Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

By | 05/12/2023

Assalamualaikum pembaca budiman. Hari ni saya nak share tentang produk yang baru kembali dalam Shaklee : Pain Relief Shaklee. Pernah alami sakit yang teruk pada anggota badan? Tentunya solusi yang biasa dicari adalah mengambil Panadol. Panadol adalah pain-killer yang paling popular dan common. Tapi tahu tak anda kesan sampingan jika terlalu kerap mengambil Panadol ni? Berita baik buat semua, Shaklee telah mengeluarkan produk vitamin yang berupaya bertindak sebagai pain-killer ini. Istimewanya, ia langsung tiada drug malah hanya diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan yang organik dan semulajadi sahaja. Menarik kan?

5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami

  1. Sakit otot (83%)
  2. Sakit sendi (73%)
  3. Senggugut (67%)
  4. Migrain (61%)
  5. Sakit tendon / ligamen / tulang (61%)

Kesan Sampingan Ubat Tahan Sakit

(seperti Paracetamol dan Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs NSAID)

  1. Masalah perut
  2. Peningkatan tekanan darah
  3. Peningkatan risiko serangan jantung dan strok
  4. Peningkatan risiko masalah buah pinggang

Disebabkan risiko di atas, adalah lebih selamat dan menenangkan jika kita ada pilihan penyelesaian yang semulajadi, selamat dan terbukti berkesan untuk atasi masalah sakit ini.

Pain Relief Caplet Shaklee

Diperbuat daripada 2 bahan utama iaitu :

  1. Ekstrak Boswellia
  2. Ekstrak Safflower

Kedua-duanya adalah ejen anti-radang semulajadi yang berkuasa.

Pain Relief Shaklee

Ramuan Pain Relief Shaklee : Ekstrak Boswellia

  1. Asid Boswellia yang terkandung di dalam getah resin adalah bahan utama yang bertanggungjawab untuk ciri anti-keradangan. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat :
    • Arthritis
    • Spondylitis
    • Sindrom sakit kronik
    • Penyakit radang usus
  2. Salah satu herba zaman dahulu dan yang paling bernilai dalam Ayurveda.
  3. Minyak pati (essential oil) daripada resin adalah minyak yang biasa digunakan dalam aromaterapi.
  4. Terdapat kajian yang dijalankan ke atas 15 pesakit osteoarthritis. Mereka mengambil ekstrak Boswellia serrata selama 8 minggu.
  5. Kajian ini memberi hasil yang berkesan :
    • Mengurangkan kesakitan lutut
    • Berlaku peningkatan lenturan lutut
    • Peningkatan jarak berjalan kaki
Pain Relief Shaklee

Ramuan Pain Relief Shaklee : Ekstrak Safflower

  1. Bunga seperti Thistle dalam keluarga bunga matahari.
  2. Mempunyai kesan antibakteria, antivirus dan anti-radang.
  3. Dalam perubatan tradisional Cina, ia digunakan untuk meningkatkan peredaran darah. Ia juga dikenali untuk merawat :
    • Sakit senggugut
    • Sakit perut selepas bersalin
    • Sakit sendi
    • Osteoporosis
    • Migrain
  4. Salah satu tanaman tertua di dunia dan telah bertahan selama lebih daripada 4000 tahun.
  5. Terdapat kajian yang dijalankan mengenai keberkesanan Safflower melindungi kondrosit dan menghalang keradangan, yang mencegah kerosakan tulang rawan dalam pesakit osteoarthritis.
Pain Relief Shaklee

Siapa Yang Memerlukan Pain Relief Shaklee?

Berumur lebih 40-an

  • Semakin meningkat usia, sendi anda mungkin menjadi lebih tegang dan kurang fleksibel.
  • Proses haus dan lusuh membawa kepada keradangan dan kerosakan sendi anda, menyebabkan sakit di bahagian lutut, pinggul, bahu dan sendi di bahagian tengah jari.
  • Ini akan mengganggu aktiviti harian anda
  • Dan anda tidak dapat melakukan perkara yang anda suka

Peminat Sukan

  • Bagi mereka yang mempunyai jadual latihan yang berat dan individu yang menjalani gaya hidup aktif sering lebih mudah terdedah kepada “haus dan lusuh” otot. Kadangkala, aktiviti berat boleh menyebabkan ketegangan otot, yang membawa kepada kesakitan.
  • Ini akan mempengaruhi prestasi sukan anda
  • Anda perlu mengambil cuti beberapa hari daripada latihan anda.

Dewasa yang bekerja

  • Tekanan berlebihan berlaku apabila terlalu banyak tekanan diletakkan pada sendi atau otot, selalunya disebabkan oleh tugas yang berulang, duduk lama yang berpanjangan, postur yang salah, membongkok dan mengangkat objek berat. Ini menyebabkan ketegangan otot dan sakit badan.
  • Ini akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti anda.
  • Dalam jangka masa yang panjang, boleh membawa kepada kesakitan kronik yang serius.

Ibu yang sibuk

  • Ibu-ibu baru sering mengalami tekanan daripada mengangkat secara berulang dan mendukung bayi. Tambahan lagi dengan kerja rumah, mencuci dan kekurangan rehat.
  • Lama kelamaan, pergerakan ini boleh menyebabkan ketegangan pada otot, hingga berlaku ketidakselesaan dan kesakitan.
  • Ini boleh menyebabkan tekanan emosi.
  • Anda tidak dapat menjadi diri anda yang terbaik atau ibu terbaik yang anda boleh.
Siapa yang perlukan Pain Relief Shaklee

Testimoni Pengguna Pain Relief Shaklee

Jom kita lihat pengalaman orang yang dah pernah mencuba Pain Relief Shaklee ini.

Harga Pain Relief Shaklee

Sebotol Pain Relief Caplet mempunyai 90 tablets. Ambil ketika perlu sahaja (semasa sakit).

Harga bukan ahli ialah RM135 sebotol. Untuk mendapat harga ahli, jemput daftar sebagai ahli Shaklee dan anda boleh menikmati harga ahli untuk kesemua produk Shaklee. Lebih penjimatan untuk anda apabila nak repeat order nanti terutamanya untuk bekalan diri sendiri dan ahli keluarga.

Set Sendi Shaklee

Bagi anda yang mengalami sakit-sakit sendi, tulang, pinggang, tumit atau mana-mana anggota tubuh badan dan mahu berikhtiar mengatasinya, saya mencadangkan untuk anda mengambil Set Sendi Shaklee yang lebih lengkap untuk keperluan nutrisi anda.

Ini kerana sekiranya anda sedang sakit, tidak cukup dengan hanya vitamin tahan sakit Pain Relief Caplet Shaklee ni. Anda juga memerlukan nutrisi untuk kesihatan tulang dan sendi anda.

Antara yg paling utama :

  1. Ostenutrix (kalsium, magnesium, Vitamin D, mineral-mineral lain)
  2. B-Complex (semua family vitamin B)
  3. Omega Guard (Omega-3 fish oil)
  4. Vivix / ResV (sumber Polifenol)
  5. Collagen Powder (kolagen daripada sisik ikan merah)

Baca juga : Tulang Retak Lekas Sembuh Dengan Vivix

Berikut adalah testimoni sebenar daripada pengguna Pain Relief Caplet dan Set Sendi Shaklee. Bagaimana dia seorang yang ada masalah arthritis, dapat pulih dalam masa 2 minggu selepas mengamalkan Set Sendi bersama Pain Relief Caplet daripada Shaklee.

Berminat nak dapatkan Pain Relief Shaklee ataupun mana-mana produk Shaklee yang lain? Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

2 thoughts on “Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

  1. Pingback: Collagen Powder Untuk Sakit Sendi • SyahidaShukri

  2. Pingback: Sakit Pergelangan Tangan Apabila Menjaga Bayi • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge