Doa Untuk Amalan Wanita

By | 23/08/2023

Selamat datang pembaca sekalian. Wanita sentiasa berjiwa rapuh dan beremosi. Jadi bagi membantu kaum wanita menghadapi kehidupan yang mencabar, saya kongsikan doa untuk amalan wanita sebagai rutin seharian, ataupun ketika saat-saat paling rendah dalam hidup dan anda memerlukan sesuatu untuk memberikan kekuatan. Ada juga saya kongsikan doa agar memohon supaya dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan doa-doa untuk memohon anak yang soleh.

Doa Untuk Amalan Wanita Selepas Subuh

Ini adalah doa yang baik untuk dibaca. Tak kira wanita mahupun lelaki. Pagi-pagi, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan segala yang baik pada hari tu. Agar tidak lupa untuk membacanya setiap hari, maka rutinkanlah untuk kita selalu bacakan doa ini setiap pagi selepas Solat Subuh. Sebab selepas tu, kita pasti akan jadi terlalu sibuk dah. Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita di sepanjang hari.

Doa Untuk Amalan Wanita Memohon Agar Dimurahkan Rezeki

Allah Maha Kaya dan Maha Mengurniakan Rezeki. Jadi pohonlah kepada Allah agar dimurahkan rezeki. Kita hamba-Nya yang fakir dan amat perlu mengharapkan pemberiannya. Amalkan doa murah rezeki ini selalu, semoga Allah mengurniakan rezeki yang berkat dan melimpah-ruah kepada kita.

Doa Agar Dicukupkan Keperluan Dunia Dan Akhirat

Kita kaum wanita, amat suka kepada kecantikan dan apa-apa benda yang cantik. Kita suka rumah yang cantik, hiasan yang cantik, pakaian yang cantik, dan apa-apa lah yang cantik kan? Kita juga suka membeli-belah. Nampak benda kita suka je, kita teringin nak beli. Nampak makanan yang sedap je, kita nak makan. Tapi tu semua nafsu je kan?

Bukan tu saja, kita juga perlukan kecukupan kewangan. Pastinya banyak perkara yang kita tak mampu dapatkan kerana kekangan wang. Kadang-kadang keperluan anak-anak pun kita tak mampu nak cukupkan. Sebab itu, kita kena selalu memohon kepada Allah agar dicukupkan segala keperluan dunia dan akhirat kita. Hanya kepada Allah tempat kita meminta.

doa untuk amalan wanita

Doa Mohon Kesihatan Tubuh Badan

Mungkin ramai yang terlupa nak doa supaya dikurniakan kesihatan tubuh badan. Ada juga doa memohon tubuh badan yang sihat seperti di dalam Ma’thurat. Tapi ini adalah doa memohon kesihatan aafiyah daripada Allah. Bayangkan jika kita jatuh sakit, mesti susah hati sebab banyak urusan seharian yang terganggu kan? Tak dapat uruskan anak yang nak bersekolah, tak dapat urus diri sendiri, kadang-kadang bila tubuh badan lemah tak bertenaga pun, sangat-sangatlah menjejaskan kerja-kerja seharian kita. Sebab tu, kita perlu sangat-sangat tubuh badan yang sihat, sebab kerja kita yang banyak dan peranan kita yang sangat penting dalam urusan rumahtangga. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kaum wanita semua.

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa ini adalah doa memohon agar Allah permudahkan segala urusan-urusan kita. Kita kaum wanita, kekadang tu terpaksa selesaikan banyak sangat perkara. Kerja kita tak pernah habis-habis. Bayangkan jika kita tak dapat memainkan peranan sebagai seorang ibu di rumah, pasti rumahtangga jadi kelam-kabut dan tak terurus kan? Semua benda kita nak buat. Banyak benda kita nak kena uruskan. Tapi kita hanyalah insan yang lemah. Yang tak mampu nak buat segalanya dengan perfect. Hanya kepada Allah tempat kita mohon agar dipermudahkan segala urusan kita. Agar kita dapat uruskan rumahtangga kita dengan baik dan dengan sesempurna yang mungkin. Semoga Allah membantu kita.

doa untuk amalan wanita

Doa Berserah Diri Kepada Allah (Ustazah Norhafizah Musa)

Perkongsian ini saya screenshot daripada komen oleh seseorang di Facebook. Saya pun tak ingat siapa yang berkongsi. Tapi saya ambil apa yang dikongsi agar saya sendiri dapat manfaatkan ayat-ayat doa yang dikarang oleh Ustazah Norhafizah Musa ini. Best kan doa tawakal ni?

Kita kaum wanita kadang-kadang buntu nak buat sebarang keputusan. Kita pun tak pasti sama ada apa yang kita buat ni betul ataupun salah. Kadang-kadang nak buat solat sunat Istikharah, tak sempat pula. Jadi kita panjatkanlah doa penyerahan dan tawakkal ini. Semoga Allah sentiasa memimpin segala urusan kita. Hanya kepada-Nya kita berserah.

doa untuk amalan wanita

Doa Untuk Amalan Wanita Memohon Anak-anak Yang Soleh

Doa para ibu kepada anak-anaknya adalah sangat mujarab. Maka para ibu, jangan missed untuk selalu mendoakan untuk anak-anak. Selalulah titipkan doa-doa terutamanya doa yang terdapat di dalam Al-Quran seperti contoh doa ini.

doa untuk amalan wanita

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian saya mengenai doa untuk amalan wanita ini. Semua doa di atas sangat sesuai diamalkan oleh para wanita. Doakan saya memperoleh pahala dengan berkongsi benda yang baik kepada lebih ramai orang.

Baca juga :

  1. Doa Rasulullah S.A.W. Kepada Ibnu Abbas
  2. Doa Ketika Anak Di Ribaan Dan Mohon Allah Merahmati Anak Kita
  3. Doa Supaya Anak-anak Dijauhi Zina
  4. Berdoa Ketika Memasak?
  5. Doa Agar Anak Pandai Belajar

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge