Tanda-tanda Kehamilan dan Kaedah Menentukannya

By | 09/05/2017

Tanda-tanda Kehamilan dan Kaedah Menentukannya

Tanda-tanda kehamilan

Tanda-tanda kehamilan dan kaedah menentukannya

Hai Assalamualaikum! Saya doakan pembaca saya semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Ada yang tengah cari info tentang hamil? Atau mungkin tengah cari-cari tips kehamilan? Blog saya banyak fokus tentang isu kehamilan dan nutrisi tentang kehamilan termasuklah sebelum hamil, semasa hamil dan juga selepas hamil. Hari ni saya nak share tentang tanda-tanda kehamilan dan kaedah menentukannya. Mungkin anda wanita yang first time nak jadi ibu kan. Jadi blur tak tau apa dia petanda yang anda sebenarnya dah hamil. Kadang-kadang kita tak perasan yang kepelikan yang kita sedang rasa tu la petanda yang kita sebenarnya dah hamil.

Tanda-tanda kehamilan

Anda hamil ke sekarang? Kalau ya, ada beberapa perkara dan tanda-tanda kehamilan yang akan berlaku kepada anda pada peringkat awal kehamilan ni. Kalau anda ragu-ragu, haa jom kita cuba perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada badan anda ni.

Antara perubahan yang boleh anda perhatikan

  1. Tidak datang haid atau menstruasi

    • Kalau katakan anda tengah hamil, for sure anda tak datang haid lagi. Ini disebabkan dinding rahim anda sedang dipersiapkan untuk proses kehamilan.
    • Penting tau untuk anda tahu bila tarikh hari pertama anda haid dan yang terakhirnya sekali. Tujuannya adalah untuk nenentukan usia kandungan anda dan mengirakan tarikh jangkaan bersalin.
    • Kalau dulu, saya selalu catat jadual haid saya kat kalendar atau planner. Tapi sekarang zaman dah canggih. Kita dah ada smartphone kan? Ada banyak Apps berkaitan Period yang kita boleh download dan catat segala jadual period kita. So takde la nanti terkial-kial memikiorkan bila la last day kita period dulu. Mesti la kita yang kena ingat dan catat. Takkan suami kita kan? heheheheh.
    • Tapi kita kena jugak ingat yang tak datang haid tu mungkin boleh disebabkan oleh perkara lain jugak. Oleh itu, berjumpalah dengan doktor anda untuk pengesahan.
  2. Mual dan muntah

    • Pada trimester pertama ni anda akan berasa mual, muntah atau alahan kepada bau makanan.
    • Ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan.
    • Ia juga turut dikenali sebagai “morning sickness” kerana mual dan muntah ni biasanya terjadi pada waktu pagi pada bulan-bulan pertama kehamilan.
    • Tapi ada jugak orang yang jenis dapat “morning sickness” ni waktu malam. Ia bergantung kepada tubuh badan masing-masing.
    • Ada orang, sangat sensitif kepada bau-bau yang tak enak. Even bau masam atau bau badan suami kita pun kita tak boleh bau. Sensitif sangat gitu. Kadang-kadang tak boleh bau minyak yang digoreng. Tak boleh masak. Dan macam-macam lagi.
    • Belum cerita lagi tentang tekak yang hanya nak telan yang sedap saja.
  3. Sering membuang air kecil

    • Ini terjadi kerana pundi kencing anda ditkena oleh rahim yang semakin hari semakin membesar.
    • Perkara ni kebiasaannya akan berterusan selama tempoh kehamilan anda.
    • Tapi, selepas minggu ke-12, ia akan menjadi sedikit berkurang dan ia akan timbul kembal pada minggu ke-28 kehamilan.
  4. Mengidam

    • Benda ni paling biasa la berlaku kepada ibu yang sedang mengandung ni.
    • Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda menginginkan makanan-makanan tertentu.
    • Selalunya terjadi pada bulan-bulan pertama sahaja.
  5. Perubahan saiz payudara secara drastik.

  6. Puting membesar, berwarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal payudara dan sakit.

Sebenarnya, setiaip wanita mempunya gejala atau tanda-tanda kehamilan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ada yang terasa lebih teruk, ada juga yang langsung tak rasa teruk atau penat malah tak ada keluhan apa-apa. Kalau anda tak rasa apa-apa, janganlah risau. Lain orang lain tindakbalas badan dia dengan perubahan hormon ni. Tapi, anda boleh juga memastikan kehamilan anda ni dengan ujian yang lain.

 

Kaedah menentukan kehamilan

  1. Ujian air kencing

Ada juga kes di mana pada peringkat awal, anda belum rasa lagi semua di atas. Ada cara untuk pastikan kehamilan anda secara tepat. Anda boleh lakukan ujian air kencing atau “urine pregnancy test (UPT)”. Alat untuk ujian ini boleh didapati di farmasi-farmasi dan pusat kesihatan. Ujian ni anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Ujian air kencing ini mengukur kadar hCG (human chorionic gonadotrophin) di dalam air kencing. Ia adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Ia dibentuk oleh lapisan tisu bahagian luar janin berserta plasenta yang terbentuk pada awal pertumbuhan janin (trophoblast). Fungsinya, antara lain adalah untuk mempertahankan tisu berwarna kuning dalam ovum yang terbentuk ketika ovum baru sahaja melepaskan corpus luteumlalu menjadikan estrogen, progesteron dan plasenta terbentuk sepenuhnya. Hormon ini akan meningkat dalam urin dan darah pada minggu pertama kehamilan.

Maknanya, kalau anda betul-betul tengah mengandung, alat ujian ini akan menunjukkan kehadiran hormon ini dalam urin yang menunjukkan anda positif hamil.

Untuk menggunakan alat ujian kehamilan ini, anda hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan di kotak ujian. Ia akan memberi keputusan yang lebih tepat jika dilakukan pada waktu pagi. Sebabnya, waktu ni jumlah hormon hCG akan meningkat. Maknanya, anda bangun-bangun pagi je sebelum nak solat Subuh tu, terus buat ujian kehamilan ni ok?

Namun begitu, menurut satu kajian yang dijalankan, kalau katakan ujian yang anda lakukan ini menunjukkan hasil negatif, tak bermakna yang kehamilan tak berlaku tau.

Walaupun anda dah follow semua instructions kepada kotak, tapi still dapat negatif, masih ada kemungkinan yang keputusan tu tak tepat. Sebabnya, lain wanita lain proses kehamilan dia. Ada orang, minggu keempat lagi kalau check, dah jelas positif. Tapi ada orang, minggu keempat check masih negatif. Mungkin dia kena check masa minggu kelima atau keenam.

Kenapa macam tu ek?

Sebenarnya, proses penempelan embrio ke dinding rahim berbeza bagi setiap wanita. Biasanya, penempelan ni terjadi pada hari ke-6 hingga hari ke-12 selepas hari pertama menstruasi terakhir terjadi. Tapi, ada jugak beberapa kes yang penempelan embrio ni dah terjadi dengan hanya mengambil masa sehari selepas haid yang terakhir. Sebab tu lah ada wanita yang menunjukkan keputusan negatif, walaupun hakikatnya dia dah hamil.

Penutup

Jadi sebenarnya ada banyak tanda-tanda kehamilan yang ibu-ibu boleh cuba perhatikan. Kalau katakan anda masih lagi ragu-ragu, anda boleh lakukan pemeriksaan doktor untuk mengesahkan kehamilan anda. Doktor akan menggunakan ultrasound machine untuk melihat kewujudan janin dalam rahim anda.

Akhir kata, kalau anda hamil, TAHNIAH. Ini masanya anda menjaga diri anda dengan pemakanan yang sihat dan melakukan amalan-amalan yang baik dilakukan semasa mengandung. Contohnya? Amalkan makanan seimbang, mengambil supplemen asid folik, mengelakkan makanan yang tak bagus, kurangkan aktiviti berat-berat, banyakkan berehat, membaca Al-Quran dan lain-lain amalan yang baik semasa mengandung.

Bagi ibu-ibu hamil yang sangat concern tentang kesihatan janin dan dirinya ketika hamil, saya sarankan untuk anda amalkan Set Lengkap Sebelum Hamil Shaklee semenjak sebelum disahkan hamil lagi. Kemudian, selepas disahkan hamil, amalkan pula Set Lengkap Semasa Hamil yang turut disarankan oleh pakar-pakar kesihatan.

Namun, sekiranya anda sedang berusaha untuk hamil tapi masih belum berjaya, saya sarankan untuk anda amalkan Set Ikhtiar Hamil Shaklee yang lengkap untuk isteri dan juga suami.

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana Set Hamil untuk menemani sepanjang kehamilan anda, bolehlah hubungi saya ya. Saya fokus kepada Set Hamil dan suka membantu ibu-ibu hamil dapatkan nutrisi penting sepanjang kehamilan mereka. Tak kira sebelum, semasa atau selepas hamil. Termasuk juga ketika selepas melahirkan dan juga sepanjang proses menyusukan bayi. Sebab saya percaya, insan yang paling perlu menjaga kesihatan mereka adalah WANITA kerana peranan mereka yang begitu banyak dan kerana mereka sedang membawa bayi di dalam perut mereka. Fahami kenapa pentingnya nutrisi untuk ibu-ibu hamil di sini. Kalau mereka tak jaga kesihatan mereka, ia akan meningkatkan risiko ke atas diri mereka dan bayi. Dan kalau mereka tak sihat, si suami jugak yang tak tenang hidup. Kan?

Berminat untuk order, boleh hubungi saya okay.

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

#NutrisiHamil

5 thoughts on “Tanda-tanda Kehamilan dan Kaedah Menentukannya

    1. syahida Post author

      your welcome. blog yang baru berpindah dari blogspot ke wordpress 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Semoga dimurahkan rezeki encik zool 🙂

      Reply
  1. Pingback: Tips Atasi Alahan Mengandung Supaya Lebih Bertenaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge