Selamat datang pembaca budiman. Vitamin C Shaklee adalah vitamin yang serba boleh kerana banyaknya manfaatnya kepada tubuh yang sangat mengagumkan. Ia sangat menyokong kesihatan pada badan. Jadi sangat bertuah kalau kita dapat memahami peranan Vitamin C ini, lebih-lebih lagi jika kita telah ada kesedaran untuk mengamalkannya setiap hari tanpa missed.
Kenapa pentingnya ambil Vitamin C setiap hari?
Vitamin C ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Jadi kita mesti mengambilnya melalui pemakanan seharian.
Vitamin C juga adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak boleh disimpan (storage). Badan pula sentiasa menggunakannya setiap hari untuk pelbaai manfaat pada tubuh. Jadi ia sentiasa perlu dimakan atau diambil.
Jadi kalau kita tak ambil secukupnya setiap hari, lagi lah kita kekurangan Vitamin C dalam tubuh.
Badan kita perlu mendapatkan Vitamin C ini setiap hari kerana Vitamin C membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan membekalkan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam badan.
Radikal bebas ini jika tidak dikawal dan tidak dapat ditampung oleh badan, akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kronik seperti kanser.
Habit yang tidak sihat selama berpuluh-puluh tahun, akan menggalakkan pengumpulan sel-sel yang tidak sihat, maka terbentuknya kerosakan pada organ serta sistem tubuh dan membawa kepada penyakit kronik ini.
Kebaikan Vitamin C untuk kesihatan
Vitamin C sangat penting untuk kesihatan yang baik dan menyumbang kepada sistem imun yang sihat. Antara kebaikan Vitamin C untuk kesihatan :
- Membantu meningkatkan sistem imun badan.
- Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.
- Membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga.
- Menyokong fleksibiliti sendi dengan cara mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.
- Mengurangkan risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan cara membantu mengekalkan tisu penghubung yang yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
- Mengurangkan risiko penyakit insomnia.
- Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan yang letih dan lesu.
- Membantu mengurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.
- Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak.
- Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.
- Menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter).
- Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu.
- Membantu mengurangkan stress dan masalah berkaitan sakit mental.
Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan
Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran. Antara manfaat Vitamin C Shaklee kepada kecantikan :
- Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
- Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
- Membantu mengatasi masalah jerawat.
- Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada sinaran UV matahari.
- Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
- Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
Sustained Release Vita-C Plus Vitamin C Semulajadi
- Mempunyai sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.
- Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.
- Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Perbandingan Vitamin C Shaklee dengan jenama Vitamin C lain di pasaran
Baca juga :
- Bagaimana Meningkatkan Imuniti Ketika Hamil?
- Bestnya Vitamin C Untuk Ibu Hamil!
- Set Kesihatan Optimum Untuk Keperluan Harian
- Ibu Yang Nak Cantik, Wajib Ambil Vitamin C Hari-hari
- Batuk Lebih Lekas Sembuh Dengan Vitamin C
Penutup
Berminat nak dapatkan Vitamin C Shaklee ataupun mana-mana produk Shaklee yang lain? Saya merupakan pengedar aktif Shaklee. Boleh hubungi saya untuk sebarang bantuan order ataupun konsultasi berkenaan produk Shaklee.
Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya