Maybe korang tanya, ape ke benda Constatinople ni.. apesal payah sangat nak tawan dia… So, senang cerita kota nih ada satu benteng yg besar n sangat kukuh lah… Oh ye Constatinople ni adalah Istanbul, Turkey sekarang ok kalau tak tau lagi. Satu bahagian adalah benteng (struktur benteng ni pun bukan setakat benteng je tapi ada la binaan-binaannya yg mmg dicipta supaya sangat susah dimasuki lawan). Sempadan lain pula adalah air laut jer, yg di mana dalam laut ni diorang dah siap2 gari dengan golden chain (ape ke tah nama) yg tak mampu ditembusi oleh mana2 teknologi pun. And kapal2 tak leh masuk, lalu pun tak boleh. Kalau lalu, kena serang ngan tentera Kristan (constatinople ada pertolongan daripada Pope). Oh ye Constatinople nih orang Kristian la. Hoho. Belah lain kota nih, sebuah bukit (5km kot) so pendek cerita, kota ni kukuh dan belum ada lagi yg boleh tawan dia…
5. So camne Al-Fateh ni hebat sangat boleh tawan kota Constatinople? Ini lah sebab Seminar ni diadakan, untuk mempelajarai kuasa kepimpinan dia, ciri2 dia, cara dia dibesarkan sampai dengan usia yang begitu muda dapat capai kejayaan yg begitu besar.
6. So ibu2 bapa2 yg datang ni semua nak tau camne nak didik anak2 generasi kita seperti Al-Fateh ni dibesarkan…
heheh.. suspen..
7. Al-Fateh masa kecik2 macam budak2 lain, nakal, degil, takmo belajar, malas etc.. Dia juga seorang yg keras, susah nak ajar, etc…
8. Tabik spring kepada bapa dia, Sultan Murad yg berjaya didik dia dengan ilmu2 agama, ilmu sirah, ilmu2 ketenteraan, ilmu sains, ilmu bahasa, ilmu berkuda, ilmu pedang, ilmu memanah, ilmu astronomi, ilmu etc lah… Ops bukan bapa dia la yg ajar.. Memandangkan kerajaan Turki Uthmaniyyah mereka ini sangat kaya raya, dia upah ulama2 hebat untuk ajor Al-Fateh nih.
9. Al-Fateh ni degil bebenor so bapa dia suruh je guru2 dia gunakan rotan je kalau Al-Fateh susah sgt nak dengar ckp. (guru2 banyak yg give up n tak nak ajar Al-Fateh sebab dia betul2 keras, susah nak ajar, susah nak suruh, n lawan cakap etc – but at last ada few ulama’ yg berjaya didik dia).
10. Lepas tu Al-Fateh jadi dengar cakap lah, belajar banyak ilmu, dan jadi bagus.
11. Semasa usia 8 tahun, Sultan Murad dah bagi dia jadi Gabenor.
12. Semasa usia 12 tahun, Sultan Murad bagi dia jadi Sultan, ganti tempat dia. Tapi sebab Al-Fateh muda sangat, mentah lagi, dia diguling kerajaan. Kemudian baru Sultan Murad bawa dia ke satu daerah lain hanya untuk menuntut ilmu sahaja.
13. Kat sini la dia belajar banyak ilmu, esp ilmu ketenteraan…
14. Semasa usia 19 tahun, dia balik. Sultan Murad bagi assignment kat dia suh pi perang kat negeri2 lain, kira kasi dia latih bab2 perang dalam bentuk praktikal plak… Semua cubaan dia berjaya, dia menang.
15. Sejak usia kecil lagi, Sultan Murad dah mindset Al-Fateh tentang kota Constatinople… Bapak dia cerita usaha dia semasa 17 tahun untuk tawan tapi gagal. So dia nak anak dia plak cuba n tawan jugak kota tu. Abang2 Al-Fateh pun diajak/disuruh tapi diorang dah gagal n mati.
16. Dalam bilik tidur Al-Fateh dah tampal peta kota Constatinople. Dia juga bawak gi mana2 peta tu. Dia dibesarkan dalam azam untuk menakluk kota Constatinople itu.
17. Boleh la dikatakan Al-Fateh sepanjang masa sepanjang dia dibesarkan dok pk camne nak takluk kota itu.
18. Mereka di rumah sentiasa berbincang hal2 ketenteraan, tentang Constatinople.
19. So, at 21 years old, berjaya lah dia menakluki kota Constatinople…
Dalam Seminar tu, antara intipati utama yg disampaikan Ustaz Shaari tu, tentang strategi peperangan Al-Fateh.. Pasal strategi ni, panjang ceritanya dan banyak perkaranya, so saya tak nak cerita pun kat sini.. Tapi sebenarnya banyak pengajaran dan pengetahuan yg boleh kita dapat kalau kita rajin membaca dan curious nak kenal Al-Fateh ni. Saya tak cerita lah ya bab strategi peperangan. Kalau korang rajin or minat menonton movie perang, ha lagi bagus, leh cari sendiri movie “Fetih 1453” yg baru kuar tahun nih.. Dalam Seminar tu kami bukan je dengar seminar, tapi nonton movie nie lah.. hehehehe. Bukan semua lah, kang jadi pawagam lak. Tapi sedutan2 yg penting je lah… Pendek cite, best lah citer tu.. dpt beri gambaran yg lebih kurang sebenar… ada feeling lagi tu, fuh best.. haha.
Pengajaran daripada kisah Al-Fateh:
20. Kita sebagai parents sepatutnya siap sedia dengan mindset, visi dan misi yg kita nak kepada anak kita – kita nak dia jadi apa bila besar nanti. That vision, must be really clear n kita bertindak ke arah visi dan misi tu. – contohi Sultan Murad yg betul2 keras didik anak dia n terus belajar ilmu2 untuk melengkapkan diri utk tawan kota Constatinople. Sejak kecik lagi Sultan Murad dah ingin anak dia tawan jugak kota tu.
21. Agak biasa bila kita sebagai ibu bapa ada macam2 impian terhadap anak kita. Banyak sangat. Al-Fateh yg degil dan keras itu, dengan sikapnya yg determined terhadap sesuatu (negative side when child), Sultan Murad halakan sifat tu ke arah yg baik iaitu sikap determined dan berkeras ingin tawan kota Constatinople. Al-Fateh semasa berperang dan memerintahkan tentera dia, memang keras… memang tegas, dan memang determined sungguh dengan segala arahan dan strategi dia. So kita sebagai parents, kenali apa sifat anak kita dan cuba halakannya ke arah yg betul. Raikan sifat dia. Bukan marah atau tegah dia dengan cara yg salah – nanti memberontak pula..
22. Berikan ilmu2 yg berguna dan penting dalam hidup kepada anak. Carikan ilmuan yg bagus dan mahir dalam bidang dia untuk ajar anak kita. Spend quality time with our children if we’re busy working. Sultan Murad was a busy Sultan dengan selalu berjauhan sebab perang di sana sini. So dia ada masa yg kurang sangat dengan anak2.
23. Must be strict with ur child. Sultan Murad used the rotan… Pandai2 la kita nak guna cara apa ya…
24. Sultan Murad hidupkan suasana di rumah dengan menanam minat tentang perang, tentang pemerintahan, tentang sabda Rasulullah s.a.w. yg masih belum berlaku lagi… Jadi kita, hidupkan suasana di rumah tentang apa yg kita nak anak kita minati dan suka dalam hidup.
25. Sultan Murad berikan contoh yg baik – bahawa sebelum dia suruh anak dia cuba tawan kota Constatinople, dia buktikan yg dia juga dah pernah cuba, hanya belum berjaya lagi, dan dia dah tua, so baru dia suruh anak dia. Kita pula? Kena la berikan contoh yg baik – dengan kita lakukan dulu – barulah anak2 takkan beri apa2 alasan utk tidak ikut, dan lebih hormat kita., n baru la anak2 dapat contohi dan cuba tiru kita.
26. Ibu Al-Fateh, pernah pergi ke tepi kota Constatinople dan ketuk pintu gate dia pada Al-Fateh dan tunjukkan kepada Al-Fateh bahawa Al-Fateh la yg akan menakluk kota tu suatu hari nanti dan tebus kematian abang n bapa dia. Kita sebagai parents, tunjukkan dengan mata kepala apa yg kita nak anak kita jadi, dan doa – sebab kata2 ibu bapa adalah doa kepada anak2. Contoh nak anak jadi doktor, pi jumpa doktor, pegang2 stetoskop dia n ckp Ameerah, nanti Ameerah besar nanti one day akan jadi doktor!  hehhe ni contoh jerr… Seminar tu tak cakap lah gitu..
Sesi petang nya sesi Puan Lina Karim pula. Dan intipatinya, banyak berkisar tentang tanggungjawab ibu bapa, peranan ibu bapa zaman masa kini (akhir zaman) dan tentang kepentingan Al-Quran diterap dalam jiwa anak2 generasi kita ni.
Jadi ini sahaja buat masa ni. Nantikan Part 2.
Stay tuned for more tips 🙂
Baca Part 2 DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge