Keperluan Wanita Mengandung

By | 07/09/2023

Selamat datang para pembaca sekalian. Anda baru saja mendapat berita bahawa anda telah hamil? Mungkin anda sendiri sebagai wanita yang pertama kali hamil dan sedang tercari-cari apa yang diperlukan oleh wanita mengandung, atau mungkin anda sedang hamil anak yang kedua, ketiga atau seterusnya dan mahu memperbaiki kehamilan kali ni, ataupun mungkin anda seorang suami yang mungkin sedang mencari info untuk isteri yang tercinta. Walau siapa pun anda sekarang, TAHNIAH ! Kerana anda dah ada keinginan untuk menyediakan yang terbaik untuk janin atau bayi yang sedang terbentuk kini. Pastinya anda mahu melakukan yang terbaik buat permata hati yang sedang membesar di dalam rahim.

Saya sebagai ibu yang pernah hamil sebanyak 4 kali, juga turut teruja dalam memberikan yang terbaik buat bayi yang saya kandungkan. Tak pernah jemu untuk mencari ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya dalam pelbagai aspek. Memang ilmunya sangat meluas dan perlu dipelajari dengan sebaiknya, lebih-lebih lagi jika ini pengalaman pertama kita.

Antara Kelas Ilmu Yang Saya Pernah Hadiri Secara Fizikal :

  1. Ilmu Penyusuan dengan Kaunselor Laktasi Yang Bertauliah (ketika hamil anak pertama)
  2. Kelas Antenatal anjuran Hospital Al-Islam, Kampung Baru, KL (ketika hamil anak pertama)
  3. Kelas Antenatal anjuran Hospital An-Nur, Bangi (ketika hamil anak kedua)
  4. The Best You Can Give Your Baby Roadshow, by Dr. Sonhee Park, Shaklee’s expert scientist

Dan banyak lagi bacaan yang saya lakukan, baik di Google, Youtube dll, mahupun buku-buku ilmiah yang saya baca. Antaranya :

  1. What To Expect When You’re Expecting, By Heidi Murkoff
  2. Amalan Ibu Mengandung, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
  3. Rahsia Kesihatan Ibu Hamil, Lutfiatus Solihah
  4. Berpantang Cara Alami, Koleksi Pa & Ma (majalahpama.com.my)
  5. Panduan Pemakanan Anak Sihat & Pintar, Koleksi Pa & Ma (majalahpama.com.my)
  6. Diari Hamil : Meniti Detik Kehamilan Bersamamu (Telaga Biru)
  7. Pantang Larang Ketika Hamil & Selepas Bersalin, Abadiah Abdullah

Pastinya semuanya merupakan pengalaman yang manis dan sangat mengujakan. Dan yang paling banyak saya pelajari tentang nutrisi kesihatan, tentunya sepanjang saya berada dalam bisnes Shaklee selama 10 tahun lamanya, sejak pertama kali saya mencuba Shaklee ketika hamil anak ke-2 (tahun 2014).

Ini kerana Shaklee sendiri fokus dalam dunia kesihatan dan nutrisi semulajadi, jadi saya memang sentiasa mengikuti ilmu-ilmu dan kelas nutrisi yang dikongsikan pakar nutrisi. Semuanya sangat membantu diri saya bersedia menempuhi dunia kehamilan dan menyusukan bayi.

Kesihatan Wanita Mengandung, Penentu Kesihatan Bayinya

Percaya tak kalau saya katakan, seorang wanita itu akan ada kesedaran untuk menjaga pemakanannya dan berfikir untuk mencari makanan berkhasiat, ketika dia sedari yang dia telah hamil. Sebelum tu tak kisah pun. Belasah je nak makan apa-apa. Betul tak?

Tak kurang juga yang terus tak jaga pemakanan selepas dah melahirkan ataupun dah habis fasa berpantang. Masa tu lah nak enjoy makan apa saja. Makanan berkhasiat ke tak ke, dah kurang fikir. Belasa aje. Yang penting dapat makan sedap dan ikut suka tekak. Anda macam tu juga ke?

Normal semua keadaan tersebut. Tapi ia agak menyedihkan sebab kurangnya kesedaran para ibu untuk menjaga kesihatan dan pemakanannya even sebelum hamil dan selepas fasa berpantang.

Yang sebenarnya, permulaan dan penentu kepada kesihatan bayi itu bermula daripada kualiti kesihatan ibu dan bapanya. Kerana daripada genetik ibu dan bapa lah, genetik pada badan bayi akan di-copy. Dan bagaimana pemakanan ibunya ketika hamil, akan sangat mempengaruhi janinnya.

Lihat gambarajah di atas, bayangkan apabila seorang wanita mengandung itu (1st generation) merokok, apakah yang sedang wanita ini bentukkan pada janinnya (Fetus – 2nd generation) dan juga sel-sel pembiakan dalam organ pembiakan janinnya itu pula (3rd generation)?

Pastinya apa saja yang dimakan atau yang diambil wanita mengandung itu akan mempengaruhi pembentukan sel dan organ pada janinnya, walaupun sehingga ke generasi ke-3. Bahkan, janin itu terbentuk daripada sperma milik bapanya, maka tentulah kualiti janin juga dipengaruhi oleh kualiti sperma bapanya. Sebab itu, kedua-dua ibu dan bapa mesti jaga baik-baik kesihatan mereka sejak dari awal sebelum persenyawaan lagi, kalau betul sayangkan anak yang bakal dilahirkan ini.

Lihat pula gambarajah di atas, contoh kes apabila seorang wanita mengandung mengalami anaemic (anemia ataupun rendah paras Hemoglobin), bagaimana ia melahirkan anak yang anaemic juga. Keadaan kurang HB ini sebenarnya bahaya kerana ia akan merencatkan tumbesaran bayi, bayi takkan peroleh nutrien dan oksigen secukupnya dan akan menjejaskan pembentukan organ-organ penting bayi dan mungkin akan mengalami kecacatan. Bayi juga berpotensi untuk meninggal.

Sebab tu, wanita mengandung mesti take note untuk jaga diri baik-baik semasa hamil dan jangan culas untuk cukupkan segala keperluan penting sepanjang kehamilan itu okey? Sekarang kita akan masuk kepada tajuk yang paling penting iaitu keperluan wanita mengandung. Jom baca :-).

Keperluan Wanita Mengandung

  1. Protein Soya
    • Protein memang sangat penting sebab ia adalah asas kepada binaan sel-sel dalam tubuh badan kita. Tak cukup protein, macam mana badan kita nak bina sel-sel baru. Dan jika tak cukup protein yang berkualiti, macam mana badan kita nak bina sel-sel baru yang sihat.
    • Ibu-ibu wajib cukupkan keperluan protein sepanjang kehamilan ini.
    • Protein terdiri daripada sumber haiwan seperti ayam, daging, ikan, telur dan sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, tauhu dan tempe.
Keperluan wanita mengandung

2. Vitamin B

  • Vitamin B ini bukan ada 1 jenis je, tapi ada banyak jenis. Sebab tu ia dipanggil B-Complex.
  • Vitamin B takkan begitu efektif sekiranya dia berseorangan. Dia mesti ada bersama keluarga B-Complexnya, barulah Vitamin B itu lebih efektif menjalankan fungsinya. Sebab tu jangan ambil sejenis vitamin B saja (contohnya folic acid sahaja), tapi ambillah seluruh B-Complex yang ada semua jenis Vitamin B.
  • Kalau anda visit Klinik Kesihatan Ibu dan Anak nanti, pastinya jururawat akan berikan anda folic acid (sejenis Vitamin B). Anda mesti makan ok!! Yang terbaik adalah mengambil folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda hamil.
  • Nasihat saya, wanita-wanita yang bakal berkahwin, cepat-cepat ambil B-Complex with Folic Acid sebelum anda bernikah. Saya tak tahu pun pasal ni masa saya berkahwin dahulu. Sedih juga kan? Mujur anak sulung saya tak alami apa-apa masalah seperti spina bifida :’)
  • Sekarang saya dah tahu, maka saya akan kongsikan dengan anak-anak perempuan saya ketika mereka bakal berkahwin nanti InsyaAllah. Itulah pentingnya ilmu kan?
Keperluan wanita mengandung

3. Multivitamin dengan Zat Besi

  • Sumber pelbagai vitamin ini adalah solusi mudah dan pantas bagi ibu-ibu yang mahukan nutrisi lengkap yang secukupnya mengikut daily recommendation.
  • Zat Besi pula adalah salah satu mineral yang penting untuk membina sel darah merah atau meningkatkan paras Hemoglobin.
  • Sekali dengan Vitamins yang terdapat dalam multivitamin terutamanya Vitamin B dan C, Zat besi akan lebih mudah diserap dan HB lagi senang nak naik.
  • Saya sangat recommend untuk ibu-ibu ambil multivitamins ni sebab ia bantu berikan tenaga jugak. Penting kan tenaga untuk ibu-ibu kuat masa ni?
Keperluan wanita mengandung

4. Kalsium

  • Kalsium paling penting kalau nak elakkan kaki cramp ketika hamil.
  • Mengandung dan mempunyai janin yang sedang membesar dalam rahim ibu-ibu, membuatkan kalsium deficiency pada tubuh ibu-ibu. So, mesti topup dengan kalsium! Lagi-lagi kalau tak nak tabung kalsium di dalam tulang kita menjadi kurang pulak. Bila kurang, jadilah rapuh dan mudah retak. Oooh seramnya! Belum cerita bab bongkok dan gigi jongang bila dah tua.. Oh tidakkk 😀
Keperluan wanita mengandung

Baca juga : Cara Kurangkan Kejang Kaki Semasa Hamil

5. Minyak Ikan atau Omega-3

  • Omega-3 ataupun kandungan utamanya DHA dan EPA selalu disebut-sebut penting untuk tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Memang betul, penting sangat-sangat untuk perkembangan otak, saraf dan mata bayi.
  • Nak anak bijak, ambillah Omega-3 ni sepanjang kehamilan ye!
  • Sebenarnya ada banyak sangat kebaikan Omega-3 ni. Terlalu banyak. Kebaikan yang sangat penting untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Baca juga : Kepentingan DHA Omega-3 Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

Banyak kan keperluan wanita mengandung?

Semua ni adalah untuk ibu yang hamil dan khasiat untuk bayinya juga. Jadi kena ambil seriuslah perkara ni. Tak boleh sambil lewa je. Sebab selepas bayi dilahirkan, kalau ada sebarang kekurangan, kita dah tak boleh dah nak patah balik kan? Jadi sementara masih hamil ni, dapatkanlah ilmu dengan sebanyak-banyaknya untuk mendapat kehamilan yang paling sempurna yang boleh dilakukan dan berjuang untuk menjaga kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.

Kita adalah apa yang kita makan. Dan kesihatan bayi kita juga akan sangat bergantung kepada apa yang diambil ibunya sebelum hamil dan sepanjang kehamilan. Saya ucapkan terima kasih kerana menjadikan entry blog ni sebagai sumber carian dan bacaan anda, ibu-ibu hebat semua. Semoga bermanfaat untuk kehamilan anda ye.

Saya adalah pengedar Shaklee dan product expert semenjak 2023. Saya boleh bantu anda dapatkan nutrisi lengkap melalui Set Hamil Shaklee. Dalam Shaklee, semua nutrisi wajib seorang wanita mengandung dah disediakan. Tak perlu runsing untuk mencari cara untuk cukupkan setiap hari. Boleh hubungi saya direct untuk saya bantu. Klik WHATSAPP DI SINI.

Baca juga :

  1. Set Hamil Shaklee : Vitamin Ibu Mengandung Yang Bagus
  2. Apa Nutrien Yang Penting Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?
  3. Surah Amalan Ketika Mengandung Untuk Dibaca Ibu dan Bapa Bayi
  4. Ibu Hamil dan Menyusu : Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Keperluan Wanita Mengandung

  1. Pingback: Set Mengandung Shaklee Pilihan Ramai • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge