Vitamin Untuk Wanita Berdasarkan Usia

By | 23/08/2023

Selamat datang pembaca semua. Kali ni saya ingin fokus nutrisi dan vitamin untuk wanita mengikut keperluan pada pelbagai peringkat usia mereka. Kerana saya juga seorang wanita, yang turut pernah melalui fasa-fasa yang berat dan lelah, saya percaya.. Setiap wanita sangat-sangat memerlukan nutrisi untuk menampung segala cabaran yang mereka lalui pada usia mereka.

Mereka yang baru berusia 20-an, pastinya berbeza keperluannya dengan wanita berusia 60-an. Jadi dalam entry ni, kita akan fahami keperluan vitamin untuk wanita berdasarkan usia mereka. Sebelum tu, kita fahami dulu cabaran yang dilalui oleh golongan wanita pada setiap usia.

Cabaran Wanita Pada Usia 20-an Hingga 25+

Cuba periksa, ada tak anda alami cabaran kesihatan tertentu pada fasa usia 20-an hingga 25+? Mesti ada alami kan? Sindrom PMS, berat badan yang berlebihan, blackheads dan whiteheads, kulit berminyak dan berjerawat, adalah di antara masalah yang paling kerap dialami wanita fasa ini. Mulalah rasa rendah keyakinan diri, tak selesa ketika belajar, dan alami gangguan fokus dalam pekerjaan. Sedangkan fasa ni adalah fasa yang penting untuk wanita membina nilai diri, mencipta laluan kerjaya dan mencuba pelbagai perkara untuk menambah pengalaman hidup. Termasuklah mencari pasangan hidup. Penting kan fasa ni? Sayanglah kalau ada masalah kesihatan yang mengganggu fokus mereka pada usia ini.

Cabaran Wanita Pada Usia 25+ Hingga Awal 40an

Menginjak usia 25 ke atas pula, wanita sudah mula membina kerjaya, sibuk bekerja pagi ke petang secara rutin, memulakan rumahtangga dan melahirkan anak. Tidak lagi boleh bersantai seperti semasa bujang dahulu. Pulang daripada kerja, kena tumpukan perhatian kepada kerja-kerja dalam rumahtangga pula. Mengemas, membersih dan mengurus keluarga. Maka wanita perlukan extra kecergasan untuk mampu menjalankan pelbagai peranan dalam hidup. Tapi kecergasan merudum apabila tuntutan hidup semakin bertambah. Wanita ada peranan kepada suami, kepada ibu bapa dan juga kepada anak-anak kecil. Jika wanita lemah dan lesu, pastinya ia akan effect mereka di sekeliling terutamanya suami dan anak-anak. Bila terjadi macam ni, emosi pula terganggu. Mulalah timbul masalah dalam perhubungan suami isteri.

Selain itu juga, boleh jadi pada usia ni, anda mula perasan garis halus dan pigmentasi mula timbul di kulit wajah, masa tidur yang tidak mencukupi, tercari-cari tips untuk penyusuan berjaya sewaktu bekerja, berat badan berlebihan dan mungkin ada yang baru berkahwin dan mengalami masalah ketidaksuburan.

Cabaran Wanita Pada Usia 40an

Pada usia 40-an ini, fokus wanita akan berubah kepada menghadapi kesan penuaan secara perlahan-lahan. Period sudah tidak lagi seperti dulu. Slowly hormon estrogen makin berkurang dan period pun makin lama makin sikit dan lama-lama terjadilah menopause. Ketika menopause berlaku, banyak masalah yang timbul dari segi fizikal dan emosi. Mood swing, emosi tak menentu, cepat marah, tak faham dengan perasaan sendiri.. Semua ni akan sangat effect perhubungan antara seseorang wanita dengan ahli keluarga terdekatnya iaitu suami dan anak-anak. Begitu juga dengan rakan sekerja. Pastinya rumahtangga terganggu, kerjaya pun terganggu dan orang lain jadi tak selesa dengan kita. Wanita akan kemurungan dan depresi. Masa ni pula wanita dah semakin kurang cantik dengan kulit wajah makin berkedut. Paling sedih apabila rumahtangga menjadi retak dan berlaku penceraian. Daripada sepatutnya berseronok dengan anak cucu dan travel, tapi perpisahan pula yang berlaku. Naudzubillahi minzaalik.

Vitamin untuk wanita
Keperluan wanita pada setiap usia itu berbeza-beza.

Vitamin Untuk Wanita Berdasarkan Usia

Vitamin Untuk Wanita Usia Muda (20-an hingga 25+)

Vitamin untuk wanita

Wanita dalam semua fasa (20-an, 25+, awal 40-an dan 50+), mereka perlukan set asas optimum untuk keperluan harian iaitu : ESP, Omega Guard, Vitamin C dan B-Complex.

ESP = sebagai sumber protein agar keperluan ‘asid amino perlu’ (essential amino acids) dicukupkan setiap hari. Terdapat asid amino yang badan kita boleh hasilkan, dan ada yang badan kita tidak boleh hasilkan. Itulah essential amino acids yang mana kita wajib dapatkannya daripada makanan. Tapi cabaran wanita pada hari ini adalah ia sangat sukar dicukupkan melalui diet harian semata-mata. Sebab itu, kita perlu cukupkan dengan bantuan ESP. Pengambilan ESP yang kerap juga akan memberikan sel kulit yang lebih sihat, cantik, awet muda dan berseri-seri.

Omega Guard = sebagai sumber asid lemak Omega-3 yang merupakan essential fatty acid. Bermaksud ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi kita mesti dapatkannya melalui makanan. Tapi amat sukar untuk kita mengambil ikan tuna, salmon ataupun kekacang setiap hari dengan secukupknya. Apatah lagi nak cukupkan kesemua spektrum Omega-3 yang ada iaitu DHA, EPA dan ALA. Untuk memudahkan, ambil saja Omega Guard yang dah cukup combine semua jenis Omega-3 yang penting setiap hari. Dijamin tulen dan selamat daripada bahan logam berat lagi.

Vitamin C = Vitamin C perlu diambil secara rutin setiap hari kerana badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri, malah tidak boleh juga di’store’ dalam badan. Ini kerana Vitamin C ialah vitamin jenis larut air. Ia akan larut dan digunakan pada masa itu juga oleh badan kita; setakat mana yang badan kita perlukan pada waktu itu. Sedangkan tubuh kita memerlukan Vitamin C setiap masa sebagai perlindungan dan anti-oksidan daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas dari pelbagai jenis persekitaran yang kita lalui setiap hari. Bila tidak cukup, itulah yang badan kita mudah dijangkiti, mudah sakit dan cepat tua. Sebab itu, rutinkan diri untuk mengamalkan Vitamin C setiap hari, siang dan malam. Barulah tubuh kita akan mendapat perlindungan yang lebih baik untuk kesihatan dan awet muda.

B-Complex = B-Complex adalah keperluan setiap hari kerana ia penting untuk menukarkan makanan yang kita makan kepada bentuk tenaga. Ia juga penting dalam setiap fungsi sel dalam tubuh termasuklah dalam pergerakan maklumat pada saraf otak, pergerakan sendi dan kesihatan saraf, mood yang stabil, kesihatan jantung, penghasilan sel darah merah, penjagaan kulit dan banyak lagi fungsi yang penting. B-Complex juga adalah seperti Vitamin C; yang mana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh dan mestilah diambil setiap hari untuk keperluan tubuh badan. Bagi mereka yang mudah lesu, ambillah B-Complex ini setiap hari, agar anda dapat rasa tubuh badan yang lebih bertenaga. Emosi juga terasa lebih stabil bila cuba amalkan B-Complex ini.

Tambahan Vitamin Untuk Wanita 20-an

Vita-Lize = Sebagai sumber multivitamin yang mencukupkan kesemua vitamin dan mineral termasuklah Zat Besi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Vita-Lize ini membantu memberikan tenaga kerana ia membantu penukaran makanan kepada tenaga dengan lebih efisyen. Ia juga penting untuk menaikkan paras hemoglobin yang penting untuk membawa oksigen di dalam sel darah merah. Vita-Lize cukup segala vitamin dan minerals yang membantu dalam pelbagai fungsi penting dalam tubuh badan. Untuk membantu lifestyle wanita 20-an yang sibuk dan perlukan kecergasan, ambillah Vita-Lize ini setiap hari tanpa culas. Vita-Lize Shaklee mempunyai sistem penyerapan aktif yang berpaten; menjadikan ia sangat-sangat mudah diserap dan sangat berkesan menaikkan tahap kesihatan seseorang.

Baca juga :

  1. Multivitamin Shaklee Berwajah Baru 2023

GLA Complex = Bagi mengatasi masalah yang berkaitan dengan hormon wanita, GLA Complex adalah solusinya. Terutama sekali bagi mereka yang ada masalah senggugut, keputihan, period yang tidak teratur, mood yang selalu tidak stabil dan kerap marah-marah sewaktu PMS, segala sindrom yang berkaitan dengan PMS dan juga masalah kekeringan pada kulit. GLA Complex menjadi sahabat kepada wanita yang mahu menjaga dalaman dan menjaga masalah hormon. GLA Complex juga membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan isteri yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Vitamin Untuk Wanita Usia Berumahtangga (25+ Hingga Awal 40-an)

Vitamin untuk wanita

Sama seperti wanita fasa 20-an, wanita fasa 25+ hingga awal 40-an juga perlu meneruskan rutin vitamin ESP, Omega Guard, Vitamin C, B-Complex dan Vita-Lize setiap hari.

Bagi wanita fasa ini, mereka digalakkan juga untuk menambah vitamin Alfalfa dan Ostenutrix sebagai sumber kalsium.

Alfalfa = Alfalfa adalah sejenis tumbuhan hijau jenis herba yang sangat-sangat istimewa. Nama Alfalfa adalah berasal daripada kalimah Arab “Alfun” yang bermaksud 1000; kerana pokok tumbuhan Alfalfa ini terkenal mempunyai 1000 khasiat yang sangat banyak kepada hidupan manusia mahupun haiwan. Ia ditemui oleh bangsa Arab beribu-ribu tahun dahulu dan kerana khasiatnya yang hebat, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta vitamin signature beliau untuk Alfalfa dengan ramuan yang tak berubah semenjak pertama kali diciptakannya sehinggalah ke hari ini untuk kita nikmati.

Apa yang menariknya tentang Alfalfa, ia adalah tumbuhan tinggi alkali yang begitu membantu meningkatkan kesihatan manusia yang banyak berpunca daripada pemakanan tinggi kandungan asid yang berlebihan. Alfalfa terkenal sebagai sumber detoksifikasi, mendetoks darah, mendetoks usus, baik untuk pelancaran aliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan kandungan asid urik dalam tubuh. Alfalfa juga baik untuk kesihatan dalaman dan keintiman wanita. Terutamanya untuk wanita selepas bersalin. Bagi ibu yang menyusukan bayi pula, Alfalfa membantu melancarkan aliran susu dan bertindak sebagai agen “milkbooster”. Sangat disarankan kepada wanita pada usia ini.

Baca juga : Alfalfa Complex; Supplemen Terbaik Untuk Dalaman Wanita

Ostenutrix = Ostenutrix adalah sumber vitamin dan mineral seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin D, dan mineral-mineral lain seperti Boron. Pada usia wanita ini, wanita akan berulangkali mengandung, melahirkan, berpantang dan menyusukan bayi, sehingga kehilangan banyak kalsium daripada simpanan kalsium dalam tulang. Oleh kerana ini jugalah, wanita mestilah top-up kembali kalsium yang banyak hilang. Biasa kan dengar, ibu hamil kerap mengalami kekejangan kaki. Sebab utamanya adalah kekurangan kalsium dan magnesium. Kaum ibu juga kerap mengalami sakit-sakit badan, lenguh-lenguh dan keletihan. Amalkan Ostenutrix ini setiap hari supaya kesakitan-kesakitan ini dapat dikurangkan. Tambahan lagi, Ostenutrix sangat membantu memberikan tidur yang lena dan kesegaran kepada para ibu.

Vitamin Untuk Wanita Usia Berumahtangga (Lewat 40-an Hingga 50-an)

Vitamin untuk wanita

Sama seperti wanita pada usia 20-an dan awal 40-an, wanita usia emas juga perlu meneruskan rutin harian vitamin untuk wanita iaitu ESP, Omega Guard, Vitamin C, Vita-Lize dan Ostenutrix.

GLA Complex = Kalau ketika berusia 20-an perlu ambil GLA Complex bagi mengatasi masalah period tak teratur dan masalah kesuburan, wanita usia emas pula perlu mengambil GLA Complex ini untuk menghadapi masalah menopause. Kerana GLA Complex membantu dalam mengawal hormon wanita, maka wanita berusia emas bolehlah mengurangkan masalah menopause seperti panas badan dan berpeluh, yang menyebabkan kesukaran untuk tidur malam, masalah mood swing yang tidak menentu, dan masalah kekeringan pada kawasan intim dan masalah kering pada kulit. Masalah-masalah ini sangat tidak selesa dan akan merosakkan hubungan dan keharmonian dalam rumahtangga. Bayangkan bila emosi tak menentu, kerap rasa nak marah dan kemurungan, mesti pasangan dan anak-anak rasa tak selesa. Kita kaum wanita pun tak faham dengan perubahan biologi pada diri sendiri. Keadaan ini berbeza mengikut wanita. Carilah bantuan dan cubalah GLA Complex ini. Boleh berikan kepada diri sendiri, kepada ibu kita yang mengalami masalah ini atau jika anda seorang suami, hadiahkan GLA Complex ini kepada isteri untuk membantunya.

Vivix atau Res-V = Vivix atau Res-V adalah khasiat Polifenol Tumbuhan yang terkenal di dalam Shaklee. Bagi wanita usia warga emas, Res-Vivix ini membantu mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Kaya dengan khasiat anti-oksidan, ResV-Vix membantu melambatkan penuaan sel, memberi jangka hayat yang lebih lama kepada sel-sel dalam tubuh badan untuk menjalankan pelbagai fungsinya, memberikan tenaga kepada sel, dan memberi perlindungan kepada sel daripada serangan radikal bebas dan daripada termusnah. Biasa dikongsi oleh kaum usia emas yang mencuba ResV-vix ini, mereka perasan kesakitan tubuh badan seperti lenguh-lenguh, sakit-sakit tumit dan lutut atau pinggang, banyak kurang bila cuba amalkan ResV-Vix ini. Tak kurang juga yang perasan kulit wajah mereka nampak lebih awet muda dan ditegur orang lain pula nampak lebih muda. Paling penting, tahap kecergasan tubuh badan mereka bertambah dan mereka dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa dan gembira.

Hadiahkanlah ResV-Vix kepada insan-insan penting dalam hidup anda terutamanya ibu bapa. Boleh juga hadiahkan kepada diri sendiri sebagai perlindungan terhadap kesihatan dan memberi kesan awet muda. Pastinya ia reward yang besar buat diri sendiri dan akan sangat menggembirakan hati :-).

Baca juga :

  1. 8 Kebaikan Polifenol Vivix
  2. Vivix Shaklee Supplement Tenaga dan Cergas

Kesemua vitamin untuk wanita ini sangat-sangat penting dan bermanfaat kepada kaum wanita. Saya sendiri sudah pernah amalkan kesemua vitamin di atas dan merasai manfaatnya kepada tubuh badan saya. Sekiranya anda menyayangi diri sendiri dan mahukan yang terbaik buat diri, dapatkanlah kesemua vitamin untuk wanita ini dan amalkan setiap hari. Percayalah, ia adalah suatu pelaburan terhadap kesihatan yang sangat-sangat berbaloi!! Saya sendiri merasa yakin dengannya.

Baca juga :

  1. 7 Sebab Kenapa Supplements Shaklee Terbaik Di Malaysia
  2. Top 10 Vitamin Shaklee Yang Hot

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge