Doa Agar Anak Pandai Belajar

By | 22/03/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Dulu saya belajar di sekolah berasrama MRSM, nun jauh di negeri Perak. Saya la anak yang paling jauh merantau pada usia sekolah menengah berbanding dengan adik-beradik saya yang lain yang hanya bersekolah menengah di sekitar Negeri Sembilan. Memandangkan saya berada jauh di negeri Perak, dan ibu bapa saya di Petaling Jaya, Selangor, maka ayah saya selalu menitipkan doa-doa untuk saya amalkan. Sebenarnya bukan sahaja saya, tetapi abang dan kakak saya juga selalu dibekalkan dengan doa-doa untuk diamalkan. Terutamanya doa-doa untuk menerangkan hati agar mudah menerima ilmu dan pelajaran.
Antara doanya adalah doa Nabi Sulaiman ini. Ibu bapa, salinkan ayat ini kepada anak-anak yang sedang bersekolah dan lekatkan di meja study mereka agar mereka sering membacanya setiap kali sebelum memulakan sesi mengulangkaji pelajaran atau melakukan kerja-kerja sekolah mereka. Semoga segala ilmu diberkati dan terang hati mereka untuk mudah menerima serta memahami ilmu yang dipelajari.

===

Thinker Toy Robot

LAGI BEST DARI MAIN LEGO….anak saya Mujahid 5 tahun, telah mencuba bermain Thinker Toy…ye, permainan Thinker Toy ini lagi best dari main lego dan juga blok….memang asyik bermain (Testimoni Puan Sarah)

Anak akak,Taqiy 4 tahun 5 bulan…sejak dapat permainan thinker toy ni tak tengok kartun dah, main thinker toy je tak henti henti..sebelum ni dia suka buat yg lego yg toys boleh build up ni…mcm2 bentuk bot la, aeroplane la, submarine la…
Thinker toys ni banyak tayar, buat keta dan lori la..kanak-kanak kan suka berimaginasi,macam-macam dia buat, tracktor,aeroplane,senapang,pistol…
seronok dia,sebab banyak shapes so unlimited toy dia boleh buat…hari-hari dia main, lego yang sebelum ni pun,simpan je tak main dah,yang thinker toy ni lagi best katanya.
3 orang anak Kakak 7 tahun, Taqiy 4 tahun, dengan Mia 2 tahun semua join bermain..Mama pun kadang-kadang berebut nak main…hehehe..boleh release stress (^_^) (Testimoni Puan Hanis)

Amat sesuai dijadikan hadiah kepada anak-anak atau bahan aktiviti pada cuti sekolah yang akan datang. Galakkan anak-anak anda menggunakan otak untuk berfikir membuat pelbagai model!

Berminat untuk order? PM kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop .

Thinker Toys ialah permainan binaan (Construction toys) yang membantu memperkembangkan :

1. Kemahiran kognitif (berfiki). Kanak-kanak yang selalu bermain dengan Thinker Toys akan menggunakan otaknya untuk berfikir membuat pelbagai model. Kajian membuktikan kanak-kanak ini mempunyai daya pemikiran kreatif melebihi kanak-kanak yang tidak bermain dengan mainan binaan. Mereka juga mempelajari konsep bentuk, ruang dan pengukuran apabila bermain dengan Thinker Toys. Sebagai contoh melalui mainan sebegini mereka belajar mengenai, besar kecil, panjang pendek. Mereka akan belajar memilih dan membanding dalam aktiviti binaan seperti Thinker Toys. Ini akan membantu mereka memahami konsep matematik yang lebih kompleks nanti.

2. Motor halus. Bermain dengan Thinker Toys melatih kanak-kanak menggunakan jari jemarinya. Ini akan membantunya untuk mudah memegang alat tulis dan menulis. Di samping itu, permain seperti ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata tangannya yang sekali lagi akan penting untuk membaca dan menulis.

3. Kemahiran sosio-emosi. Sekiranya kanak-kanak bermain dengan Thinker Toys ini bersama adik-beradik atau kawan-kawan, dia akan belajar bersosial. Dia akan berbual-bual dan bertolak ansur dalam bermain.

4. Kemahiran bahasa. Tentu sekali apabila bermain, kanak-kanak akan bercerita mengenai rekaan binaannya. Dia akan juga bercerita sepanjang proses pembinaan. Ibu bapa yang membimbing anak kita bermain akan memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada anaknya. Sekali gus mempertingkatkan keupayaan bahasa anak itu.

Harga :

RM46 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia.
RM47 termasuk kos Nationwide ke Sabah/Sarawak.

Berminat untuk order? Sila PM kami dengan mengklik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 untuk pertanyaan stok dan order.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge