Cadangan Set Strok Shaklee

By | 25/11/2023

Selamat datang pembaca budiman. Saya akan berkongsi mengenai cadangan Set Strok Shaklee. Ia bukanlah bermakna Shaklee itu menyembuhkan penyakit, lebih-lebih lagi stroke. Tetapi ini hanyalah cadangan set untuk membantu pesakit stroke dalam menghadapi cabaran pada kesihatannya dan berikhtiar menjauhi stroke daripada berulang lagi.

Untuk memahami bagaimana strok atau angin ahmar ini boleh terjadi, boleh baca di sini : Polifenol untuk Strok.

Set Strok Shaklee : Nutrisi Vitamin Untuk Pemulihan Strok

Bagi pesakit strok yang berusaha untuk pulih, paling penting untuk dimulakan ialah melakukan langkah-langkah pencegahan strok. Jadikan ia amalan. Di samping itu, amalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan diet yang sihat agar berat badan terkawal dan mengamalkan makanan tambahan atau supplement bagi mencukupkan keperluan nutrisi harian untuk pulih dengan sendirinya.

Cadangan Set Strok Shaklee

  1. Vivix atau Res-V
  2. B-Complex
  3. Omega Guard
  4. Ostenutrix
  5. ESP
  6. Performance Drink

Vivix atau Res-V

  1. Sejenis anti-oksidan yang mengandungi Polifenol yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan dan anti-radang.
  2. Polifenol membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  3. Resveratrol, iaitu jenis Polifenol yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada Resveratrol sahaja yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.
  4. Polifenol membantu melindungi dan memperbaiki sel daripada peringkat DNA yang rosak, mati dan tidak normal akibat daripada serangan berjuta-juta perosak setiap hari.
  5. Polifenol membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat). Oksidasi LDL ini yang akan menyebabkan serangan kardiovaskular (jantung).
  6. Polifenol dalam Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.
  8. Polifenol sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolestrol malah membantu dalam mengekalkan berat badan ideal.
  9. Ekstrak purple carrot membantu dalam kesihatan salur darah dan platlet yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  10. Ekstrak Elderberry pula membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.

B-Complex

  1. Kesemua 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B6, B9 (asid folik), dan B12 memainkan peranan penting dalam kesihatan otak.
  2. Apabila stroke berlaku, ia menyebabkan kerosakan pada otak yang akan terus mengganggu keupayaan otak untuk berkomunikasi dengan saraf. Kesannya, kemahiran motor akan terjejas. Jadi untuk membantu dalam pembaikan otak dan saraf, Vitamin B menawarkan pelbagai manfaat khusus yang diperlukan oleh pesakit stroke.
  3. B-Complex membantu di dalam fungsi dan perkembangan sel-sel otak dan saraf.
  4. Vitamin B12 membantu anda membangunkan dan mengekalkan myelin, iaitu lapisan pelindung di sekeliling gentian saraf anda yang meningkatkan kelajuan di mana impuls berfungsi.
  5. Vitamin B12 berfungsi dalam pembentukan neurotransmitter yang penting untuk fungsi-fungsi kognitif dan perlindungan neural.
  6. Terdapat banyak kajian yang mendapati kekurangan Vitamin B12 dikaitkan dengan neuropati periferal (penyakit saraf), gangguan otak, saraf dan tulang belakang dan masalah psikatri. Banyak masalah ini adalah berpunca daripada myelin yang rosak, neurotransmitter yang rosak dan saraf yang rosak.

Omega Guard

  1. Asid lemak Omega-3 adalah penting dalam kesihatan otak dan menunjukkan kesan yang baik dalam pemulihan strok. Walaupun tidak ada kajian yang membuktikan bahawa Omega-3 mengelakkan kejadian strok berulang, namun Omega-3 yang tinggi kandungan DHA dan EPA adalah sangat-sangat penting dalam membantu otak berfungsi dengan lebih optimum dan sihat.
  2. Otak terdiri daripada 60% kandungan lemak dan paling banyak adalah daripada jenis DHA. Sebab itu, penting sangat untuk kita mengambil Omega-3 yang mencukupi setiap hari sebagai nutrisi penting untuk otak.
  3. Minyak ikan Omega-3 adalah sumber DHA dan EPA yang telah menunjukkan dapat membantu :
    • Menurunkan paras trigliserida tinggi iaitu satu faktor risiko untuk penyakit jantung dan strok.
    • Membantu dalam masalah sakit sendi dan kekakuan iaitu kesan sampingan yang biasa selepas kejadian strok.
  4. Selain baik untuk otak, Omega-3 penting untuk kesihatan saraf kerana fungsinya dalam menggalakkan signal saraf otak berhubung untuk mengoptimumkan keupayaan otak.
  5. Omega-3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan, meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus.
  6. Omega-3 juga memberi kesan kepada mood, iaitu bantu mengurangkan stress dan menggalakkan mood yang baik.
  7. Omega-3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimer (pelupa).

Ostenutrix

  1. Ostenutrix Shaklee mengandungi :
    • Kalsium
    • Magnesium
    • Vitamin D
    • Boron
    • Kuprum
  2. Kalsium dan magnesium sangat sinonim dalam memberi struktur dan kekuatan pada tulang dan gigi, serta membolehkan otot bergerak.
  3. Ramai yang mungkin tak tahu bahawa selain penting untuk tulang dan otot, kalsium juga membawa mesej ke otak dan bahagian badan yang lain.
  4. Kalsium juga membantu saluran darah membawa darah ke seluruh badan dan membantu melepaskan hormon yang memebri kesan terhadap fungsi badan.
  5. Magnesium pula memainkan peranan penting dalam banyak proses fisiologi, termasuk fungsi otak.
  6. Bagi meningkatkan penyerapan kalsium daripada makanan atau suplemen yang anda ambil, anda memerlukan Vitamin D. Vitamin D akan meningkatkan penyerapan kalsium di dalam badan.
  7. Terdapat kajian yang mendapati magnesium dan Vitamin D yang rendah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami demensia. (Sumber : Mstar.)

ESP (Energizing Soy Protein)

  1. ESP memberi sumber protein yang lengkap kesemua asid amino penting untuk keperluan tubuh, yang mana tidak mampu dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, penting untuk mengambil ESP untuk mencukupkan keperluan asid amino penting tubuh.
  2. Protein memainkan peranan yang penting dalam mana-mana program nutrisi dan turut bermanfaat dalam mengoptimakan kesihatan otak.
  3. Tidak kira sama ada anda sedang pulih daripada kecederaan otak atau mahu memaksimakan fungsi otak dan kesihatan menyeluruh, adalah sangat-sangat penting untuk anda mengambil kuantiti protein yang sesuai di dalam diet harian anda.
  4. Protein digunakan untuk membina enzim, hormon dan bahan kimia lain, dan digunakan untuk membina dan memperbaiki tisu.
  5. Antibodi di dalam sistem imun kita yang melindungi kita daripada penyakit juga dibina daripada protein.
  6. Protein penting untuk menghantar nutrien kepada sel-sel otak kita untuk memiliki otak yang sihat.
  7. Dengan pengambilan protein yang seimbang, ia membantu untuk pemulihan, melawan penyakit, memperbaiki kesihatan mental, mengelak kepenatan, menguatkan memori, mengurangkan keradangan dan lain-lain manfaat yang tak terkira.
  8. Sebab tu, pentingnya untuk memberikan protein yang secukupnya untuk fungsi otak yang paling optimum. Sumber : Psychology Today.

Performance Drink

  1. Perfomance Drink ialah minuman isotonik yang membekalkan elektrolit. Ia mengandungi :
    • Ion Sodium
    • Ion Cloride
    • Ion Magnesium
    • Ion Kalsium
    • Ion Potassium
  2. Elektrolit dan mineral ini dapat :
    • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak dehidrasi. Pesakit strok selalu mengalami ketidakseimbangan badan dan mudah terjatuh.
    • Ia baik untuk sistem neuromotor iaitu tindak balas saraf dan otot.
  3. Performance Drink Shaklee adalah pilihan yang terbaik. Kajian klinikal mendapati bahawa ia berkesan dalam :
    • Meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda
    • Memberikan tenaga
    • Memelihara peredaran bendalir dalam tubuh.
  4. Berbanding dengan minuman tenaga yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga daripada 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Kesimpulan

Set Strok Shaklee yang dicadangkan ini adalah sangat bagus diamalkan sebagai usaha untuk pulih daripada kecederaan akibat strok dan ikhtiar untuk mengelakkan kejadian strok daripada berulang lagi. Nutrisi-nutrisi yang dicadangkan ini sangat sesuai untuk kesihatan otak dan tubuh, jadi ambillah ia secara rutin dan konsisten agar keperluan otak dipenuhi dan pesakit juga dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan lebih sihat.

Berminat nak dapatkan set strok Shaklee ataupun mana-mana produk Shaklee yang lain? Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge