Hi dan selamat datang ke blog saya! Pada Oktober 2019 yang lalu, saya dan keluarga sempat berjalan-jalan ke 99 Wonderland Park yang terletak di Selayang. Kami beli tiket ni semasa pernah mengunjungi Ekspo Permainan di MAEPS Serdang. Nampak booth yang jual tiket ni. So kami decide untuk beli sebagai aktiviti untuk anak-anak.
Oktober ni dah nak start musim hujan. Jadi untuk datang ke sini, kami perlu gerak pagi-pagi. Lagipun, kalau lambat-lambat nanti cuaca pula terlalu terik. Maklumlah KL ni. Dia sama ada terlalu terik ataupun terus gelap nak hujan. Kalau hujan, tak boleh la nak jalan-jalan di 99 Wonderland Park ni kan. Kata aktiviti outdoor heheh.
Untuk sampai ke sana, kami gunakan Waze. Alhamdulillah mudah dicari dan tak tersesat. Parking pun ada di hadapan entrance park tersebut. Selepas parking, perlu melintas jalan raya, jadi kita sebagai ibu bapa kena selalu berhati-hati, takut-takut anak-anak berlari-lari sebab tak sabar nak masuk park.
Yang bagusnya, ketika kami perlu melintas jalan, ada pekerja 99 Wonderland Park ni yang membantu mengawal lalu lintas. At least tolong tahan kereta yang lalu untuk memberikan peluang kepada pejalan kaki melintas jalan raya dengan selamat.

Sewaktu kami sampai, tempat ni nampak sangat-sangat lengang. Tak tahu la park ni tak ramai pengunjung ke apa ke. Haha. Tapi takpe. Tak ramai orang pun lagi selesa nak jalan.

Park ni dibuka pada jam 10 pagi hingga 11 malam pada setiap Rabu, Khamis dan Ahad.
Hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum atau cuti sekolah, ia dibuka pada jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Isnin dan Selasa, ia tutup kecuali pada hari cuti umum atau musim cuti sekolah.
Harga Tiket 99 Wonderland Park, Selayang
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM18
Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) : RM12
Then untuk train rides yang lain, kena bayor lah. So kami ke kaunter ni untuk dapatkan pas masuk (biasalah yang pakai kat tangan tu) dan juga bayar ride ni untuk anak-anak. Kami juga boleh dapatkan makanan haiwan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di situ nanti. Saya tak ingat kena bayar ke apa. Rasanya free kot makanan ni. Dah termasuk dengan harga tiket.

Dah beli tiket, jom la start berjalan! Anak-anak dah excited. Kalau you all datang sini, pastikan pakai topi tau. Especially kerana cuaca yang sangat terik dan panas. Kesian anak-anak yang kepanasan.

Pertama yang kami jumpa ialah kolam ikan. Anak-anak kami memang dah sangat excited dah. Diorang bab bagi makanan ikan la yang paling diorang suka sekali. Ikan-ikan ni memang tersangat lapar nampaknya.

So lepas kolam ikan tu, kita akan terus berjalan di tepi tasik yang besar. Di tepi tasik ada dinasour yang siap ada keluar suara lagi hehe. Then kami jalan terus melintasi tasik untuk menuju ke attraction seterusnya iaitu Madagascar merry go round ni.
Seronok la kejap anak-anak. Dengan kami-kami sekali naik. Haha.
Lepas daripada tu, kita akan terus berjalan melihat pelbagai jenis haiwan seperti haiwan reptilia (dalam sangkar), ikan, arnab, itik, pelbagai jenis burung, kambing, kura-kura dan banyak lagi lah.
Paling seronok bila kita dapat berikan makanan kepada haiwan-haiwan ni secara dekat. Diorang memang tersangat lapar, sampai kita pun tak cukup makanan nak bagi.
Daya Tarikan di 99 Wonderland Park
Kat bawah ni saya kongsikan senarai Attractions yang ada di sini ye.

Boleh tahan banyaklah attraction yang ada. Kira berbaloilah dengan harga tiket. Haiwannya pun banyak. Biasanya anak-anak memang suka lah kalau bab haiwan ni. Diorang takkan pernah jemu. Lagi-lagi boleh bagi makanan kan. Lagilah seronok.

Kalau siapa-siapa datang malam, boleh la tengok fountain yang menarik dan hiasan lampu yang cantik. Kami datang waktu siang so takdelah nampak attraction tu.

Park ni dibuka pagi sampai malam. So, ikut you all nak jalan-jalan waktu siang ke malam. Kami memang sengaja datang siang sebab nak anak-anak ni tengok binatang. hehe.

Kat bahagian itik, baaaaanyak giler itik yang diorang ada. Macam-macam spesis pulak tu! Serius banyak. Dan mereka juga menternak itik dan menjaga telur-telur itik agar diperam dan menetas dengan selamat di tempat penjagaan itik. Itik-itik ni pun memiliki kolam yang besar untuk mereka bebas ke mana saja.

Tengok ni, ada macam-macam haiwan ada kat sini. Rusa, burung macaw, burung unta, pony, kura-kura, arnab, iguana, monyet kecil, racoon, burung merak dan lain-lain. Sebab tu best jugak datang ke sini. Meriah haiwan dia.

Yang terbanyak sekali adalah itik la, siap ada Duck Lagoon lagi yang khas untuk itik-itik saja hehe.


So kat sini, ada attraction haiwan-haiwan replika mengikut kalendar Cina. Berserta dengan characteristic mereka yang lahir pada tahun haiwan tersebut.

Akhir sekali, kami melepaskan kepenatan berjalan dengan menaiki 99 Cruise ini. Saja-saja sebab nak duduk berehat selepas letih berjalan jauh. Tempat ni jalannya banyak juga. So, persiapkan diri dengan bekalan air especially untuk anak-anak ya. Mereka akan dahaga dan mencari minuman. Mujurlah ada juga mesin yang menjual air tin. Bolehlah kami terus beli untuk melepaskan dahaga.
Alhamdulillah. Sebaik sahaja kami ingin pulang, langit dah mula menampakkan mendungnya. Ngam-ngam la waktu tu pukul 2 petang. So kami pun pulang dan nak cari tempat solat dan makan tengah hari.
Review Saya
Review saya, tempat ni memang menarik dengan haiwan-haiwan dia yang pelbagai. Anak-anak kami memang seronok lah. Cuma, kami tengok tempat ni terlalu lengang dan pengunjung sangat-sangat tak ramai. Kalau tak dapat sambutan yang tinggi, bimbanglah yang park macam ni akan ditutup kerana bankrupt. Saya pun tak tahu kenapa tak ramai pengunjung. Mungkin marketingnya kurang jugak kot. Kami tahu tempat ni pun selepas melihat rakan kami berkongsi gambar-gambar kunjungan mereka ke sini di dalam Instagram mereka. Kalau tak, kami pun tak kenal tempat ini.
So bagi anda yang suka nak berjalan-jalan bersama-anak, atau bersama pasangan, nak tengok haiwan dan connect dengan haiwan, boleh la mengunjungi 99 Wonderland Park ni ye. Saja-saja nak isi masa weekend tu sesuai la datang ke sini.
Berminat untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai tempat ini, bolehlah klik di laman web mereka di : 99 Wonderland Park.
Set Kesihatan yang baik untuk anak-anak yang lebih sihat, tak mudah jatuh sakit, badan cergas dan otak pun cerdas. Klik : Mencegah Sebelum Merawat Dalam Pembinaan Kesihatan Anak-anak.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan Seluruh Malaysia (since 2014)
Twitter: roseqisteena
Nampak menarik juga tempat ni tapi sayang la kalau tak ramai orang. Maybe cuti sekolah nanti ramai kot orang. Tarikan waktu malam tu best!.
Ezna recently posted…Salam Taiwan Day 5
Tu lah. Tak tau kenapa tak ramai orang.. marketing pun kurang kot…. dia kena masuk MATTA Fair ni 😀
murah juga ye harga tiket masuk ke sini. bila-bila boleh dtg sini
MAISARAH IBRAHIM recently posted…January Giveaway by Awesome Dreamer
Boleh la pergi 🙂
Twitter: Mooneira
Wow!!!!!!! Meriah nyer nampak Wonderland Park Selayang nie. Nak roger member yg ada anak Kecik la. Thank you for sharing your review. Lame dah x baca your blog. Hehehe.
Fadima Mooneira recently posted…SELF-IMPORVEMENT PRACTICE: Be Your Own Girl/Man Crush
Haha thanks Fadima Mooneira 🙂
bestnya wonderland park ni, insyaAllah akan ke sini juga nnt.
smartinvest101 recently posted…9 Pengalaman Buat Duit Dengan Youtube
Pergi pergi 🙂
Twitter: mohdzarindotcom
Wah.. harga tiket nya agak berpatutan juga dengan attraction kat sini. Terima kasih share
Semoga bermanfaat info ni kepada mereka yang berminat 🙂
Twitter: diarymamacom
Baru tahu ada Wonderland Park kat Selayang, nampak mearik juga ya. Bolehlah nanti jenjalan kat sana gan family
Hanny Abdullah recently posted…Teater Semarak Pertiwiku Dalam Usaha SPRM Mendidik Masyarakat Membenteras Rasuah
Ha’a tak ramai yang tahu pasal ni 🙂
Twitter: Marina Bashah
Menarik jugak tempat ni. Baru tahu ada wonderland park. Nanti bolehla pergi ke sini bawak anak-anak
Sesuai pergi ngan anak2 🙂
Hari tu ada search psl tempat ni konon nak gi masa balik KL tp masa tu musim hujan lak. Nampak menarik gak. Nnt leh la nak try pergi
Julia Mahir recently posted…Triple Celebration at Canning Dim Sum Express Di’Piazza Mall, Bayan Baru, Penang
Oooh ya musim hujan memang tak sesuai.. Tapi musim panas pun tak selesa. Haha…
Bestnya tempat mmc ni.. Mesti ank2 suka kan.. Kalau anak2 saya pun suka gak tgk mcm ni
Seronok untuk anak2 🙂
Twitter: nurdecamellia
Klu sis tak share pun nur tak akan tahu psl 99 Wonderland Park ni haha. Bagus tempat2 macam ni lagi2 kalau bawak anak. Cuma panas jela kena standby topi, air & baju lebih. Btw, tq share. Ada rezeki dapat laa ke sana nanti
Nur Decamellia recently posted…TIPS MERAWAT ANAK HFMD DI RUMAH
Itu lah ramai yang tak tahu 🙂
Twitter: atul_hamid
Atul pun baru tahu tentang tempat ni. Ala-ala mini zoo ya? Tapi dari review puan, nampak menarik juga tempat ni.
Ha’a ala-ala mini zoo dan farm in the city.. boleh bagi makan kat binatang…
Nampak banyak activiti yang ada… Ticket pun bukan mahal sangat
Sabariah recently posted…Cara Membersihkan Penghawa Dingin Di Rumah
Ha’a ok lah sini.. Sesuai pergi ngan anak2 🙂