Mengapa Saya Memilih Jenama Shaklee?

By | 15/11/2023
Kenapa saya memilih jenama Shaklee

Selamat datang pembaca budiman. Ada banyak sangat jenama vitamin di pasaran. Vitamin jenama antarabangsa, yang tempatan, semuanya sangat mudah diperolehi baik di farmasi, drugstore mahupun agen-agen yang menjualnya. Tapi, kenapa dalam banyak-banyak jenama, saya memilih vitamin Shaklee? Bukan saja saya, malah ratusan ribu pelanggan Shaklee di Malaysia dan berjuta-juta lagi pengguna di seluruh dunia dan selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Mereka pilih untuk setia dengan satu jenama Shaklee itu sahaja. Kenapa lah ye? Apa agaknya kelebihan yang ada pada Shaklee, yang tidak ada pada jenama lain? Yang tidak menggugat kesetiaan mereka terhadap Shaklee ni? Dalam entry ini, saya akan kongsikan.

1) Landmark Study (Kajian Unggul)

Tahukah anda? Shaklee merupakan satu-satunya syarikat vitamin dan supplement yang mempunyai kajian landmark ini? Landmark Study ini adalah kajian terhadap 3 kumpulan :

  1. Kumpulan orang yang mengamalkan Shaklee lebih 20 tahun
  2. Kumpulan orang yang mengamalkan vitamin selain Shaklee
  3. Kumpulan orang yang langsung tidak mengamalkan apa-apa supplement

Source : Landmarkstudy.com

Landmark Study ini adalah kajian yang paling komprehensif dalam dunia. Ia juga disahkan oleh saintis daripada pihak ketiga (Dr. Gladys Block). Jadi ia tidak berat sebelah kepada Shaklee. Apa jua keputusan kajian yang diperolehi baik buruk atau bagus, akan tetap dipaparkan kepada umum. Jadi Shaklee sanggup menghadapi risiko itu kerana mereka begitu yakin dengan tahap kualiti jenama Shaklee.

Landmark Study ini membuktikan bahawa pengguna Shaklee lebih sihat daripada mereka yang bukan pengguna Shaklee dan yang tak makan supplement langsung. Kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan Shaklee dalam tempoh masa yang lama (lebih 20 tahun) tidak memberikan kesan sampingan yang bahaya pun. Malah, pengguna-pengguna jadi lagi sihat daripada mereka yang makan vitamin jenama lain dan yang tak makan vitamin supplement langsung.

Kenapa saya memilih jenama Shaklee
Landmark Study Results (2007)

Keputusan kajian ini dah sangat membuktikan kualiti dan jaminan yang terdapat pada jenama Shaklee walaupun kita mengambilnya dalam tempoh jangka masa yang panjang.

  • Tahap Nutrien Darah yang Baik
  • Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung yang Baik
  • Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
  • Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi

PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI:

  • Risiko Penyakit Jantung Lebih Rendah
  • 11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
  • 33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
  • Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung Lebih Rendah
  • 36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
  • Risiko Penyakit Jantung, Kanser, Kencing Manis Lebih Rendah
  • 59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih Rendah
  • 39% Risiko Peningkatan Tekanan Darah Lebih Rendah
  • 73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah

Pilihan vitamin saya mestilah yang terjamin berkesan untuk menambahkan kesihatan, dijamin tiada kesan sampingan dan dijamin tiada racun yang berbahaya. Semuanya terbukti dengan jelas daripada vitamin Shaklee. Jadi dah semestinya ia menjadi pilihan saya.

Kenapa saya memilih jenama Shaklee
Dr. Gladys Block, saintis yang terlibat secara langsung dalam Landmark Study untuk Shaklee. Beliau adalah pihak ketiga, bukannya orang Shaklee pun. Tapi dia kagum melihat result ini.

Mula-mula masa dia nak buat research ni. dia tak sure nak pilih jenama mana. Takde jenama supplement yang berani nak ‘dibongkarkan’ dengan kajian sebegini rupa. Kerana jikalau keputusan ujian tidak berpihak kepada jenama tersebut, ia tetap akan diterbitkan di dalam journal. Bayangkan jika keputusan ujian memberi imej buruk. Mau gulung tikar. Jenama mana yang berani nak hadapi risiko ni? CEO Shaklee bertanya kepada para saintis Shaklee adakah mereka bersetuju Shaklee menyertai kajian ini? Para saintis Shaklee setuju!! Kerana mereka yakin, produk mereka dan kajian mereka memang tulus. Mereka tahu kualiti Shakee macam mana. Dan tahu tak… Shaklee saja yang bersetuju untuk menyambut lamaran penyelidik (Dr. Gladys Block) ini untuk dikaji dalam ujian Landmark Study ini.

2) Telomere Study (Kajian Telomere)

Dr. Elizabeth Blackburn ni pula adalah saintis yang melakukan Kajian Telomere (Telomere Study) terhadap pengguna produk Shaklee termasuklah Polifenol.
Boleh rujuk di : Telomere Study dan Shaklee Telomere Studies.

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa suplemen.

Selepas melakukan Telomere Study, beliau mendapati komuniti Shaklee ni adalah lebih sihat daripada komuniti umum yang tak makan Shaklee. Dia memang betul-betul kagum! Kemudian selepas dia mendapati perkara ni, terus dia pun berminat nak join Scientist Board Shaklee :-). Beliau adalah pemenang anugerah nobel bagi kategori Medicine untuk penemuannya dalam telomere di dalam DNA manusia (beliau menemui enzim telomerase yang berperanan untuk memelihara telomere).

3) Keistimewaan Jenama Shaklee

Dari segi nutrisi, Shaklee mengamalkan 3 prinsip utama iaitu :

Sentiasa Selamat

  1. Setiap tahun, Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk, serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
  2. Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk pesaing.
  3. Shaklee bekerjasama dengan Ahli Toksikologi untuk mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee sentiasa mengemaskini senarai ini untuk memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.

Sentiasa Berkesan

  1. Shaklee telah melaburkan lebih USD 250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  2. Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
  3. Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 100 bahan kajian penerbitan.

Sentiasa Mesra Alam

  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi kita.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

TIADA Bahan Tiruan:
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans

TIADA Bahan Kimia:
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida

Kerana kelebihan-kelebihan yang ada pada jenama Shaklee ni, saya memilih untuk setia dengan produk Shaklee. Tak semua jenama supplement yang mengamalkan falsafah ini. Kebanyakannya menggunakan vitamin sintetik dan tidak berasaskan sumber semulajadi dan organik. Kita mestilah pilih yang semulajadi untuk mendapat kesan kesihatan yang terbaik dan paling selamat untuk kita. Dan walaupun ada jenama supplement yang claim mereka organik, tidak ada yang melakukan kajian saintifik dan penyelidikan sebanyak yang Shaklee lakukan terhadap setiap ramuan mereka.

Kenapa saya memilih jenama Shaklee

4) Jenama Shaklee Terpilih Sebagai Malaysian Trusted Brand Dalam Reader’s Digest

Shaklee merupakan pemenang bagi Malaysian Trusted Brand Awards dalam kategori vitamin dan supplements untuk tahun 2021 dan 2022 yang dibuat oleh Reader’s Digest (diundi oleh pengguna).

Pemilihan ini adalah diundi di kalangan puluhan ribu rakyat Malaysia yang menjadi pembaca Reader’s Digest. Siapa yang membaca Reader’s Digest? Reader’s Digest sendiri adalah dalam bahasa English. Semua artikel di dalamnya adalah artikel yang berilmiah. Jadi pembaca dan subscribers mereka kebanyakannya adalah golongan yang bekerjaya dan berpendidikan. Usia Readers Digest adalah setua Shaklee iaitu 100 tahun. Alhamdulillah sebagai pengguna dan pengedar Shaklee, saya rasa sangat bersyukur dan seronok apabila golongan profesional ini telah mengundi Shaklee sebagai jenama yang terbaik dan dipercayai bagi kategori vitamin dan health supplements.

Semasa acara penganugerahan jenama yang dipercayai Malaysia anjuran Reader’s Digest ini, mereka ada kongsikan cara pemilihan para pemenang.

Syarikat yang menang perlu mempunyai kriteria seperti memenuhi keperluan pengguna, perlu memberi manfaat, perlu menjadi syarikat yang bertanggungjawab dan menjalankan tanggungjawab sosial.

Anugerag Trusted Brand ini adalah anugerah yang berprestij yang dibuat oleh pihak ketiga. Maknanya bukan Shaklee yang buatkan survey ini semua. Malah Shaklee sendiri pun tak tahu yang Shaklee menjadi pilihan semasa survey dibuat dan langsung tak tahu juga pasal survey ini.

Dengan anugerah yang diberikan oleh Reader’s Digest ini, ia berjaya membuktikan bahawa pengguna supplements di Malaysia mempercayai dengan yakin bahawa produk Shaklee adalah pilihan yang terbaik. Ia dipengaruhi beberapa faktor di antaranya :

  1. Kredibiliti syarikat (lebih 65 tahun di pasaran dunia dan lebih 25 tahun di Malaysia).
  2. Produk yang dihasilkan selamat digunakan dan berkesan. Ada kelulusan KKM dan sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
  3. Sistem agen yang bersistematik dan mesra pengguna.

Penutup

Demikianlah sebab-sebab kukuh kenapa saya memilih jenama Shaklee sebagai kegunaan saya dan seluruh keluarga saya. Jenama antarabangsa yang bersumberkan bahan organik dan semulajadi, yang telah dipercayai sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, siap dengan kajian saintifik dan bukti bahawa ia selamat oleh pihak ketiga lagi. Kemudian terpilih sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia daripada golongan profesional pula. Menang pula 2 tahun berturut-turut.

Jadi bagi saya, ia dah cukup meyakinkan. Malah saya sendiri dah consume dan peroleh begitu banyak manfaat kesihatan. Bukan saja saya, tapi pasangan, anak-anak, ibu bapa dan semua customers saya yang saya telah bantu melalui nutrisi Shaklee ini.

InsyaAllah jenama Shaklee pilihan saya sampai bila-bila. Jadi saya nak ajak anda untuk turut mencuba produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai ini.

Baca juga :

  1. 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik di Malaysia
  2. Falsafah Produk Shaklee : Selamat, Terbukti, Berkesan!
  3. Kenapa Saya Yakin Shaklee Selamat?
  4. Top 10 Vitamin Shaklee Yang Hot
  5. Kesihatan Lebih Baik Dengan Shaklee

Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Mengapa Saya Memilih Jenama Shaklee?

  1. Pingback: Teruskan Berbisnes Shaklee 2024 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge