Testimoni Shaklee Saya

By | 12/06/2023
Testimoni Shaklee saya

Selamat datang pembaca budiman. Entry kali ni adalah mengenai Testimoni Shaklee saya sendiri. Saya telah menjadi pengguna setia Shaklee semenjak tahun 2014. Dan ketika entry ni ditulis, saya dah 9 tahun mengamalkan Shaklee ni. Masha Allah. Tak sedarnya masa yang berlalu. Selama tempoh 9 tahun ni, KESEMUA produk Shaklee saya telah pernah beli, cuba dan amalkan. Tapi tak bermakna saya makan semua. Saya masih selektif tentang apa yang saya perlu konsisten dan ada juga yang saya ambil sesuatu produk Shaklee tu ketika perlu sahaja.

Saya pernah kongsikan tentang saat saya jatuh cinta dengan Shaklee pada entry yang lalu (KLIK LINK). Dari situlah saya mula mengenali setiap satu produk Shaklee yang lain pula. Perkenalan saya dengan Shaklee bermula ketika saya hamil anak kedua. Dan entry di atas tu tadi adalah kisah saya. Saya pertama kali mencuba Vitalea with Iron untuk mengatasi masalah kelesuan dan keletihan saya sebagai seorang surirumah sepenuh masa pada waktu tu, sambil perlu menjaga anak sulung yang berusia 2 tahun.

Testimoni Shaklee Saya – Vitalea with Iron (kini Vita-Lize)

Selepas saya mencuba Vitalea With Iron, saya dapat rasa lebih bertenaga daripada sebelumnya. Dan yang paling mengejutkan saya sebenarnya adalah sewaktu saya pergi routine check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Bila check bacaan HB, bacaan saya meningkat naik ke angka 12 daripada yang biasa iaitu 9 atau 10. Memang tak pernah-pernah pun HB saya dapat cecah 11. Tapi betul-betul amazing bila saya dah try Vitalea, HB saya naik terus. Bukannya saya tak makan pil iron yang klinik bagi. Saya memang makan. Vitamin C yang klinik bagi pun saya makan. Tapi tak menjadi pun semuanya. Saya dah cuba juga minum susu kambing, ambil madu, kurma, makan sayur bayam… Tak jadi. HB saya sekitar 10 jer lah. Sebab tu saya rasa best sangat bila consume Vitalea daripada Shaklee. Memang berkesan untuk saya, Alhamdulillah.

Bila dah rasa keberkesanan tu, apa lagi… Saya teruslah register sebagai ahli Shaklee sebab saya nakkan penjimatan untuk semua pembelian seterusnya. Bagi saya, once dah kenal benda baik dan berkesan untuk kita, kita kena terus pilih untuk meneruskannya. Bagi saya ia suatu rezeki bila kita dah jumpa something yang memang berkesan kepada kita. By the way itu hanyalah manfaat kecil yang saya dapat ketahui, sebelum saya kenali produk itu dengan lebih mendalam dan mengetahui manfaatnya yang jauh lebih besar daripada itu lagi.

Selepas saya jadi ahli, saya cuba satu persatu produk lain keluaran Shaklee.

Saya tak mampu nak cuba banyak-banyak masa tu. Sebulan saya cuba 1 produk. Maklumlah, surirumah je kan masa tu? Takde la mampu mana nak beli bebanyak. So saya cuba satu persatu. Saya cuba bermula dengan Ostenutrix, kemudian Vitamin C.. Dan bila saya dah bersalin, saya cuba Alfalfa dan ESP pula. Begitulah pengalaman saya dengan Set Hamil Shaklee. Saya cuba satu persatu semuanya.

Set Hamil dan Set Berpantang tu lebih kurang aje itemnya. Yang beza hanya ada tambahan Alfalfa untuk Set Berpantang atau Set Menyusu.

testimoni shaklee saya set hamil shaklee
Set Hamil Shaklee
Set Berpantang Shaklee dan Set Menyusu Shaklee
Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee

Testimoni Shaklee Saya – Set Hamil, Berpantang dan Menyusu

Saya amalkan seluruh set Hamil dengan lengkap untuk kehamilan saya yang ketiga dan keempat. Sebab dah ada pengalaman masa anak kedua kan? Jadi saya dah tahu apa yang penting untuk nutrisi ibu hamil.

Apa yang saya dapat rasakan :

  • ESP : Saya dapat kurangkan sikit masalah perut kosong ketika morning sickness waktu hamil anak ketiga. Waktu tu, saya tak boleh makan apa-apa sebab terlalu kerap muntah. Bila dah loya teruk, selera nak makan pun tak ada. Nak makan tapi tak mampu. Jadi bila saya lapar dan kerap muntah, saya jadi lemah. Syukurlah saya boleh minum ESP masa tu. Bila saya minum ESP, perut terasa kenyang lebih lama. Jadi effect loya tu dapat dikurangkan. Badan pun dapat rasa lebih bertenaga sikit. Morning sickness saya boleh dikategorikan sebagai agak teruk. Sebab saya tak mampu nak buat apa-apa; ibarat mayat hidup je lah. Bangun untuk mandi, solat dan makan sahaja. Selebihnya saya memang hanya mampu terlantar.. begitulah kroniknya kalau hamil. Jadi for sure la makan minum saya sangatlah tak terjaga. Kita jadi risau akan tumbesaran janin masa tu yang tak dapat nutrien yang mencukupi. Syukurlah saya kenali set hamil Shaklee kan? Bolehlah menampung diet pemakanan saya yang sangat-sangat kurang dan ke laut masa tu.
  • B-Complex : Saya amalkan seawal 3 bulan sebelum nak hamil untuk make sure saya cukup pengambilan folic acid. Alhamdulillah B-Complex juga sangat membantu saya rasa lebih bertenaga dan dapatkan mood yang lebih baik, kurangkan stress dan rasa lebih tenang. Bila check-up dengan doktor, confident bagitahu yang saya dah consume B-Complex with folic acid. So doktor pun sure la lega bila patient dia tahu apa nak kena makan. Anda first time hamil? Kalau ya, dah tahu ke pasal kewajipan pengambilan asid folic? Folic Acid Shaklee ada terkandung dalam B-Complex dan Vita-Lize; so ambillah kedua-duanya ye.
  • Vitamin C : Sepanjang kehamilan, saya memang jauhi Panadol. Kalau selsema atau demam, saya akan sedaya upaya elakkan Panadol. Saya hanya rely on Vitamin C extra dos kalau demam. Tapi saya konsisten makan Vitamin C setiap hari supaya saya dapat kuatkan daya pertahanan tubuh saya, demi untuk elakkan terus daripada jatuh sakit dan elakkan selsema. Bila saya konsisten Vitamin C, saya jarang selsema dan saya jadi susah nak terjangkit ataupun jatuh sakit, Alhamdulillah. Tak satu pil Panadol pun yang saya ambil sepanjang kehamilan.
  • Ostenutrix : Sepanjang kehamilan juga, saya akan konsisten Ostenutrix ni sebagai sumber kalsium dan magnesium. Biasa sangat kan, ibu hamil akan pasti menghadapi kekejangan kaki especially ketika tidur malam. Saya juga tak terkecuali. Sebab tu, setiap malam saya wajib ambil Oste ni siap-siap supaya tak berlaku kejadian kekejangan ni. Seksa wooo kalau kaki cramp!! Bukannya suami kita boleh buat apa-apa pun kalau kaki kita cramp kan? Jadi kita lah nak kena jaga baik-baik, ambil source of calcium hari-hari supaya takde cramp cramp ni. Alhamdulillah memang sangat membantu.
    • Selain masalah cramp, Oste ni juga bantu kurangkan masalah sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan especially bila dah masuk Trimester ketiga. Masa ni memang sakit la sana sini. Sebab keperluan kalsium pun dah bertambah kan. Baby dalam perut pun membesar sangat-sangat. Berat pun sangat-sangat dah masa tu. Penat kita! Jalan penat, tidur sakit, solat pun dengan penuh ketabahan. Kan? So kena lah topup nutrient kalsium kita setiap hari kalau tak nak badan kita “curi” kalsium daripada tabung kalsium dalam tulang kita. Bila badan kita cukup recommended daily intake kalsium, at least kita dah supply the best untuk keperluan badan kita. Memang berjaya kurangkan kesakitan yang melampau.
  • Omega Guard : Omega Guard ni saya ambil untuk sumber Omega-3 iaitu DHA dan EPA yang penting untuk tumbesaran bayi. Nak anak yang bijak? Mak kena lah rajin ambil Omega-3 ok!! Selain tu, nak juga jaga berat badan, jaga tekanan darah dan jaga daripada terkena GDM ataupun diabetes ketika hamil. Omega sangat membantu untuk tujuan ni. Dan bila saya dah belajar tentang Omega-3, baru saya tahu yang pengambilan Omega-3 ketika hamil akan mengurangkan risiko baby kita menghidapi eczema; juga dapat meningkatkan daya ketahanan bayi daripada mudah dijangkiti.
  • Vitalea with iron : Yang ni la yang paling wajib untuk saya ambil sewaktu hamil kerana saya ada history HB yang rendah (anemia). So saya perlukan extra iron dan lebih-lebih lagi ketika hamil bila keperluan kita bertambah. HB yang rendah memang bahaya untuk ibu hamil. Jadi saya konsisten ambil Vitalea untuk zat besi dan jaga HB supaya capai range yang doktor suruh, dan untuk badan yang lebih bertenaga.
  • Alfalfa : Alfalfa ni hanya ambil selepas dah bersalin sepanjang tempoh berpantang dan penyusuan. Nak teruskan walaupun dah tak menyusu pun boleh. Takde masalah. Hanya ketika hamil je elok stop sebab dia herba. Herba Alfalfa ni sangat power untuk detoks, melancarkan pengaliran darah dan menjadi milk booster. Pengalaman saya, Alfalfa memang membantu untuk menambahkan susu badan, juga sangat membantu untuk pengaliran darah nifas yang lancar, membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan sangat-sangat membantu merapatkan kembali keintiman wanita selepas dah bersalin. Saya juga sangat-sangat sukakan Alfalfa sebab nak elakkan masalah keputihan yang normal berlaku kepada wanita tak kira masa.
  • Lecithin : Lecithin ni bukan termasuk dalam set hamil ataupun menyusu. Tapi saya ambil masa selepas bersalin untuk mengurangkan masalah bengkak susu. Pengambilan yang konsisten pun akan bantu bakar lemak lebih cepat dan kita pun lagi cepat dapat turunkan berat badan. Combine pula pengambilan Lecithin dengan Omega Guard, pergh!! Lagi cepatlah turun berat badan.. Confirm! Sebab saya sendiri dah lalui. Kejappppp sangat dapat turunkan berat. Jangan lupa juga Alfalfa yer.
  • Vivix dan ResV : Ni pun tak termasuk dalam set berpantang ataupun set menyusu. Tapi saya ambil ni dua-dua untuk cepatkan pemulihan diri selepas bersalin dan mengembalikan tenaga untuk mudah menguruskan bayi serta anak-anak lain. Saya juga start ambil dua-dua ni sebaik saja selepas bersalin sebagai tips penting (dan rahsia yang dah tak rahsia lagi dah) untuk elakkan bayi saya jaundis selepas lahir. Percaya atau tidak, setelah saya tahu tips Vivix dan ResV ni, anak ketiga dan keempat saya takde jaundis pun. Beza dengan abang dan kakaknya yang jaundis 3-4 minggu lamanya. Anak keempat paling bertuah sebab masa ni saya paling tahu fungsi Vivix dah. So saya amalkan baik-baik dan anak ke-4 langsung tak ada jaundis. Anak ke-3 masih ada lagi jaundis tapi sekadar waktu usianya hari ke-3 hingga ke-5 sahaja. Lepas tu dah takde lagi jaundis. Jauhhhh beza ngan abang kakaknya yang dekat sebulan. Syukur sangat-sangat, dengan asbab Vivix ResV.

Walaupun sekiranya saya dah henti menyusukan bayi, saya tetap amalkan set di atas terutamanya ESP, Vitamin C, Omega Guard, B-Complex dan Ostenutrix setiap hari. Saya memang amalkan tak kira mengandung, menyusu ataupun tak mengandung mahupun menyusu. Sebab ni memang set asas untuk kesihatan optimum.

Jadi begitulah testimoni Shaklee saya sendiri sebagai seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu yang memerlukan pelbagai nutrisi Shaklee untuk meningkatkan kesihatan saya dalam semua jenis fasa kehidupan. Percaya tak, hanya waktu hamil je seseorang wanita itu akan jadi extra cautious tentang apa yang dia makan, apa yang dia kena makan dan tak boleh makan, dan mula terbuka untuk mengetahui apa makanan atau diet yang penting untuk seorang ibu yang hamil. Sebab tu juga lah ramai wanita yang mengenali Shaklee selepas dah berkahwin, dah beranak dan ketika sedang menyusu.

Maka begitulah juga dengan saya yang juga banyak decide untuk amalkan Shaklee ni semasa hamil. Syukur untuk segala testimoni mengenai keberkesanan Shaklee terhadap saya, especially kepada kandungan saya masa tu.

Kesan Kepada Diri Dan Keluarga

Syukur Alhamdulillah, satu demi satu produk Shaklee saya cuba dan amalkan. Dan kemudian saya kongsi pula kebaikannya kepada pasangan, anak-anak dan ibu bapa serta ibu bapa mertua saya. Alhamdulillah, mereka pun dah jadi pengguna Shaklee dan dah banyak tingkatkan mutu kesihatan mereka.

Kini saya telah jadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan dan bisnes part time saya di rumah pula. Ia kerjaya yang sangat fleksibel buat saya, seorang surirumah sepenuh masa. Dengan berkat berShaklee, dapatlah saya payslip sepertimana orang lain yang bekerja makan gaji. Dan dengannya, saya dah pun gunakan untuk membeli kereta dan hartanah. Alhamdulillah.

Semoga perkongsian testimoni Shaklee saya ni dapat memberi inspirasi dan dapat membuka hati para pembaca untuk cuba Shaklee. Kalau anda belum pernah cuba, cubalah. Tak rugi pun. Ia bukannya untuk menguntungkan seller macam kami. Tapi untuk kebaikan anda sendiri. Kesihatan adalah pelaburan yang paling berbaloi untuk kita dan masa depan kita. Tak rugi kalau kita invest kepadanya. Investment on health is the best…

Hasil penulisan testimoni Shaklee saya ni juga, moga saya mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com.

Nak cuba mana-mana produk Shaklee? Atau nak suggestion untuk start makan yang mana? Tak apa. Saya boleh bantu InsyaAllah. Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1143254

Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
SID : 1143254
Your Trusted Shaklee Distributor
Shaklee Petaling Jaya

One thought on “Testimoni Shaklee Saya

  1. Pingback: Promosi Vivix ResV Shaklee Oktober 2024 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge