Cuti Sekolah Kembali Lagi

By | 24/03/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Alhamdulillah cuti sekolah kembali lagi. Saya masih belum mempunyai anak yang bersekolah, namun saya amat suka bila tibanya waktu sekolah, kerana saya gembira apabila suami saya tak perlu bersesak-sesak di dalam jalan raya untuk ke tempat kerja. Teringat sewaktu saya masih bekerja dahulu, waktu musim cuti persekolahan adalah waktu yang sangat para pekerja sukakan kerana lalulintas sudah tidak terlalu sesak sebagaimana biasa. 
Pada musim cuti sekolah sebegini, kebiasaannya ibu bapa akan pulang ke kampung membawa anak-anak untuk berjumpa dengan datuk dan neneknya, ada juga yang mengambil peluang bercuti ke negeri lain. Ada juga yang memilih bercuti di sekita Selangor dan Kuala Lumpur kerana pelbagai acara, program atau tempat-tempat menarik sering diadakan di sekitar ibu kota pada musim cuti persekolahan.
Sabtu dan Ahad yang lalu, PICC di Presint 5 Putrajaya mengadakan Ekspo Bayi dan Ibu Mengandung serta Pesta Buku Antarabangsa Bookerville. Saya dan suami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ke sana. Lagipun, itulah kali pertama kami menjejak kaki ke PICC. Pada pendapat kami, Ekspo Bayi itu tidaklah begitu menarik jika dibandingkan dengan Ekspo-ekspo yang biasa diadakan di KLCC, Mid Valley atau PWTC. Jadi kami hanya berjalan-jalan dan membeli keperluan sekadar sedikit-sedikit sahaja. Kemudian kami berjalan ke Bookerville yang banyak menjual buku-buku karya tempatan. Oleh kerana kesuntukan waktu, kami hanya sempat membeli senaskhah Al-Quran, itu pun kerana didesak oleh anak kami yang berusia 2 tahun 8 bulan. Dia terlalu meminati Al-Quran. Bukannya apa. Dia suka membelek-beleknya. Lagi besar Al-Quran tu lagi dia suka. Maka saya dan suami pun raikannya saja lah. Memandangkan anak kami tu selalu sangat suka gunakan Al-Quran yang selalu saya baca, sedikit sebanyak dia banyak mengganggu saya sewaktu membaca. Jadi, dengan adanya dua Al-Quran serupa dan agak berwarna-warni, boleh la anak saya membelek Al-Qurannya sendiri tanpa mengganggu saya.
Melihat banyaknya buku di pesta-pesta buku memang sangat menarik dan menggoda hati. Namun apabila memikirkan ketekunan menghabiskan sesuatu buku itu begitu sukar sekali, maka buku-buku dilihat secara sepintas lalu sahaja. Harapan saya untuk menghabiskan membaca buku-buku yang saya pernah beli dahulu. Entah bila agaknya. 🙂
Apa agaknya aktiviti anda ketika musim cuti sekolah ini? Sudah merancang? Selamat menjalani cuti persekolahan dan selamat beraktiviti bersama anak-anak. ^_^
===
Electronic Backseat Driver

Anak anda suke main stering kereta? Anda drive, dia pun nak drive? Oops apa kate bagi anak anda hadiah Electronic Backseat Driver with Sound n Light… Anak anda boleh drive walaupun di belakang kereta..bestnya ! Ade bunyi..Horn, Revving, Engine, Gear, Change and Braking…ade Flashing, Indicators and Illuminated Speedo.. Anak anda boleh drive secara real semasa anda sedang drive !

Hanya RM57 termasuk kos pos Nationwide ke seluruh Malaysia.

Hubungi kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk order!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge